Menginap Semalam Di Avante Hotel Bandar Utama


 Assalamualaikum WBT
SEMALAM..  Pak Inche bertugas di Media Prima Berhad @ TV3 Bandar Utama bagi membawa client beliau iaitu Tourism Johor dalam segmen Malaysia Hari Ini yang membicarakan mengenai pengisian program Majestic Johor Festival 2023 yang akan berlangsung pada 26 Ogos hingga 3 September 2023 bertempat di Puteri Habour, Iskandar Puteri, Johor. Kebetulan pulak, semalam juga merupakan Hari Cuti Kelepasan Am bagi negeri Johor sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, jadi Sk dan Iman pun mengendeng la nak ikut. Tak sampai hati pulak nak biar Pak Inche pergi sorang-sorang, hehehehe.

Selalunya, jika ada tugasan di KL, Pak Inche diberi penginapan percuma di Cititel Kuala Lumpur tapi memandangkan kali ni Pak Inche tak nak kelam kabut, beliau sanggup tempah dan bayar sendiri hotel lain yang berhampiran. Begitulah Pak Inche yang komited dengan kerja. Avante Hotel ni cuma berdepan sahaja dengan Sri Pentas, dalam 300 langkah jer la gitu, perlu seberang jalan menggunakan jejantas.

Daftar masuk hampir jam 11 malam sebab hari selasa tu kami masih kerja lagi. Luas sungguh lobi Hotel Avante ni dan tersangatlah cantiknya.

Banyak ruang menunggu disediakan untuk tetamu sementara urusan daftar masuk diselesaikan


Kali ni dapat bilik Tingkat 16


Bilik 1621

Masuk-masuk bilik terus kagum tengok nama sendiri terpapar di skrin tv, hahaha. Guna nama Sk untuk dapatkan goverment rate, banyak jugaklah beza dengan normal rate. Ni pun mujurlah weekdays kalau weekend lagilah berdengung regenya


Pak Inche buat tempahan bilik Deluxe Triple melalui panggilan telefon untuk dapat goverment rate. Punyalah besar bilik tu, nak main ping pong pun boleh, hahaha. Ada sebuah katil bersaiz raja dan sebuah lagi super single, cuma bantal dia la kurang empuk


Ada budak tu merajuk, babahnya kata nak pergi makan kat Nasi Lemak 222 tapi sampai hotel tak jadi. Puncanya,  Pak Inche tetiba tak sedap badan petang tu campur nervous dengan program MHI tu agaknya. Kami ada berhenti kat RNR Pagoh, beli pau dan minuman panas, bagi Pak Inche minum eno dan makan panadol. Iman fikir kalau dia makan berat kat Pagoh, nanti nak makan nasi lemak kat KL dah kenyang, tu yang jadi merajuk budak tu bila Pak Inche kata tak larat nak keluar balik, hahaha. 

Plug point banyak dalam bilik, tepi katil ada sorang sebijik, dekat sebelah-sebelah dinding sana pun ada


Bilik dilengkapi dengan seterika dan iron board. Mujur jugaklah sebab kemeja Pak Inche yang Sk dah siap gosok perlu gosok semula sebab dilipat masuk beg, malas nak gantung. Lagipun Sk fikir, takkanlah hotel mahal tak ada seterika, kannn


Cermin bilik air berlampu, terang dan jelas jerawat kat muka, hahahaha


Bahagian sinki, ruang mandi dan tandas dipisahkan dengan dinding dan pintu gelongsor kaca lutsinar



Sabun mandi, shampoo dan tangan disediakan melekap pada dinding. Wangiiii melekat bau dia


Enam botol terus dia bagi air minuman


Tak sempat mengopi dan mengeteh pun dalam bilik. Maggi pun lupa bawa, hahaha


Esok pagi sarapan berdua jer dengan Iman di Chek's Cafe. Pak Inche dah sarapan awal dan terus ke Sri Pentas. Seperti biasa Sk akan mulakan dengan American Breakfast, segelas jus buah dan secawan latte. Cuma dua jenis jus sahaja ditawarkan iaitu guava dan orange. Disediakan juga mesin kopi dengan tawaran cappucino, latte, espresso dan black coffee. 

Kebahagiaan.. Tahulah kan.. Sk ni hari-hari sarapan roti wholemeal dengan kopi o jer


Pinggan kedua Iman, gabungan menu Jepun dan India, hahaha. Iman kata, tak sedap. Mee tu rasa tepung semata dan ayam tandoori rasa ubat. Sk jamah sikit ayam tu, okey jer tapi mee tu memang rasa mee kosong aje la. Yang oren tu lobak tempura


Sk ambil Nasi Lemak Telur Rebus dan Ayam Masak Merah. Ayam Masak Merah sedap, nasi lemak okey tapi sambalnya ada rasa hangit, mungkin tak dijaga semasa merenihnya


Ambil juga tempura atau sayuran celup tepung. Ada lotus, keledek ungu, carrot dan bendi tapi bendi dia dah tua pulak walaupun warnanya masih hijau muda. Yang oren kemerahan tu Indian Food, pakora. Selain nasi lemak ada kuey teow goreng, nasi goreng, mee sup dan miso soup. Tak larat nak makan semua


Ambil tiga jenis pastries .. aaa.. sejuk dan kurang gebu. Bagi Sk makanan banyak tapi disediakan macam asal ada la gitu. Harga buffet breakfast nya boleh tahan mahal jugak la.. hurmm.. Mungkin juga faktor kedudukan dan persekitaran Avante Hotel ni jugak yang boleh dikatakan high demand. Makan pun dalam suasana restoran yang agak ekslusif. Restoran cantik dan luas sangat


Lepas sarapan balik bilik dulu. Dah terang, baru la boleh nampak kolam renang. Pemandangannya agak hampeh! Hahahaha


Kemudian kami ke 1 Utama Shopping Mall, perlu berjalan 300 langkah katanya. Tapi rasa macam 10,000 langkah jer ni 😝


Mungkin 300 langkah tu sebab dia sediakan eskalator, hahahah


Di ruang legar ada perasmian Sambutan 140 Tahun Jenama F&N


Iman tunjuk, bonda.. tu Tik Tokers.. tu Tik Tokers.. tu Tik Tokers. Tak nampak pulak blogger KL yang Sk kenal. Alaaa.. dorang pun bukan kenal Sk, kan


Tertarik dengan Kedai Kopi Bintang Singa atau Lion Star ni. Singa merupakan haiwan dalam logo F&N


Jumpa Barbie Plus Size. Iman kata, nak boleh? Maaflah Iman, bonda belum gaji.. tapi kalau dah gaji pun bonda tak belikan.. 😂

Tak tahu nak beli apa kat 1 Utama sebagai ole-oleh pulang ke Tanah Jauhar


Sampai dah hotel. Beli air kat Mixue aje sebab dah kehausan berjalan.. hahahahah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/08/menginap-semalam-di-avante-hotel-bandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Hotel Melaka Yang Ada Bathtub

Pengalaman Menginap Di Hotel Melaka Yang Ada Bathtub

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 275 hits
Nasib setelah perbincangan suami dan isteri kami bersetuju untuk bermalam di hotel dalam bandar Melaka Suami memilih hotel Melaka yang ada bathtub Last minit perancangan bercuti sempena sambutan hari ulang tahun Sultan Pahang Jam 8 pagi bar...
Hmmmm Dalang Apakah Agensi Us Bantu Siasat Pesawat Terhempas Di Bandar Elmina

Hmmmm Dalang Apakah Agensi Us Bantu Siasat Pesawat Terhempas Di Bandar Elmina

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 217 hits
Dua agensi Amerika Syarikat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang membantu siasatan berhubung nahas pesawat di Bandar Elmina Shah Alam minggu lepas New Straits Times mela...
Bandar Baharu Kinabatangan Akan Jadi Realiti

Bandar Baharu Kinabatangan Akan Jadi Realiti

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 239 hits
Kinabatangan sememangnya kaya dengan keunikan dan keistimewaan tersendiri terutama dalam aspek eko pelancongan yang menyajikan keindahan panorama alam semula jadi Foto BERNAMA Rakyat Kinabatangan mahu usaha tingkat kualiti hidup diberi keut...
Jerantut Bandar Taman Negara

Jerantut Bandar Taman Negara

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 371 hits
Catatan hari Ahad 27 Ogos 2023 Encik Suami ada urusan kerja di Jerantut pada pagi hari Isnin jadinya seawal pukul 6 40 pagi hari Ahad kami bertolak dari rumah PP menuju ke Jerantut Pahang Bimbang kalau lewat nanti jalan akan sesak memandang...
13 Hotel Murah Di Hatyai 2023 Bawah Rm200

13 Hotel Murah Di Hatyai 2023 Bawah Rm200

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 389 hits
13 Hotel Murah di Hatyai Tengah cari senarai hotel mampu inap di Hatyai You came to the right place Hatyai Thailand memang menjadi antara destinasi kegemaran rakyat Malaysia Banyak lokasi pelancongan boleh shopping dan makanan yang sedap Ta...
Harga Bilik Momos Hotel Kuala Lumpur

Harga Bilik Momos Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 288 hits
Ada satu butik hotel di Kuala Lumpur menarik perhatian aku Kala tak silap hotel ini adalah antara rangkaian daripada network Tune Hotel yang terkenal di Malaysia Namun identiti luar butik hotel ini agak berbeza dari rekaan ikonik Tne Hotel ...
Manakah Amal Yang Lebih Utama

Manakah Amal Yang Lebih Utama

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 135 hits
Assalamuaikum wbtsama sama kita ingat mengingati Hadith Dari Ibnu Mas ud r a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s a w Manakah amal yang lebih utama Beliau menjawab Sembahyang dalam waktunya berbakti kepada ibu bapa dan berjuan...
4 Vitamin Wajib Dan Utama Wanita Masa Kini

4 Vitamin Wajib Dan Utama Wanita Masa Kini

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 325 hits
4 Vitamin Wajib Dan Utama Wanita Masa KiniAssalamualaikum Bismillahi MashaAllahPanduan Nutrisi untuk WANITA pada semua peringkat umurSumbangan wanita kepada insan insan di dalam kehidupan mereka memang tidak terhitung banyaknya tetapi untuk...
Ini 10 Hal Yang Bisa Bikin Bisnis Kecil Gagal Ternyata Penyebab Utama Bukan Minimnya Modal

Ini 10 Hal Yang Bisa Bikin Bisnis Kecil Gagal Ternyata Penyebab Utama Bukan Minimnya Modal

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 195 hits
Kamu yang lagi mau buka usaha baca dulu nih Bicara soal kegagalan bukan hal yang tabu kok
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa