Menjawab Tulisan Isham Jalil Bersatu Kekal Dalam Pn Atau Kembali Kepada Ph




Saya ingin merujuk kepada satu tulisan oleh Sdr Isham Jalil bertajuk "Cadangan Mukhriz adalah 'Political Suicide' Buat Bersatu" bertarikh 04 Mei 2020.

Bukan niat saya untuk mengulas berkali-kali tentang wajar atau tidak Bersatu kembali kepada PH atau kekal bersama kumpulan pengkhianat sekarang.  Saya masih konsisten untuk menyatakan Bersatu tidak lagi diperlukan oleh PH, tetapi PH perlu kepada sokongan ahli-ahli akar umbi dari Bersatu yang menolak pengkhianatan kumpulan Muhyidin, Azmin dan Zuraidah. 

Isham Jalil bermaksud untuk menyatakan bahawa Mukhriz cuba untuk membunuh Bersatu sekiranya bercadang untuk membawa Bersatu kembali ke dalam PH, atas hujah bahawa PH selama ini hanya untuk mempergunakan Bersatu sahaja.  Sama juga dengan tulisan Tamrin Ghafar yang menyatakan kononnya PH yang merayu Tun M untuk mengetuai PH bagi menghadapi PRU14 dahulu.  Kedua-dua mereka menulis tentang fakta yang jauh tersasar.

Semua tahu, seawal Tun M mula bergerak menentang Najib dengan mengusung 'Deklarasi Rakyat', PH sedikit pun tidak campur tangan, kecuali oleh beberapa individu di dalam PH sahaja.  PH tidak mengiktiraf gerakan Tun M tetapi tidak pula menentang gerakan yang sekadar untuk memuaskan nafsu Tun M untuk menjatuhkan Najib sebagai PM semata-mata.  PH punyai perjuangan lebih jauh dari itu, bukannya untuk menjatuhkan Najib semata-mata.  Akhirnya, Deklarasi Rakyat gagal dan menjadi 'hangat-hangat tahi ayam' kerana tidak mendapat bantuan dari PH.  Tun M dan balacinya Khairuddin Abu Hassan patut malu di atas kegagalan tersebut.

Menjawab tulisan Isham, sekaligus menjawab tulisan Tamrin Ghafar, hakikatnya PH tidak pernah merayu Bersatu atau Tun M untuk bersama PH jauh sekali merayu Tun M untuk mengetuai PH.   Bersatu awalnya ditubuhkan atas nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)   tetapi gagal mendapat kelulusan dari ROS.  Parti ini yang memohon untuk menyertai PH dan bersedia untuk menerima agenda reform yang menjadi asas perjuangan PH.  Bersatu harus melupakan hasrat peribadi Tun M untuk menjatuhkan Najib semata-mata, sebaliknya Bersatu mesti selari dengan perjuangan PH iaitu menentang rejim Umno/Bn ketika itu.  Akhirnya Bersatu setuju untuk menerima syarat-syarat tersebut.  Fakta yang mahu disebut di sini adalah Bersatu yang memohon untuk menyertai PH.

Benarkah PH memperalatkan Bersatu?  Jawapannya jelas, iaitu Bersatu yang memperalatkan PH.  Buktinya di hadapan kita sekarang.  Setelah PH berjaya menjadi kerajaan selepas PRU14 yang lalu, tidak cukup dengan jawatan PM yang diberikan kepada Bersatu walaupun mendapat kerusi paling sedikit iaitu 13 Kerusi Parlimen daripada kerusi terbanyak yang diberikan kepada Bersatu iaitu 52 kerusi, Bersatu memilih untuk khianat kepada PH.  Siapa peralat siapa untuk berkuasa?

Adakah PH atau Dap memperalatkan Bersatu apabila kesemua kehendak Tun M dipenuhi oleh PH walaupun jelas melanggari persefahaman dan perjanjian sebelum ini?  Tun M mahu menjadi PM sehingga selesai APEC telah dipersetujui oleh Majlis Presiden PH bahkan Anwar sendiri cadangkan Tun M sendiri meletakkan tarikh bila beliau mahu menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.  PH sanggup melupakan seketika janji untuk mengangkat Anwar sebagai PM ke 8 selepas beliau diberi pengampunan diraja serta melepasi sekatan politik.  Tun M juga buat-buat lupa janji beliau untuk menjadi PM selama dua tahun sahaja dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar.  Pengorbanan yang dibuat oleh PH terhadap Tun M dan Bersatu ini bukan sedikit walaupun mendapat cemuhan dari para penyokong di bawah.  Apa balasan Bersatu terhadap pengorbanan ini?  Siapa peralat siapa sebenarnya?

Hujah yang menyatakan kononnya rakyat mula menolak PH apabila dalam 5 PRK selepas PRU14 PH telah kalah.  Tetapi mereka lupa, awal-awal PRK selepas PRU14 dulu, PH turut menang dalam 5 PRK juga.  Bahkan, kemenangan besar diperolehi oleh PH melalui Keadilan di Parlimen Port Dickson di kawasan pengundi campuran dan kem tentera.  Hujah PH tewas di dalam 5 PRK bukan satu hujah menyatakan rakyat telah menolak PH dan kembali menyokong Umno/Bn.

Kita tewas di beberapa PRK adalah di antara lain kerana sentimen agama dan perkauman yang begitu kuat dimainkan oleh Umno dan Pas waktu itu.  PH pula gagal memainkan peranan untuk menjawab segala fitnah Umno dan Pas melalui media yang dikawal oleh kerajaan sendiri.  PH masih berharap kepada Cyber Troopers PH untuk menangkis fitnah Umno dan Pas, sedangkan PH telah pun menjadi kerajaan waktu itu. 

Faktor utama PH tewas besar di PRK Tg Piai adalah kerana rakyat terutamanya kaum Cina dan India mula bosan dengan karenah Tun M dan Bersatu.  Beberapa minggu sebelum PRK di Tg Piai, Tun M termakan dengan umpan Umno-Pas apabila seorang PM dari kerajaan PH boleh hadir satu program berunsur perkauman bernama "Maruah Melayu" anjuran puak-puak rasis. Ini jelas bertentangan dengan dasar PH yang menolak sebarang bentuk dan unsur perkauman.  Tindakan Tun M ini membawa akibat besar di PRK Tg Piai.  Kegagalan Tun M menunaikan janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar adalah faktor utama imej PH terjejas.  Rakyat mahu Anwar jadi PM, bukannya Tun M.  Rakyat sanggup bersabar dan beri laluan kepada Tun M seketika menanti Anwar selesai proses pengampunan dan layak untuk menjadi PM.  Namun, Tun M tamak untuk terus menjadi PM membuatkan rakyat semakin meluat kepada orang tua ini.  Lebih membuatkan rakyat marah apabila Tun M dengan selamba melanggar satu persatu janji di dalam manifesto.  Tun M gagal memenuhi inspirasi rakyat untuk melihat reform dapat dilakukan.  Rakyat sedar, reformasi hanya boleh dilaksanakan jika Anwar menjadi PM.

Isham Jalil menyatakan Bersatu akan sukar mendapatkan Kerusi jika berada di dalam PH.  Faktanya, pada PRU14 yang lalu, Bersatu paling banyak mendapat Kerusi untuk ditandingi walaupun parti tersebut ibarat masih belum putus tali pusat.  Penghormatan besar PH kepada Bersatu yang tidak pernah dihargai. 

Itu semuanya sejarah lalu yang membuktikan bahawa Bersatu tidak pernah ditunggang oleh Dap atau PH sepertimana Umno tunggang Pas.  Bersatu dapat segala-galanya dari PH bahkan hak Anwar pun dia sapu. 

Sejarah pahit ini tidak boleh dilupakan.  Oleh kerana itu, saya akhirnya setuju dengan Isham Jalil  bahawa lebih baik Bersatu terus bersama Pengkhianat Negara (PN)  kerana PH tidak boleh terima lagi pengkhianat ini kembali.  PH hanya akan menerima sokongan dari ahli-ahli Bersatu yang masih ada maruah sahaja bukannya pengkhianat seperti Muhyidin, Azmin atau Zuraidah.  Kita mahu saksikan sejauh mana Bersatu boleh kawal nafsu Umno lebih-lebih lagi nafsu kuda lebai. 

WFAUZDIN NS








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/05/menjawab-tulisan-isham-jalil-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 675 Panas Ph Terima Kembali Bersatu Dengan Dua Syarat Utama

Rentasan 675 Panas Ph Terima Kembali Bersatu Dengan Dua Syarat Utama

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 341 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6751 TERIMA SEMULA BERSATU DAH HABIS FIKIR 2 PN GAGAL UJIAN PERTAMA DAPATKAN SOKONGAN 3 PULAU PINANG TIDAK GENTAR ANCAMAN AZMIN 4 BELUM TIGA BULAN KERAJAAN PN SUDAH TERPALIT RASUAH
Daripada Dibuli Umno Pas Elok Bersatu Kembali Kepada Ph

Daripada Dibuli Umno Pas Elok Bersatu Kembali Kepada Ph

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 291 hits
ULASAN Kebelakangan ini beberapa pemimpin Umno di peringkat nasional dan negeri telah membuat kenyataan mengenai Bersatu dan kerjasama politik antara Umno dan Pas dalam Muafakat Nasional Saya percaya ramai ahli ahli Bersatu dan Umno telah m...
Bersatu Hanya Dapat Kembali Kepada Ph Jika Kem Muhyiddin Tewas Kepada Kem Mahathir

Bersatu Hanya Dapat Kembali Kepada Ph Jika Kem Muhyiddin Tewas Kepada Kem Mahathir

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 330 hits
Anwar Ibrahim sekali lagi memperlihatkan sifat pemaaf dan jiwa besarnya terhadap Tun Mahathir Mohamad Walaupun pernah dikhianati dan juga dikecam oleh Tun Mahathir kononnya beliau tidak diterima oleh orang Melayu kerana dikatakan seorang ya...
Bersatu Kembali Sertai Ph Terompah Kayu Dap

Bersatu Kembali Sertai Ph Terompah Kayu Dap

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 388 hits
Din Ayub diperlekeh AMK PKRSEDANG DAP kalut melancarkan serangan pecah perintah terhadap Kerajaan Perikatan Nasional rupanya terompah kayu mereka terhegeh hegeh mahu turut serta Salahudin Ayub PAN dilaporkan mencadang agar BERSATU kembali m...
Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

Why Debate Ge Seats Now As Gov T Focuses On Health Economic Crises Bersatu Man

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 371 hits
Bersatu supreme council member Dr Muhammad Faiz Na aman took aim at fellow Bersatu leader and party deputy president Mukhriz Mahathir for allegedly politicking at a time when the Perikatan Nasional government was focussed on overcoming the ...
Kembali Ke Umno Adalah Jalan Paling Mulia Bagi Pengkhianat Bersatu

Kembali Ke Umno Adalah Jalan Paling Mulia Bagi Pengkhianat Bersatu

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 307 hits
Sudah ada suara yang MENGHENTAM AHLI BERSATU yang TIDAK MENYOKONG KERAJAAN PN ini Yang sebuk MENGHENTAM AHLI YANG MENENTANG PENGKHIANATAN TERSEBUT sebenarnya TIDAK SEDAR DIRI kerana mereka TELAH DI PERGUNAKAN OLEH MUHYIDDIN untuk MENCAPAI M...
Bersatu Boleh Kembali Bersama Ph Salahuddin Ayub

Bersatu Boleh Kembali Bersama Ph Salahuddin Ayub

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 274 hits
Kerajaan Perikatan Nasional Johor yang semakin bergolak memungkinkan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri sebagaimana yang diinginkan Umno Namun Pakatan Harapan Johor menawarkan pilihan yang lebih mudah iaitu Bersatu kembali membentu...
Idea Terima Bersatu Kembali Dalam Ph Tak Bermaruah Amk

Idea Terima Bersatu Kembali Dalam Ph Tak Bermaruah Amk

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 343 hits
Pemuda PKR membidas kenyataan Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub yang menyatakan Pakatan Harapan sedia menerima kembali Bersatu Johor Setiausaha AMK Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab berkata AMK secara tegas menolak idea untuk menerima kem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo