Meninggalkan Puasa Kerana Berpantang Langkah Tahun Kerana Menyusu



Soalan:
Bulan puasa tahun lepas saya dalam pantang bersalin. Jadinya sebulan puasa saya tidak berpuasa. Sekarang pun masih menyusukan anak. Usia anak 11 bulan. Saya ingin bertanya, perlukah saya:
1) Qadha puasa sahaja, atau
2) Qadha puasa dan bayar fidyah, atau
3) Tidak perlu qadha puasa tetapi bayar fidyah sahaja.
Saya masih menyusukan anak sekarang. Mana satu yang perlu saya ikut sebab banyak sangat mazhab yang saya dengar.

Jawapan:
Pertama sekali kita perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat. Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari. Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas. Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut. Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.

Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha. Ini berbeza dengan solat fardu yang tidak perlu diganti. Perkara ini berdasarkan hadis Muslim riwayat Aisyah R.Anha bahawa kaum wanita diperintahkan untuk mengqadhakan puasa Ramadhan yang ditinggal akibat haid –dan juga nifas- tetapi tidak bagi solat fardu.


Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu mud (secupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah) bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bagi tahun yang baru. Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. [Rujuk al-Iqna` (ms. 352)]

Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad (2/200): “Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramadhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha sahaja.”

Justeru, dalam kes puan yang bertanya:
1. Puan hendaklah menggantikan puasa yang ditinggalkan semasa nifas dahulu.
2. Jika puan melewatkan puasa sehingga masuk ke Ramadhan yang baharu, maka hendaklah puan ganti puasa, dan membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
3. Jika puan meninggalkan ganti puasa atas sebab keuzuran seperti masih menyusu anak, lalu masuk ke Ramadhan yang baharu, maka puan tidak perlu membayar fidyah tetapi tetap perlu menggantikan puasa.

Semoga Allah Taala mengurniakan kekuatan dan ilmu dalam beramal. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/meninggalkan-puasa-kerana-berpantang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Kurma Blend Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa Sesuai Di Ambil Waktu Sahur

Susu Kurma Blend Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa Sesuai Di Ambil Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 850 hits
Cara pemakanan teknik mengepam dan mindset yang betul sangat penting untuk ibu menyusu di bulan Ramadan nanti Ada yang risau susu akan drop dan mungkin cepat lapar selepas mengepam atau menyusukan anak Bagaimanapun ada beberapa cara yang bo...
Bumil Masih Galau Puasa Atau Nggak Di Bulan Ramadan Biar Nggak Salah Langkah Baca Dulu Nih

Bumil Masih Galau Puasa Atau Nggak Di Bulan Ramadan Biar Nggak Salah Langkah Baca Dulu Nih

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 327 hits
Masigh ragu dan bimbang berpuasa atau nggak saat hamil Hmm simak dulu deh pertimbangannya di sini
Hiburan Bertudung Setiap Tahun Di Bulan Puasa Netizen Puji Keayuan Fazura

Hiburan Bertudung Setiap Tahun Di Bulan Puasa Netizen Puji Keayuan Fazura

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 401 hits
Apabila tiba bulan Ramadhan ramai artis akan berhijab bagi menghormati bulan mulia ini Antara artis tersebut ialah pelakon jelita Nur Fazura Setiap tahun pasti isteri kepada Fattah Amin itu akan menunaikan janji untuk tampil dengan imej sop...
Chantiq 3 Tahun Puasa 22 Hari Kini Solat Sendiri Netizen Puji Didikan Jozlynn

Chantiq 3 Tahun Puasa 22 Hari Kini Solat Sendiri Netizen Puji Didikan Jozlynn

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 546 hits
Chantiq anak pelawak penyampai radio Johan dan Ozlynn Wati ini mencairkan hati netizen Pada usia 3 tahun sudah boleh berpuasa selama 22 hari Nur Latifah Chantiq Hanania yang dilahirkan 25 November 2014 merupakan anak keempat pasangan ini Da...
Ibu Menyusu Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

Ibu Menyusu Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 583 hits
Dua hari lagi bulan Ramadan akan disambut oleh seluruh umat Islam di dunia Puasa antara kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam Namun terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan khas kepada beberapa golongan sahaja BACA Golon...
Mama Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Wajib Bayar Fidyah Puasa Tetap Perlu Diganti

Mama Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas Wajib Bayar Fidyah Puasa Tetap Perlu Diganti

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 630 hits
Siapa yang due date mereka sekitar bulan Ramadan nanti mesti dah terfikir bagaimana agaknya mereka nak kena ganti puasa Mana tidaknya bersalin ketika bulan Ramadan biasanya menyebabkan ibu ibu mengalami nifas dan seterusnya tidak dapat menu...
Saya Okay Je Puasa Masa Hamil Siap Menyusu Lagi Ingat Tak Semua Orang Sama Jumpa Lah Pakar

Saya Okay Je Puasa Masa Hamil Siap Menyusu Lagi Ingat Tak Semua Orang Sama Jumpa Lah Pakar

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 465 hits
Menjelang bulan Ramadan pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsi oleh ibu hamil dan menyusu Ada yang tidak dapat bertahan dan ada yang dapat bertahan untuk menunaikan ibadah puasa Bagi yang mampu bertahan ia merupakan satu anugerah yang ...
Durasi Puasa Terpanjang Dan Terpendek Pada Ramadan Tahun Ini Ada Yang Hampir 21 Jam Lho

Durasi Puasa Terpanjang Dan Terpendek Pada Ramadan Tahun Ini Ada Yang Hampir 21 Jam Lho

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 346 hits
Gimana tuh yang puasanya 21 jam Abis buka puasa tarawih lalu sahur eh udah subuh lagi Bersyukur dong jadi orang Indonesia cuma 13 jam doang
Agar Luka Bakar Tidak Meninggalkan Bekas Segera Atasi Dengan 3 Langkah Ini

Agar Luka Bakar Tidak Meninggalkan Bekas Segera Atasi Dengan 3 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 290 hits
Luka bakar adalah jenis luka yang disebabkan oleh panas baik itu yang berasal dari matahari atau juga api Sering juga beberapa orang terkena luka bakar karena teledor pada saat mengendarai moor Jangan khawatir karena nyatanya ada banyak sek...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025