Pru Masa Untuk Kita Perbetul Kebejatan Dalam Negara Anwar


 
Assalamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuhu wa salaam mawlid al-rasul.
Kerajaan telah bertindak untuk membubarkan Parlimen, lantas telah memaksa negara untuk menghadapi pilihanraya umum berlatarbelakangkan musim banjir.
Tindakan ini dilihat bertentangan dengan kebijaksanaan yang ditonjolkan Yang di-Pertuan Agong, nasihat dan unjuran yang dibuat peramal kaji cuaca serta keluhan yang disuarakan ribuan rakyat Malaysia.
Biar saya jelaskan dengan lebih lanjut. Pakatan Harapan bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15. Kami telah bersedia untuk berhadapan dengan gerombolan yang telah mencurangi mandat pilihanraya umum yang lalu.
Kami juga bersedia untuk memungkinkan sebuah masa depan yang mampan, makmur serta sebuah pemerintah yang benar-benar prihatin dan punyai sikap belas kepada nasib dan kebajikan rakyat.
Malaysia yang baru di bawah Pakatan Harapan pastinya akan memberi lebih penekanan yang mendalam kepada aspek-aspek ini dan akan berusaha sebaik mungkin bagi mengembalikan keyakinan rakyat.
Saya menerima sepenuhnya keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam memperkenan Parlimen dibubarkan kerana Baginda bertindak berdasarkan peruntukan kuasa yang ada seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Namun, yang dipersoalkan adalah niat pihak yang berkepentingan yang begitu gelojoh yang mahukan pilihanraya diadakan pada saat sekarang.
Tampaknya kabinet yang paling besar dalam sejarah negara ini tewas dan tunduk kepada tekanan dan kedurjanaan politik yang berkiblatkan kuasa dan wang ringgit.
Langkah ini ternyata suatu penghinaan kepada rakyat Malaysia yang di bawah yang kini terbeban dengan kenaikan harga barang yang tinggi, gaji yang rendah, peluang pekerjaan yang tidak cukup untuk para siswazah, kualiti pendidikan, akses yang sangat rendah kepada kesihatan, simpanan yang tidak munasabah untuk usia persaraan, serta yang paling utama ancaman musibah banjir dan dampak buruk dari kemelut alam dan iklim.
Musim banjir telah pun bermula tatkala sebahagian kawasan di Sabah di bandar-bandar seperti Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang telah ditenggelami air.
Sebahagian kawasan sungai Muar berdekatan Kuala Pilah telah melimpah dan menjejaskan dua kampung dan kawasan sekitar.
Di Baling lapan sungai telah melepasi paras bahaya. Pakar cuaca juga menjangkakan hujan lebat akan berterusan.
Manusia, parti politik dan kerajaan jenis apakah yang berani dan sanggup mempertaruhkan nyawa dan nasib rakyat dengan mengadakan pilihanraya pada saat ini?
Usah kita diperdaya dengan kerajaan yang hanya pentingkan kepentingan mereka yang kononnya bagi memulangkan mandat kepada rakyat.
Ya, benar kita mesti adakan pilihanraya. Sejak pengkhianatan maha durjana yang telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan jatuh dahulu, rakyat telah lama menantikan saatnya untuk menghukum para pendiri kerajaan pintu belakang dan para pengkhianat.
Tetapi sekiranya pilihanraya yang diadakan akan memberi risiko kepada rakyat Malaysia tatkala mengundi akan menjadi cabaran bagi sesetengah rakyat, maka ia dilihat seperti menipu dan cuba menghalang pengundi dari melaksanakan tanggungjawab mereka.
Kerajaan ini gagal dalam mengemudi negara saat serangan wabak Covid-19 dan mengelak dari melakukan tanggungjawabnya di Parlimen. Kerajaan ini menyebabkan pilihanraya berlaku di Sabah yang menyebabkan wabak Covid-19 terus mengganas di seluruh Malaysia dan 35, 000 rakyat Malaysia terkorban.
Kerajaan ini mengumumkan darurat bagi menggantung fungsi dan peranan Parlimen dari berdepan di Parlimen. Kerajaan yang sama juga bohong kepada rakyat dan negara terkait aplikasi MySejahtera dan skandal Digital Nasional Berhad.
Kerajaan ini juga berdusta berkenaan 1MDB. Ternyata kerajaan yang sama juga menipu tentang pemerolehan Kapal Tempur Pesisir dan juga mengenai membendung kemiskinan dan akses kepada pendidikan dan kesihatan.
Masanya telah tiba untuk membetulkan kecurangan dan kebejatan ini. Tiba masanya untuk kita merampas semula negara ini dari kerakusan perompak dan penindas, serta dari gerombolan yang sibuk memperkayakan keluarga dan kroni mereka, manakala rakyat di bawah terus menderita menanggung kos sara hidup yang terus membengkak.
Tentunya elit politik tidak memahami kesulitan yang dihadapi rakyat saat ini untuk mendukung keluarga mereka. Kepada anak-anak muda yang akan mengundi kelak, saya tekankan bahawa pilihan pada pilihanraya yang akan datang akan memberi kesan yang besar kepada masa depan rakyat dan negara.
Kita perlu buat sehabis baik dalam memastikan negara ini mendepani permasalahan yang mendesak saat ini yakni kos sara hidup yang tinggi, akses kepada pendidikan yang berkualiti, mengembalikan keyakinan kepada ekonomi kita serta memastikan pelaburan yang setara buat Malaysia.
Kita pastinya akan buat yang terbaik dalam melindungi alam sekitar dan mempersiap negara dalam memampan dampak kemelut iklim dan alam sekitar.
Saya telah menjelajah ke seluruh negara dalam beberapa minggu yang lalu dan bertemu ramai orang. Saya terharu tatkala mereka menyuarakan kesungguhan mereka bagi menghukum para konspirator dan dalang Langkah Sheraton. Saya teruja dengan semangat yang dipaculkan.
Walaubagaimanapun, saya mengakui terdapat sebahagian kita yang kecewa dengan sistem politik dan sikap angkuh watak-watak ini menyumbang kepada gejala itu, terutamanya yang merencana dan melakukan pengkhianatan.
Apakah kalian bimbang melibatkan harga barang? Soal pekerjaan? Musim tengkujuh dan banjir? Apakah kalian mahu pendidikan yang berkualiti? Kalian mahu sistem dan akses yang munasabah kepada kesihatan? Justeru itu kita mesti turun mengundi!
Dalam minggu-minggu yang mendatang, mari bersama kita membangkitkan semula semangat untuk menggapai sebuah Malaysia yang lebih baik dan merangkul segala kekuatan yang ada, tidak kira saat kita mahu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, penubuhan Malaysia 1963, atau peristiwa Reformasi 1998 dan juga kemenangan rakyat pada tahun 2018.
Kita tidak ada pilihan tetapi mesti terus konsisten dengan semangat yang jelas, keberanian serta komitmen dalam mempaculkan sebuah Malaysia yang berketerampilan dan kuat.
Malaysia mesti bangkit!
ANWAR IBRAHIM
Pengerusi PH/Presiden Keadilan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/pru-masa-untuk-kita-perbetul-kebejatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Rakyat Cintakan Negara Tentukan Ph Pemenang Pru 15

Bantuan Rakyat Cintakan Negara Tentukan Ph Pemenang Pru 15

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 129 hits
Pilihan Raya Umum ke 15 pada musim banjir yang dipaksakan oleh rejim BN dirancang untuk mengalahkan pembangkang yang kekurangan dari segi logistik Namun bagi Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli rakyat tidak boleh patah semangat biar pun...
Pm Wajar Tamatkan Spekulasi Pru Elak Keadaan Negara Tidak Menentu

Pm Wajar Tamatkan Spekulasi Pru Elak Keadaan Negara Tidak Menentu

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 162 hits
agendaily com07 10 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengambil nasihat Jabatan Meteorologi Malaysia Daripada terus mengekalkan negara dalam keadaan ketidaktentuan Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob perlu menama...
Ph Pertimbang Tolak Bajet 2023 Jika Tiada Jaminan Pru Tahun Depan Anwar

Ph Pertimbang Tolak Bajet 2023 Jika Tiada Jaminan Pru Tahun Depan Anwar

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 277 hits
agendaily com02 10 2022Perdana Menteri tidak boleh tetapkan tarikh pilihan raya atas ugutan pihak kecil kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Bajet 2023 berkemungkinan bakal ditolak blok pembangkang Pakatan Harapan jika tiada jaminan pilihan raya u...
Manusia Apa Pertaruh Nyawa Rakyat Buat Pru Masa Banjir

Manusia Apa Pertaruh Nyawa Rakyat Buat Pru Masa Banjir

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 151 hits
Manusia apa pertaruh nyawa rakyat buat PRU masa banjir Posted By on October 12 2022Pilihan Raya Umum ke 15 yang dipaksakan kepada rakyat akan diadakan pada musim tengkujuh tahun ini Bagi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tindakan m...
Pastikan Pru 15 Ini Ph Ada Majoriti Perintah Negara

Pastikan Pru 15 Ini Ph Ada Majoriti Perintah Negara

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 151 hits
Dengan pelbagai kelemahan yang melanda Kerajaan BN PN para ahli dan penyokong Pakatan Harapan digesa berkerja lebih kuat untuk memastikan berlaku perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata den...
Anwar Negara Tidak Lagi Boleh Dipimpin Perasuah Salah Guna Kuasa

Anwar Negara Tidak Lagi Boleh Dipimpin Perasuah Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 187 hits
selangorkini myby Zareef MuzammilSeptember 29 2022 PETALING JAYA 29 SEPT Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penegasan negara tidak sepatutnya dipimpin individu terpalit salah guna kuasa dan rasuah Justeru ketua pembangkang berkata pihaknya...
Hari Sukan Negara 2022 Malaysia Tarikh Masa Dan Senarai Lokasi Sambutan Hsn2022

Hari Sukan Negara 2022 Malaysia Tarikh Masa Dan Senarai Lokasi Sambutan Hsn2022

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 246 hits
Hari Sukan Negara 2022 Malaysia diadakan pada hari Sabtu 8 Oktober 2022 secara serentak di seluruh negara Hari Sukan Negara diadakan pada bulan Oktober iaitu pada minggu kedua Pada tahun 2022 tarikh Hari Sukan Negara Malaysia 2022 berlansun...
Bajet 2023 Gula Gula Pru Seronok Tetapi Kerajaan Berwibawa Diperlukan Menyelamatkan Negara

Bajet 2023 Gula Gula Pru Seronok Tetapi Kerajaan Berwibawa Diperlukan Menyelamatkan Negara

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 181 hits
Rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gula gula pilihan raya yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang dibentang oleh kerajaan BN semalam Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin belanjawan yang banyak mengumumkan pemberian d...
3 Negeri Pimpinan Ph Tak Bubar Jika Pru15 Dalam Masa Terdekat Kata Anwar

3 Negeri Pimpinan Ph Tak Bubar Jika Pru15 Dalam Masa Terdekat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 155 hits
Faiz Zainudin October 5 2022 Anwar Ibrahim berkata tiga negeri pimpinan PH tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga isu banjir selesai KUALA LUMPUR Tiga negeri pimpinan Pakatan Harapan tidak akan dibubarkan jika pilihan raya umum ke 15 d...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing