Mengurangkan Pelepasan Karbon Melalui Aktiviti Zero Carbon Challenge Eco Race 2019


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Apa usaha kita dalam memastikan memelihara alam sekitar selain daripada kitar semula. Sebenarnya kita boleh mengurangkan penggunaan kenderaan kerana ia dapat mengurangkan pelepasan karbon (CO2) dalam udara. Cara nak mengurangkan asap ni kita kena banyak menggunakan pengangkutan awam
Ucapan daripada Dato' Hj. Mohd Zain Hj. Hassan CEO Alam Flora Sdn Bhd
Itulah matlamat utama dalam aktiviti ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019 yang Maha sertai pada hari Sabtu yang lepas. Program anjuran Alam Flora dan juga kerjasama dengan Prasarana Malaysia dalam menggalakkan kita menggunakan pengangkutan awam seperti LRT. Ini kerana LRT adalah pengangkutan awam yang dekat di hati rakyat Malaysia. Selain itu, LRT adalah pengangkutan yang kurang pelepasan karbon ke atmosfera dan menyokong matlamat kerajaan  dalam mencapai 45% pengurangan Pelepasan Karbon setiap KDNK menjelang tahun 2030. 



Sebenarnya program ini telah dianjurkan sejak beberapa tahun lepas tetapi sebelum ini mereka banyak menggunakan kenderaan sendiri. Jadi pertandingan Ecorace kali ini, mereka menambah baik program dengan melaksanakan konsep lebih mesra alam iaitu dengan menggunakan pengangkutan awam agar penghasilan karbon dapat dikurangkan semaksima mungkin


Jadi sebeb itu kalau korang perasan Sabtu lepas Maha ada update dalam sosial media tentang aktiviti terebut.  Hari tu Maha dan satu team 4 orang iaitu blogger hebat Rafzan Tomomi, Penaberkala dan juga Dik Bee dalam satu kumpulan yang diberi nama Cupcake menyertai program ini. Aktiviti race tersebut bermula daripada station LRT Ara Damansara sehingga ke station LRT Pasar Seni




Cabaran race kali ini berlainan sangat dengan sebelum ini bukan setakat menggunakan pengangkutan awam sahaja, kali ini mereka menerapkan konsep paperless dimana tiada penggunakan kertas untuk menjawab soalah dan mendapatkan klu tetapi semua menggunakan telefon pintar peserta untuk scan QR Code yang disediakan untuk mendapat klu dan menjawab soalan.  


Pagi tu semua perserta yang terdiri daripada 30 kumpulan dengan penyertaan lebih kurang 200 orang kebanyakan kakitangan Alam Flora dan juga Prasarana termasuk kami team blogger dilepaskan di station pertama Ara Damansara. Kemudian kami kena selesaikan task pertama disitu dan mendapatkan klu untuk pergi ke check point kedua pula. 



Siapa tahu cabaran kali ini sangat mencabar walaupun hanya naik LRT tapi nak menyelesaikan 10 tugasan yang diberikan menguji sangat kesabaran dan kepintaran dalam menyelesaikan semua soalan dan tugaran. Lepas tu pula nak manage bagaimana nak tepat dan cepat dalam tempoh pegerakan dari satu check point dengan check point seterusnya. Semua itu kena ada strategi juga baru semua berjalan lancar



Bagi team Maha hari tu memang sangat mencabar sebab kami tak tahu banyak perkara berkaitan dengan kitar semula dan juga menjaga alam sekitar. Setakat basic pengetahuan tu adalah. Soalan yang disediakan oleh penganjur sangat diluar kotak pemikiran kami. Jadi terpaksalah kami mencari info melalui kemudahan lain yang ada seperti pakcik Google wakakaka. 


Ditambah pula dengan kepenatan nak ulang-alik pergi 10 station untuk selesaikan 10 check point. Memang rasa kebas kaki juga nak turun naik LRT tu. Tapi nasib semangat kami kuat hari tu kena selesaikan juga semua task tak kisahlah dapat no berapa janji kami tidak sangkut separut jalan. Alhamdulillah memang kami semua dapat selesaikan tugasan tu sehingga akhirnya walaupun agak sedikit lewat nak bandingkan dengan peserta lain



Seronok jugalah kerana ia satu pengalaman baru buat kami. Semua kepenatan tu berakhir dengan kegembiraan kerana sapa sangka kami boleh dapat tempat ke empat daripada 30 kumpulan. Tahniah kepada semua pemenang tempat pertama hingga ketiga. Korang semua memang hebatlah. Harap lepas ni dapat lagi sertai aktiviti macam ni memang best. Korang kalau ada program macam ni nak join tak nanti



Bagi Maha program macam harus diteruskan dan mungkin boleh perluaskan untuk penyertaan orang awam dan penggunaan lebih banyak pengangkutan awam yang lain. Dalam usaha untuk menjaga alam sekitar ia juga dapat mengeratkan hubungan antara peserta. Banyak ilmu dan pengetahuan yang Maha dapat belajar dalam program race seperti ini. Bagaimana nak buat pengiraan pembebasan asap hitam kenderaan






Kemudian ada juga pameran beberapa peralatan teknologi baru yang lebih mesra alam sekitar digunakan oleh Alam Flora seperti ITALA, EGO Blower, Electro Vacuum dan Scooter Electric untuk operasi mereka. Ini adalah usaha mereka ke arah operasi mesra alam sekitar kerana ia tidak menggunakan petrol dan lebih senyap.


Diharapkan di masa akan datang lebih banyak lagi badan koporat yang lain juga turut sama menjadi agent kepada mendidik masyarakat untuk menjaga alam sekitar. Juga sama memperkenalkan dan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam yang sebenarnya :-- Lebih menjimatkan kos- Lebih menjaga alam sekitar- Lebih selamat
Tahniah sekali lagi buat penganjur Alam Flora Sdn Bhd serta anak syarikatnya DHES dan juga pihak Prasarana Malaysia kerana menganjurkan aktiviti baik seperti ini. Mungkin tahun depan akan lebih meluas dan terbuka kepada semua orang awam. Kesimpulan ia satu aktiviti yang enjoy dan sangat berguna untuk memberi kesedaran tentang alam sekitar. Jumpa lagi tahun-tahun akan datang ok

Nak tengok gambar dan gelagat peserta sepanjang aktiviti boleh ker laman https://www.facebook.com/alamflora.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahamahu.com/2019/04/mengurangkan-pelepasan-karbon-melalui-zero-carbon-challenge-eco-race-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zero Carbon Challenge Eco Race 2019

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 294 hits
ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019 Assalamualaikum semua Pada hari Sabtu lepas aku dan beberapa orang blogger telah menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh Alam Flora Sdn Bhd Nama pertandingan ni adalah Zero Carbon Challenge Eco R...
Senarai Pelepasan Cukai 2018 Untuk E Filing 2019

Senarai Pelepasan Cukai 2018 Untuk E Filing 2019

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 431 hits
Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai 2018 untuk e Filing 2019 Sekiranya pendapatan anda melebihi RM34 000 setahun maka anda wajib mendaftar fail cukai This is a content summary only Visit my website for full...
Aktiviti April 2019

Aktiviti April 2019

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 299 hits
April 1 SA Taman Kota Masai Pasir Gudang 2 SMK Pasir Gudang 3 3 SA Banang Jaya Batu Pahat 4 Kuala Klawang Negeri Sembilan 5 SMA Al Khairiah Segamat 6 SMA Attarbiah Batu Pahat 7 SK Ladang Pamol Kluang 8 SK Abdul Rahman Yassin Kluang 9 SA Kam...
Projek Csr Dmr Darihati123mamanet Kali Ke 5 Di Eco Free Market Shah Alam Sempena Hari Bumi 2019

Projek Csr Dmr Darihati123mamanet Kali Ke 5 Di Eco Free Market Shah Alam Sempena Hari Bumi 2019

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 540 hits
Kalau korang nak tahu baru baru nih portal www 123mamanet com telah mengadakan program amal bersama MBSA menerusi Program Eco Free Market bersempena sambutan bulan Ramadhan yang akan diadakan pada 14 April 2019 bertempat di Dataran Kemerdek...
Majlis Perasmian Dan Pelepasan Peserta Fast Bikes Club Program Melaka Jelajah Utara Malaysia 2019

Majlis Perasmian Dan Pelepasan Peserta Fast Bikes Club Program Melaka Jelajah Utara Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 765 hits
Pada 10 Apr 2019 lepas Seri Wangi hadir di Majlis Pelepasan Peserta Fast Bikes Club Program Melaka Jelajah Utara Malaysia 2019 sempena Tahun Melawat Melaka 2019 di Dewan BanqueMajlis Bandaraya Petaling Jaya Sebelum majlis dimulakan para pes...
Cara Semak Keputusan Upu Online 2019 Semakan Upu Result 2019 Melalui Sms

Cara Semak Keputusan Upu Online 2019 Semakan Upu Result 2019 Melalui Sms

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 840 hits
Cara Semak Keputusan UPU Online Semakan UPU Result 2019 Melalui SMS Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Yeahhh masa yang dinanti nanti bagi lepasan SPM sesi akademik 2019 2020 untuk membuat semakan keputusan permohonan UPU online 20...
Bbb 2019 Minggu 7 Rm10 000 Milik Achey

Bbb 2019 Minggu 7 Rm10 000 Milik Achey

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 289 hits
BBB 2019 MINGGU 7 RM10 000 MILIK ACHEYSaya tonton live di
Hiburan Lupa Lirik Suara Sumbang Peminat Kecewa Dengan Nyanyian Hael Husaini Di Ame 2019

Hiburan Lupa Lirik Suara Sumbang Peminat Kecewa Dengan Nyanyian Hael Husaini Di Ame 2019

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 483 hits
Anugerah MeleTOP Era 2019 berlangsung dengan cukup meriah sekali dan seperti biasa akan ada persembahan khas daripada artis tempatan Antara yang membuat persembahan semalam adalah Hael Husaini duet bersama Misha Omar menyanyikan lagu Rewrit...
Birthday Surprise Dari 5sk 2019

Birthday Surprise Dari 5sk 2019

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 670 hits
Alhamdulillah minggu lepas 15 April adalah birthday CN yang ke 23 eh Nothing special berlaku pada hari tersebut tetapi masing masing pakat duk buat surprise pada keesokan harinya Encik Suami dengan masakan specialnya anak anak CN di sekolah...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat