Bandar Baharu Kinabatangan Akan Jadi Realiti


Kinabatangan sememangnya kaya dengan keunikan dan keistimewaan tersendiri terutama dalam aspek eko pelancongan yang menyajikan keindahan panorama alam semula jadi. - Foto BERNAMA. (📸 ©BERNAMA) klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Rakyat Kinabatangan mahu usaha tingkat kualiti hidup diberi keutamaan Johainizamshah menunjukkan surat arahan penyukatan tanah RSP semasa menerima surat itu di Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu. (📸 ©Sabah Media) Hasrat rakyat Kinabatangan untuk memiliki bandar baharu Kinabatangan dijangka menjadi kenyataan tidak lama lagi, kata Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag, Johainizamshah Johari.

Katanya, perkembangan positif itu berikutan pihak Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Daerah telah menerima arahan Kertas Ukur Registered Survey Paper (RSP) daripada Pengarah Tanah dan Ukur.

Menurutnya, Majlis Daerah Kinabatangan (MDK) telah mengenalpasti dan memohon tanah dengan keluasan 157.48 ekar untuk tujuan membina bandar baharu Kinabatangan.

“Dengan usaha gigih yang dilakukan oleh Pegawai Eksekutif MDK bersama Pegawai Daerah Kinabatangan, JTU Kinabatangan, Pegawai Hasil Bumi Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, ibu pejabat JTU telah mengeluarkan RSP untuk menyukat tanah tersebut”, katanya ketika dimaklumkan perkembangan terkini permohonan tanah tersebut.

Johainizamshah berkata, perkembangan positif itu dapat dicapai walaupun baru 6 bulan beliau diberi kepercayaan menerajui PPM Lamag.

Menurutnya, cadangan mewujudkan Bandar Baharu Kinabatangan telah mendapat sokongan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang mahu melihat kawasan Kinabatangan membangun dibawah Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Semua ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada Hajiji yang mahu Kinabatangan terus membangun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, UPPM DUN Lamag terus bekerja membantu rakyat kawasan itu seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Hajiji mahu kawasan Kinabatangan terus menikmati pembangunan dan kemajuan seperti daerah-daerah lain.

“Kita ada perancangan serta misi dan visi untuk dipersembahkan kepada rakyat. Ini penting dalam memastikan pembangunan yang berlanjutan dan inklusif. Kerjasama dan kolaborasi antara semua pihak diperlukan untuk mencipta lingkungan yang menyokong kepada pertumbuhan ekonomi, peningkatan kualiti hidup, dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat”, katanya.

Sehubungan dengan itu, Johainizamshah berharap penyukatan tanah itu dapat dibuat oleh pihak berwajib dalam tempoh terdekat.

“Saya berharap penyukatan tanah itu dapat dibuat oleh pihak berwajib dalam tempoh terdekat.

“Saya juga menyeru rakyat di kawasan DUN Lamag khususnya dan Kinabatangan khaskan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Hajiji,” ujarnya.

SOURCE: Sabah Media

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2023/08/bandar-baharu-kinabatangan-akan-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nikmati Stik Premium Mampu Milik Dan Pengalaman Makan Di Cawangan Baharu Ny Steak Shack Setapak Central

Nikmati Stik Premium Mampu Milik Dan Pengalaman Makan Di Cawangan Baharu Ny Steak Shack Setapak Central

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 261 hits
Rasai kelazatan menu stik burger shake dan banyak lagi di NY Steak Shack untuk pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan diinspirasikan gaya hidup urban kota New York Buat 50 pelanggan yang terawal anda bakal mendapatkan tawaran ...
Parti Bhumjaithai Umum Sertai Pheu Thai Bentuk Gabungan Baharu

Parti Bhumjaithai Umum Sertai Pheu Thai Bentuk Gabungan Baharu

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 198 hits
PARTI Bhumjaithai mengumumkan untuk menyertai Parti Pheu Thai dalam usaha bagi menamatkan kebuntuan politik dan membentuk kerajaan baharu Thailand tiga bulan selepas pilihan raya umum 14 Mei Pemimpin Parti Bhumjaithai Anutin Charnvirakul be...
Feri Baharu Pulau Pinang Kembali Beroperasi 7 Ogos 2023

Feri Baharu Pulau Pinang Kembali Beroperasi 7 Ogos 2023

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 282 hits
Selepas menunggu lama akhirnya ikon Pulau Pinang kembali ke jadual Pelancongan Domestik di Malaysia Feri baharu Pulau Pinang kembali beroperasi 7 Ogos 2023 secara Percuma Semestinya berita baik ini akan kembali menghangatkan kemeriahan indu...
Mulai Hari Ini 7 Ogos 2023 Hingga 6 September 2023 Tiket Percuma Feri Baharu Pulau Pinang

Mulai Hari Ini 7 Ogos 2023 Hingga 6 September 2023 Tiket Percuma Feri Baharu Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 203 hits
Tiket Percuma Feri Baharu Pulau Pinang Mulai Hari Ini 7 Ogos 2023 hingga 6 September 2023Jadual perjalanan seperti gambar di bawah
Mahfuz Kejar 3 Kerusi Lagi Tubuh Kerajaan Baharu Kedah

Mahfuz Kejar 3 Kerusi Lagi Tubuh Kerajaan Baharu Kedah

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 195 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakatan Harapan Barisan Nasional yakin mampu menang tiga kerusi dengan margin kecil sebagai tambahan kepada 16 kerusi bagi mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan Kedah pada PRN 12 Ogos Pengerusi PH Kedah Mahfu...
Abang Jo Yakin Data Sumber Minyak Baharu Sarawak

Abang Jo Yakin Data Sumber Minyak Baharu Sarawak

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 309 hits
Abang Johari Openg berkata mahu rakyat Sarawak melengkapkan diri dengan sebanyak mungkin kemahiran dan pengetahuan dalam penganalisaan data semasa PETALING JAYA Abang Johari Openg berkata data merupakan minyak baharu bernilai tinggi pada ma...
Virgil Van Dijk Kapten Baharu Liverpool

Virgil Van Dijk Kapten Baharu Liverpool

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 181 hits
Virgil van Dijk kapten Liverpool baharu selepas Jordan Henderson berhijrah Van Dijk kapten Liverpool Alexander Arnold penolong VIRGIL Van Dijk bersama Trent Alexander Arnold SINGAPURA Liverpool melantik Virgil van Dijk sebagai kapten baharu...
Naratif Vs Realiti

Naratif Vs Realiti

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 118 hits
Hentikanlah membuat naratif Kembali ke alam nyata Naratif membawa banyak persepsi tetapi menidakkan realiti Nampak bijak tetapi cuba berselindung di sebalik kenyataan Naratif politik cuma banyak andaian untuk pengaruh pengundi memilih calon...
Pahitnya Realiti Oleh Ferri Anugerah Makmur

Pahitnya Realiti Oleh Ferri Anugerah Makmur

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 226 hits
Pahitnya Realiti Perjuangan Politik adalah satu kerjaya ekspres untuk membawa manusia mengejar kedudukan kekuasaan dan harta Di mana dan siapapun natijahnya sama Senjata paling berkesan adalah memperbodoh bodohkan rakyat yang mengundi merek...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari