Menginap 3h2m Di Timur Bay Residents


 Assalamualaikum WBT
SEMPENA cuti Tahun Baru Cina kali ini, kami memilih untuk bercuti ke Kuantan. Kali terakhir ke Kuantan masa cuti TBC jugak dua tahun lepas di Swiss Bel-Hotel Tanjung Lumpur, kali ini, kami mencari  kelainan dengan menginap di Timur Bay Residents Seafront yang terletak di Beserah berhadapan dengan Pantai Balok. Pada mulanya dapat harga RM625+ (Booking.com) untuk dua malam tapi berlaku masalah teknikal ketika hendak membuat bayaran. Sk hubungi terus pemiliknya dan beliau bersetuju untuk terima tempahan kami yang automatik terbatal sebelumnya. Melalui owner kami cuma perlu bayar RM590 untuk dua malam.

Seperti hotel, waktu daftar masuk penginapan adalah pada jam 3 petang. Dekat-dekat pukul 3 tu, pemilik menghantar QR Code dengan maklumat penginapan dan penghuni (nama penyewa - kami) dan ia hendaklah ditunjukkan kepada pengawal keselamatan sebelum kami dibenarkan masuk ke dalam premis untuk mengambil kunci dan kad akses yang diletakkan di dalam peti surat yang perlu dibuka dengan memasukkan nombor pin keselamatan. Kad akses tu perlu digunakan untuk masuk ke mana-mana pintu dalam premis seperti menaiki lif, keluar masuk parkir, ke kawasan kolam renang dan juga pantai


Unit kami di tingkat 6. Ia merupakan apartment studio dengan sebuah katil queen dan sebuah katil single. Apartment ini selesa memuatkan sehingga 4 orang tapi bilik airnya ada sebuah sahaja. Sengaja tak nak duduk di hotel kali ni sebab Sk nak explore makanan di kafe atau warung


Disediakan peti ais besar. Bolehlah sumbat macam-macam makanan kalau risau lapar di tengah malam 🤭. Maaf, selipar berterabur sebab baru masuk bilik belum sempat susun lagi. Ada rak kasut disediakan


Katil single diletakkan di dalam sebuah bilik yang agak comel


Dapur kecil dilengkapi dengan ketuhar gelombang mikro, mesin penapis air dan mesin cuci pakaian


Apartment lengkap dengan meja makan untuk tiga orang. Memang ngam dan selesa untuk keluarga kecil macam kami


TV dilengkapi dengan siaran tv tempatan dan Netflix


Katil bersaiz permaisuri bersebelahan dengan pintu gelongsor. Ingatkan bolehlah tidur mengadap laut tapi..


Tipah tertipu .. unit kami bukan mengadap laut tapi bumbung parkir 🤣


Bilik air luas dan selesa cuma pancuran air kurang laju


Nak mandi kolam tapi penuh dengan manusia, hahahahah.. laut pulak keruh, juga ramai giler manusia eh


Pemandangan manusia-manusia dari tingkat 3. Kami akhirnya mengambil keputusan untuk keluar mengopi di Kopi Mesin. Bila dah mengopi dan makan agak berat jugak di Kopi Mesin tu, malam tu memang malas nak keluar. Beli roti kaya siap-siap kot la lapar, kan.. tak dimakan pun


Esok pagi, Sk dan Pak Inche keluar sarapan di Kopitiam Beserah. Baliknya nak carikan sarapan untuk Iman di warung dalam kampung, boleh pulak dengan kami-kami sekali menapau.  Nasi Minyak Ayam Masak Merah untuk Pak Inche, Nasi Kerabu Daging Goreng Kunyit untuk Iman dan Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol untuk Sk. Okey tu dapat jugak makanan Pantai Timur walaupun makan di penginapan sahaja. Rasa seronok betul la.. lagi seronok dari menginap di hotel 😍

Bersambung..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/02/menginap-3h2m-di-timur-bay-residents.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Survei Indikator Politik Elektabilitas Gerindra Salip Pdip Dan Pkb Di Jawa Timur

Survei Indikator Politik Elektabilitas Gerindra Salip Pdip Dan Pkb Di Jawa Timur

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 179 hits
Lembaga survei Indikator Politik merilis hasil surveinya yang menunjukkan Partai Gerindra menyalip PDIP dan PKB di Jatim
Hisense Sumbang Tv Baharu Kepada Tabika Kemas Felda Lok Heng Timur

Hisense Sumbang Tv Baharu Kepada Tabika Kemas Felda Lok Heng Timur

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 299 hits
Jenama barangan elektrik Hisense Malaysia memberikan sumbangan sebuah televisyen baharu kepada Tabika Kemas Felda Hok Leng Timur yang lalu Hisense berbesar hati menyumbangkan sebuah televisyen baharu model 50 A6100K bagi menggantikan televi...
2 Malaysians To Remain In Tough Guantanamo Bay Despite Conviction

2 Malaysians To Remain In Tough Guantanamo Bay Despite Conviction

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 169 hits
Malaysians Nazir Lep and Farik Amin have been held at the Guantanamo Bay detention centre since their arrest in 2003 PETALING JAYA The two Malaysians who were sentenced to jail last month by a US military court in Cuba after pleading guilty...
Anomali Pkb Pimpin Jawa Timur Tapi Anies Cak Imin Kalah Telak Dari Prabowo Gibran

Anomali Pkb Pimpin Jawa Timur Tapi Anies Cak Imin Kalah Telak Dari Prabowo Gibran

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 130 hits
Anies Cak Imin berada diurutan terbawah dalam survei di Jawa Timur tertinggal jauh
27 Hotel Menarik Di Ipoh Untuk Pengalaman Menginap Luar Biasa

27 Hotel Menarik Di Ipoh Untuk Pengalaman Menginap Luar Biasa

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 386 hits
Siapa tak kenal bandar yang meriah dengan bermacam tarikan pelancongan dan seni seni yang unik dan klasik Bandar ini mempunyai auranya yang tersendiri yang sukar di dapati di negeri negeri lain di Malaysia Kalau anda nak bagi pengalaman yan...
Balik Kampung 3h2m

Balik Kampung 3h2m

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 153 hits
Balik kampung kali ini kami cuma ke rumah mak saya di Pontian Kami tak balik rumah mak Encik Suami di Batu Pahat kerana mak berada di rumah adik di Perlis Kepulangan kali ini juga agak berbeza kerana kesihatan mak saya yang semakin merosot ...
Analisa Prabowo Gibran Unggul Di Jawa Timur Versi Quick Count

Analisa Prabowo Gibran Unggul Di Jawa Timur Versi Quick Count

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 213 hits
Lantas faktor apa yang menyebabkan pasangan calon tersebut unggul di kantong Nahdlatul Ulama ini
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan