Muka muka happy bercuti di Hotel Best Western i-City Shah Alam
Staycation di Hotel Best Western i-City, Shah Alam
Tahun lepas kitorang dah pernah menginap di hotel Best Western i-City ni dan puas hati sangat. Jadi tahun ni kitorang kembali lagi kesini. Kali ni, kitorang bercuti ‘staycation’ untuk 3 hari 2 malam terus. Memang enjoy!
Seafood BBQ Eat-All-You-Can
Hari tu kitorang check-in hari Jumaat, sebab nak makan Seafood BBQ kat The View Café di Hotel Best Western ni. Yup, Seafood BBQ kat sini hanya pada hari Jumaat saja, dari jam 7 petang sampai lah 10 malam. ‘Eat-All-You-Can’ gitu, jadi pulun lah makan sepuas hati sampai boncit hehehe
Udang, ketam, sotong, kepah, ikan, kerang dan macam macam lagi lah ada, semua fresh! Selain daripada seafood, ada hidangan lain gak. Masa Mama pergi tu ada Nasi Goreng, Squid Ink Spaghetti (ni serius sedap!), bubur pulut hitam, kuih muih, kek dan aiskrim pun ada.













Memang kitorang pulun sungguh, dari cerah sampai gelap lah dok ulang makan Seafood BBQ ni. Pastu naik bilik terus tidur berdengkur ja semua Zzzzz hehehe
Diantara hidangan yang ada dalam Go Beyond Signature Menu
Satay Burger ni kitorang order 2 set, habis licin si kembar pulun makan hehe
Coffee Lamb ni sedap! Dagingnya lembut ja. Kuah sos nya tu yang ada rasa kopi, tapi tak terlalu kuat jadi yang tak minat kopi pun boleh je makan ni.
Cincalok Beef ni pun nice, sambalnya kena ja makan ngan hirisan daging dan nasi gitu. Cuma kalau ada sup kosong ke mesti lagi nice.
Malaysian Spaghetti Classic ni ikut tekak Mama, kuahnya rasa macam kuah laksa pun ye gak. Tapi kuah laksa yang pekat. Makan ngan spaghetti. Unik tapi sedap! Portion nya besar, memang puas makan.
Antara minuman yang ada, healthy & refreshing gitu.
Kembar bagi ‘thumbs up’! hehe
Order Makanan Menggunakan QR Code
Ni kali pertama Mama cuba order makanan guna QR code di hotel. Tak payah nak call Room Service atau tunggu waiter datang ke meja. Cuma scan QR code, pilih makanan/minuman yang nak, confirm order…dan tunggu je order tu sampai. Boleh bayar secara online atau pun cash, senang!
Scan je QR Code tu untuk start order, nanti akan keluar menu nya


My Stay Is My Way
Kadang kadang kita rasa ‘terikat’ dengan waktu check-in dan check-out yang hotel tetapkan, betul tak? Tambah plak bila travel dari jauh yang tak dapat nak bajet sampai pukul berapa. Kat Best Western ni korang boleh add-on RM60 je untuk waktu check-in/check-out yang fleksibel.
Asalkan ianya dalam masa 24 jam, korang boleh adjust timing korang sendiri. Contohnya kalau check-in pukul 4 petang ni, boleh laa check-out kul 4 petang esok.
Harga bilik kat Best Western i-City ni bermula dari RM180++ ja semalam termasuk sarapan untuk 2 orang. Rate yang sangat reasonable bagi Mama. Di tambah plak dengan promosi free access to waterpark tu, memang berbaloi baloi sangat! Macam kitorang ni, dah dapat jimat RM100++ dah tiket waterpark tu, untung wehhh…
Staycation di Best Western i-City Yang Sangat Best!
Si kembar ni happy sangat agaknya masa staycation kitorang tu, berkali kali dok ulang ucap “terima kasih Mama Ayah bawa kita duduk sini, best lah”. Alololo sweet kan anak anak bujang aii, pandai menghargai apa yang dapat hehehe
Maklumat Lanjut:|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |