Menjawab Tuduhan Pesuruhjaya Pas Perak Berkenaan Isu Penerimaan Gelaran Pangkat



Pada 23 November 2018oleh Quratulain AtiqahE-mailTweetLike6Beberapa hari lepas telah tersebar secara meluas kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang mempertikaikan keputusan DAP untuk tidak menerima gelaran dan pangkat yang dianugerahkan oleh pihak Istana sebagai tanda kebiadaban DAP terhadap Raja-raja Melayu.Kesal dengan kenyataan tersebut, saya merujuk kepada kenyataan dan teguran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menegaskan pendirian DAP bahawa wakil rakyat dan ahli majlis dari kalangan parti ini tidak akan menerima apa-apa pangkat atau gelaran daripada Istana semasa dalam tempoh perkhidmatan. Harus diamati dan difahami bahawa tindakan dan pendirian ini bukanlah kerana parti DAP ini sombong atau angkuh, tetapi inilah pendirian dan amalan parti DAP sejak sekian lama bahawa kita bekerja dan berkhidmat bukanlah untuk mengaharapkan balasan dalam bentuk pengurniaan pangkat atau gelaran.Penolakan ini juga bersifat untuk memastikan ahli DAP memberikan perkhidmatan terbaik demi kemaslahatan rakyat. Jika boleh dielakkan, kita tidak mahu pangkat dan gelaran ini mengakibatkan kita hanyut dan lupa diri. Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes-kes orang kenamaan dan berpangkat yang bersikap kurang ajar terhadap orang awam. Berapa ramai mereka yang bergelar “Datuk” atau “Datuk Seri” yang bersikap kasar, malah terdapat kes “Datuk Seri” memukul 3 anggota Jabatan Sukarelawan  Malaysia (RELA) hanya kerana meminta beliau mengalihkan keretanya yang menghalang lalu lintas. Begitulah halnya juga dengan kes Datuk Seri Jamal Yunos yang sebelum ini sentiasa bertindak di luar kawalan yang akhirnya terpalit dengan pelbagai kesalahan jenayah. Inilah yang boleh dikatakan sebagai penghinaan dan kebiadaban terhadap gelaran dan pangkat yang diberi oleh Istana.Memang menjadi lumrah, kita tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Ada kalanya tindakan dan perkhidmatan cemerlang akan mendapat pujian. Ada masa, tersilap langkah akan menerima kecaman. Namun, selagi kita melakukan tugas dan tanggungjawab dengan baik, tidak lari daripada masalah, dan dapat mengekalkan hubungan baik dengan rakyat, ianya adalah lebih bermakna daripada mengejar pangkat dan gelaran. Dan nilai-nilai inilah yang akan mengikat kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat kerana kita sentiasa berpijak di bumi yang nyata, bukan dibuai dan diangkat menjulang tinggi ke langit dan kemudiaanya lupa pada tanggungjawab, lupa pada amanah yang tergalas di bahu.Lantas yang demikian, sebagai anak muda di dalam parti DAP dan dalam masa yang sama diberi amanah dan tanggungjawab sebagai seorang ahli Majlis di MBPJ, saya sendiri menyokong dan mengangkat prinsip ini kerana kita sendiri perlu menghormati tanggungjawab dan amanah yang diberi ini adalah tanggungjawab dan amanah yang besar. Tidak perlu tunggu penganugerahan besar untuk menunjukkan kita boleh dan akan bekerja untuk rakyat. Kerana takut penganugerahan besar ini menjadikan kita besar kepala dan lupa diri.Justeru, harus diingat, menolak bukan tanda biadab, tetapi menolak kerana kita hormat kepada amanah dan tanggungjawab yang diberi. Kita hormat kepercayaan yang rakyat beri, untuk kita berikan perkhidmatan yang terbaik dan bukan untuk mengejar nama dan gelaran besar-besar. Kita tolak kerana kita tahu, hanya mereka yang cemerlang dalam tempoh berkhidmat sahaja yang layak menerimanya. Dan ini hanya layak dinilai selepas seseorang itu tamat tempoh perkhidmatannya. Kita tolak kerana kita hormat kepada nilai penghargaan yang diberi oleh Istana ini. Kerana jika kita gagal membawa dan mengekalkan nama baik, sudah tentu kita hanya akan memalukan Istana yang memberi penganugerahan ini, dan lebih teruk membawa nama buruk terhadap parti.Kita tolak kerana kita mendukung prinsip, dan prinsip itu adalah mustahil untuk dijual beli begitu sahaja. Biar kita ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk dan bukan leka mendongak langit semata-mata. – Roketkini.com*Quratulain Atiqah adalah Ketua Biro Undang-undang Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Selangor dan Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2018/11/menjawab-tuduhan-pesuruhjaya-pas-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah

Mahkamah Sahkan Pesuruhjaya Pas Perak Kaki Fitnah

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 315 hits
Razman kena bayar RM200 000 kepada NizarPESURUHJAYA PAS Perak Razman Zakaria Foto Muhaizan YahyaPESURUHJAYA PAS Perak Razman Zakaria Foto Muhaizan YahyaRazman kena bayar RM200 000 kepada NizarIPOH Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Pesu...
Komplot Singkir Mb Perak Pas Tidak Terlibat

Komplot Singkir Mb Perak Pas Tidak Terlibat

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 261 hits
IPOH Pas Perak tidak mengetahui wujud gerakan untuk menyingkirkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui undi tidak percaya Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berkata pihaknya sama sekali tidak terlibat malah tidak lang...
Pemimpin Umno Perguna Pemimpin Pas Isu Icerd Kata Khalid Samad

Pemimpin Umno Perguna Pemimpin Pas Isu Icerd Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 318 hits
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan Pas kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segal...
Isu Icerd Pas Umno Akan Bentuk Kerajaan Campuran Di Masa Depan

Isu Icerd Pas Umno Akan Bentuk Kerajaan Campuran Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 360 hits
Isu ICERD Pas Umno akan bentuk kerajaan campuran di masa depan Posted By on November 22 2018Pelbagai isu melingkari Pas sejak Perhimpunan Perpaduan Ummah bersama Umno di Pasir Salak Perak menentang Konvemsyen Antarabangsa Mengenai Penghapus...
Me Insult The Sultans Guan Eng To Lodge Police Report Against Perak Pas Chief Over Datuk Titles Accusation

Me Insult The Sultans Guan Eng To Lodge Police Report Against Perak Pas Chief Over Datuk Titles Accusation

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 302 hits
LIM Guan Eng will lodge a police report against PAS Perak commissioner Razman Zakaria for claiming that the finance minister had disrespected the Malay rulers Lim said Razman had twisted his remarks aimed at DAP members about datukship titl...
Isu Icerd Siapa Mulakan Dahulu Jangan Salahkan Umno Atau Pas

Isu Icerd Siapa Mulakan Dahulu Jangan Salahkan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 493 hits
Wan Hafiz HamzahKUALA LUMPUR 24 Nov Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan segala kemelut penentangan terhadap ICERD sehingga memperlihatkan demonstrasi demi demonstrasi dilakukan di seluruh negara bukan dimulakan oleh UM...
Kronologi Isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

Kronologi Isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 1397 hits
1 Tanah terletaknya kuil berkenaan asalnya dimiliki oleh Consolidated Plantations Bhd yang merupakan adalah pemilik kepada Seafield Estate Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan kuil tersebut 1974 Kuil tersebut dibina pada tahun 1974 ol...
Salahkan Polis Cara Berkesan Menteri Perpaduan Selesaikan Isu Perbalahan

Salahkan Polis Cara Berkesan Menteri Perpaduan Selesaikan Isu Perbalahan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 949 hits
MyMetro melaporkan bahawa BEBERAPA menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan menggesa tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis daerah Subang Jaya susulan isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya awal pagi tadi ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction