Isu Icerd Pas Umno Akan Bentuk Kerajaan Campuran Di Masa Depan



Isu ICERD: Pas – Umno akan bentuk kerajaan campuran di masa depan?Posted By: Pentadbiron: November 22, 2018 Print EmailPelbagai isu melingkari Pas sejak Perhimpunan Perpaduan Ummah bersama Umno di Pasir Salak, Perak menentang Konvemsyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) baru-baru ini.Bukan sahaja ahli Pas terkilan kerana presiden mereka Hj Hadi Awang tidak lagi memakai serban ketika berucap bersama presiden Umno Dr Zahid Hamidi, malah mereka juga kecewa kerana parti itu seolah-olah sudah bersedia membentuk kerajaan campuran bersama Umno.Seorang veteran Pas dari Pantai Timur yang enggan namanya disiarkan berkata, himpunan bersama menentang ICERD itu mungkin hanya alasan kepada pemimpin-pemimpin muda Pas untuk menganjurkan lebih banyak himpunan bersama pemimpin tertinggi Umno.Sementara itu, Umno pula, dakwanya, akan menggunakan kelunakkan hati pemimpin Pas untuk membujuk agar parti itu bersetuju membentuk kerajaan campuran di peringkat negeri.Menurut beliau yang mengikuti secara dekat perjalanan politik bekas Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat dan Hj Hadi, trend kerjasama Umno – Pas kali ini tidak mustahil akan berakhir dengan pembentukan kerajaan campuran. Jelasnya, sekiranya hal itu berlaku maka Pas akan rugi di Kelantan dan Terengganu.“Sekarang tiada lagi selindung atau bisik-bisik hubungan Pas dan Umno. Jika berlaku kerjasama atau kerajaan campuran maka Umno akan kembali berkuasa di Kelantan dan Terengganu.“Di Pahang Umno akan merombak Exco kerajaan negeri dengan memasukkan Adun-Adun Pas sebagai Exco“Di Kelantan pula Exco-Exco Pas akan melepas jawatan mereka kepada beberapa Adun Umno. Begitu juga di Terengganu. Adun Seberang Takir dan Adun Kijal misalnya akan menganggotai semula barisan Exco apabila Pas menerima Umno sebagai parti sekutu,” dakwanya.Dakwa beliau lagi, ahli Pas akar umbi mulai curiga dengan hala tuju parti dan hala tuju politik pemimpin muda seperti Razman Zakaria, Takiyudin Hasan, Nasarudin Tantawi, Zuhdi Marzuki, Nik Mohd Abduh dan lain-lain. Mereka dilihat mempunyai kecenderungan untuk menyatukan perjuangan Pas dan Umno yang ditentang oleh para pemimpin sebelumnya.Apatah lagi, katanya, Umno tidak pernah merobah perlembagaannya atau menegaskan untuk menerima Islam sepenuhnya sebagai mana perjuangan Pas. Malah pemimpin Umno banyak yang terpalit dengan isu penyelewengan kerajaan lalu, yang akan memburukkan imej Pas sekiranya bekerjasama.“Maka ahli-ahli Pas yang enggan menerima cadangan ini eloklah menziarahi kubur Tok Guru Nik Aziz, kubur Tok Guru Harun Taib, Abu Bakar Chik, Tok Guru Awang Nasruddin dan Ustaz Fadzil Noor untuk bertahlil buat mereka.“Buatlah amalan yang dibenarkan syarak di sana untuk mengadu hal,” sinis beliau menanggapi situasi Pas yang tidak menentu.Beliau juga memberi amaran bahawa isu kerjasama Pas – Umno akan menerbitkan perpecahan kedua dalam parti Islam itu dan lebih banyak pemimpin akan keluar. Malah bibit-bibit awal boleh dibaca apabila presiden Amanah, Mohamad Sabu kerap kali berkata partinya terbuka menerima mana-mana pemimpin Pas yang mahu berhijrah.“Pas akan semakin berpecah bila sahih kerjasama dengan Umno yang bermula di Pasir Salak ini.“Selepas ini Pas akan meneruskan kempen bersama Umno dalam isu-isu menentang Pakatan Harapan, yang akan lebih mengecewakan ahli“Dulu ahli sangat yakin Dewan Ulamak Pas bersama ahli-ahli Majlis Syura Ulama akan mempertahan dasar-dasar utama parti namun sebaliknya berlaku bila Tok Guru Nik Aziz kembali ke rahmatullah.“Kini dasar Pas telah dirobek oleh beberapa kerat pimpinan Pas sendiri,” katanya kecewa.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2018/11/isu-icerd-pas-umno-akan-bentuk-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama

Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 591 hits
Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama
Isu Icerd Siapa Mulakan Dahulu Jangan Salahkan Umno Atau Pas

Isu Icerd Siapa Mulakan Dahulu Jangan Salahkan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 483 hits
Wan Hafiz HamzahKUALA LUMPUR 24 Nov Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan segala kemelut penentangan terhadap ICERD sehingga memperlihatkan demonstrasi demi demonstrasi dilakukan di seluruh negara bukan dimulakan oleh UM...
Pemimpin Umno Perguna Pemimpin Pas Isu Icerd Kata Khalid Samad

Pemimpin Umno Perguna Pemimpin Pas Isu Icerd Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 310 hits
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan Pas kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segal...
Langkah Mayat Orang Umno Dulu Jika Kerajaan Mahu Ratifikasikan Icerd Ahmad Zahid

Langkah Mayat Orang Umno Dulu Jika Kerajaan Mahu Ratifikasikan Icerd Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 342 hits
KUANTAN 17 Nov Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan langkah mayat orang UMNO dulu sebelum kerajaan mahu melaksanakan agenda kesamarataan yang akan menidakkan perkara perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan seperti ...
Ceramah Dialog Presiden Pas Di Turki Masa Depan Islam

Ceramah Dialog Presiden Pas Di Turki Masa Depan Islam

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 330 hits
SAYA dijemput untuk menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk Masa Depan Islam Cabaran dan Penyelesaian di hadapan lebih seratus ahli akademik ahli politik pemimpin masyarakat dan mahasiswa di Ankara Program tersebut dianjurkan oleh Economic a...
Zahid Umno Syak Ada Tidak Kena Kerajaan Batal Icerd

Zahid Umno Syak Ada Tidak Kena Kerajaan Batal Icerd

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 330 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi meragui keikhlasan kerajaan PH menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum Foto Bernama Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun pembangkang berterima kasih atas pe...
Icerd Pas Sudah Tukar Jadi Assabiyah Seperti Umno

Icerd Pas Sudah Tukar Jadi Assabiyah Seperti Umno

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 426 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi dan Presiden PAS Hadi Awang bersatu membantah ICERD Foto The Malaysian Insight oleh Shahbudin Husin Hanya kerana isu ICERD yang sepatutnya tidak perlu lagi terus dibangkitkan Pas secara nyata telah menukar perjuan...
Mustahil Boleh Ratifikasi Icerd Tanpa Sokongan Umno Pas

Mustahil Boleh Ratifikasi Icerd Tanpa Sokongan Umno Pas

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 348 hits
KONVENSYEN Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum memerlukan sokongan ahli ahli parlimen Umno dan PAS untuk kerajaan melaksanakannya Dalam erti kata lain ICERD tidak akan dapat diratifikasikan sekiranya ahli parlimen dari ...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Sarapan Di Restoran Mak Kimbong Bangi

Netanyahu Berang Icc Keluar Waran Tangkap

Nasi Goreng Sutun Jjcm Ke Fesko Utm

Explore Your Roots How To Plan A Family Heritage Trip

Hiburan Pernah Kena Label Sebagai Penyondol Rupanya Nissa Sabyan Ayus Dah Bernikah

Rating Cecah 66 Masih Tiada Naskhah Baru Mampu Pecah Rekod K Drama Lejen Ini