Mengundi Untuk Mengembalikan Maruah Negara




Mengundi untuk mengembalikan maruah negaraPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: October 16, 2022 ShareGabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit dan keluar mengundi bagi menentukan corak pemerintahan yang dimahukan.
Langkah berkenaan, kata BERSIH, penting dalam memastikan rakyat menjadi ‘king maker’ sebenar dalam Pilihan Raya Umum ke 15
“BERSIH telah mengenalpasti lima fokus utama. Sebahagiannya daripada Kempen Ketuanan Pengundi kami dalam setahun lepas, untuk rakyat mendesak SPR dan parti-parti politik yang akan bertanding menjadi kerajaan terbaik bagi lima tahun akan datang,” kata Jawatankuasa Penaja pertubuhan itu dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu lagi, BERSIH mengutarakan 5 tuntutan, iaitu yang pertama, Jangan Menafikan Undi Kami.
“Pelaksanaan Undi18, Pendaftaran Pemilih Secara Automatik dan hak undi pos untuk semua rakyat Malaysia di luar negara mewajarkan SPR menetapkan minimum 21 hari tempoh kempen agar undi pos dapat sampai pada hari pengundian.
“Jika tidak sia-sialah hak pengundi pos luar negara. Kami turut menggesa undi awal kepada pengundi luar kawasan terutamanya pengundi Sabah dan Sarawak yang bekerja dan belajar di Semenanjung, serta pengundi Malaysia Barat di Sabah dan Sarawak,” ujar kenyataan itu.
Selepas terbentuknya kerajaan, BERSIH mahu kerajaan baharu kelak Hentikan Pendakwaan Terpilih.
Kata pertubuhan itu, rakyat perlu menolak semua ahli politik atau parti yang melihat kuasa politik sebagai jalan untuk mengelakkan hukuman atau untuk membalas dendam terhadap musuh mereka.
Bagi memastikan tiada campur tangan dalam proses kehakiman oleh kerajaan, peranan Pendakwa Raya perlu dipisahkan daripada Peguam Negara yang merupakan lantikan politik.
Begitu juga dengan tuntutan ketiga, BERSIH mahu kerajaan Memperkasakan Parlimen.
“Tiada kerajaan yang dipilih dalam PRU15 mampu menjalankan polisi yang baik untuk menangani isu periuk nasi rakyat sekiranya undang-undang dan institusinya tidak diperkasakan untuk menuntut ketelusan dan akauntabiliti.
“Justeru reformasi parlimen seperti pengembalian Akta Perkhidmatan Parlimen serta pemerkasaan Jawatankuasa Pilihan Khas dan Ahli Parlimen Backbenchers serta Pembangkang melalui pindaan Peraturan Mesyuarat adalah mustahak.
“Rakyat wajib memilih parti dan gabungan yang jelas mempunyai iltizam dalam manifesto untuk melakukan reformasi institusi,” kata kenyataan itu.
BERSIH juga mahu rakyat Tolak Korupsi. Iaitu dengan memilih ahli politik yang bersih dan parti yang beriltizam mengambil langkah konkrit seperti meluluskan Akta Pembiayan Politik, pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Kebangsaan dan reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar dapat menjadi badan itu bebas dan tidak digunakan sebagai senjata terhadap musuh politik.
Terakhir BERSIH menunut Kestabilan Politik iaitu menghindari gerakan ‘pintu beakang’ sebagaimana Langkah Sheraton menukar kerajaan mandat rakyat 3 tahun lalu.
“Kita telah dibelenggu dengan ketidakstabilan politik yang tidak berpenghujung sejak Langkah Sheraton dan pilihan raya awal ini hanyalah penerusan terhadap ketidakstabilan tersebut.
“Kita perlu undang-undang dan peraturan yang boleh menstabilkan politik, memberikan ketentuan yang lebih baik kepada polisi kerajaan dan tarikh pilihan raya.
“BERSIH mencadangkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap supaya lebih kepastian kepada kita semua. Untuk mengembalikan Parlimen sebagai institusi yang menentukan pembentukan kerajaan yang lebih jelas, kami mencadangkan pindaan Peraturan
Mesyuarat Dewan Rakyat supaya mempunyai Undi Kepercayaan untuk mengesahkan bakal PM dan Undi Tidak Percaya Secara Konstruktif untuk mana-mana PM yang kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
“Mekanisme ini akan mengelakkan keruntuhan kerajaan melalui penarikan sokongan yang samar-samar yang dilakukan di luar parlimen,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, BERSIH akan melancarkan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan peratusan turun mengundi seperti kempen #UndiMasaDepan dengan video pendek dan poster bagi menggalakkan rakyat keluar mengundi. Kami juga sedang merekrut Pemantau Pilihan Raya untuk memantau dan melaporkan kesalahan pilihan raya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/mengundi-untuk-mengembalikan-maruah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Anda Mahu Ph Mengambilalih Pemerintahan Negara Keluarlah Mengundi

Jika Anda Mahu Ph Mengambilalih Pemerintahan Negara Keluarlah Mengundi

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 152 hits
Jom keluar mengundi dah tunaikan tanggungjawab sebagai warganegara memilih kerajaan dalam Pilihanraya Umum ke 15 yang akan mentadbir negara untuk 5 tahun akan datang Jangan gusar dengan kerisauan ahli Parlimen bertukar parti kerana Rang Und...
Pru Masa Untuk Kita Perbetul Kebejatan Dalam Negara Anwar

Pru Masa Untuk Kita Perbetul Kebejatan Dalam Negara Anwar

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 165 hits
Assalamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuhu wa salaam mawlid al rasul Kerajaan telah bertindak untuk membubarkan Parlimen lantas telah memaksa negara untuk menghadapi pilihanraya umum berlatarbelakangkan musim banjir Tindakan ini dilihat...
Permohonan Undi Pos Spr Online Dalam Luar Negara

Permohonan Undi Pos Spr Online Dalam Luar Negara

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 255 hits
Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum Ke 15 dibuka serta merta selaras pengumuman pembubaran Parlimen Penggal ke 14 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober 2022 Setiausaha Suruhanjaya P...
India Uae Bincang Perdagangan 2 Hala Guna Mata Wang Negara

India Uae Bincang Perdagangan 2 Hala Guna Mata Wang Negara

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 206 hits
India UAE bincang perdagangan 2 hala guna mata wang negara Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 11 Oct 2022 11 40P
Zahid Hamidi Orang Paling Berkuasa Di Negara Ini Bermula Pembubaran Parlimen Semalam

Zahid Hamidi Orang Paling Berkuasa Di Negara Ini Bermula Pembubaran Parlimen Semalam

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 215 hits
BERMULA SEMALAM ZAHID HAMIDI ORANG PALING BERKUASA DI NEGARA INIShahbudin Husin Berikutan pembubaran Parlimen berkuatkuasa semalam Ahmad Zahid Hamidi kini menjadi orang politik paling berkuasa di negara ini Kejayaan merealisasikan tekanan m...
Bantuan Rakyat Cintakan Negara Tentukan Ph Pemenang Pru 15

Bantuan Rakyat Cintakan Negara Tentukan Ph Pemenang Pru 15

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 168 hits
Pilihan Raya Umum ke 15 pada musim banjir yang dipaksakan oleh rejim BN dirancang untuk mengalahkan pembangkang yang kekurangan dari segi logistik Namun bagi Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli rakyat tidak boleh patah semangat biar pun...
Hasil Negara Dijangka Jatuh Dari Mana Kerajaan Dapat Wang Untuk Belanjawan Terlalu Besar

Hasil Negara Dijangka Jatuh Dari Mana Kerajaan Dapat Wang Untuk Belanjawan Terlalu Besar

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 206 hits
Belanjawan 2023 diselar sebagai belanjawan paling gagal kerana memperuntukkan perbelanjaan paling tinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM372 3 bilion walaupun hasil kerajaan diunjurkan jatuh tahun hadapan Belanjawan 2023 meningkat RM40 2 bil...
Contoh Negara Lain Kampus Di Ri Diminta Hadirkan Inovasi Kewirausahaan

Contoh Negara Lain Kampus Di Ri Diminta Hadirkan Inovasi Kewirausahaan

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 165 hits
Menteri Koperasi dan Usaha Kecil Menengah Teten Masduki berharap perguruan tinggi di dalam negeri mampu mengembangkan produk dalam negeri dan menghadirkan inovasi kreatif di bidang kewirausahaan yang bermanfaat bagi masyarakat
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point