Holiday Inn Resort Ao Nang Beach Destinasi Penginapan Ideal Di Krabi Update Secara Pukal


 26/9/2024-29/9/2024 Khamis-Ahad(Throwback) 
Bersambung kat  SINI , hari jadi dua orang cucu makcik  bulan September . Cucu sulung makcik tak minta banyak, cukup kalau dapat bercuti ke Krabi sebab dia memang suka sangat berurut. Cucu bongsu pula lain sikit, dia kurang minat urut tapi suka buat aktiviti macam wat rambut, facial, pedicure dan manicure. Jadi, Krabi memang tempat yang sesuai sangat sebab kat sana urut bukan saja murah, tapi kualiti pun memang mantop.he he he
Hari yang ditunggu-tunggu pun sampai, 26 Sept 2024 hingga 29 Sept 2024. Percutian 4 hari 3 malam ni makcik pergi bersama 2 org cucu, anak, menantu, besan bersama anak bongsunya.. Jumlah ahli rombongan Cik Kiah yang ikut trip ke Krabi ni ada 8 orang semuanya  .Dari KLIA bertolak pukul 11.20 pagi, sampai di Lapangan Terbang Krabi lebih kurang pukul 1.33 tengah hari. Sampai je, ada driver jemput dan terus bawa kami ke Holiday Inn Resort Krabi, Ao Nang Beach.
Sepanjang kat sini, kami sewa motor yang hotel sediakan untuk jalan-jalan. Kebanyakan masa memang habis dengan makan-makan dan berurut di beberapa tempat. Murah, servis pun memang terbaik. Antara tempat urut yang paling makcik suka ialah Ruen Sukhothai Massage Centre dan Royal Palm Spa.
Makcik tak banyak ambil gambar sebab terlalu seronok layan suasana dan nikmati urutan. Tambah pula harga urut kat Krabi ni memang berbaloi, sampai lupa nak bergambar.

Selain urut, makanan Thai halal kat sana pun memang padu. Makcik jatuh cinta dengan kari udang Massaman – rasa manis pedas sikit, memang lain daripada kari biasa. Tomyam pun sedap sangat, kuah pekat pedas masam dia tu memang buat teringat-ingat. Lepas tu sempat juga rasa banana pancake – panas-panas, lembut dengan topping manis, memang kena dengan selera. Pendek kata, perut pun puas hati, hati pun senang.
Kalau kehabisan barang keperluan, jangan risau—Krabi ada segalanya! Dari kedai kecil tepi jalan, kedai runcit sampai farmasi, semua senang je nak cari Di sekitar hotel, banyak pilihan restoran. Kalau nak beli barang cepat, ada juga kedai 24 jam macam 7-Eleven dan Family Mart. Oh ya, jangan lupa sesuaikan jam korang sebab waktu Thailand lambat satu jam dari Malaysia.




Selamat datang ke Krabi








Sebelum gerak ke KLIA, sempat lagi dua beradik ni main-main dulu.



Rombongan cik kiah ke sukan komanwel

Anak sulung ngan anak bongsu

Hitam putih kehidupan







Ahli rombongan Cik Kiah tengah beratur nak naik kapal terbang



Baru landing je kat Krabi airport

Ahli rombongan Cik Kiah masih sekolah lagi, jadi kalau bercuti kenalah bawa laptop sekali





Makcik dah lupa, dah setahun baru nak update… kalau tak silap, Holiday Inn ada sediakan van untuk jemput kami dari Krabi Airport terus ke hotel.


Ahli rombongan Cik Kiah dah mula rasa penat dan lapar.he he he






Ahli rombongan yang pertama terus cuba air purple tu


steady 

Ahli rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dijamu dengan air purple sebagai tanda alu-aluan kedatangan kami.



Ingat luggage bag ingat kasus


Keluar je dari bilik, terus nampak pokok-pokok hijau yang buat suasana rasa nyaman


Bilik makcik dengan bilik ahli rombongan Cik Kiah ni sebelah-sebelah je.







Bilik kat  sini  memang selesa. Luas, ada katil empuk, aircond sejuk, bilik air pun bersih. Lepas penat berjalan, memang syok baring.
Lagi satu yang best, setiap bilik ada balkoni. Kalau waktu pagi boleh duduk hirup udara segar, waktu petang pula boleh lepak sambil tengok pemandangan kolam atau taman. Kalau dapat bilik ground floor, lagi senang – buka sliding door terus boleh masuk kolam. Simple tapi puas hati.



Selama tinggal kat sini, tak pernah jerang air pun, tak buat air langsung. Semua just bergantung kat air siap sedia je


Katil besar dan selesa


Holiday Inn Resort, Krabi ni memang lokasi dia strategik — betul-betul kat kawasan utama aktiviti, dekat dengan pantai, kedai serbaneka, dan restoran.
Bilik dia luas, bersih dan selesa. Resort ni ada dua kolam renang, satu untuk dewasa dan satu khas untuk kanak-kanak. Ada juga gim yang lengkap, pusat spa untuk rileks, dan kawasan permainan untuk budak-budak.
Staf semua ramah dan mesra. Pendek kata, tempat ni memang sesuai kalau nak bercuti santai sambil rehatkan badan dan minda



Sekitar Holiday Inn Resort Krabi suasananya santai – depan hotel terus pantai Ao Nang, dalam resort penuh pokok hijau dan kolam renang cantik. Kat luar hotel pula meriah dengan kedai makan, spa dan gerai kecil, malam-malam lagi hidup dengan lampu dan muzik santai




Kolam renang  memang luas dan berliku, ada yang terus sambung dengan bilik ground floor – buka pintu je boleh terjun. 
Sekeliling kolam dihias dengan pokok palma, bunga tropika, kerusi malas dan payung besar untuk lepak santai. Ada juga bahagian khas kanak-kanak siap dengan gelongsor kecil. Suasana dia rileks, sesuai untuk berendam atau sekadar baring sambil layan angin laut



Cantiknya pemandangan ni






Ahli rombongan Cik Kiah memang tak minat aktiviti lasak langsung. Jadi, jangan harap nak ajak mereka trekking di hutan, island hopping dengan snorkeling, atau main white water rafting—makcik pun memang tak naik bot pun. Sepanjang percutian, kami lebih kepada bersantai, urut badan, jalan-jalan, dan makan-makan. Kadang tu duduk tepi pantai lepak minum air kelapa sambil layan pemandangan pun dah cukup seronok. Memang santai habis!







Motip ambik gambar jamban





















































Cara makcik makan dengan  tenangFokus kat kawasan ada restoran halal dengan logo halal. Pilih tempat ramai penduduk Muslim. Pilih menu yang selamat, macam seafood, ikan, ayam, atau sayur. 




Menu selamat nasi goreng seafood bersama telur mata



Salah seorang ahli rombongan ni memang suka minum air kosong je


nasi goreng seafood bersama telur mata








 

Ada2 je cucu2 ku . Nauzubillah, semoga kita semua dijauhkan daripada hidup yang penuh kesempitan sampai terpaksa meminta-minta. Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, cukupkanlah segala keperluan, jauhkanlah kami daripada hutang dan kesusahan, serta kurniakanlah keberkatan dalam setiap usaha kami. Aamiin


Ahli rombongan yang tak pernah naik skuter kat negaranya, ha ha ha

Lepas tu, dia terus jatuh cinta pulak dengan skuter tu


Antara semua topping, Nutella lah yang paling popular . Gabungan pancake rangup panas-panas dengan pisang manis lemak dan Nutella pekat tu memang padu gila. Sekali cuba confirm repeat lagi! 




Kat Krabi ni memang berlambak kedai yang jual banana pancake. Jalan mana pun mesti jumpa, especially waktu malam kat pasar atau tepi jalan. Setiap gerai ada cara sendiri — ada yang topping coklat, Nutella, madu, susu pekat, sampai la ke campuran kacang atau kelapa.
Memang syok jalan sambil pilih gerai mana nak cuba. Harga pun murah, portion ngam untuk kudapan. Kalau datang Krabi, rugi kalau tak merasa sebab inilah street food paling popular kat sini! 




Kalau ke Krabi, wajib try banana pancake tepi jalan ni  Luar rangup, dalam lembut, pisang manis berlemak, topping coklat pekat pulak buat lagi padu. Makan panas-panas sambil jalan malam kat pasar — memang terasa vibe Krabi sebenar! 




Ahli rombongan yang rambutnya lebat dan tebal tu tengah cuba-cuba kerintingkan rambut dia, kelakar tapi comel je.




Kalau kat negara kita tak dapat rega murah cam tu dik


Makcik suka panggil Ruen Sukhothai Massage Centre ni “Berdanau”. Pertama kali cuba urut kaki dan bahu, terus jatuh hati dengan seorang therapist di situ—urut dia memang power, facial pun best. Harga pula murah, servis tip-top!
Kalau ke Krabi bersama ahli rombongan, jangan lupa singgah sini—memang puas hati, lepas penat berjalan-jalan.























Royal Palm Spa memang lain dari Ruen Sukhothai Massage Centre. Dari awal sampai je, terus impressed dengan kebersihan, suasana tenang, dan sambutan mesra di sini. Tempatnya cantik, terjaga rapi, memang terus buat rasa relax.
Stafnya semua baik, profesional, dan sangat attentive. Rasa betul-betul dihargai dan dijaga sepanjang berada di situ. Makcik cuba urutan Thai tradisional, dan memang superb!
Lepas habis, rasa totally relax, segar, dan bertenaga balik. Kalau korang nak pengalaman urut Thai yang asli di Krabi, memang highly recommend tempat ni. Memang melebihi jangkaan. Nak tempat cantik dan selesa, confirm harganya lebih sikit—ingat, harga bukan biashe-biashe. Salah seorang ahli rombongan , sebelum ni dah pernah pergi sini, tapi makcik saja nak cuba buat gelik2 . Lepas ni… tak repeat la la la!


Therapist yang urut makcik tu memang power, tapi makcik ni kalau orang cakap  lebih-lebih, memang susah nak percaya sangat





29/9/2024, 5.34 petang masih kat Krabi Airport. Flight delay, kalau tak silap makcik dalam pukul 10 malam baru sampai KLIA.


Bila flight delay, semua jadi tak keruan, lagi-lagi bila esok pagi kena pergi kerja. Semua plan terus tergendala, mood pun rasa terganggu. Nasib baik boleh relax je, tarik nafas panjang, dan harap perjalanan nanti lancar.



Makcik dah cuba urut beberapa tempat kat sini, tapi tak ambik gambar pun. Makcik ni kalau bercuti memang nak enjoy sepenuhnya, malas nak sibuk ambik gambar. Kalau ambik pun, sikit-sikit je, cukup untuk update dalam blog. Kalau rasa bosan atau rindu, boleh la jenguk-jenguk balik dalam blog ni. Ok, jumpa lagi di entry seterusnya!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/2025/09/holiday-inn-resort-ao-nang-beach.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menginap 3h2m Di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson

Menginap 3h2m Di Pacific Regency Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 144 hits
Assalamualaikum WBT DAH beberapa kali sebenarnya PI mengajak jalan jalan ke Port Dickson tapi Sk rasa macam tak de apa pun kat sana Sebenarnya rasa macam jauh no dari plaza tol nak sampai ke PD tu hehehe Kalau tak nak pergi PD kita gi Melak...
Life Update Recap Bulan Ogos

Life Update Recap Bulan Ogos

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 887 hits
Bulan Ogos berlalu begitu saja Sibuk betul hidup sampai sebulan aku tak menulis dan tak berkongsi di blog Selalunya menulis jadi cara aku untuk release segala overthinking dalam otak tapi kali ni memang otak pun tak sempat nak berfikir Jadi...
The Celebrity Legs And Feet In Tights 11th Anniversary Spectacular 2025 Pantyhose Queen Poll Update Post

The Celebrity Legs And Feet In Tights 11th Anniversary Spectacular 2025 Pantyhose Queen Poll Update Post

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 1431 hits
It s that time again We celebrate the 11th anniversary of this blog but this year we also update everyone on who s heading to the 2025 Pantyhose Queen poll in the very same post As always anyone appearing in the poll for the first time has ...
Update Kondisi Lalu Lintas Kota Pontianak Via Cctv Dinas Perhubungan

Update Kondisi Lalu Lintas Kota Pontianak Via Cctv Dinas Perhubungan

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 592 hits
BloggerBorneo com Pontianak ibu kota Provinsi Kalimantan Barat adalah kota yang terus berkembang dengan pesat Sebagai kota yang terletak di tepi Sungai Kapuas Pontianak menjadi titik temu berbagai aktivitas ekonomi dan sosial baik lokal mau...
Family Picnic Turns Tragic As Teenager Drowns At Tuaran Beach

Family Picnic Turns Tragic As Teenager Drowns At Tuaran Beach

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 561 hits
A family picnic at Sabandar beach in conjunction with the National Day public holiday turned to tragedy today when a teenage boy drowned after going missing while swimming Pic courtesy of Fire and Rescue DeptTUARAN A family picnic at Saband...
Pageview Blog Cik En 8 Juta Walau Tak Update

Pageview Blog Cik En 8 Juta Walau Tak Update

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 854 hits
Pageview Blog Cik En 8 Juta Walau Tak Update Sangatlah lama cik en tak berkarya di blog ini Bersawang sangat sebab jarang sangat buka blog Sambil itu jenguk juga dah berapa banyak pageview dan guess what dah cecah 7 8 juta Last cik en godek...
Kora Home By Alara Studio A Soulful Beach Retreat In Chennai

Kora Home By Alara Studio A Soulful Beach Retreat In Chennai

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 2022 hits
Kora Home an 8 000 square foot oceanfront residence in Chennai India is a stunning celebration of slow living indigenous craft and generational legacy Designed by Alara Studio under the creative direction of Amrita Thomas the home is a poet...
Dinner 2nd Anniversary Di Allson Klana Resort

Dinner 2nd Anniversary Di Allson Klana Resort

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 133 hits
Assalamualaikum Tahun ni memang x plan pun nak sambut anniversary gilang gemilang sama je macam tahun lepas Anniversary kita makan makan aje mulanya SA x nak pi mana mana memandangkan belikat SA sakit tapi knowing suami dia tetap nak bawak ...
Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

Makan Malam Di Yacht By The Beach Port Dickson

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 878 hits
Assalamualaikum WBT MALAM pertama di Port Dickson PI ajak makan mee mee di Ocean Sky Seafood Restaurant yang terletak di Taman Mikamas kira kira setengah jam perjalanan dari Boleh tahan jugak la sesak bandar Port Dickson ni tapi tu takpa St...
Polis Nafi Budak Perempuan Diculik Di Kuala Berang

Flash Floods Devastate Bali And Flores Killing At Least 13

Mic S Awtar Singh Apologises To Mcmc Chief Over Baseless Claims

Suasana Baru Bara Stulang Jb Port Mancing Sambil Makan Seafood

Zuraida Says She Told Off Anwar For Picking Farhash As Political Aide

Finger Sandwich Egg Mayo

Kopi Atau Matcha Minuman Trend Viral Dan Simbol Personaliti Anak Muda

Kenyataan Dr Zambry Berkait Isu Pelajar Cemerlang Stpm Tidak Dapat Tempat Ke Ipt Pilihan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Xinjiang China

Dalam Kereta Kena Marah

Cara Ikat Tali Kasut By Encik Suami

Cara Paling Mudah Buat Cucur Jagung Rangup Sampai Licin

Doa Perjalanan Pulang Dalam Hujan

8 Bahaya Psikologis Curhat Ke Ai Yang Perlu Kamu Sadari