Anwar Perlukan Komunikasi Strategi Lebih Baik Namun Itu Pun Tidak Mencukupi Part 1








Kerajaan perlu memberi tumpuan khusus kepada Agenda Rakyat digerakkan masyarakat sivil dan memenangi kembali sokongan orang ramai melalui tindakan, bukan hanya kata-kata/



Kemenangan pilihan raya kecil di kerusi parlimen Pulai dan kerusi dewan undangan negeri Simpang Jeram di Johor pada Sabtu lalu telah membawa kelegaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sejak pilihan raya umum November lalu, kerajaan gabungan Anwar terpaksa mengimbang dengan halus bagi memastikan semua parti cukup berdisiplin mengikut aturannya.

Mengimbangi jalan sebegini telah menghalang usahanya untuk melakukan pembaharuan dan mengecewakan mereka yang mendambakan pembaharuan.

Ini telah memberi sumber kepada Perikatan Nasional serta pengkritik lainnya untuk melancarkan pelbagai bentuk serangan. Mereka telah mengatakan bahawa pentadbiran Anwar sebagai tidak berkesan dalam memulihkan ekonomi dan terlalu bergantung kepada DAP.

Anwar mengatakan bahawa sistem komunikasi kerajaan yang lemah adalah sebab mengapa beliau tidak boleh melawan pembohongan dan fitnah. Beliau mengakui bahawa kerajaan sepatutnya berkomunikasi dengan lebih baik kepada orang ramai ketika pilihan raya 12 Ogos di enam negeri yang lalu.

PM juga menyalahkan sistem komunikasi kerajaan yang lemah kerana rakyat tidak menyedari akan usaha pentadbirannya.

Contoh seterusnya ini barangkali menjelaskan kebimbangan Anwar. Kementerian Kesihatan telah memulakan skim pemberian tuala wanita percuma bagi menangani kemiskinan haid (period poverty). Namun, sepatutnya kelompok sasaran yang perlu mendapat kesan baik dari inisiatif sebegini bukanlah mereka yang di ibu pejabat kementerian, di mana penjawat awam wanita berada dalam keadaan ekonomi yang lebih baik.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: [email protected]

Contoh lain: ada kementerian juga telah memperkenalkan label ubat dalam tulisan Braille di 250 klinik kesihatan terpilih. Langkah ini akan memberi manfaat kepada 55,000 individu kurang upaya penglihatan. Sudah tentu, ini patut mendapat publisiti dan kesedaran yang lebih besar.

Ya, ia sesuatu yang berbaloi jika projek dirancang dengan baik dan disampaikan kepada orang ramai dengan lebih berkesan.



READ MORE:  PH's power and potential now protected and prolonged

 
Berikut merupakan beberapa langkah positif yang patut mendapat publisiti yang lebih besar.

Allahyarham Salahuddin Ayub, merupakan seorang menteri ketika itu yang bertanggungjawab mengekang kos sara hidup, kemudiannya melancarkan dasar yang cukup inovatif pada Januari lalu. Di bawah skim “menu rahmah”, restoran dan kedai ada menawarkan hidangan berkhasiat pada harga RM5 atau kurang bagi setiap pinggan.

Langkah kerajaan bagi mewujudkan Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bebas akan menjadi peristiwa penting bagi negara. Badan ini akan mempunyai kuasa untuk menyokong perubahan dasar, menguatkuasakan undang-undang dan memantau tindakan untuk melindungi hak kanak-kanak.

Kerajaan harus berkongsi maklumat mengenai suruhanjaya ini dengan lebih meluas kepada orang ramai.

Inisiatif kerajaan dan pembaharuan sosial penting yang memberi manfaat kepada rakyat harus dihebahkan secara meluas menerusi cara yang mudah difahami oleh orang ramai.

Cukup membingungkan apabila kerajaan memperkenalkan dasar tanpa penjelasan yang lengkap atau masa yang cukup untuk ia diterima orang ramai. Tidak menghairankanlah jika dasar yang disampaikan secara tergesa-gesa itu kemudiannya mencetuskan salah faham, ketegangan dan kebimbangan, kan?

Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan ada memperkenalkan modul penghayatan “40 Hadis Imam Al-Nawawi” baru-baru ini. Ini kononnya bertujuan bagi membendung radikalisme dan ekstremisme agama di negara ini.

Namun, cara ia diumumkan cukup mengejutkan ramai orang. Pada mulanya, ramai yang bimbang orang bukan Islam juga perlu mempelajari modul tersebut. Kebimbangan juga timbul terhadap Hadis tertentu dalam modul itu yang dianggap boleh memecahbelahkan dan mengancam orang bukan Islam.

Kementerian sepatutnya berunding dengan semua pihak berkepentingan sebelum mengumumkan modul tersebut. Ia tidak masuk akal untuk bertindak hanya selepas semuanya sudah pun dijalankan.


Namun, “jentera komunikasi yang lemah” bukanlah satu-satunya masalah yang dihadapi oleh kerajaan “Madani”.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/anwar-perlukan-komunikasi-strategi_14.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naib Presiden Muda Minta Penjelasan Lebih Baik Isu Pembebasan Zahid

Naib Presiden Muda Minta Penjelasan Lebih Baik Isu Pembebasan Zahid

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 215 hits
Naib presiden Muda minta penjelasan lebih baik isu pembebasan Zahid Dikemas kini 58 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Sep 20
Termarah Anak Menyinga Tak Tentu Pasal Itu Normal Bukan Ibu Tak Baik

Termarah Anak Menyinga Tak Tentu Pasal Itu Normal Bukan Ibu Tak Baik

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 317 hits
Mak mak mana yang tak pernah terlepas marah anak dan menyinga tak tentu pasal jika anak ada terbuat salah Yang perlu anda tahu itu normal mama Namun jangan dibiasakan angkat tangan pada anak anak Itu salah sama sekali Belajarlah untuk menga...
Lebih Baik Rasa Diri Berdosa Dari Rasa Diri Banyak Pahala Ustaz Yaakub Yusra

Lebih Baik Rasa Diri Berdosa Dari Rasa Diri Banyak Pahala Ustaz Yaakub Yusra

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 164 hits
Lebih baik rasa diri berdosa dari rasa diri banyak pahala Orang yang rasa diri banyak pahala dia lupa dosa tapi orang yang diri berdosa akan usaha buat pahala Ustaz Yaakub Yusra
Jenderal Dudung Abdurachman Soal Penanganan Karhutla Sebelum Presiden Copot Lebih Baik Kasad Dulu Yang Copot

Jenderal Dudung Abdurachman Soal Penanganan Karhutla Sebelum Presiden Copot Lebih Baik Kasad Dulu Yang Copot

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 174 hits
Jenderal Dudung sebelumnya meninjau langsung proses penanganan antisipasi kebakaran hutan dan lahan di Jambi
Diam Lebih Baik

Diam Lebih Baik

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 240 hits
AssalamualaikumBismillahZaman sekarang zaman menyendiri lebih baik Ulama berkata zaman sekarang menyendiri lebih baik Banyak berdiam dan kurangkan berbicara Dan banyak berdiam di rumah Kerana dunia hari ini isinya semuanya FITNAH Khabar yan...
Salleh Said Keruak Dr M Mahu Pengaruh Lebih Berkesan Untuk Lemahkan Anwar

Salleh Said Keruak Dr M Mahu Pengaruh Lebih Berkesan Untuk Lemahkan Anwar

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 342 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad mengambil peranan sebagai penasihat bagi perkumpulan negeri negeri yang diperintah Perikatan Nasional untuk melemahkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menurut bekas ketua menteri Sabah Salleh Sai...
Hari Malaysia Jauh Lebih Baik Rakyat Pilih Kemanan

Hari Malaysia Jauh Lebih Baik Rakyat Pilih Kemanan

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 324 hits
Mohd Affendi Abas Rakyat dah cakap Jangan buat Hari Malaysia Kerengga degil jugak Patutlah FRU x layan X der apa yang boleh menjejaskan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani ni Jangankan nak tumbangkan Nak menggigit pun x lepas Tak der rakyat ...
Anwar Akui Komunikasi Kerajaan Lemah Elok Pm Ubah Seberapa Segera

Anwar Akui Komunikasi Kerajaan Lemah Elok Pm Ubah Seberapa Segera

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 151 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam usaha komunikasi kerajaan susulan pilihan raya negeri 2023 Kenyataan itu dibuat ketika sesi dialog yang dihadiri Anwar di Universiti Teknologi Malaysia di Skud...
Penyanyi Lelaki Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara Dek Tipu Teman Wanita Lebih Rm200k

Penyanyi Lelaki Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara Dek Tipu Teman Wanita Lebih Rm200k

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 129 hits
Siapalah agaknya penyanyi yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana penipuan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru menerusi siaran 4 September program JTBC Crime Chief seorang penyanyi berusia 40 an telah dijatuhi hukuman penjara setahun kerana meni...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan