Luahan Sebenar Doktor Yang Merawat Wira Bukit Kepong



Saya melihat video wawancara bersama calon DAP yang merupakan cucu kepada seorang pengganas Parti Komunis Malaya dengan penuh jengkel dan menyedihkan.



1. Saya adalah doktor terakhir yang merawat wira Bukit Kepong Sarjan Hj. Yusof Rono pada tahun 2005 di Hospital Melaka.

2. Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka.

3. Yusof Rono adalah merupakan satu-satunya wira terakhir Peristiwa Bukit Kepong yang masih hidup pada ketika itu.

4. Beliau dimasukkan ke ICU kerana masalah pendarahan pada usus yang amat banyak (Lower GI bleed initially attributed to Angiodysplasia).

5. Setelah percubaan merawatnya secara konservatif gagal, dan pendarahannya tidak berhenti, maka keputusan dibuat oleh Pakar Bedah untuk membedah Tn Hj Yusof Rono.

6. Sayalah doktor bius baginya yang telah intubate dan menjaganya sepanjang pembedahan yang memakan masa hampir 3 jam tersebut.

7. Saya masih ingat, sebelum pembedahan tersebut, Allahyarham seorang yang sungguh berani dan tabah. Apabila diajar mengucap kalimah, sebutannya lancar sebelum saya memberinya ubat bius.

8. Malangnya keadaan Allahyarham sangat tidak stabil semasa pembedahan dan dihantar ke ICU untuk rawatan lanjut. Beliau meninggal dunia di ICU dan sebab kematiannya adalah disebabkan oleh pendarahan akibat ketumbuhan pada usus kecil (gastro intestinal stromal tumour).

9. Sepanjang saya menjaga beliau sebelum pembedahan di Ward High Dependency Unit (kini ICU Orkid), saya tidak melepaskan peluang bertanya tentang pengalamannya berjuang menentang komunis.


10. Beliau seorang pejuang sejati. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, darah patriot. Seorang yang cukup cintakan negara. Dalam keadaan yang lemah sakit itu, beliau begitu berkobar-kobar menceritakan kepada saya peristiwa tersebut seolah-olah ia baru berlaku semalam.

11. Dengan bangganya beliau menyelak pakaiannya menunjukkan parut-parut kesan dari peluru komunis yang menembusi tubuh beliau.

12. Dalam keadaanya yang lemah itu pun Allahyarham tidak jemu-jemu bercerita kepada saya peri keganasan komunis serta bencinya beliau terhadap komunis. Kemerdekaan yang kita kecapi mesti dihargai katanya.

13. Melalui beliaulah saya pertama kali mendengar nama Mat Indera. Rupa-rupanya, yang mengarahkan serta mengetuai serangan terhadap Bukit Kepong adalah seorang Anak Melayu yang beragama Islam! Bukan hanya Mat Indera saja Melayu yang menjadi tali barut Komunis, tetapi juga ada Melayu2 lain seperti Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.

14. Tidak ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut Allahyarham serta keluarganya mengenai Mat Indera ini. Yang keluar hanyalah kejian dan celaan terhadap perjuangan songsang Mat Indera sebagai seorang pengganas, tali barut komunis dan pengkhianat bangsa. Beliau bercerita tentang sahabat2 polisnya dibakar hidup-hidup berserta isteri-isteri polis serta anak polis yang kecil juga dibakar hingga rentung.

15. Saya diberi ingatan oleh Allahyarham bahawa, pada setiap masa, akan ada orang-orang Melayu seperti Mat Indera ini di dalam masyarakat kita. Malah, saya masih ingat beliau berkata, Komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak perandakan negara.

16. Kata-kata beliau terbukti benar.

17. Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin parti politik sanggup menidakkan fakta sejarah serta suara-suara yang menyeru diiktiraf Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Mat Indera dan lain-lain pengkhianat negara ini diangkat sebagai pejuang kemerdekaan negara. Malah diletakkan keturunan mereka sebagai calon pilihanraya dan dengan bangga mereka memuji datuk dan nenek mereka yang merupakan pengkhianat negara sebagai pejuang pula!

18. Pujian2 sebegini serta usaha mengiktiraf para pengganas komunis ini seolah-olah meludah, kencing dan berak di atas kubur mereka-mereka yang telah berkorban untuk negara.

19. Para pejuang kemerdekaan kita sentiasa berusaha membebaskan negara kita dan mahukan kedaulatan negara ini terpelihara di bawah naungan Raja2 Melayu. Komunis pula menentang dan memerangi Raja2 Melayu. Mana mungkin kita menerima mereka ini sebagai pejuang? Dasar2 komunisme tidak memungkin negara kita diperintah oleh Raja dan Sultan! Apakah ini sebabnya dikatakan oleh cucu komunis ini bahawa Malaysian Malaysia dekat di hatinya?


20. Mereka meneruskan penentangan secara bersenjata mereka (PKM) ke atas Negara sekalipun setelah pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan berterusan sehingga 1989! Mereka tidak pernah mengiktiraf kemerdekaan serta kedaulatan negara sehingga mereka menyerah kalah pada 1989.

21. Dalam tempoh itu, betapa banyak anggota Angkatan Tentera Malaysia serta rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis? Apakah segala pengorbanan mereka ini hanyalah sia-sia?

22. Dan kini kita mengangkat pula anak cucu komunis ini sebagai calon pilihanraya? Malah tidak asing bagi para pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa Chin Peng adalah pejuang kebebasan negara.

23. Benarlah kata Allahyarham Sarjan(R) Tn Hj. Yusof Rono, petualang dan pengkhianat bangsa dan negara belum mati tetapi bersalin kulit serta bertukar wajah. Akan tetapi, nada perjuangan mereka tetap serupa.

24. Dan kini keturunan mereka ini diletakkan pula sebagai calon PRU dengan sengaja. Seolah2 diletakkan bagi mempertahankan, mendapat pengiktirafan dan membawa suara datuk dan nenek mereka kembali ke negara kita.

25. Tidak hairanlah sekiranya mereka berkuasa, maka sejarah akan diubah. Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan UMNO akan disebut sebagai perkakas British. Manakala mereka yang memerangi negara ini mengangkat senjata sehingga 1989 pula akan dikatakan sebagai pejuang kebangsaan yang sebenar!

Nauzubillahi min zalik!

Saya menulis artikel ini di atas kapasiti saya sebagai orang yang terakhir bercakap dengan Allahyarham Tn Hj. Yusof Rono.

#NegaraKu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://riziqin.blogspot.com/2019/04/luahan-sebenar-doktor-yang-merawat-wira.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjejak Sejarah Galeri Darurat Bukit Kepong

Menjejak Sejarah Galeri Darurat Bukit Kepong

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 1444 hits
Ahad 24 03 2019Jalan jalan menjejak sejarah kali ini saya dan suami pergi bersama mak mertua dan adik ipar sekeluarga Tak rancang awal pun bila duduk bersembang kat kampung terus tercetus idea nak ke sini Selain saya sendiri yang dah lama m...
Alabi Lateef Abdul Aziz Wira Kes Tembakan Masjid

Alabi Lateef Abdul Aziz Wira Kes Tembakan Masjid

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 387 hits
Imam Masjid Linwood Avenue di sini Alabi Lateef Zirullah yang bajunya berlumuran darah selepas kejadian di masjidnya Jumaat lalu CHRISTCHURCH Imam Masjid Linwood Avenue di sini Alabi Lateef Zirullah dan seorang lagi jemaah yang dikenali Abd...
Kisah Misteri Ketika Mendaki Bukit Batu Putih

Kisah Misteri Ketika Mendaki Bukit Batu Putih

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 488 hits
Misteri kehilangan seorang pemuda Mohamad Ashraf Hasan yang lebih dikenali sebagai Acap peserta larian Gopeng Ultra Trail dengan tiada sebarang petunjuk baharu ditemui terus menjadi bualan netizen di media sosial Pelbagai teori timbul denga...
Gila Kerajaan Kedah Gelar Askar Jepun Sebagai Hero Dan Wira

Gila Kerajaan Kedah Gelar Askar Jepun Sebagai Hero Dan Wira

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 650 hits
Pada pendapat saya langkah kerajaan PH Kedah untuk merasmikan Tugu Wira Jepun minggu lepas serta memberi gelaran wira atau hero kepada askar askar Jepun yang menyerang dan menjajah Tanah Melayu pada masa itu adalah tidak wajar Khamis 21 3 2...
Bukit Aman Perlu Berdepan Aduan Dari Laporan Suhakam Kata Dr Mahathir

Bukit Aman Perlu Berdepan Aduan Dari Laporan Suhakam Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 275 hits
Bukit Aman perlu berdepan aduan dari laporan Suhakam kata Dr Mahathir Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 Apr
Veteran Perang Dunia Kedua Jepun Bukan Wira

Veteran Perang Dunia Kedua Jepun Bukan Wira

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 509 hits
Adalah wajar jika ada pihak membina tugu memperingati sejarah Perang Dunia Kedua yang mana negara kita terlibat secara langsung Namun adalah tidak wajar jika tugu itu bertujuan untuk memperingati wira tentera Jepun Sejarah mencatatkan tente...
Kerajaan Kedah Harus Roboh Tugu Wira Jepun Secepat Mungkin

Kerajaan Kedah Harus Roboh Tugu Wira Jepun Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 333 hits
PEMUDA MCA menggesa penyokong penyokong Pakatan Harapan supaya tidak memutar belit fakta untuk mengelirukan rakyat mengenai isu tugu askar Jepun yang sudah adanya sejak pentadbiran BN dahulu Menurut sejarah semasa Perang Dunia Kedua penjaja...
Klip Video Terakhir Dipercayai Acap Dikesan Ketika Di Puncak Bukit Batu Putih

Klip Video Terakhir Dipercayai Acap Dikesan Ketika Di Puncak Bukit Batu Putih

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 2082 hits
Klip Video Terakhir Dipercayai Acap Dikesan Ketika Di Puncak Bukit Batu Putih ok Kehilangan Mohammad Ashraff Hassan 29 ketika larian Gopeng Ultra Trial di Gua Tempurung masih lagi misteri Menerusi laman page Facebook Gopeng ULTRA mereka mem...
Bukit Aman Also Behind Pastor Koh S Disappearance Says Suhakam

Bukit Aman Also Behind Pastor Koh S Disappearance Says Suhakam

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 290 hits
The Human Rights Commission of Malaysia is pointing its finger at Bukit Aman in the case of the disappearance of Pastor Raymond Koh saying that he like Amri Che Mat was a victim of enforced disappearance by state agents Suhakam commissioner...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall