Zero Carbon Challenge Eco Race 2019


ZERO CARBON CHALLENGE ECO RACE 2019 | Assalamualaikum semua.. Pada hari Sabtu lepas aku dan beberapa orang blogger telah menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh Alam Flora Sdn Bhd. Nama pertandingan ni adalah Zero Carbon Challenge Eco Race 2019. Untuk menyertai pertandingan ni kena ada 4 orang dalam satu kumpulan. Jadi aku telah bergandingan dengan blogger Mahamahu, Rafzan Tomomi dan juga Penaberkala (wakil Projek Travel). Nak tau tak apa nama kumpulan kami? Ya, kami pilih nama Cupcake ye.

Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Seawal 7.30 pagi kami semua berkumpul di stesen LRT Ara Damansara. Bila tengok wajah-wajah peserta lain yang penuh bersemangat, terus kami rasa teruja. Kami diberitahu seramai 120 orang yang telah mendaftar sebagai peserta maknanya dalam 30 pasukan gitu. Kebanyakan peserta adalah dari warga Alam Flora, Prasarana dan 1 kumpulan wakil blogger iaitu team kami. Agak-agak boleh menang ke ni? Tapi takpe, kalah ke menang yang penting kami akan beri full commitment untuk menyiapkan semua tugasan di setiap check point nanti.. go cupcake gooo.

pendaftaran para peserta Zero Carbon Challenge Eco Race 2019
Ramai juga peserta tahun ni
Team kami - Cupcake
Mungkin ada di kalangan pembaca yang belum mengetahui mengenai pertandingan Zero Carbon Challenge Eco Race 2019. Untuk pengetahuan semua, Zero Carbon Challenge adalah satu siri utama program Alam Flora Group bermula dari FY2018/2019 untuk menanamkan budaya meminimumkan pelepasan jejak karbon dalam aktiviti harian kita. Dalam masa yang sama dapat membantu memelihara Malaysia ke arah persekitaran yang lebih bersih untuk generasi yang akan datang

Ucapan dari Dato' Hj Mohd Zain Hj Hassan, CEO Alam Flora Sdn Bhd
Jadi sebagai langkah untuk menyokong Zero Carbon Challenge ni pihak Alam Flora telah melakukan kelainan berbanding pertandingan Eco Race sebelum ni. Alam Flora telah melakukan penambahbaikan program ini dan melaksanakan konsep lebih mesra alam iaitu melalui kerjasama dengan pihak Prasarana untuk menggunakan pengangkutan awam agar penghasilan karbon dapat dikurangkan semaksima mungkin

Zero Carbon Challenge kali ni menaiki LRT ye
Dengan menggunakan pengangkutan awam, khususnya LRT, kita boleh mempromosikan pengurangan aktiviti pelepasan karbon (CO2) ke atmosfera dan menyokong Matlamat Kerajaan untuk mencapai 45% pengurangan Pelepasan Karbon setiap KDNK menjelang tahun 2030. Kita juga berusaha untuk meningkatkan tahap kesedaran di kalangan peserta dan orang awam mengenai kepentingan melindungi alam sekitar serta kepentingannya kepada generasi akan datang.
✔ LRT adalah pengangkutan awam yg dekat di hati rakyat Malaysia
✔ LRT adalah mod pengangkutan awam yang kurang mengeluarkan karbon ke atmosfera
✔ Pengangkutan awam menghasilkan 95% kurang karbon monoksida berbanding kenderaan persendirian
Ha, menarik kan konsep Zero Carbon Challenge Eco Race 2019 ni. Setakat ni aku sendiri pun belum pernah menyertai mana-mana pertandingan yang menggunakan LRT sebagai medium kenderaan. Kalau kereta tu dah banyak kali jugak la. So, kebarangkalian untuk sesat tu agak minima la kan berbanding guna kereta sendiri

Info - Cara pengiraan pembebasan asap hitam kenderaan
Untuk tugasan di setiap check point pun menarik juga. Ha, nak tau sebab apa? Sebabnya Zero Carbon Challenge kali ni menggunakan konsep 'Paperless' sebaliknya menggunakan konsep pendigitalan ye. Jadi semua 'clue' atau soalan diberi melalui 'QR code' bagi mempromosikan pengurangan penggunaan kertas dan ianya selari dengan konsep mesra alam sekitar. Seriusly kami satu team pun kagum dengan inisiatif Alam Flora yang memilih konsep begini. Memang lain dari yang lain. Lagipun mudah sebab masing-masing memang bawa telefon kan

Konsep paperless di mana sistem Scan QR Code digunakan
Alhamdulillah, kami berjaya melakukan semua tugasan dengan baik dan berjaya sampai ke garisan penamat dengan selamat. Masa sampai tu, kami tak fikir pun soal menang ke kalah. Yang penting kami enjoy sepanjang perjalanan. Tugasan senang ke susah? Ok, bagi kami setiap tugasan takde la susah sangat ataupun senang sangat tapi tahap sederhana dan boleh dilakukan tapi yang mencabar tu sebab stesen check point kami asyik berpatah balik di sepanjang laluan antara Ara Damansara ke Pasar Seni. Tu yang geram tu, tapi mujur dalam LRT ada penghawa dingin, sejuk sikit hati.. hehe
Task menyiapkan beg dari pakaian terpakai
Muka macam Cina tapi pandai baca jawi 😊
Task ni kena kumpul 1kg barangan kitar semula
Bergambar dengan peralatan berkonsepkan mesra alam sekitar seperti ITALA, EGO Blower, Electro Vacuum dan Scooter Electric
Sementara menunggu keputusan, semua peserta dijemput untuk bersama-sama untuk membuat perssembahan Eco Drum Circle yang menggunakan barang kitar semula sebagai medium untuk menghasilkan muzik. Bayangkan alat yang digunakan adalah seperti tong sampah hitam, tin kosong, botol kosong, tutup periuk, kuali dan kayu je tapi muzik yang dihasilkan sangat harmoni dan penuh semangat. Terbaik la.

Persembahan Eco Drum Circle
Unik kan, hanya guna barangan kitar semula
Sehebat rentak Eco Drum Circle, macam tu juga la bunyi rentak jantung masa pengumuman para pemenang. Bermula dari tempat no 30, satu persatu nama kumpulan disebut tapi nama Cupcake maasih belum muncul. Debaran makin kuat terutama bila memasuki senarai 'Top 10'. Ya, nama Cupcake masih belum muncul ye hingga ke senarai 'Top 5'. Kami berpandangan sesama sendiri bagai tak percaya. Biar betul weii.. Akhirnya, nama Cupake disebut untuk no 4 dari 30 buah kumpulan. Syukur alhamdulillah, satu keputusan yang tak disangka-sangka sangat. Tahniah buat pemenang no 1, 2 dan 3 serta semua peserta lain yang menyertai pertandingan Zero Carbon Challenge Eco Race 2019 ni

Alhamdulillah, team Cupcake dapat no 4
Tahniah buat semua pemenang Kumpulan 2B2S, Kumpulan zeroSupOne, Kumpulan No More Single
Buat Alam Flora Sdn Bhd serta anak syarikatnya DHES dan juga pihak Prasarana, tahniah atas penganjuran program Zero Carbon Challenge Eco Race 2019. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi untuk tahun-tahun akan datang sekaligus dapat memupuk kesedaran di kalangan staff Prasarana dan masyarakat tentang memelihara alam sekitar melalui program-program yang seumpama ini di masa hadapan.
Jutaan terima kasih dan tahniah kepada Alam Flora Sdn Bhd atas penganjuran Zero Carbon Challenge Eco Race 2019



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/04/zero-carbon-challenge-eco-race-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengurangkan Pelepasan Karbon Melalui Aktiviti Zero Carbon Challenge Eco Race 2019

Mengurangkan Pelepasan Karbon Melalui Aktiviti Zero Carbon Challenge Eco Race 2019

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 516 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Apa usaha kita dalam memastikan memelihara alam sekitar selain daripada kitar semula Sebenarnya kita boleh mengurangkan penggunaan kenderaan kerana...
Projek Csr Dmr Darihati123mamanet Kali Ke 5 Di Eco Free Market Shah Alam Sempena Hari Bumi 2019

Projek Csr Dmr Darihati123mamanet Kali Ke 5 Di Eco Free Market Shah Alam Sempena Hari Bumi 2019

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 540 hits
Kalau korang nak tahu baru baru nih portal www 123mamanet com telah mengadakan program amal bersama MBSA menerusi Program Eco Free Market bersempena sambutan bulan Ramadhan yang akan diadakan pada 14 April 2019 bertempat di Dataran Kemerdek...
Hiburan Lincah Menari Kill This Love Di Ame 2019 Neelofa Dipuji Netizen

Hiburan Lincah Menari Kill This Love Di Ame 2019 Neelofa Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 528 hits
Tahun ini di Anugerah MeleTOP Era 2019 selebriti popular Neelofa mengejutkan ramai dengan persembahan hangatnya lincah menari persis bintang K Pop diiringi dengan lagu hits Kill This Love daripada Blackpink Persembahan Neelofa menjadi buala...
Jalan Jalan Penang 2019 Part 1

Jalan Jalan Penang 2019 Part 1

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 307 hits
Selain daripada Melaka dan Terengganu rasanya Penang menjadi feveret kami
Kapan Pemenang Pilpres 2019 Diumumkan Kpu

Kapan Pemenang Pilpres 2019 Diumumkan Kpu

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 371 hits
Dalam situs KPU soal kapan waktu pengumuman pemenang Pilpres 2019 akan diumumkan setelah ada putusan sengketa Pilpres di Mahkamah Konstitusi
Bbb 2019 Minggu 7 Rm10 000 Milik Achey

Bbb 2019 Minggu 7 Rm10 000 Milik Achey

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 289 hits
BBB 2019 MINGGU 7 RM10 000 MILIK ACHEYSaya tonton live di
Hiburan Lupa Lirik Suara Sumbang Peminat Kecewa Dengan Nyanyian Hael Husaini Di Ame 2019

Hiburan Lupa Lirik Suara Sumbang Peminat Kecewa Dengan Nyanyian Hael Husaini Di Ame 2019

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 484 hits
Anugerah MeleTOP Era 2019 berlangsung dengan cukup meriah sekali dan seperti biasa akan ada persembahan khas daripada artis tempatan Antara yang membuat persembahan semalam adalah Hael Husaini duet bersama Misha Omar menyanyikan lagu Rewrit...
Birthday Surprise Dari 5sk 2019

Birthday Surprise Dari 5sk 2019

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 671 hits
Alhamdulillah minggu lepas 15 April adalah birthday CN yang ke 23 eh Nothing special berlaku pada hari tersebut tetapi masing masing pakat duk buat surprise pada keesokan harinya Encik Suami dengan masakan specialnya anak anak CN di sekolah...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025