Geng Mencari Dengar Suara Acap Semalam Rupanya Nenek Moyang Sudah Larang Jangan Naik Bukit Batu Putih
Walaupun segenap usaha sudah dilakukan untuk mencarinya, Acap masih belum ditemui lagi. Walaupun operasi pencarian oleh pihak berkuasa sudah dihentikan sepenuhnya 1 tengahari semalam, namun pencarian tetap diteruskan dalam skala kecil oleh polis tempatan dan orang kampung yang sama-sama membantu pencarian Acap.
Misteri kehilangan Acap di Bukit Batu Putih, Gopeng semasa menyertai larian Gopeng Ultra Trail membuatkan ramai percaya ia berkaitan dengan alam mistik.
Satu paparan video yang tersebar baru-baru ini memaparkan emak Acap yang menyeru dan memanggil anak kesayangannya dan ia telah membuatkan ramai sebak.
“Acap balik cap, mak kat sini. Nampak mak tak cap. Jalan cap, mak kat sini,” rayu ibu ini berkali-kali.
Mendengar suaranya sudah cukup mampu membuatkan kita semua menangis. Video ini telah dikongsikan oleh abang Acap yang dikenali sebagai Danny Lang di akaun Facebook miliknya.
Misteri kehilangan Acap turut menarik perhatian apabila Akmal Amai yang mengikuti pencarian ini. Dia terus berkongsi pengalaman ketikan sama-sama membantu dalam pencarian.
Apa yang jelas, semalam dia dan rakan-rakan mendengar suara Acap. Bagaimana dia boleh mendengar, hanya Allah yang tahu.
Pada masa yang sama, dirinya menjelaskan kawasan Bukit Batu Putih ini memang dilarang naik oleh nenek moyang dahulu. Pastinya mereka lebih tahu misteri di situ.
Baca perkongsiannya untuk sama-sama kita hulurkan doa agar Acap ditemui selamat.
Hari Kelapan Pencarian Acap
Operasi SAR telah dihentikan. Namun terima kasih kepada Bomba, orang kampung, sukarelawan, ustaz-ustaz dan rakan-rakan yang masih belum berputus asa meneruskan usaha.
Terharu bila tengok orang kampung, pakcik makcik tua-tua bersilih ganti gigih memanjat trail. Masing-masing ada kebolehan tersendiri. Memang trail tak berapa sukar, tapi kami bukan hanya cari di trail.
Agak sukar bila carian melibatkan kawasan luar trail yang ada gaung, lereng bukit, lubang-lubang, batu-batu besar, semak samun yang kita takkan berani masuk dalam keadaan normal.
Kalau siang di kawasan berbatu amatlah panas. Itu kami, macam mana dengan Acap yang tak ada bekalan air? Pelbagai perkara misteri yang kami alami sepanjang pencarian siang dan malam. Abang Bomba mark peta, semua kawasan dah pangkah. Abam polis geleng kepala. Ini bukan kes hilang biasa.
Sebak bila ada pakcik minta kami bersabar sebab dia bagi tau orang kampung situ terutama Kampung Sungai Itek, Kg Pintu Padang dan Kg Jahang takkan berputus asa. Ada orang tua yang sejak kecil tak pernah panjat bukit itu sebab dilarang oleh moyang mereka. Tapi mereka tergerak hati untuk naik dan tolong.
Kenapa mereka bersusah payah membantu walau mereka tak kenal Acap? Sebab Allah yakinkan hati mereka untuk teruskan usaha.
Terima kasih juga kepada semua yang berusaha dari jauh dari pelbagai cara. (Penuh miss calls dan WhatsApp di telefon saya, maaf kalau ada yang saya tak reply).
Kepada mereka yang tidak percaya makhluk halus, jin dan bunian dan mempersendakan usaha kami, dipersilakan datang dan bantu. Kepada ahli keluarga Acap, teruskan berdoa dan jangan putus asa. Allah datangkan setiap ujian beserta hikmah.
P.S: Sesiapa yang kata kami seronok-seronok hiking panjat Bukit Batu Putih, anda memang… (netizen tolong jawabkan). Bukan masyur yang kami cari. Tujuan post ni pun untuk dapatkan sebanyak mungkin doa dari kaum manusia. Dan untuk lihatkan usaha yang dibuat. Kalau bukan saya yang tolong dedahkan, siapa lagi?
Saya dan rakan-rakan dapat dengar suara Acap malam tadi. Jangan tanya macam mana dengar. Itu kuasa Allah.
Sumber artikel : remaja.my © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
Sumber Geng Mencari Dengar Suara Acap Semalam. Rupanya Nenek Moyang Sudah Larang Jangan Naik Bukit Batu Putih
Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2019/04/geng-mencari-dengar-suara-acap-semalam.html