Menginap 3h2m Zenith Hotel Kuantan


 Assalamualaikum WBT 


BERANGAN nak qada tidur masa cuti Hari Wesak tapi kena melayankan angan-angan PI pulak nak jalan-jalan ke Kuantan. Musim bola tengah berehat ni memang tak reti duduk kat rumah la ya. Bosan agaknya asyik layan filem Tamil kat rumah, heheheh.

Kali ni PI pilih menginap di Zenith Hotel. Ini kali kedua kami menginap di sini, antara hotel yang best di Kuantan sebab hanya perlu menyeberang jalan untuk ke pusat beli belah East Coast Mall. Ia juga satu-satunya hotel 5 bintang di Kuantan


Lobinya terlalu luas dan set sofa ruangan menunggu pun banyak. Sk tak pasti kenapa penginapan sebelum ni tak ada dalam old post, mungkin jugak zaman tu zaman mood untuk menulis meredum. Aaa.. memang ada satu zaman para bloggers kena writers block sampai blog masing-masing bersawang, hahaha


Bilik kami di aras 8, nombor bilik 801 dekat dengan lif dan di sudut bangunan (corner lot). Jangan ingat rumah aje ada corner lot, bilik hotel pun ada corner lot jugak, hahaha. Untuk penginapan dikenakan cash deposit RM200 ya. 

Dalam gambar nampak besar tapi tak lapang sebenarnya sebab banyak perabot dan bentuk bilik yang bersegi-segi, bukan segiempat. Ruang solat pun ngam aje. Tilam dan bantal dia syok, letak kepala terus tenggelam sampai rasa nak bawa balik, hehehe. Cuma pendingin hawanya kurang dingin terutama bila siang. 

Sofa ni buat bilik makin sempit, hahahah. Disebabkan kedudukan bilik ni di sudut bangunan, jadi kami dapat dua pemandangan iaitu East Coast Mall di sebelah kiri dan pemandangan bandar serta rumah penduduk di sebelah kanan


Ada kelainan la rekabentuk bilik dengan kebanyakan hotel, cuma ia makan ruang. Di sebelah kiri ni pintu gelongsor untuk ke bilik air. 

Kelengkapan mandian


Ada bath tub dan ruang pancuran berasingan. Bath tub dia suci murni, mesti house keeping dia rajin


Seterika dan papan penggosok pun ada


Kelengkapan mengopi dan mengeteh


Tiga jenis teh dan kopi, tak kedekut gula dan creamer


Petang tu kami seberang jalan ke East Coast Mall. PI pergi ATM, ATM pulak sebelah dengan butik Cristy Ng. Sementara tunggu PI cucuk wang, Sk sajalah masuk dan terberkenan pulak dengan tote bag ni


PI tanya, nak ke? Laju-laju kita angguk, dapatlah bawa balik seketul, hehehe. 

Lepas tu, PI ajak mengopi di Kemaman Kopitiam


Dulu pernah datang Kemaman Kopitiam ni tapi cawangan lain.

Sk makan Nasi Dagang Gulai Tongkol. Nasi Dagang ni dia dah siap bungkus daun pisang dan letak di kaunter


PI makan Hokkien Mee, ia macam Mee Hailam sikit dari segi rupa dan rasa


Kira makan malam terus la ni


Jangan percaya la... pukul 9.30, PI dah mengadu lapar. Nak keluar semula malas, jadi kita pesan grab aje la


Sarapan pagi di hotel, ni pinggan PI, nasi minyak dan ayam masak kurma serta acar jelatah


Sk tentulah ambil menu western. Ambil salad, dia letak sepokok-sepokok dekat buffet line tu ya, kena kerat sendiri. Lepas tu ambil la tomato panggang, kentang panggang, kacang panggang semua, rupa-rupanya sosej tak ada


Ambil bihun goreng putih dan nasi minyak sikit. 

Lempeng sambal tumis, France Toast dan rojak


Lif banyak tapi lembab ya. Kebetulan pulak masa kami menginap ni ada sambutan Hari Jururawat Se-Malaysia dibuat di sini


Naik bilik dan jenguk bawah, ramainya orang tengah mandi-manda kat kolam. Nampaknya juga pihak hotel memberi kelonggaran kepada tetamu, tidak perlu pakai pakaian renang


Pukul 2 baru nak keluar makan, ingat nak singgah mengopi dulu dekat Rona Birdy ni sebelum makan makanan berat


Tapi, panas berdenting, tak sanggup, hahaha. Tempat memang cantik ya nak ootd


Keluar cari tempat makan lain yang berbumbung, kedai pertama tak ada lauk kari, kedai kedua pun tak ada lauk kari. Bukan tak ada agaknya, tapi dah habis. Kedai ketiga baru jumpa gulai kawah. Tapi, Sk tak ambil gulai kawah, Sk ambil cencaru air asam dengan sayur sawi aje. PI la makan lauk gulai kawah


Lepas makan, jalan-jalan ke Beserah dan singgah Pantai Batu Hitam ni. Dah ada port ICT (ikan celup tepung) rupanya kat sini


Tapi, mak aihhhh.. beratur panjang sungguh. Nasib baiklah kenyang tapi syok jugak tengok orang makan seafood celup tepung


Mula duduk-duduk aje, lepas tu.. meh la kita beli air jer. Nak beratur beli ICT memang tak sanggup lagipun masih kenyang makan nasi


PI mintak Limau Ais. Eh, apa barang minum Limau Ais tepi laut, kita pilihkan dia Pineapple Mojito


Sk punya, Keladi Layer. Perghhh, rasa kentut, tobat lahum! Dia letak pes keladi tu banyak sangat kot. Selalu makan aiskrim perisa keladi sedap aje


Agaknya, baru buat tempat ni, dulu pernah datang tak ada apa-apa, pantai aje


Ada orang oku jual jajan, kita kata tak nak, dia letak jer atas meja sambil tunjuk lanyard kod QR yang tergantung kat leher dia. Kesian pulak, nasib baik RM5 jer padahal keropok tu entah-entah RM1.50 aje, sabar aje laaa


Hari akhir sarapan di hotel. Ada nasi hujan panas dan kari ayam. Semalamnya ada lempeng, esoknya jemput-jemput. Ada kuih-kuih talam jugak. Yang dalam cawan tu, teh tarik


Sk makan Bihun Sup pulak


Bihun sup banyak condiments


Ambik pastries banyak sebab sedap. Lepas tu.. ytjt


Dekat sini ada pasta jugak, semalamnya ada Aglio Olio Spaghetti, Sk tak ambil sebab nampak kosong. Esoknya, Sk tanya PI, hari ni ada pasta apa? PI jawab, yang macam usus tu. Sk puas fikir, lepas tu pergilah tengok, laaa.. makaroni. 

Selalu kalau staycation jauh-jauh ni, lepas breakfast terus check out tapi kali ni santai-santai aje, tengahari baru check out. Kitorang kalau jalan memang bawa sorang satu eh luggage, senang nak bawa baju satu almari, kemas pun masing-masing, senang, hahahaha. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/05/menginap-3h2m-zenith-hotel-kuantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menginap Tiga Malam Di Apa Hotel Keisei Ueno Ekimae Ueno Taito City Tokyo

Menginap Tiga Malam Di Apa Hotel Keisei Ueno Ekimae Ueno Taito City Tokyo

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 182 hits
Kembali menyambung catatan trip ke Jepun pada bulan Disember 2024 Jemput baca entri terdahulu Setelah menginap selama dua malam di kami berpindah penginapan ke APA Hotel Keisei Ueno Ekimae yang terletak di Ueno Faktor pemilihan hotel ini ke...
Cerita Tahun Lepas Ulang Menginap Ke 1o1 Hotel Ulu Tiram

Cerita Tahun Lepas Ulang Menginap Ke 1o1 Hotel Ulu Tiram

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 178 hits
Kali ke 2 ke ke 3 menginap di Hotel 1O1 Ulu Tiram ni Reason ke sini lagi sebab nak melawat bakal anak pelihara kitaorang yang ditempatkan di Rumah Kanak Kanak Ulu Tiram Masa ni kitaorang dah dapat tawaran dari JKM untuk anak pelihara kitaor...
Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 210 hits
Stay Zenith Hotel Cameron Highlands Kali ini penginapan 2 hari 1 malam ni di Zenith Hotel Cameron Tanah Rata Penginapan ini ditaja oleh anak buah nieyl hihihi kita ambil 2 bilik 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan Ini kali pertama juga nie...
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 246 hits
Minggu lepas orang lain bercuti long weekend Kami pula bercuti awal sikit Perancangan last minute Malas nak bercuti long weekend tu sebab tahu ramai orang akan bercuti Jalan raya akan sesak dan dimana mana juga akan ramai orang Hotel pun ba...
Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Seorang Remaja Lelaki Dilaporkan Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Kuantan

Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Seorang Remaja Lelaki Dilaporkan Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Kuantan

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 108 hits
KUANTAN Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Mas Rayyan Riqqin Abdullah yang berkulit put...
Rm300 Traffic Fine Is Chicken Feed For Singaporean Driver Who Crashed Destroyed His Ferrari In Kuantan

Rm300 Traffic Fine Is Chicken Feed For Singaporean Driver Who Crashed Destroyed His Ferrari In Kuantan

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 150 hits
MALAYSIANS making a trip across the Causeway are always reminded to obey local laws in particular to be mindful not to litter Or chew gum But do Singaporeans do the same when they visit Malaysia Do they display common courtesies or respect ...
Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan Keluarkan Notis Arah Kosongkan Tapak Binaan Kuil Di Gua Charas Panching

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan Keluarkan Notis Arah Kosongkan Tapak Binaan Kuil Di Gua Charas Panching

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 185 hits
KUANTAN Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan telah mengeluarkan notis arahan pengosongan tapak terhadap binaan Kuil Jalalingeswarar Sivan di Gua Charas Panching dekat sini Menurut sumber Notis Amaran Pencerobohan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen...
Biar Pun Sudah Terkenal Bersama Jdt Ariff Aiman Tak Lupa Asal Usul Lahir Dan Membesar Di Kuantan

Biar Pun Sudah Terkenal Bersama Jdt Ariff Aiman Tak Lupa Asal Usul Lahir Dan Membesar Di Kuantan

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 120 hits
KUANTAN Pemain Johor Darul Ta zim dan Harimau Malaya Arif Aiman Hanapi sememangnya tidak melupakan asal usul beliau yang lahir dan membesar di sini Baru baru ini kelibat Arif Aiman telah dikesan di Atabara Arena Kuantan untuk mengunjungi pe...
Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah Sesyen Kuantan Dakwaan Perdaya Perhilitan Pahang

Pengarah Syarikat Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah Sesyen Kuantan Dakwaan Perdaya Perhilitan Pahang

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 126 hits
KUANTAN Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Pahang dengan menyembunyikan fakta berkaitan penjualan du...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian