Menjadi Nurul Izzah Yang Jujur Dan Tidak Hipokrit Lebih Mulia Daripada Jadi Pengampu Seperti Azmin


Shahbudin Husin 

Berikutan interbiu Nurul Izzah Anwar dengan sebuah media Singapura yang mengkritik Tun Mahathir Mohamad, beliau kini menjadi sasaran kecaman daripada para pentaksub dan pengampu Perdana Menteri.

Mereka yang berbuat demikian bukan saja daripada Bersatu, tetapi juga daripada PKR sendiri.

Antara lain Nurul menyebut tempoh hampir setahun PH memegang kuasa sebagai kerajaan adalah “sangat mencabar dan huru-hara. Saya belajar banyak perkara, tapi saya juga rasa saya sudah patah hati”.

“Bekerja dengan bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan, bukan saja pada kehidupan keluarga kami, tapi juga sistem (pentadbiran negara), ia bukanlah sesuatu yang mudah,” tambah Ahli Parlimen Pernatang Pauh itu lagi.

Susulan itu, Nurul izzah turut mengumumkan beliau tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang nanti.

Kecaman dan kutukan daripada pengampu dan pentaksub Tun Mahathir tentu saja boleh difahami kerana mereka ini pantang terdengar sebarang kritikan yang tidak menyenangkan tentang idola mereka itu.

Sama seperti pentaksub dan pengampu Najib Razak sebelum ini, lagak dan gaya mereka tiada bezanya sama sekali.

Bagaimanapun dalam PKR, yang turut mengkritik Nurul Izzah ialah Azmin Ali yang menyifatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seperti seorang bayi yang suka merengek.

Kata Azmin lagi, jika tak tahan dengan kepanasan, keluarlah daripada dapur.

Walaupun tidak menyebut nama, jelas Azmin menujukan ciapannya di Twitter itu kepada Nurul Izzah yang lantas menyarankan lebih baik anak sulung Anwar itu berundur jika tidak tahan dengan getirnya sebuah perjuangan.

Apakah dalam hal ini Nurul Izzah seperti bayi yang suka merengek?

Jika diperhalusi apa yang diperkatakan oleh Nurul Izzah itu tiada apa pun salahnya, cuma ia hanyalah luahan hati beliau bersandarkan sikap jujur dan tidak berpura-puranya tentang apa yang berlaku dalam negara ini sejak dipimpin oleh Tun Mahathir.

Secara mudahnya, memang bekerja dengan Tun Mahathir yang berwatak berbeza antara sebelum beroleh kuasa dengan setelah kuasa ada dalam tangannya, bukan saja tidak mudah, bahkan sangat-sangat sukar bagi mereka yang lurus dan jujur seperti Nurul Izzah.

Tun Mahathir jelas ada agendanya sendiri dalam memegang kuasa kali kedua ini dan bukan mahu sangat mengangkat agenda rakyat yang menjadi teras perjuangan PH selama ini.

Lantaran itu, apakah salahnya Nurul Izzah bersikap jujur, berani, berterus-terang dan tidak berpura-pura dalam hidupnya?

Bukankah Tun Mahathir juga pernah menulis surat mengkritik Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan semua Perdana Menteri lain seperti Tun Abdullah Badawi dan Najib yang tidak dipersetujuinya?

Yang teruk dalam hal ini ialah Azmin sendiri yang sebelumnya bersama-sama mengangkat reformasi, tetapi kini telah bertukar menjadi watak pengampu serta pembodek kepada Tun Mahathir.

Beliau tidak saja mengampu dan membodek dalam perlakuannya sehari-hari sejak bergelar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, bahkan ketika menunaikan umrah dan di depan Kaabah pun beliau turut mendoakan kesihatan dan panjang umur Tun Mahathir yang dimuatkan dalam Twitternya.

Jika bukan untuk membodek dan mengampu, tidak bolehkah Azmin berdoa saja secara diam-diam saja tanpa memberitahu perlakuannya itu melalui laman sosial?

Tidak cukup dengan itu, ketika melawat Kedah baru-baru ini dan berkesempatan berkunjung ke Pekan Rabu, apa yang dicari Azmin ialah kedai songkok yang biasa dikunjungi oleh Tun Mahathir.

Beliau dilaporkan sangat mengkagumi dan tertarik dengan songkok yang selama ini kerap dipakai oleh Tun Mahathir.

Sejak bilakah Azmin pandai berperangai mengampu sehingga ke peringkat seperti ini?

Jika beliau masih Menteri Besar Selangor ketika ini, adakah beliau masih mengampu dan membodek Tun Mahathir seperti yang dilakukannya sekarang?

Apa pun, bersikap jujur dan berterus serta tidak hipokrit seperti Nurul Izzah adalah lebih mulia berbanding tiba-tiba jadi pengampu dan pembodek demi kuasa seperti Azmin.

Kiranya ada masa kelapangan, cuba Azmin tonton kembali video-video lama ucapannya berkenaan kecamannya terhadap pembodek dan pengampu dalam UMNO sebelum ini, apakah bezanya beliau sekarang ini dengan mereka itu?




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/menjadi-nurul-izzah-yang-jujur-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stop Criticising Nurul Izzah Focus On Economy Anwar Chides Azmin

Stop Criticising Nurul Izzah Focus On Economy Anwar Chides Azmin

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 342 hits
PKR president Anwar Ibrahim has told Azmin Ali to concentrate on his ministerial work KUALA LUMPUR PKR president Anwar Ibrahim today advised his deputy Azmin Ali to stop criticising his daughter Nurul Izzah and instead focus on his duties a...
Azmin Kritik Nurul Izzah Tak Tahan Cabaran Jika Tak Mampu Tahan Panas Keluar Dapur

Azmin Kritik Nurul Izzah Tak Tahan Cabaran Jika Tak Mampu Tahan Panas Keluar Dapur

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 477 hits
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat mengkritik Nurul Izzah Anwar sebagai budak merengek dipercayai susulan beberapa kenyataan ahli parlimen Permatang Pauh kebelakangan ini Negara ini memerlukan individu yang sanggup mendepani segala kegeti...
Peperangan Nurul Izzah Azmin Ali

Peperangan Nurul Izzah Azmin Ali

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 409 hits
KEMELUT antara Anwar Nurul Izzah dan Mohamed Azmin masih belum berkesudahan sehingga kini UTUSAN ONLINEKUALA LUMPUR 26 Mac Peperangan yang berlaku antara Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mo...
Azmin Kritik Nurul Izzah Budak Merengek

Azmin Kritik Nurul Izzah Budak Merengek

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 537 hits
TIDAK TAHAN GETIR AZMIN KRITIK NURUL IZZAH BUDAK MERENGEK Diterbitkan oleh Projek MM 2 jam yang lalu pada 25 March 2019KUALA LUMPUR 25 Mac Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat mengkritik Nurul Izzah Anwar sebagai budak merengek dipercayai s...
Nurul Izzah Mahu Reformasi Azmin Sindir Budak Merengek

Nurul Izzah Mahu Reformasi Azmin Sindir Budak Merengek

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 439 hits
Kekecewaan Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan tidak dapat diselindung lagi Dalam wawancaranya bersama akhbar Singapura The Straits Times Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan k...
Losing Nurul Izzah To Principles

Losing Nurul Izzah To Principles

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 479 hits
Three months ago Nurul Izzah resigned as PKR vice president and relinquished her posts as PKR Penang chief and other government appointments Yesterday she quit the Parliamentary Public Accounts Committee And a few years from now she will en...
Khairuddin Surendran Selar Nurul Izzah Tidak Beretika

Khairuddin Surendran Selar Nurul Izzah Tidak Beretika

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 363 hits
MalaysiaGazette Nurul Izzah Anwar yang melepaskan jawatan dalam Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara melontarkan pandangan tentang kerajaan Pakatan Harapan yang disifatkan sebagai huru hara selain kepayahan beliau untuk bekerja bersama Tun Dr...
Setiausaha Agung Pkr Akan Jumpa Minta Penjelasan Nurul Izzah

Setiausaha Agung Pkr Akan Jumpa Minta Penjelasan Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 361 hits
MALAYSIAKINI Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan berjumpa dengan Nurul Izzah Anwar bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan ahli parlimen Permatang Pauh itu yang disiarkan kepada sebuah akhbar Singapura baru baru ini ...
Syed Saddiq Bangkit Jawab Kenyataan Nurul Izzah

Syed Saddiq Bangkit Jawab Kenyataan Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 354 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi pandangannya tentang Dr Mahathir Mohamad sebagai respons kepada kenyataan Nurul Izzah tentang perdana menteri itu yang dilaporkan media Singapura baru baru ini Melalui Twitter ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini