Kari Daging Daging Kicap Gangguan Di Janda Baik


 Assalamualaikum WBT
SEMASA bermalam di Janda Baik, belum pukul 10.30 malam Iman dah berlayar. Pak Inche layan netflix filem combatt di tv. Sk dah mula mengantuk dan tak lama zzzzz. Tengah tidur tu, rasa nak buang air tapi tak berani nak celik mata, hahahah, jadi bertahan aje la tidur jaga tidur jaga macam tu, celik mata sikit, rasa ada cahaya lalu beranikan buka mata, rupanya cahaya dari telefon Pak Inche. Sah, dia tak boleh tidur ni gara-gara minum latte di Nero Bianco Deli malam tu. Tanya Pak Inche pukul berapa, dah 2.45 pagi jawabnya.
Sk bangun ke bilik air dan rasa nak sambung tidur. Susah jugak nak tidur semula tu tapi usaha jugak. Dalam mamai-mamai Sk sedar, Sk, Iman dan Pak Inche tidur sekali di sebuah lagi katil yang tak digunakan tu. Sk jugak nampak ada sesuatu yang lain sedang menindih dan Sk cuba melepaskan diri dengan mengucapkan istighfar. Rasa itu semua mimpi tapi nak keluar dari tindihan tu susah betul. Lega bila akhirnya lepas juga.
Esok pagi, Iman cerita, dia terjaga pukul 4 pagi. Sambil baring, dia main game The Sims di handphone kemudian terdengar Sk mendengus dan beberapa kali melafazkan istighfar dengan suara terputus-putus. Iman jenguk sikit, tapi rasa takut tu lagi tebal, dia terus exit game dan selubung, bertuah punya anak 🤭.

Kari Daging masak petang semalam untuk makan malam. Iman kata, bestnya kalau ada Roti Jala. Sk kata, jangankan nak menjala, nak melempeng pun malas, hahahaha. Kari ni Sk letak santan sebab kebetulan ada santan kotak yang dah dibuka. Memang macam tu la Sk masak kari, kadang letak santan, selalunya tak letak, hahaha

KARI DAGING
500 gm daging hiris sederhana nipis3 tbs minyak masak5 ulas bawang merah kisar lumatSedikit halia4 sekawanDaun kari sikit3 tbs rempah kari daging1 tbs serbuk cili1 tsp serbuk kunyitAir secukupnya100 ml santan kotak2 asam kepingGaramTomatoCili padi
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang, halia dan empat sekawan

2. Masukkan daun kari, kacau sekejap. Kemudian masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit serta sedikit air, kacau hingga terbit minyak

3. Tambah air dan kacau lagi hingga terbit minyak

4. Masukkan daging, tambah air secukupnya, biar mendidih hingga daging empuk. (Sk masukkan dalam periuk noxxa set HP 20)
5. Tambah sedikit lagi air. Masukkan asam keping, garam dan santan. Biar mendidih lagi sekali

6. Akhir sekali masukkan tomato dan cili api, siappp


Kena ada DAGING KICAP. Cuma daging hiris nipis yang diperap dengan kicap manis, kemudian goreng dalam sedikit minyak hingga daging empuk. No halia, no bawang. Nak jimat belanja macam mak menteri, hahahaha

Esoklah buat roti jalanya eh


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/09/kari-daging-daging-kicap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepak Di Nero Bianco Deli Janda Baik

Lepak Di Nero Bianco Deli Janda Baik

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 256 hits
Assalamualaikum WBTSEBELUM keluar cari makan malam di Restoran Kepayang tu sebenarnya jenuh la kami tiga beranak buat carian tempat menarik untuk makan malam di Kampung Janda Baik Guna grab guna google guna facebook Kebanyakan dibuka waktu ...
Makan Di Restoran Kepayang Kampung Janda Baik

Makan Di Restoran Kepayang Kampung Janda Baik

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum WBT RASA malas betul ya nak keluar makan malam semasa kami menginap di 101 Resort Janda Baik tu Rasa macam nak makan biskut dan bancuh teh saja Kebetulan maggi cup pun memang dibawa jadi kami bercadang nak makan maggi aje ma...
Menginap 2d1n Di 101 Resort Spa Janda Baik

Menginap 2d1n Di 101 Resort Spa Janda Baik

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 260 hits
Assalamualaikum WBTKHAMIS lepas selain dari Pak Inche yang sepatutnya bertugas di Sri Pentas untuk program Malaysia Hari Ini Iman juga sepatutnya menjadi fasililator perkhemahan di UTM Saat akhir perkhemahan ditunda pada satu tarikh lain Bo...
10 Tempat Camping Janda Baik Kena Pergi

10 Tempat Camping Janda Baik Kena Pergi

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 332 hits
Mencari tempat camping Janda Baik yang best Ada banyak pilihan lokasi untuk berkhemah dengan seronok Nak tahu lokasinya Kami sediakan untuk anda Seperti yang ramai tahu Janda baik terkenal dengan lokasi percutian berkonsepkan alam semulajad...
Hadir Kursus Team Building Dekat Janda Baik Pahang

Hadir Kursus Team Building Dekat Janda Baik Pahang

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 252 hits
Assalamualaikum wbt Sebagaimana semua penjawat awam yang perlu melengkapkan kursus selama 7 hari dalam setahun untuk memenuhi KPI tahunan saya pun tak terkecuali untuk melengkapkannya Pada awak yang bekerja di sektor awam awak pasti perlu m...
Roti Jala Kari Daging

Roti Jala Kari Daging

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 247 hits
Assalamualaikum WBTLEMAU betul cuti weekend kali ni Sk memerap di rumah sahajo Semalam Iman guna kereta keluar dengan group BBNU dia Ni group Iman masa dia bekerja sambilan sebagai akauntan juruwang di Petronas Kobena selepas SPM Umur sebay...
Gula Dalam Darah Ialah 156 Adakah Ia Baik Atau Tidak

Gula Dalam Darah Ialah 156 Adakah Ia Baik Atau Tidak

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 280 hits
Paras gula darah 156 mg dL adalah lebih tinggi daripada julat normal untuk gula darah puasa Lazimnya paras gula darah puasa yang normal hendaklah di bawah 100 mg dL Tahap antara 100 mg dL dan 125 mg dL sering dianggap sebagai pradiabetes ma...
Akhlak Baik Guru Faktor Bentuk Sahsiah Murid

Akhlak Baik Guru Faktor Bentuk Sahsiah Murid

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 437 hits
Kebelakangan ini hampir saban hari kita mendengar dan membaca mengenai masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan murid sekolah juga pelajar institut pengajian tinggi Banyak sebab dikaitkan sebagai punca namun perkara sebegitu jika tidak dita...
Hari Malaysia Jauh Lebih Baik Rakyat Pilih Kemanan

Hari Malaysia Jauh Lebih Baik Rakyat Pilih Kemanan

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 373 hits
Mohd Affendi Abas Rakyat dah cakap Jangan buat Hari Malaysia Kerengga degil jugak Patutlah FRU x layan X der apa yang boleh menjejaskan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani ni Jangankan nak tumbangkan Nak menggigit pun x lepas Tak der rakyat ...
Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Kesihatan Lelaki Cabaran Kesedaran Dan Langkah Penjagaan Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi 7 Perusahaan Sosial Ayuh Malaysia Mula Operasi September

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory