Mengulas Sdra Hassan Abdul Karim





https://www.msn.com/en-my/news/berita/sehebat-hebat-mukhriz-dua-kali-dijatuhkan-sebagai-mb-kedah/ar-AASq0nv?ocid=msedgntp
Baru ini Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB sdra Hassan Abdul Karim kritik Mukhriz Mahathir atas sebab Mukhriz kutuk brader Anwar, hero kesayangan Hassan. Saya melihat sdra Hassan ini  intelligent dalam hujah dan analisanya. Beliau juga boleh dipersepsikan sebagai  mirip sosialis dalam fahaman politiknya. Kalau tanya saya, sdra Hassan patut mara ke depan lagi sebab negara kita memang perlukan pimpinan pemikiran politik yang sehingga sekarang masih tidak ada kaliber.
Yang berikut adalah sedikit kenyataan Hassan serta ulasan saya.
Sehebat-hebat Mukhriz, anak bangsawan dua kali jatuh sebagai MB Kedah kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
OSTB : Saya setuju setakat ini Mukhriz memang tiada bakat jadi ahli politik. Dua kali jadi MB dan dua kali kena 'buang'. Apakah Mukhriz ingin jadi MB buat kali ketiga lagi ? Kelemahan Mukhriz serupa dengan hampir semua YB lain. Tidak mempunyai idea yang betul atau berkesan untuk majukan masyarakat kita.  Completely devoid of thinking. 
Parti Pejuang pula akan terkubur pada PRU15 dan kemungkinanya sisa-sisa Pejuang akan kembali kepada UMNO. Dan ahli politik yang mempunyai sebarang hubungan atau kaitan dengan Dr Mahathir akan dipulaukan oleh mainstream politics (arus perdana) sebab Dr Mahathir sekarang dilihat sebagai beban politik atau political liability dan mungkin menghadapi gangguan saikoloji (contohnya chopstick phobia).
Beliau mengulas kenyataan Mukhriz menyifatkan Anwar bukan lagi calon PM
OSTB : Di sini saya setuju dengan pandangan Mukhriz. Kita tidak perlu menjadi penganalisa politik taraf antarabangsa untuk melihat bahawa brader Anwar bukan saja ketinggalan zaman tetapi sudah jauh ketinggalan sampan. 
Kekalahan teruk PKR di Melaka dan Sarawak (kalah teruk, KOSONG kerusi, hilang wang deposit) membuktikan bahawa tanpa kerjasama parti pembangkang Melayu seperti Bersatu, pengundi Melayu tidak percayai PKR. Di Melaka, pengundi Melayu dan bukan Melayu tidak setuju kedangkalan strategi brader Anwar untuk menerima katak pengkhianat yang mencetuskan krisis di Melaka itu. Dan di Sarawak pula, YB Baru Bian bekas penyokong kuat brader Anwar bukan saja telah tongsampahkan brader Anwar tetapi jauh mendahului PKR dan berjaya menang kerusi di PRN Sarawak.   
Sebelum boleh menang PRU untuk jadi PM, brader Anwar perlu menang PRK dan PRN dulu.  Kalaulah brader Anwar boleh hilang deposit di PRN Melaka dan Sarawak tentu sekalu dia tidak akan menang PRU.  Omputih kata 'dont count the chicks before the eggs are hatched'.  
Tambah lagi penyokong kuatnya seperti Baru Bian dan Rafizi Ramli sudah tidak ada. Isteri dan anak sendiri pun sudah tidak kelihatan. 
Selemah-lemah Anwar masih menjadi Presiden PKR, Ketua Pembangkang 
OSTB : Brader Anwar jadi presiden PKR tetapi kalah KOSONG di Melaka dan Sarawak. Dan Ketua Pembangkang yang sebenarnya adalah Dr Mahathir.  Juga YB-YB daripada parti DAP yang sering bangkitkan soalan dalam Parlimen dengan bernas dan berilmu yang ada impact yang berguna bagi rakyat.  
ramai anggota PKR kecewa Dr M enggan lepas jawatan PM kepada Anwar
OSTB : Jangan-lah menangis macam budak-budak. Kalau nak gusti dengan kerbau jangan takut kena lumpur. (Omputih kata if you want to wrestle with pigs, dont be afraid of the mud). Politik bukan mainan budak-budak. Tunggu orang lain kasi jawatan itu macam budak peon di pejabat tunggu boss luluskan permohonan cuti. Kalau lah brader Anwar pemimpin, dia mesti ada "pengikut" yang cukup. Tapi habuk pun tak ada. Sudah lupa ke, dia sendiri cakap 'I have the numbers, they are convincing, formidable..'   dan entah apa-apa lagi.  
berkorban untuk rakyat meringkuk di dalam penjara lebih 11 tahun 
OSTB : Err . . . Dia masuk penjara selepas Mahkamah jatuhkan hukuman atas penglibatan jenayah. Contohnya hukuman penjara yang pertama (enam tahun)  langsung tiada kaitan dengan liwat. Sila semak balik apakah kesalahannya yang dihukum enam tahun penjara. Bukan liwat ok. Please be honest.
kekuatan sokongan Anwar mempunyai 30 ahli Parlimen PKR dan lebih 90 ahli Parlimen PH 
OSTB : Kenyataan ini tidak tepat sekali. Pada masa PRU14 pada May 2018 brader Anwar masih berada dalam penjara. Yang kepalai pembangkang adalah Dr Mahathir, YB Lim Kit Siang dan Wan Azizah.  Anwar langsung tidak hadir atau berkempen untuk sehari pun.  Pada PRU14 kalau letak kasut lawan BN pun sudah boleh menang.  
Pengundi bukan saja fed up dengan kleptokrat UMNO tetapi orang Melayu rasa konfiden dengan kehadiran Dr Mahathir sebagai Ketua Pembangkang. Orang Cina rasa selesa dengan kerjasama DAP dan Dr Mahathir. Brader Anwar pula masih duduk dalam penjara. 
Sekarang brader Anwar sudah keluar penjara dan terus hilang deposit di Melaka dan Sarawak. Kalah semua kerusi. KOSONG. Baru Bian, Rafizi sudah tak ada. Isteri dan anak sendiri pun sudah kurang 'sokongan'.  
Mukhriz, Dr Mahathir, Encik Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, para kleptokrat, anak bangsawan, brader Anwar  semua sudah melepasi Expiry Date.  Kita perlu muka-muka baru. Dengan idea-idea baru dan pemikiran yang baru. 
Sdra Hassan Abdul Karim macam mana? 
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/mengulas-sdra-hassan-abdul-karim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekt Alat Bersatu Wajar Ditamatkan Hassan Karim

Pekt Alat Bersatu Wajar Ditamatkan Hassan Karim

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 146 hits
Penggerak Komuniti Tempatan yang ditubuhkan oleh pemimpin Bersatu Datuk Zuraidah Kamaruddin bertindih fungsinya dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan amat wajar ditamatkan Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim PeKT di bawah Kem...
Nadma Cekap Tangkas Bawah Dr Wan Azizah Tapi Sekarang Hassan Karim

Nadma Cekap Tangkas Bawah Dr Wan Azizah Tapi Sekarang Hassan Karim

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 195 hits
PASIR GUDANG 26 Dis Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim membandingkan perbezaan kecekapan Agensi Pengurusan Bencana Negara semasa kerajaan Pakatan Harapan dengan kerajaan Muhyiddin Yassin dan Keluarga Ismail Sabri Yaakob sekarang ...
Mukhriz Jadi Mb Hanya Di Pertengahan Jalan Hassan Karim

Mukhriz Jadi Mb Hanya Di Pertengahan Jalan Hassan Karim

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 180 hits
Ungkapan Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir kononnya era kepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berlaku dikecam keras Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata sebaik baiknya anak Tun Mahat...
Dataran Jam Bandar Tun Abdul Razak

Dataran Jam Bandar Tun Abdul Razak

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 313 hits
Lokasi Dataran Jam Bandar Tun Abdul Razak Alamat 8 Jalan Besar Bandar Jengka 26400 Bandar Tun Razak Pahang Waktu Operasi Tiada had masa yang ditetapkan Tarikh Lawatan 22 Disember 2021 Dataran Jam Bandar Tun Abdul Razak menjadi lokasi persin...
4 Abdul 1 Mohd

4 Abdul 1 Mohd

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 263 hits
Nantikan drama 4 Abdul 1 Mohd arahan Sabri Yunus akan menemui penonton di Astro Ria 4 Abdul 1 MohdEpisod 12Tarikh Tayangan Januari 2021Waktu Siaran Isnin Khamis 9 00 malamRangkaian Astro RiaPenulis Skrip Sabri YunusPengarah Sabri YunusProdu...
Terkini Abdul Hamim Atau Long Tiger Akhirnya Diberkas Selepas 13 Hari Bersembunyi

Terkini Abdul Hamim Atau Long Tiger Akhirnya Diberkas Selepas 13 Hari Bersembunyi

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 239 hits
Johor Bahru Lelaki Rohingnya dikenali sebagai Long Tiger atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid 33 yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu sudah ditahan polis tengah hari tadi Jurucakap Ibu Pejabat ...
Sering Bawa Fesyen Unik Peminat Harap Aina Abdul Tak Terus Bereksperimen Tolong Nanti Jangan Pelik Sangat Baju

Sering Bawa Fesyen Unik Peminat Harap Aina Abdul Tak Terus Bereksperimen Tolong Nanti Jangan Pelik Sangat Baju

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 248 hits
Penyanyi Aina Abdul dan fesyen tidak boleh dipisahkan Sering tampil dengan fesyen luar biasa Aina menjadi sorotan ramai orang terutama di majlis besar antaranya ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 36 baru baru ini Selepas menampilkan imej sepe...
Abd Karim Cikguku Yang Mengajar Sampai Ke Akhir Hayat

Abd Karim Cikguku Yang Mengajar Sampai Ke Akhir Hayat

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 153 hits
BELASUNGKAWA SIAPA nama Mohd Sayuti bin Omar Tiba tiba nama aku diseru Aku yang berada di barisan ke empat sebelah jendela segera angkat tangan dan bangun Semua mata dalam kelas Tingkaan 3C itu menoleh ke arah aku dengan sedikit kehairanan ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean