Menginap 3h2m Di Sunway Hotel Butterworth


 Assalamualaikum WBT 


BALIK kampung tak balik kampung sangatlah kalau tak tidur di kampung. Sk cakap dengan Pak Inche, tak kisahlah nak tidur di mana, tidur hotel boleh, tidur Kuala Ketil pun boleh. Tapi, tak nak tidur The Jerai Hotel, nak hotel lain pulak, tukar angin, hehehe. Maknanya, dia nak tidur hotel jugak la kan.. hahaha. Sebenarnya, tak nak susahkan kak, nanti nak kena sediakan bilik dan makanan, tahulah, adik ipar dia ni bukan boleh diharap 🫣.




Daftar masuk di kaunter seperti biasa untuk semak butiran tempahan kemudian kami diberi nombor tempahan untuk dimasukkan ke dalam sistem layan diri. Pertama kali guna sistem layan diri semasa daftar masuk hotel. Mujur juga ada bantuan dari staf dan kami sahaja yang daftar masuk pada masa tersebut. 



Pertama kali rasanya Sk menginap di rangkaian Sunway hotel. Sunyi jer eh hotel ni, tak ramai tetamu, mula Sk ingat sebab hari Jumaat, esok ramailah. Kawasan parkir disediakan cuma di hadapan hotel, terfikir bila dah ramai mesti leceh nak parking




Katil Standard King dengan sebuah single sofa dan meja kopi. Luas jugak biliknya, ruang solat pun luas




Ada ruang bekerja jugak, senang PI nak buat kerja office dia




Dinding bilik air di bahagian sinki ni menyerong 45°




Ruang mandi terpisah dengan tandas. (Ampunnnn wakkkk, ada gambar tandas, hihi)



Ada cermin dinding yang besar seperti kebanyakan hotel. Kedudukannya di bahagian dinding yang 45° tu. Di bahagian atas cermin ada lampu kuning yang menyala malap-malap macam lampu kecemasan. Ada cerita pasal lampu ni, cerita seram, hahahahah


Eh, cerita seram pun boleh gelak kau ya, Sk


Ceritanya macam ni. Malam hari pertama tu, Sk dah tidur dulu, PI layan handphone. Dalam tidur tu, Sk bermimpi, tak ingatlah mimpi apa, tapi macam ada orang tepuk-tepuk dinding. Bunyi tepuk dinding tu membawa ke luar mimpi. Rupa-rupanya PI yang tengah tampar-tampar cermin dalam keadaan marah. Sk terus terfikir, ada 'benda' mengganggu atau buat bising dalam bilik air tu sampai PI tampar cermin suruh 'dia' diam. 

"Kenapa, bah?"

"Ni lampu ni, mana suis dia???!"

Lahhhh.. mati-mati ingatkan ada benda kacau, hahaha. Punyalah berdebar Sk ni, dalam berdebar tu, Sk bangun cari suis lampu tu, dua kali cuba terus jumpa. Sk syak PI tekan suis dua kali, sebab dia guna suis tekan-tekan tu


PI kata, dia dah tertidur lepas tu terjaga sebab silau, cari-cari suis tak jumpa, tu yang bengang. Tambah bengang agaknya tengok bini tengah syok berdengkur, kan.. hahahaha




Seterika dan papan penggosok disediakan




Tapi, laundry bag tak ada. Tanya house keeping, mereka beritahu memang tak sediakan laundry bag. Apo?? Nasib baiklah kami ni memang selalu standby laundry bag lebih. Tapi, Sk geram jugak, Sk ambil plastik sarung bantal extra buat laundry bag, puas hati! Siapa suruh tak sediakan laundry bag




Mengopi dan mengeteh




Sarapan hari pertama, pinggan pertama mestilah American Breakfast




Banyak side dish dia




Lepas tu makan Kuey Teow Goreng. PI kata, tak berapa tapi bagi Sk sedap sampai rasa nak tambah. Tapi, tak tambahlah sebab lepas sarapan PI ajak jalan-jalan ke Medan Selera Pasar Taman Sama Gagah. PI umpan ada serabai




Serabai tu serabai.. tetap jugak makan cucur ni lima keping, hahaha






PI kata, ni la kacang orang buat kacang pool tu. Tak beli sebab peniaga tu kata tak tahan simpan dalam kereta 2, 3 hari




Dapat jugak Sk beli serabai ni, dah lama teringin. Serabai RM4/ 5 keping. Sedap betul cicah dengan kuah manis tu, nak nak bila bahagian kerak-kerak tu. 



Lepas tu, PI ajak makan capati. Sedapppp




Hari kedua, hari balik, kena makan kenyang-kenyang. Kali ni Sk ambil nasi lemak dan Ayam Masak Merah, sedap




Makan Bihun Goreng Singapore dan Cucur Sayur lagi. Cucur ni favourite Sk




Kek pisang, French Toast dan Cinnamon Rolls



Tengok cinnamon rolls alahai, takde rupa tapi bila makan, sedap pulak. Sebagai persediaan memandu jauh, Sk bedal Americano dua cawan, hehehe




Dah check-out. Pakai topi sebab takut tercicir, malam sebelumnya hujan masa keluar pergi makan dan nak balik hotel. Kawasan parkir kan tak berbumbung




Singgah beli jeruk




Tak yah dah pergi pulau kalau nak beli jeruk. Beli jeruk untuk kakak adik dan kawan office jer


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/10/menginap-3h2m-di-sunway-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perak Saran Hotel Teliti Waktu Daftar Masuk Keluar

Kerajaan Perak Saran Hotel Teliti Waktu Daftar Masuk Keluar

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 237 hits
Fomca seru peraturan digubal untuk selaras waktu daftar masuk dan keluar hotel susulan tular catatan pengguna media sosial mengenai waktu pendaftaran di hotel tertentu PETALING JAYA Kerajaan Perak saran pemilik hotel menetapkan waktu daftar...
Grab Hotel Rooms From As Low As Rm68 Per Night On Resorts World Genting S Early Booking Savers Portal

Grab Hotel Rooms From As Low As Rm68 Per Night On Resorts World Genting S Early Booking Savers Portal

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 553 hits
Where would you find larger than life entertainment amidst captivating natural surroundings Resorts World Genting of course And now with rooms priced from a low RM68 per night you would be hard pressed to find a better deal for your family ...
Guangzhou Tianhe Taigu Huifen Ruipin Hotel

Guangzhou Tianhe Taigu Huifen Ruipin Hotel

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 227 hits
Catatan Trip ke Guangzhou China September 2024 Nama hotel penginapan kami kali ini agak mengelirukan kerana tidak sama dengan nama hotel yang ditempah Tambah mengelirukan nama yang tertera pada bangunan hotel juga jauh berbeza Itulah sebabn...
Ajaran Sesat Ajar Makrifat Sambil Sedut Vape Meraba Jemaah Di Hotel

Ajaran Sesat Ajar Makrifat Sambil Sedut Vape Meraba Jemaah Di Hotel

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 256 hits
HarapandailyTerbongkar rakaman video seorang guru makrifat mengajar sambil menghisap vape Rakaman sama didedahkan Pusat Kajian Ajaran Sesat Malaysia juga menunjukkan guru itu meraba jemaah wanita di Hotel Perdana Kuala Lumpur Menurut Pukas ...
Fraser Place Puteri Habour Iskandar Puteri Johor Best Of The Best Hotel

Fraser Place Puteri Habour Iskandar Puteri Johor Best Of The Best Hotel

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 453 hits
16 June 2023 19 June 2023 Jumaat Isnin Lama dah makcik tak pergi Johor Bahru Last makcik pergi tahun 1989 Jangan gelak ya Selepas 1989 hati makcik tak pernah tergerak nak ke Johor Bahru nak buat macam mana kan Tapi bila cik yuyi ajak makcik...
Birthday Hitea Buffet Di Vivatel Hotel Kl

Birthday Hitea Buffet Di Vivatel Hotel Kl

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 203 hits
22hb September lepas hari lahir anak kak ana Kika Masa tu dia agak busy dengan urusan kerja sempena MAHA 2024 di Maeps Serdang Mujur juga dapat pelepasan dari majikan untuk nbsp cuti Sabtu dan Ahad dari bertugas di sana nbsp Kak ana plan aw...
Here S How To Find For Hidden Cameras In Your Hotel Room

Here S How To Find For Hidden Cameras In Your Hotel Room

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 426 hits
EVERY couple going on a vacation should have peace of mind especially if they are lodging in a hotel However now with the many hidden cameras easily available online deviant hotel owners can turn their customers into unpaid pornstars In a v...
Liam Payne Personel One Direction Meninggal Dunia Usai Jatuh Dari Balkon Lantai 3 Hotel

Liam Payne Personel One Direction Meninggal Dunia Usai Jatuh Dari Balkon Lantai 3 Hotel

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 282 hits
Meninggal di salah satu hotel yang ada di Buenos Aires Argentina Liam sempat menghadiri konser personel One Direction lain Niall Horan beberapa minggu sebelumnya
Penginapan Selesa Di Bhava Residence Hatyai Hotel

Penginapan Selesa Di Bhava Residence Hatyai Hotel

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 448 hits
Hatyai Thailand here we come again hehe Thank you adik ipar wife yang taja penginapan kitaorang sepanjang 4 hari 3 malam di Bhava Residence Hatyai Hotel Jangan tanya berapa rate sebab bukan mr hubby yang bayor hehe Tahun lepas mak mertua k ...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man