PENUNGGANG AGAMA? | Semasa melakukan kerja-kerja mengemas rumah mak, saya jumpa kertas ini. Terkejut saya bila baca butiran pembelian al-Quran dengan harga sebegitu mahal! Mak bercerita, ada orang datang rumah menawarkan pembelian al-Quran untuk diwakafkan. Pihak mereka juga akan membacakan al-Quran untuk senarai nama yang diberi pembeli
BUAH PULASAN ISI TEBAL MANIS RASANYA | Alhamdulillah rezeki balik kampung kali ini pokok pulasan di tepi rumah mak sedang berbuah. Ada sedikit yang sudah boleh dimakan dan banyak lagi masih berwarna hijau. Bolehlah ahli keluarga yang lain turut merasa bila tiba masa mereka balik kampung nanti
MAKAN MALAM DI RUMAH KOPI SOGAMA | Kunjungan kali kedua kami di sini. Kami bawa dua orang anak saudara bersama. Perubahan kali ini, sudah ada ruang tambahan di belakang kedai menjadikan tempat ini lebih luas bagi memuatkan pelanggan yang ramai
Suasana di lebuh raya sewaktu kami kembali menyambung perjalanan.TIDUR 1 JAM DI R&R SENAWANG | Kami bertolak dari rumah mak menuju ke rumah NS kira-kira pukul 6 petang. Jalan raya sesak tapi kenderaan masih bergerak. Masuk waktu malam, mata saya mulai mengantuk dan asyik terlelap. Encik Suami pun saya perhatikan kerap kali menguap. Akhirnya Encik Suami bersuara, katanya nak berhenti di hentian untuk tidur. Suasana sesak di hentian, Alhamdulillah dapat juga ruang parkir. Kami matikan enjin kereta dan buka sedikit tingkap kereta sebelum sama-sama terlelap|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |