Abd Karim Cikguku Yang Mengajar Sampai Ke Akhir Hayat


 BELASUNGKAWA

"SIAPA nama Mohd Sayuti bin Omar," Tiba-tiba nama aku diseru. Aku yang berada di barisan ke empat sebelah jendela segera angkat tangan dan bangun. Semua mata dalam kelas Tingkaan 3C itu menoleh ke arah aku dengan sedikit kehairanan. 
Yang menyeru namaku itu seorang guru lelaki, yang bertubuh kurus tanpa misai, bajunya tidak dimasukkan dalam seluar. Dia berpakaian ringkas cukup memenuhi syarat personaliti sebagai guru. Tubuhnya sedikit bongkok. 
"Awak mari sini, ikut saya," katanya sambil menguek tangan sebaik aku bangun. Kekawan lain memandang dengan rasa terus kehairanan. Kenapa tiba-tiba aku dipanggil? Apakah aku telah melakukan kesalahan? Dengan rasa sedikit risau aku mengekori guru berkenaan.
Guru berkenaan meruntun aku berjalan menuju ke sebuah bilik di hujung bangunan blok A. Ditangannya ada anak kunci. Apabila pintu bilik dibuka dia mempelawa aku masuk. Bilik itu rupanya tempat simpanan buku-buku teks. Cikgu itu mengambil beberapa buah buku berpandukan kepada senarai tertulis di kertas kecil di tangannya. Banyak juga, lima buah termasuk buku cerita. Berat juga untuk aku membawanya.
Apabila aku masuk dalam kelas, murid lain tertanya-tanya melihat aku membawa buku. Aku rasa serba salah dan kurang senang kerana semua buku-buku itu untuk aku, bukan untuk mereka sama. Iya kalau untuk satu kelas masakan "secemak" itu. 
Sesungguhnya aku tertanya-tanya dengan buku itu. Mulanya aku ingat untuk dibahagikan kepada murid yang lain, tetapi tidak, ia hanya untuk aku sahaja. Buku yang masih aku ingat ialah Ilmu Alam, Ilmu Hisab dan Seni Lukis.    
Beberapa hari selepas itu baru aku tahu nama guru berkenaan. Namanya Abd. Karim Hussain. Dia guru yang mengajar ilmu alam dan lukisan untuk tingkatan tiga. Tetapi kenapa dia berikan buku-buku itu kepada aku sahaja?

Seminggu kemudian baru aku tahu kenapa cikgu Karim hanya berikan buku itu kepada aku. Aku didahulukan mendapat buku-buku berbanding dengan murid lain. Murid-murid lain mendapat buku-buku yang aku terima itu selepas beberapa hari kemudian. Di sekolah itu dia guru diberi tanggungjawab menjaga dan mengawal bilik atau stor buku-buku teks. 

Tetapi kenapa aku diutamakan? Ceritanya begini, dia adalah guru kepada abangku. Aku tahu hal ini bila abang bertanya, apakah sudah ada jumpa dengan cikgu bernama Abd Karim Hussain. 


Cikgu Karim merupakan salah seorang guru yang mengajar abangku dan menjadikan abangku sebagai anak angkatnya. Al maklumlah kami anak miskin dan serba kekurangan. Kebetulan pula abang seorang murid yang pandai. Jadi abang diberikan perhatian oleh guru, dan beberapa orang guru berpakat jadikan abang sebagai anak angkat, mereka membantu abangku khasnya berhubung keperluan pembelajaran. 
Salah seorang guru itu ialah Abd Karim bersama Abdul Kadir Alwi (Allahyarham). Merekalah yang selalu memberi makan dan juga wang untuk apa-apa keperluan mengajar buat abangku. Merekalah juga menjadi pendorong utama agar abangku belajar bersungguh-sungguh.
Jadi apabila abangku tidak lagi belajar di sekolah itu kerana ke tingkat enam di SMIP, Kota Bharu maka aku sebagai adiknya sebagai ganti. Perhatian guru-guru abangku itu beralih kepada aku. Tetapi status aku dengan cikgu-cikgu abangku itu tidak seperti statusnya. Aku hanya rapat dengan cikgu Karim sahaja, bukan semua guru kebetulan cikgu Karim mengajarku. 

Buku ke 55
yang tidak sempat dibaca
oleh cikgu Karim.Hari cikgu Karim beri buku-buku itulah hari pertama aku mengenalinya. Sejak mengenalinya aku rapat sehinggalah selepas habis pengajian di sekolah itu. Kami sudah jadi macam kawan pula bukan sahaja untuk bertanya hal-hal pendidikan tetapi berbahas juga mengenai politik. Dan dia tidak habis-habis memberi dorongan kepadaku. Semasa aku belajar di Indonesia, beliaulah juga yang memberi berbagai petua untuk hidup di rantau dan menuntut ilmu. Memberi pesan dan ingatan agar tahu adat dan pandai membawa diri ditempat orang.  Selepas pengajian dan apabila beliau mengetahui aku mula menceburi diri sebagai wartawan kemudian menjadi penulis politik sepenuh masa, hubungan kami semakin akrab. Beliau juga seorang pemerhati politik. Jauh daripada itu tahu mengatur dan mencatur politik, tetapi tidak pernah berada di garis depan. Gara-gara dia mempunyai fahaman politiklah menyebabkan diugut untuk ditukar ke pedalaman dan ditindas oleh pihak majikan.
Beliau seperti bangga dengan kejayaan aku sebagai wartawan, menjadi penerbit dan juga menulis buku. Buku-bukuku sering menjadi perhatiannya. Kebetulan cikgu Karim seorang yang suka membaca. Setiap kali berhubung atau telefon dia akan bertanya apa buku yang sedang kutulis. Misalnya untuk buku terbahru; Mengapa Anwar Belum Jadi PM, beliau awal-awal memberi notis ingin memilikinya. 
"Jangan lupa, buku baru untuk saya," begitulah katanya. Kerana itu sebagai buku siap dicetak aku awal-awal sudah autograf dan kirimkan kepadanya. Bolehlah dianggap beliaulah orang pertama setiap kali buku-buku terbaruku. 
Buku MABJPM aku sudah pun autograf dan kirimkan kepadanya. Tetapi sayang beliau tidak sempat menjamahnya, kerana sewaktu buku itu tiba di Kota Bharu beliau sudah ditidurkan, (intubate). 
Sepanjang 46 tahun berkawan dengan beliau bukan sahaja kenangan sebagai murid dengan cikgu sahaja yang singgah dalam diri ini, tetapi sebagai cikgu yang menjadi kawan selepas sekolah juga lebih banyak meninggalkan kenangan buat kami. Lebih-lebih dalam melihat perjuangan dan keazaman beliau yang tinggal untuk mencapai sesuatu.  
Sesuatu yang amat bererti kerana hampir semua peristiwa dalam hidupku, beliau hadir bersama. Di majlis pertunangan dan perkahwinanku. Dan paling bererti ialah semasa aku sakit enam tahun tahun lepas beliau turun ke Kuala Lumpur untuk menziarah dan memberi petua-petua untuk melawan kanser. Allahyarham juga seorang pengaal ubat-ubatan tradisional.
Kehebatan cikgu Karim seorang yang tidak pernah berputus asa untuk mencapai apa yang dihasratkan. Beliau juga seorang yang tidak mempedulikan apa yang orang kata kepadanya. Cara hidupnya yang mempunyai wawasan dan idea sendiri menyebabkan beliau tidak suka kepada glamour walaupun setelah mengecap nikmat hidup. Beberapa kali jatuh atau gagal dalam perniagaan, menyebabkan hidupnya tidak semewah rakan-rakannya yang lain. 
Namun segala kegagalan dan cemuhan kepada itu tidak pernah lemahkan semangatnya. Seingat saya sepanjang hidupnya beliau telah mencebur diri dalam pelbagai bidang perniagaan. Beliau pernah membuka perusahaan memproses rotan, rokok kertek, merumuskan herba tradisi untuk dijadikan ubat-ubatan dan sehingga kepada usaha mengeluarkan emas di pedalaman Kelantan. 


Semua yang diusahakan itu gagal malahan ada yang diketawakan. Namun kerana berkat kegigihannya, akhirnya beliau berjaya mencatatkan namanya sebagai pengusaha kedai makan yang dikenali dengan Nasi Mangge berjenamakan Warung Kita. Nasi Mangge boleh dianggap telah meletakkan nama di mercu kejayaan dan menjadi kebanggaan. Warung Kita atau Nasi Mangge kini sudah establish dan mempunyai tujuh cawangan yang dijaga oleh anak-anaknya. 
Sepatah falsafah hidupnya yang menjadi pegangan ku khasnya dalam dunia penulis, pesannya, "awak kena menulis sesuatu yang lain daripada yang lain. Awak kena tulis subjek atau perkara yang orang belum baca, kalau pun orang marah tidak mengapa, kerana perhatian orang kepada apa yang awak tulis itu, adalah kejayaan." 
Guru dan sahabat yang mulia itu telah menutup pintu hubungan di dunia ini tepat jam 8:41 28 Disember 2021 di ward HUSM Kota Bharu. Selama 46 tahun berkawan dan berguru dengan cikgu Karim terasa baru ia bermula semalam. Takziah kepada semua keluarga dan anak-anak serta cucu dan Kak Na, isterinya (Rohana Salleh) sama-sama kita doakan semoga roh Allahyarham Abd Karim bin Hussain dalam pemeliharaan Allah jua. [wm.kl. 7:35 am 30/12/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/12/abd-karim-cikguky-yang-mengajar-sampai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teringin Nak Ke Legoland Sebelum Akhir Hayat Saya Budak Hidap Penyakit Jantung Terbalik Sering Sesak Nafas Keletihan

Teringin Nak Ke Legoland Sebelum Akhir Hayat Saya Budak Hidap Penyakit Jantung Terbalik Sering Sesak Nafas Keletihan

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 200 hits
Seorang kanak kanak berusia sembilan tahun Mohd Adam Amsyar disahkan menghidap penyakit jantung terbalik menyebabkan dia sering mengalami sesak nafas dan keletihan Bapanya Abd Rahman Ahmad 47 berkata anaknya disahkan menghidap penyakit itu ...
Galaxy Z Series Rakan Perjalanan Terbaik Percutian Akhir Tahun

Galaxy Z Series Rakan Perjalanan Terbaik Percutian Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 242 hits
Galaxy Z Series Rakan Perjalanan Terbaik Percutian Akhir Tahun Ya pastinya gadget terbaru ini lebih mudah untuk anda kawal kerana ia mempunyai hampir kesemua perkara penting di dalam peranti telefon bimbit yang pintar ini Tidak perlu lagi b...
Berhati Hati Fenomena Akhir Zaman

Berhati Hati Fenomena Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 281 hits
BERHATI HATI FENOMENA AKHIR ZAMAN1 Banyak rumah semakin besar tapi keluarganya semakin kecil 2 Perubatan semakin canggih kesihatan semakin buruk 3 Melancong keliling Dunia tapi tidak kenal dengan jiran terdekat 4 Pendapatan semakin meningka...
Risma Kejar Tenggat Waktu Pencairan Bansos Sebelum Akhir Tahun 2021

Risma Kejar Tenggat Waktu Pencairan Bansos Sebelum Akhir Tahun 2021

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 253 hits
Risma mengungkap pencairan bansos tidak boleh melewati 31 Desember 2021 Jika terjadi akan terblokir
Belajar Tangguh Dari Anak Muda Di 2021 Lewat Catatan Akhir Tahun Hipwee

Belajar Tangguh Dari Anak Muda Di 2021 Lewat Catatan Akhir Tahun Hipwee

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 266 hits
E book Catatan Akhir Tahun Hipwee Tangguhnya Anak Muda di 2021 memotret dengan sangat baik ketangguhan kekuatan kreativitas dan betapa adaptifnya anak muda di 2021
Venom Awalnya Dirancang Muncul Dalam Pertarungan Akhir Spider Man No Way Home

Venom Awalnya Dirancang Muncul Dalam Pertarungan Akhir Spider Man No Way Home

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 328 hits
Penulis lakonlayar filem Spider man No Way Home mendedahkan yang Venom pada awalnya dirancang untuk muncul dalam pertarungan akhir filem tersebut Perkara itu didedahkan dalam satu temubual bersama Variety yang mana baru sahaja didedahkan se...
Haram Jadah Akhir Nya Rakyat Juga Yang Di Persalahkan

Haram Jadah Akhir Nya Rakyat Juga Yang Di Persalahkan

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 205 hits
HARAM JADAH AKHIR NYA RAKYAT JUGA YANG DI PERSALAHKAN Tamrin Tun Ghafar Ahad 26 12 2021 1 Pemimpin yang mabuk kuasa tapi rakyat yang salah 2 Pemimpin yang menyalah guna kuasa dan rasuah tapi rakyat yang salah 3 Pemimpin yang rompak harta ne...
Keputusan Akhir Berhubung Hukuman Mati Akan Diputuskan Tidak Lama Lagi

Keputusan Akhir Berhubung Hukuman Mati Akan Diputuskan Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 183 hits
MALAYSIA NOW Jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti perkara itu akan menyerahkan dapatannya kepada menteri undang undang yang akan membentangnya kepada Kabinet sebelum keputusan dimuktamadkan Seorang aktivid memegang sepanduk dalam sebua...
Ketua Dpr Minta Pemerintah Atasi Lonjakan Harga Pangan Jelang Akhir Tahun

Ketua Dpr Minta Pemerintah Atasi Lonjakan Harga Pangan Jelang Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 156 hits
Dia menilai masyarakat berpenghasilan rendah akan sangat terdampak dengan kenaikan harga bahan kebutuhan pokok
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Fix Harmful Backlinks For Free


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Injection Moulding Malaysia Combining Precision And Efficiency

Destinasi Percutian Mesra Keluarga Di Malaysia

Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender

Valdy Nyonk Zinidin Zidan Selamat Tinggal Kenangan Chord

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa