Menginap 2d1n Di 101 Resort Spa Janda Baik


 Assalamualaikum WBT
KHAMIS lepas, selain dari Pak Inche yang sepatutnya bertugas di Sri Pentas untuk program Malaysia Hari Ini, Iman juga sepatutnya menjadi fasililator perkhemahan di UTM. Saat akhir, perkhemahan ditunda pada satu tarikh lain. Bolehlah dia ikut kami ke KL. Sk terus cadangkan agar kami terus ke Janda Baik, terlanjur dah dekat, kan. Sebenarnya, banyak kali dah Sk mengajak Pak Inche ke Janda Baik, namun setiap kali jugak ajakan Sk ditolak. Alasannya, tak ada apa yang menarik di sana selain hutan. Nanti nak makan apa kita? Takut sangat tak makan la Pak Inche ni 🤭.

Alhamdulillah, masih ada rezeki kami, dapat tukar tarikh daftar masuk lewat sehari dari tarikh tempahan sebenar. Sebelum ini, Sk ada ceritakan DI SINI yang kami terpaksa berpatah balik ke Johor Bahru setelah sampai ke Machap. Punyalah kecewa masa tu tapi Sk percaya setiap suatu yang berlaku itu pasti ada hikmah.

Jika selalunya, Pak Inche yang pilih penginapan, kali ni biar Sk yang pilih 😍. 101 Resort & Spa ni terletak di Lorong Pulau Santap, Janda Baik. Lokasinya agak strategik berhadapan masjid, sekolah, restoran dan di kelilingi anak sungai dan jeram. Bangunan utamanya macam istana zaman silam. Cantik sangat


Dapat daftar masuk awal



Lobi

Bilik-bilik terletak di kawasan berbukit. Kami dapat bilik Siantan 19 yang terletak di kawasan agak landai, dapatlah letak kereta depan bilik. 

Kena naik tangga. Mujurlah setingkat sahaja


Ambil bilik standard. Masuk jer bilik nampak katil terus 😂. Katil saiz super single, memang sesuai la dengan saiz kami tiga beranak ni. Tapi, tu laaa.. rasa macam tidur dalam hammock ya, dah melendut tilam dia 🤭

Ruang solat dalam bilik ni agak terhad disebabkan kedudukan kiblat menyerong. Ada satu ruang betul-betul depan pintu sebelah katil yang ada handbag pink tu dan satu lagi di tempat Iman berdiri tu yang merupakan laluan ke bilik air


Ruang membancuh kopi dan teh dan ruang kerja serta mekap. Sebelah kiri ni ke bilik air. Ada dua cermin besar diletakkan di sini


Ingatkan satu jer bilik air, ada dua ya. Tapi sayangnya, cuma satu bilik air yang pancuran air hujannya berfungsi, itupun tekanan air agak perlahan. Tekanan air di sinki dan tandas laju. Bilik air juga dilengkapi dengan pili untuk ambil wudhu dan kegunaan lain. Cuma, kami agak kecewa dengan tahap kebersihan bilik air. Sayang betul, tempat dah cantik tapi mereka mengabaikan kebersihan bilik air yang cantik dengan jubin ala batu sungai. Mujurlah Sk bawa sandal getah yang boleh digunakan di bilik air. Selain dari tu, tv dilengkapi dengan netflix ya tapi tak sempat nak layan pun 🤭


Petang tu, Sk dan Iman mandi sungai. Pak Inche tak nak mandi, sejuk katanya.. cissss! Boleh tahan deras jugaklah airnya cuma taklah dalam, tapi gayat jugaklah dah remaja purba ni kan. Dulu-dulu selamba jer mandi air terjun kat Kota Tinggi tak ada apa pun. Mungkin sebab banyak batu jadi kena berhati-hati risau jatuh. Dekat sini ada kedai yang sewakan boya hitam besar tu, Sk pelik jugak, air bukan dalam pun pakai boya buat apa? Rupanya, dorang duduk atas boya tu dan biar boya tu dihanyutkan arus sungai tu sendiri


Masa buat tempahan, kami diberitahu, sarapan pagi ada disediakan dan bayar di cafe tapi masa daftar masuk, staf beritahu mereka akan beri sarapan berupa nasi lemak, percuma dan dihantar ke bilik


Syahdu wei sarapan dalam suasana macam ni


Ada 'janda baik' datang. Sk tertinggal pulak kibbles, nasib baik dia pandai makan telur goreng


Kesimpulannya, percutian ke Janda Baik ni sangat best! Cuma banyak tempat tak sempat nak teroka kerana Sk perlu balik segera sebab dah janji nak hadir jemputan sepupu di Johor. Hurmmm.. nampaknya kena datang lagi ni, Pak Inche!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/09/menginap-2d1n-di-101-resort-spa-janda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Restoran Kepayang Kampung Janda Baik

Makan Di Restoran Kepayang Kampung Janda Baik

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 253 hits
Assalamualaikum WBT RASA malas betul ya nak keluar makan malam semasa kami menginap di 101 Resort Janda Baik tu Rasa macam nak makan biskut dan bancuh teh saja Kebetulan maggi cup pun memang dibawa jadi kami bercadang nak makan maggi aje ma...
Lepak Di Nero Bianco Deli Janda Baik

Lepak Di Nero Bianco Deli Janda Baik

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum WBTSEBELUM keluar cari makan malam di Restoran Kepayang tu sebenarnya jenuh la kami tiga beranak buat carian tempat menarik untuk makan malam di Kampung Janda Baik Guna grab guna google guna facebook Kebanyakan dibuka waktu ...
Pengalaman Menginap Di Sabai Sabai Resort Waeng District Narathiwat

Pengalaman Menginap Di Sabai Sabai Resort Waeng District Narathiwat

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 342 hits
Assalamualaikum Rasa seronok raya tahun nie sebab dapat beraya di Thailand Kenapa raya kat sana Korang boleh la baca entry sebelum nie pengalaman beraya di Yala dan Narathiwat Kami berada di sana selama 3 hari Untuk keselesaan kami ambil pe...
Hadir Kursus Team Building Dekat Janda Baik Pahang

Hadir Kursus Team Building Dekat Janda Baik Pahang

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum wbt Sebagaimana semua penjawat awam yang perlu melengkapkan kursus selama 7 hari dalam setahun untuk memenuhi KPI tahunan saya pun tak terkecuali untuk melengkapkannya Pada awak yang bekerja di sektor awam awak pasti perlu m...
Kari Daging Daging Kicap Gangguan Di Janda Baik

Kari Daging Daging Kicap Gangguan Di Janda Baik

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 344 hits
Assalamualaikum WBTSEMASA bermalam di Janda Baik belum pukul 10 30 malam Iman dah berlayar Pak Inche layan netflix filem combatt di tv Sk dah mula mengantuk dan tak lama zzzzz Tengah tidur tu rasa nak buang air tapi tak berani nak celik mat...
Termarah Anak Menyinga Tak Tentu Pasal Itu Normal Bukan Ibu Tak Baik

Termarah Anak Menyinga Tak Tentu Pasal Itu Normal Bukan Ibu Tak Baik

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 341 hits
Mak mak mana yang tak pernah terlepas marah anak dan menyinga tak tentu pasal jika anak ada terbuat salah Yang perlu anda tahu itu normal mama Namun jangan dibiasakan angkat tangan pada anak anak Itu salah sama sekali Belajarlah untuk menga...
Kah Kah Kah Berat 66 Tak Sanggup Jadi Mp Baik Makan Pencen Ko Saja Dok Umah Lagi Baik

Kah Kah Kah Berat 66 Tak Sanggup Jadi Mp Baik Makan Pencen Ko Saja Dok Umah Lagi Baik

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 359 hits
Hamdan Taha Ahli parlimen macam ni berat Kenduri kawin kematian dan mana mana bentuk sedekah tak boleh guna duit peruntukan Saya masa jadi Ketua Pemuda dan Ketua Bahagian Keadilan pun sama saja Jika ada kematian majlis kawin orang jemput da...
Anwar Perlukan Komunikasi Strategi Lebih Baik Namun Itu Pun Tidak Mencukupi Part 1

Anwar Perlukan Komunikasi Strategi Lebih Baik Namun Itu Pun Tidak Mencukupi Part 1

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 381 hits
Kerajaan perlu memberi tumpuan khusus kepada Agenda Rakyat digerakkan masyarakat sivil dan memenangi kembali sokongan orang ramai melalui tindakan bukan hanya kata kata Kemenangan pilihan raya kecil di kerusi parlimen Pulai dan kerusi dewan...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Sambal Ikan Bilis Lembut

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment

Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan