Jerantut Bandar Taman Negara


[Catatan hari Ahad, 27 Ogos 2023]
Encik Suami ada urusan kerja di Jerantut pada pagi hari Isnin, jadinya seawal pukul 6.40 pagi hari Ahad kami bertolak dari rumah PP menuju ke Jerantut, Pahang. Bimbang kalau lewat nanti jalan akan sesak memandangkan hari Ahad biasanya aliran trafik dari utara menuju ke KL lebih tinggi. Tambahan lagi cuti sekolah sudah bermula, kenalah bersedia dengan pertambahan kenderaan di lebuh raya dan jalan utama

Google Maps memberikan tiga cadangan laluan perjalanan dari rumah PP ke bandar Jerantut :    ⏵ Dari Lebuhraya Utara-Selatan susur keluar di Tapah seterusnya melalui Jalan Ringlet-Sungai Koyan
    ⏵ Dari Lebuhraya Utara-Selatan susur keluar di Tanjung Malim seterusnya melalui bandar Raub
  ⏵ Dari Lebuhraya Utara-Selatan susur keluar menuju ke Kuantan/Genting Highlands seterusnya melalui Lebuhraya Pantai Timur

Kami pilih laluan yang paling mudah tetapi jaraknya lebih jauh, iaitu melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

Pukul 7.24 pagi di Lebuhraya Utara-Selatan - pemandangan indah suasana pagi disimbah cahaya matahari

Pukul 11.16 pagi kami melalui Terowong Genting Sempah di sempadan negeri Pahang. Terpapar poster besar Sultan Pahang yang juga Yang di-Pertuan Agong Malaysia di pintu masuk terowong


BATU KILOMETER SIFAR Pukul 1.10 tengah hari, kami tiba di Jerantut. Alhamdulillah kami selamat sampai setelah melalui perjalanan sekitar 6 jam 30 minit (termasuk berhenti makan sarapan dan ke tandas). Penat rasanya duduk lama dalam kereta dan perut pun dah lapar

Sebelum itu saya buat carian Google Maps - ‘makan sedap Jerantut’. Daripada senarai yang terpapar, kami pilih untuk mencuba makan di Gypsy Garden Jerantut Cafe. Di hadapan kafe inilah terletaknya Batu Kilometer Sifar atau Batu KM0 Jerantut. Ini bukanlah batu yang diletak oleh pemilik kafe sebagai tarikan, tetapi ianya dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).Kilometer sifar atau KM0 merujuk kepada satu lokasi di mana titik permulaan jarak sesebuah jalan, bandar atau negara. Batu KM0 biasanya terletak berdekatan Pejabat Pos kerana pada masa dahulu perkhidmatan pos menjadi nadi utama sistem perhubungan. Oleh itu, Pejabat Pos dijadikan sebagai titik KM0 bagi sesebuah bandar.
GYPSY GARDEN JERANTUT CAFESebuah kafe dengan tema unik. Menerusi ulasan di internet, tahulah saya bahawa operasi kafe ini dijalankan oleh pasangan suami isteri
[gip.si] | ݢيڤسيDefinisi : orang yg berasal drpd suku bangsa Asia yg tinggal di Eropah dan Amerika Utara dan mengamalkan cara hidup berpindah-randah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Rupa bahagian hadapan kafe, di sebelahnya bangunan Pejabat Pos Lama Jerantut. Nampaknya tak banyak meja tersedia, sebuah meja panjang di bahagian dalam dan beberapa buah meja di luar

Ada satu hal yang saya terlepas pandang sebelum ke sini, iaitu pelanggan perlu membuat tempahan sebelum datang (selepas itu baru saya perasan adanya pesanan pemilik berkenaan hal ini pada bahagian ‘about’ di Google Maps). Pemilik kedai, seorang lelaki kelihatan sedikit terkejut melihat kehadiran kami berdua di muka pintu kafe. Beliau meminta maaf kerana cuma menerima pelanggan yang telah membuat tempahan

Tetapi sebelum kami beredar, beliau mendekati kami kembali dan berbual ringkas. Dipendekkan cerita, beliau sudi menerima kami memandangkan kami datang dari jauh. Alhamdulillah…rezeki kami makan di sini

Memahami situasi beliau yang melakukan semua kerja sendirian pada hari tersebut, kami cuma memesan dua hidangan yang mudah disediakan. Segan jugalah kan, terasa menyusahkan beliau pulak kalau nak pesan macam-macam. 
Kami duduk di bahagian luar kafe, meja di dalam sudah ditempah oleh sekumpulan pelanggan

Sup cendawan yang pekat berkrim. Sedap

Besar saiz potongan ayam panggang ni. Kami kongsi makan potongan ayam ini

Isi ayam lembut dan berjus. Rasa perapannya pun sedap

Alhamdulillah kami dapat merasa masakan lazat pemilik kafe. Orangnya pun mesra dan ramah. Memang patutlah ramai mat salih memberikan ulasan baik pada kafe ini. Harga dikenakan juga berpatutan, kami membayar sekitar RM28 bagi dua jenis hidangan dan dua jenis minuman


AZA GALERIAza Galeri merupakan sebuah galeri milik kartunis Aza atau nama sebenarnya Abdul Razak Sofhi @ Subhi yang popular bersama majalah Gila-Gila. Masih ada yang ingat? Saya tak ingat nama kartunis Aza, sekadar ingat dulu memang suka baca majalah Gila-Gila

Bangunan galeri ini dahulunya merupakan bangunan Pejabat Pos Lama Jerantut. Saya sekadar memotret bahagian luar bangunan. Bagi yang nak berkunjung ke sini, boleh buat carian Google Maps - Aza Cartoon Gallery.

SY JERANTUT HOTELSelepas makan, kami menuju ke hotel. Kami menginap satu malam di SY Jerantut Hotel. Saya pilih hotel ini berdasarkan ulasan berkenaan tahap kebersihan yang baik. Juga ruang parkir yang luas kerana tak perlu berkongsi dengan premis perniagaan lain. 
Alhamdulillah memang saya puas hati dengan tahap kebersihan bilik yang kami dapat. Keluasan bilik dan bilik airnya juga memuaskan. Sesuailah dengan harga bajet rendah yang kami bayar. Bilik ini tiada tingkap, tapi tak menjadi masalah kerana cuma tidur satu malam. Bilik airnya cuma menyediakan dua buku kecil sabun, juga bukan masalah bagi saya sebab sentiasa bawa kelengkapan mandian sendiri

Yang menjadi sedikit masalah bagi saya - tilamnya terasa spring dan tiada lif. Kami perlu berhati-hati meniti anak tangganya yang berukuran kecil



Hari masih cerah, ada satu lagi tempat di Jerantut yang sempat kami kunjungi. Catatan berkenaannya Insya Allah pada entri akan datang

Imbas kembali - pada kunjungan tahun 2019 ke Jerantut, kami berpeluang mendaki Bukit Buluh a.k.a. Red Forest. Catatannya DI SINI. Kami juga pernah ke Taman Negara Pahang dengan kunjungan terakhir pada Februari 2020, sebelum pandemik COVID-19 melanda. Catatan berkenaan Taman Negara Pahang DI SINI









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/08/jerantut-bandar-taman-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
18 Mayat Ditemukan Rentung Di Taman Negara Greece

18 Mayat Ditemukan Rentung Di Taman Negara Greece

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 134 hits
BernamaATHENS Lapan belas mayat rentung dipercayai terdiri daripada pendatang ditemukan di Taman Negara Dadia Greece kata seorang jurucakap perkhidmatan bomba Giannis Artopoios berkata Memandangkan tiada yang dilaporkan hilang kami menganda...
Patuh Arahan Pm Hanya Jata Negara Pada Bantuan Kerajaan Kata Loke

Patuh Arahan Pm Hanya Jata Negara Pada Bantuan Kerajaan Kata Loke

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 243 hits
SEREMBAN Teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya penyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat tidak boleh disalurkan dengan menggunakan lambang parti adalah tepat dan perlu dipatuhi semua pihak Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata ...
Mat Sabu Pas Keluar Pr Bukan Sebab Hudud Negara Islam

Mat Sabu Pas Keluar Pr Bukan Sebab Hudud Negara Islam

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 307 hits
Mohd Farhan DarwisPETALING JAYA Dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengatakan PAS berpisah dengan Pakatan Rakyat kerana isu hudud dan negara Islam adalah satu pembohongan semata mata kata Mohamad Sabu Presiden Amanah itu berkata isu...
Beri Anwar Lebih Masa Tingkatkan Ekonomi Negara Titah Sultan Johor

Beri Anwar Lebih Masa Tingkatkan Ekonomi Negara Titah Sultan Johor

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 256 hits
SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar bertitah supaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim diberikan lebih banyak masa untuk meningkatkan ekonomi negara Dalam satu wawancara khas dengan Sin Chew Daily baginda memahami cabaran kewangan yang dihadapi...
Wujud Memo Dalaman Jabatan Peguam Negara Menyentuh Pertuduhan Terhadap Najib Wan Rosdy Gesa Siasatan Lanjut

Wujud Memo Dalaman Jabatan Peguam Negara Menyentuh Pertuduhan Terhadap Najib Wan Rosdy Gesa Siasatan Lanjut

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 156 hits
KUANTAN Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan wujudnya memo dalaman Jabatan Peguam Negara yang menyentuh enam pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk S...
Sukan Asia 2023 Tarikh Senarai Sukan Negara Peserta

Sukan Asia 2023 Tarikh Senarai Sukan Negara Peserta

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 379 hits
Sukan Asia 2022 yang pada asalnya dijadualkan pada September 2022 telah ditunda ke 23 September hingga 8 Oktober 2023 sekaligus dikenali sebagai Sukan Asia 2023 Sukan Asia 2022telah ditangguhkan pada Mei berikutan penularan pantas COVID 19 ...
Zoo Negara Bids Farewell To Panda Cubs Yi Yi Sheng Yi

Zoo Negara Bids Farewell To Panda Cubs Yi Yi Sheng Yi

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 150 hits
Yi Yi and Sheng Yi are the offspring of giant panda ambassadors Xing Xing and Liang Liang which were loaned to the Malaysian government in 2014 KUALA LUMPUR Zoo Negara has bid farewell to Yi Yi and Sheng Yi the panda cubs who were born in M...
Majlis Profesor Negara Mahu Upsr 1988 Dikembalikan

Majlis Profesor Negara Mahu Upsr 1988 Dikembalikan

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 147 hits
PETALING JAYA Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang menggunakan format asal tahun 1988 harus dikembalikan semula bagi memudahkan penilaian dibuat terhadap kemahiran 3M iaitu membaca mengira dan menulis murid murid sekolah rendah Akhbar Utusa...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024