Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam



Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitik beratkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan. 
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini perlu eneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukaddimah kepada melahirkan anak luar nikah.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali TERJERUMUS dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan kegairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum allah s.w.t aitu penzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan. 
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu diikuti. baginda melarang orang islam supaya jangan melampau dan sentiasamenutup aurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah s.w.t 
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran. 
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.
Rasulullah bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia(HR Bukhari dan Muslim,)
Sebenarnya ada banyak cara untuk dapatkan pasangan, antaranya merisik sebab itu cinta perlu ada matlamat iaitu perkahwinan.
1.Boleh suruh parent carikan, sebab kalau parent carikan tentulah yang terbaik untuk anak dia. kalau setuju ngan latar belakang die, kawen la terus lagi pun Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya. tetapi tidak semestinya Bercinta selepas kahwin adalah pilihan ibubapa tetapi pilihan sendiri pun boleh juga tidak ada masaalah dalam hal ini semuanya atas kemahuan kita melawan nafsu.

2.Boleh suruh kawan risik risikankan, sebab diorang mesti ade kenalan2. pastu kite selidik2 la latar belakang lelaki tu. kalau berkenan, mintak kawan tu tolong aturkan untuk berjumpa (bukan berdua duaan), berkenall kenalan dan kawin
3.kalau kita berkenan ngan seseorang tu, kita mintak orang tengah yang tanya tanyakan kat orang tu kerana jaga adab untuk orang perempuan sebagai seorang yang pemalu walaupun perempuan tu janda. kalau dah siasat latar belakang lelaki tu, aturkan pertemuan sambil ditemani mahram (saudara2 kandung). kalau suka, kawen la terus. tak suke, rejek baik2.dan lain2 cara lagi yang menepati  hukum dan adab Islam.Jangan berpandukan peredaran zaman dan perbuatan masyarakat, sebab belum tentu yang masyarakat buat tu betul di sisi agama.
Sekiranya anda mampu mengawalnya anda adalah orang yang betul betul menjaga sifat keperibadian yg mulia…tetapi sekiranya tak mampu…maka bercintalah selepas nikah…kerana itulah yang sebaik-baiknya kerana bila kita tidak mampu nak mengawal perasaan cintaitu…sudah semestinya kita akan terjebak dengan penzinaan…oleh itu tidak perlulah risau siapa jodoh kita…kerana itu adalah yang terbaik Allah s.w.t pilih untuk kita…sentiasalah bersangka baik kepadaNya…apabila kita sentiasa melakukan perbuatan yg baik dan tidak melakukan maksiat kepadaNya…inshaAllah…Allah s.w.t akan berikan yang terbaik buat hambaNya…berusaha…berdoa dan bertawakkal kepadaNya…ingat jodoh dan pertemuan itu adalah ditangan Allah s.w.t.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalanakhirat.wordpress.com/2019/03/09/mengurat-dan-bercinta-menurut-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Membongkar Fakta Anak Indigo Menurut Islam Ustadz Oemar Mita

Membongkar Fakta Anak Indigo Menurut Islam Ustadz Oemar Mita

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 264 hits
Anak indigo menurut Islam memang harus dikaji secara mendalam Ada yang sudah terlanjur percaya bahwa anak indigo itu memang ada Sebagian lain menilai indigo adalah gangguan jin Sebagian lainnya tidak begitu peduli dengan adanya fenomena ind...
2 Individu Akan Didakwa Kerana Hina Islam Menurut Sumber

2 Individu Akan Didakwa Kerana Hina Islam Menurut Sumber

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 299 hits
2 individu akan didakwa kerana hina Islam menurut sumber nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 26 Feb 2
Kedamaian Negara Islam Menjadi Racun Kepada Orang Kafir 9212

Kedamaian Negara Islam Menjadi Racun Kepada Orang Kafir 9212

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 406 hits
Imarah Afghanistan Penarikan Seluruh Tentara Asing Adalah Kunci Perdamaian Sabtu 2 Maret 2019 14 35Foto Juru bicara Imarah Islam Afghanistan Suhail Shaheen KIBLAT NET Kabul Juru bicara Biro Politik Taliban di kantor perwakilan di Qatar meny...
Lukis Kening Teknik Gam Atau Guna Concealer Haram Ke Dalam Islam

Lukis Kening Teknik Gam Atau Guna Concealer Haram Ke Dalam Islam

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 769 hits
Kuasa solekan memang tidak dapat dinafikan lagi dapat mengubah wajah seseorang dari biasa kepada terlalu menawan Ia seperti pembedahan plastik sementara yang tidak menyakitkan dan boleh diubah mengikut kepuasan hati sendiri Di arus media so...
Menjadi Kewajipan Umat Islam Pertahan Dan Muliakan Rasulullah Saw Mufti Wilayah

Menjadi Kewajipan Umat Islam Pertahan Dan Muliakan Rasulullah Saw Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 342 hits
Mempertahankan dan memuliakan Rasullullah SAW adalah menjadi kewajipan buat umat Islam serta haram sama sekali menghina Baginda Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad berkata menyintai Rasulullah SAW juga termasuk dalam ke...
4831 Lebih 500 Sertai Himpunan Aman Kedaulatan Islam Di Masjid Negara Ismaweb 2 3 19

4831 Lebih 500 Sertai Himpunan Aman Kedaulatan Islam Di Masjid Negara Ismaweb 2 3 19

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR 24 Jamadilakhir 1440H Jumaat Lebih 500 umat Islam menyertai himpunan aman ancaman kepada kedaulatan Islam anjuran Gerakan Pembela Ummah selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Negara di sini hari ini Himpunan aman ini diadakan b...
Kerajaan Ph Dukung Usaha Martabat Islam Lim Guan Eng

Kerajaan Ph Dukung Usaha Martabat Islam Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 490 hits
Pada 3 Mac 2019Kerajaan Pakatan Harapan akan terus mendukung usaha pembangunan dan kebajikan Islam selaras dengan Perlembagaan tegas Menteri Kewangan Lim Guan Eng Menyatakan komitmen ini katanya peruntukan sebanyak RM5 juta telah disalurkan...
Bukan Islam Dilarang Panggil Kafir Kerana Berunsur Ganas

Bukan Islam Dilarang Panggil Kafir Kerana Berunsur Ganas

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 383 hits
Moqsith memaklumkan isu melarang menyebut orang kafir tidak semestinya termasuk dalam cadangan yang akan diberikan kepada kerajaan FotoBERNAMA Fail Bukan Islam di Indonesia tidak lagi digelar kafir PERSIDANGAN Ulama Nasional dan Persidangan...
Amaran Sultan Selangor Berhenti Hina Rasulullah Saw Caci Islam

Amaran Sultan Selangor Berhenti Hina Rasulullah Saw Caci Islam

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 345 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan semua pihak terutama masyarakat bukan Islam supaya berhenti mempersendakan Rasulullah SAW serta mencemar kesucian agama Islam Setiausaha Dewan di Raja Selangor Hanafisah J...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti