Menginap Tiga Malam Di Apa Hotel Keisei Ueno Ekimae Ueno Taito City Tokyo


Kembali menyambung catatan trip ke Jepun pada bulan Disember 2024. Jemput baca entri terdahulu —> Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei, Shinjuku

Setelah menginap selama dua malam di Art Hotel Nippori Lungwood, Nippori kami berpindah penginapan ke APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae yang terletak di Ueno.
Faktor pemilihan hotel ini kerana :Lokasinya yang berdekatan dengan Ueno Station iaitu kira-kira 350 meter - memudahkan pergerakan kami ke sana sini dengan menaiki tren.Hotel ini juga terletak kira-kira 40 meter ke Keisei Ueno Station iaitu stesen tren untuk ke lapangan terbang - Keisei Skyliner Airport Express. Mudahlah kami bawa bagasi untuk naik tren ke lapangan terbang pada hari terakhir nanti.Selain itu, hotel ini juga terletak berhampiran dengan pelbagai tarikan seperti Ameyoko Shopping Street dan Ueno Park.
Jadinya, walaupun kami sedia tahu biliknya sangat kecil dan dapat kadar harga yang sangat tinggi - kami terpaksa juga memilih untuk menginap di hotel ini. Tak dapat nak pilih hotel bersebelahan yang menawarkan harga lebih rendah kerana tiada kekosongan untuk penginapan selama tiga malam

Bangunan APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae. APA Hotel dimiliki oleh APA Group - syarikat yang memiliki rangkaian hotel di seluruh Jepun. APA merupakan singkatan ‘Always Pleasant Amenities’. Berhati-hati semasa kalian nak membuat tempahan, kot terkeliru kerana ada banyak APA Hotel di merata tempat

Jalan raya di hadapan hotel - sebelah kiri bangunan hotel dan sebelah kanan kawasan Ueno Park

Laluan ke bilik-bilik penginapan

Ada ruang tengah begini, jadi nampak luas dan tak rasa terkepung. Bilik kami di aras 5

Beginilah rupa bilik penginapan kami - Double Room. Laluan dari pintu masuk menuju ke katil tu jelah yang boleh digunakan untuk letak bagasi dan menunaikan solat. 
Ruangnya kecil dan sangat terhad tapi lengkap dengan pelbagai kemudahan - kecuali iron gosok baju tu memang tak disediakan di kedua-dua hotel penginapan kami

Katil double tapi saiznya agak kecil untuk dua orang dewasa. Katil di hotel sebelum ni pun sama, agaknya memang begini saiz katil double di Tokyo

Pemandangan dari jendela bilik kami. Sedang ada pembinaan, bising sedikit tapi tak mengganggu sebab pada kebanyakan masa kami berada di luar

Tiada almari/ruang simpan pakaian, cuma ada tempat gantung begini. Ok jugalah masih ada ruang gantung pakaian

Saya suka gantung siap-siap seluar/baju/tudung yang nak dipakai pada hari-hari berikutnya supaya tak renyuk teruk kalau simpan dalam beg. Semuanya dah siap gosok dari rumah, kalau renyuk sikit tu kira pejam mata jelah pakai. Tudung empat segi yang jelas nampak garis lipatan pula, saya cuma gunakan hair dryer hotel - basahkan sikit dan keringkan guna hair dryer. Lebih kurang macam konsep steam iron 😀
Antara kemudahan yang disediakan termasuklah deodorizing mist untuk bilik

Bilik air kecil tapi lengkap dengan tab mandi. Air paipnya boleh diminum - tertera tulisan ‘drinkable’

Keperluan mandian dalam botol besar - mudah dan lebih puas guna. 
Tiada servis kemas bilik. Setiap hari sebuah beg berisi keperluan harian digantung di depan pintu bilik

Sama seperti hotel penginapan kami sebelum ini, di APA Hotel ini juga sistem pendingin hawa / pemanas dikawal secara centralized system. Dalam bilik ada disertakan notis berkenaan centralized system ni, juga saranan kalau panas boleh buka tingkap atau pinjam kipas angin di kaunter lobi hotel

Jumaat, 6 Disember 2024 - suhu rendah 9℃ pada pukul 11.30 malam.Mula-mula masuk bilik, masih ok rasa sejuk sebab di luar udara sangat sejuk. Bila nak tidur malam jadi rasa tak selesa sebab tak rasa sejuk pendingin hawa, tapi rasa hangat. Lepas guna kipas angin pun masih rasa tak selesa. Bila buka tingkap, fuh...menerpa angin sejuk! Kena buka tingkap sikit je supaya tak terlalu sejuk. Alhamdulillah selesa sungguh tidur malam kami dengan udara sejuk semula jadi

Secara keseluruhannya, kami rasa selesa menginap di APA Hotel Keisei Ueno-Ekimae selama tiga malam. Bilik penginapan yang cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan, semua peralatan/perabot berkeadaan baik dan bersih.
Kita ketepikan soal kadar harga tinggi, ruang bilik yang sangat terhad dan centralized air conditioning system kerana nampaknya begitulah keadaan hotel di Tokyo - mungkin bukan semua, tapi begitulah setakat pengalaman kami menginap di dua buah hotel berbeza

Kos penginapan kami selama tiga malam adalah sebanyak RM2,368.79, pembelian menerusi Agoda. Pecah rekod, seumur hidup kami tak pernah bayar harga bilik hotel semahal begini 😅. Sebagai makluman - kadar harga bilik di sini adalah fleksibel iaitu berubah-ubah bergantung kepada kadar permintaan dan tempoh semasa kita membuat pembelian









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/05/menginap-tiga-malam-di-apa-hotel-keisei.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 276 hits
Minggu lepas orang lain bercuti long weekend Kami pula bercuti awal sikit Perancangan last minute Malas nak bercuti long weekend tu sebab tahu ramai orang akan bercuti Jalan raya akan sesak dan dimana mana juga akan ramai orang Hotel pun ba...
Menginap 3h2m Zenith Hotel Kuantan

Menginap 3h2m Zenith Hotel Kuantan

papar berkaitan - pada 16/5/2025 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum WBT BERANGAN nak qada tidur masa cuti Hari Wesak tapi kena melayankan angan angan PI pulak nak jalan jalan ke Kuantan Musim bola tengah berehat ni memang tak reti duduk kat rumah la ya Bosan agaknya asyik layan filem Tamil k...
Cerita Tahun Lepas Ulang Menginap Ke 1o1 Hotel Ulu Tiram

Cerita Tahun Lepas Ulang Menginap Ke 1o1 Hotel Ulu Tiram

papar berkaitan - pada 15/5/2025 - jumlah : 194 hits
Kali ke 2 ke ke 3 menginap di Hotel 1O1 Ulu Tiram ni Reason ke sini lagi sebab nak melawat bakal anak pelihara kitaorang yang ditempatkan di Rumah Kanak Kanak Ulu Tiram Masa ni kitaorang dah dapat tawaran dari JKM untuk anak pelihara kitaor...
Ghea Indrawari Dendam Malam Kelam Chord

Ghea Indrawari Dendam Malam Kelam Chord

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 279 hits
G B Em Cm G B Em Kau mau lari ke mana C G Ku akan terus denganmu B Em Cobalah tuk bersembunyi C G Ku pasti menemukanmu B Em Tertawalah sepuasmu C G sebelum kau kubuat membisu B Em Memohonlah sekuatmu Cm G sampai kau berakhir di tanganku B E...
Siapa Yang Mengikuti Ucapan Rafizi Ramli Malam Tadi Akan Jelas Pendirian Beliau

Siapa Yang Mengikuti Ucapan Rafizi Ramli Malam Tadi Akan Jelas Pendirian Beliau

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 183 hits
1 Tidak ada masalah siapa pun nak lawan Timbalan Ini demokrasi 2 Tidak ada istilah nepotisma tapi kita bukan sekadar kena menjawab dengan ahli tapi pengundi luar Pengundi luar tidak kisah soal demokrasi kita Ia soal persepsi 3 Rafizi tidak ...
Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 196 hits
Kulit wajah yang bersih licin dan bebas cela bukan hanya impian tapi boleh dicapai dengan konsisten mengamalkan rutin penjagaan kulit yang betul Ramai yang tersalah langkah atau skip step penting kerana fikir tak sempat atau tak penting Tap...
Car Boot Sale Di Petaling Jaya 17 Mei 2025 8 00 Malam

Car Boot Sale Di Petaling Jaya 17 Mei 2025 8 00 Malam

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 259 hits
PJ Night Car Boot Sale kembali lagi Dengan setulus ikhlas PJNCBS membawakan suasana bazar yang penuh kasih sayang warna warni dan Family vibe yang paling real 17 Mei 2025 Kompleks C MBPJ PJ New Town Terdapat vendor yang menjual Makanan Minu...
Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

Stay Zenith Hotel Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 236 hits
Stay Zenith Hotel Cameron Highlands Kali ini penginapan 2 hari 1 malam ni di Zenith Hotel Cameron Tanah Rata Penginapan ini ditaja oleh anak buah nieyl hihihi kita ambil 2 bilik 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan Ini kali pertama juga nie...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Sambal Ubi Kentang Dan Ikan Bilis Dan Bab Langkah Kecemasan

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Bot Karam Di Belawai 5 Lagi Mangsa Ditemui Hari Ini

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Bar4game 9 Bar4game Top 46 By Gabriela


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Cara Praktikal Kawal Bajet Keluarga Zaman Kos Sara Hidup Tinggi

Resepi Roti Manis

Apa Akan Berlaku Jika Import Dan Eksport Makanan Antara Negara Terhenti Secara Tiba Tiba

Mala Agatha Koyo Mendung Chord

Malaysian Bar Confirms Walk For Judicial Independence On July 14

Bara Sengketa Masih Menyala