Permohonan Undi Pos Spr Online Dalam Luar Negara
Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dibuka serta-merta selaras pengumuman pembubaran Parlimen Penggal ke-14 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober 2022.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan kelak selepas SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh pilihan raya.
Untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli / Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A.
Borang boleh dimuat turun dari portal rasmi SPR dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.
Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR.
Manakala bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan 1C (agensi/organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal MySPR.
Berikut dikongsikan kenyataan rasmi tentang undi pos dan langkah-langkah untuk membuat pendaftarannya.
KM-BIL-23-2022-PERMOHONAN-UNDI_POS-DALAM-DAN-LUAR-NEGARA-PRU-KE-15Download
Kategori Pengundi Pos
Terdapat tiga (3) kategori undi pos:
i. Kategori 1A:
Anggota polis dan tentera yang tidak dapat hadir undi awal kerana bertugas, petugas media yang menjalankan urusan liputan penjalanan pilihan raya, Ahli/pegawai SPR dan petugas pilihan raya.
Kategori ini perlu memohon undi pos secara manual menggunakan Borang 1A*.
Borang boleh dimuat turun dari portal rasmi SPR dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.
*Muat Turun Lampiran: Borang 1A
BORANG_1A-SPR-UNDI_POSDownload
ii. Kategori 1B:
Warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan telah layak mengundi.
Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login
iii. Kategori 1C:
Anggota 9 Agensi Kerajaan dalam sektor kesihatan dan keselamatan.
Kategori ini perlu memohon undi pos secara atas talian (online) melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login
iv. Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara:
Pegawai Kersajaan dan pasangan serta pelajar di institusi pengajian tinggi dan pasangan yang bermastautin di luar negara dan telah didaftarkan sebagai PTH luar negara.
Kategori ini tidak perlu memohon undi pos kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.
Cara Daftar Undi Pos Online
Berikut dikongsikan cara untuk mendaftar sebagai pengundi pos online di Portal SPR.
LANGKAH 1
Buka laman web https://myspr.spr.gov.my/ dan klik ke bahagian PERKHIDMATAN DALAM TALIAN.
LANGKAH 2
Sila log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
LANGKAH 3
Di bahagian kiri, anda akan nampak bahagian PERMOHONAN UNDI POS.
Klik pada bahagian tersebut.
LANGKAH 4
Sila lengkapkan maklumat Bahagian A dan semak maklumat dengan teliti.
Lengkapkan setiap bahagian dan isikan nombor telefon dengan lengkap.
Setelah lengkap, tandakan (/) pada kotak pengakuan dan klik DAFTAR.
LANGKAH 5
Isikan no TAC yang dihantar ke e-mel anda.
LANGKAH 6
Sahkan maklumat seterusnya.
LANGKAH 7
Selesai. Anda boleh memuat turun Borang 1B untuk simpanan rekod masing-masing.
NOTA:
Bagi yang belum mendaftar sebagai pengguna MySPR atau ingin membuat penukaran alamat mengundi, sila rujuk:
MySPR Daftar: Cara Daftar SPR Online Untuk Pengundi BaruCara Tukar Alamat Tempat Mengundi SPR Online
Bagaimana Cara Undi Pos Dalam Negara?
Bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Media dan Petugas Pilihan Raya, permohonan kertas undi pos perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan/majikan masing-masing.
i) ANGGOTA TENTERA ATM, PDRM
Ketua Jabatan ATM, PDRM akan melantik Pegawai Penyelaras atau Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) untuk menyelaraskan permohonan undi pos di Jabatan masing-masing.
Bagi anggota ATM, dan PDRM, Borang 1A yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada Ketua Jabatan.
Selepas mendapat pengesahan Ketua Jabatan, borang tersebut perlu dihantar kepada PYB.
Adalah menjadi tanggungjawab PYB untuk mengemukakan borang-borang tersebut ke pejabat Pegawai Pengurus yang berkaitan
ii) PETUGAS MEDIA:
Bagi petugas media, Borang 1A yang telah siap diisi perlu dikemukakan untuk pengesahan daripada majikan.
Selepas mendapat pengesahan majikan, borang tersebut perlu dikemukakan ke pejabat Pegawai Pengurus.
Alamat pejabat Pegawai Pengurus boleh didapati di laman web SPR.
iii) PETUGAS PILIHANRAYA
Bagi Petugas Pilihan Raya, Borang 1A yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan untuk perakuan daripada Pegawai Pengurus di Bahagian Pilihan Raya di mana beliau bertugas.
Pegawai Pengurus tersebut perlu mengemukakan permohonan yang telah diperakukan ke pejabat Pegawai Pengurus di mana Petugas Pilihan Raya tersebut mengundi.
*Muat Turun Lampiran: Borang 1A
BORANG_1A-SPR-UNDI_POSDownload
Bagaimana Cara Undi Pos Luar Negara?
Warganegara Malaysia yang telah layak mengundi dan bermastautin di luar negara boleh memohon untuk mengundi secara pos.
Permohonan perlu dilakukan secara atas talian (online) di portal MySPR melalui pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/login.
Garis panduan untuk memohon undi pos secara atas talian (online) pula boleh dimuat turun di laman web SPR.
Syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori 1B (Luar Negara) seperti yang dilaksanakan sebelum ini telah dimansuhkan:
Bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; danPernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima (5) tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
Sila rujuk cara-cara mengundi pos luar negara dalam infografik di bawah:
Muat turun :
CARAMENGUNDIPOSDownload
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang undian secara pos, sila rujuk saluran berikut:
Soalan Lazim SPR : https://www.spr.gov.my/Borang 1A : Permohonan Undi Pos Dalam NegaraCara-cara Mengundi Pos (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/undi-pos/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=undi-pos