Mengidam Punya Pasal Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta Baru Surr Makan Luar


Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni macam macam kisah masyarakat yang kita dengari. Ada yang meruntun hati tak kurang juga memberi inspirasi. Tapi kisah yang dikongsikan oleh Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam laman Facebooknya ni agak mencuit hati.
PKPB ini hanya dua hingga empat orang sahaja dibenarkan sahaja makan di meja. Ia sebagai salah satu syarat bagi membendung wabak Covid-19 yang masih mengganas ketika ini. Dan kanak-kanak kecil memang tak dibenarkan kerana mereka golongan berisiko yang mudah dijangkiti.
Disebabkan teringin makan nasi kandar namun tetap mematuhi SOP pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak kecil ini sanggup melalui pengalaman makan di luar kebiasaan.
Ni antara luahan yang dikongsikan Mohd Firdaus Jaafar Ng :
"1 kete Max 3 org tapi
1 Meja Max 2 org.
Kanak2 dilarang.
So makan la dalam kete…"
Menurutnya lagi “Duk ketagih NAK, tapi…nak ke Penang tak boleh kerana PKPB. Nak makan kat restoran tak boleh ada baby.
Nak bungkus, tak surr (tak sedap)." Ketika itu Firdaus dan isteri baru pulang dari klinik di Shah Alam untuk temujanji vaksin influenza anak mereka.
Dek kerana mengidam untuk menikmati juadah nasi kandar membuatkan suami isteri ini sanggup angkut pinggan dan makan dalam kereta.
Perkongsian Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam akaun Facebook membuatkan ramai warganet yang memahami keadaan itu memberikan galakan bahkan ada juga yang syor restoran lain menyediakan juadah sama.
Di kalangan kaki makan nasi kandar ini memang sanggup makan di kedai sebab dikatakan kalau bungkus, hilang ‘kesuran’ juadah tersebut.
Rata-rata warganet yang berkongsi komen dalam perkongsian tersebut menyifatkan tindakan itu sebagai hiburan buat peminat makanan utara, ada juga kata berkelah dalam kereta pun syiok.
Namun tindakan pengusaha restoran yang prihatin ini amat terkesan di hati masyarakat.
Menurut pengusaha Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim kepada Sinar Plus, "Demi mematuhi SOP yang ditetapkan, saya menghadkan jumlah yang datang makan dan tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke premis.
“Bimbang juga sebab wabak masih ada dan pada masa sama, memahami keinginan pelanggan untuk menjamah juadah di premis kerana rasa lebih surr (lebih sedap, ummphh), jadi kami bawakan makanan terus ke dalam keretanya,” ujarnya sambil tergelak kecil.
Moga tindakan pengusaha ini memberi inspirasi kepada tokeh restoran yang lain. Kepada ibu bapa yang anak-anak masih kecil, patuhilah SOP dan jagalah keselamatan diri dan anak-anak. #kitajagakita
Nah bagi mereka yang teringin menikmati sajian nasi kandar, ini dia min kongsikan 2 sajian popular yang biasa ada di Restoran Mamak.
AYAM MADU MAMAK


BAHAN- BAHAN PERAPAN AYAM:
1kg ayam |dipotong dan dibersihkan1sudu teh serbuk kunyit½ sudu teh garam1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)BAHAN LAIN:
3 sudu makan minyak masak2 kuntum bunga lawang1 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga cengkih2 biji buah pelaga1 labu bawang besar |dihiris1 tangkai daun kari1sudu teh bawang merah kisar2 sudu teh halia kisar1sudu teh bawang putih kisar1 labu bawang besar |dikisar½ sudu makan serbuk kulit kayu manis½ sudu makan serbuk jintan putih1 sudu makan serbuk cili200gm buah kurma |dibuang biji½ cawan air3 sudu makan maduBAHAN UNTUK MENGGORENG GAJUS DAN KISMIS:
50gm kacang gajus10gm buah kismis1 sudu teh minyak sapiCARA MEMASAK:
Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.Kemudian goreng ayam sehingga 1/2 masak. Ketepikan.Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga bawang bertukar warna.Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau rata selama dua minit.Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata.Kisar buah kurma bersama ½ cawan air. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak seketika. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya.Masukkan ayam dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Ketepikan.Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama buah kismis menggunakan api perlahan. Tutup api.Tuang ke dalam kuah ayam dan kacau. Masukkan madu dan tutup api.Sedia dihidangkan bersama nasi panas.Info chef: Tidak perlu tambah gula kerana hidangan sudah ada madu dan kurma yang memberikan rasa manis pada masakan.
SOTONG MASALA


BAHAN-BAHAN:
500gm sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak2 kuntum bunga lawang1 batang kulit kayu manis3 kuntum bunga cengkih2 biji buah pelaga1 labu bawang besar |dihiris2 biji cili merah |dipotong memanjang2 sudu teh halia kisar1sudu teh bawang putih kisar1 tangkai daun kari1 labu bawang merah (dikisar)2 1/2 sudu makan serbuk kari daging1 sudu teh serbuk jintan putih1sudu teh serbuk jintan manis1sudu teh serbuk cili50gm santan pekat1 cawan air rebusan sotong3 sudu makan minyak masak½ sudu teh gulaGaram secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna.Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata.Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit.Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.Info chef: Sotong boleh juga dipotong kecil, mengikut kesukaan masing-masing.
Kredit foto : Mohd Firdaus Jaafar Ng
Sumber : sinar plus.sinar harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/11/mengidam-punya-pasal-sanggup-angkut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

Jadikan Rakyat Malaysia Sendiri Dulu Sebagai Pelabur Baru Yang Berpotensi Sebelum Nak Utamakan Pelabur Luar

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 457 hits
UNTUK JAYAKAN SEBUAH EKONOMI BUKAN HANYA PERLUKAN MODAL TAPI JUGA PERLUKAN KEPADA IDEA DAN AKAL YANG BIJAK Bajet 2021 adalah rancangan kewangan khususnya dari aspek pendapatan dan perbelanjaan yg bakal dilaksana oleh kjaan sepanjang tahun 2...
Lelaki Ini Bawa 2 Pinggan Nasi Kandar Keluar Dari Restoran Masuk Dalam Kereta Sekali Pemilik Restoran Komen

Lelaki Ini Bawa 2 Pinggan Nasi Kandar Keluar Dari Restoran Masuk Dalam Kereta Sekali Pemilik Restoran Komen

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 300 hits
PERINTAH Kawalan Pergerakan Bersyarat yang masih dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Selangor telah banyak memberi perubahan dalam kehidupan kita sehari hari Pematuhan prosedur operasi standard yang dilaksanakan di premis makanan juga ...
Cuba Tempat Makan Baru Di Temerloh Ghalit Steak Hub

Cuba Tempat Makan Baru Di Temerloh Ghalit Steak Hub

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 1066 hits
Kalau mana orang Temerloh atau sekitarnya tak tahu lagi ada sebuah restoren baru yang baru dibuka Nama pun nice juga Ghalit Steak Hub Sebenarnaya restoren ini merupakan cawangan terbaru daripada yang ada di Kuantan Jadi sekarang nak makan s...
Bangkai Dan Makan Daging Hewan Sembelihan Di Luar Negeri

Bangkai Dan Makan Daging Hewan Sembelihan Di Luar Negeri

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 255 hits
Bagaimanakah hukum makan daging hewan sembelikan ketika berada di luar negeri
3 Sebab Utama Kereta Terpakai Menjadi Pilihan Poket Golongan Muda Yang Baru Mula Berkerja

3 Sebab Utama Kereta Terpakai Menjadi Pilihan Poket Golongan Muda Yang Baru Mula Berkerja

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 378 hits
AssalamualaikumBismillahTahniah Jika anda sedang membaca artikel ini anda tentu sekali telah berjaya menamatkan salah satu fasa terpenting dalam kehidupan seseorang Kini bermulalah satu lagi fasa baru iaitu fasa berkerja Berbeza dengan fasa...
Kami Makan Sate Jer 2 Pasangan Dicekup Oyeh Dalam Kereta Di Kulim

Kami Makan Sate Jer 2 Pasangan Dicekup Oyeh Dalam Kereta Di Kulim

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 472 hits
Seorang wanita bersama pasangannya yang merupakan suami orang dicekup berkhalwat di dalam sebuah kereta Toyota Vios yang diparkirkan di hadapan sebuah rumah di Taman Keladi malam kelmarin Bagaimanapun pasangan itu memberi alasan bahawa mere...
Pasangan Ditahan Khalwat Beri Alasan Makan Sate Dalam Kereta

Pasangan Ditahan Khalwat Beri Alasan Makan Sate Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 384 hits
Oleh AZAHAR HASHIM ANGGOTA penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim menyoal siasat pasangan yang ditahan kerana berkhalwat dalam kereta di Kulim malam semalam IHSAN PEJABAT AGAMA DAERAH KULIMKULIM Seorang wanita yang ditahan berkhalwat deng...
Paling Kurang 15 Minit Dedahkan Anak Aktiviti Luar Rumah Baru Imun Makin Kuat

Paling Kurang 15 Minit Dedahkan Anak Aktiviti Luar Rumah Baru Imun Makin Kuat

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 414 hits
Anak yang sakit kerap demam selsema dan batuk mungkin berpunca daripada gaya hidup sejak kecil Tidak didedahkan dengan aktiviti luar rumah dan aktiviti fizikal membuatkan anak kecil kita lebih rendah imun tubuhnya Dan inilah yang membuatkan...
Kari Sotong Sesedap Restoran Mamak Boleh Makan Sampai Licin Pinggan

Kari Sotong Sesedap Restoran Mamak Boleh Makan Sampai Licin Pinggan

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 289 hits
Kari sotong ni kalau makan dengan nasi atau roti memang mantaplah Masak homemade boleh makan bertambah tambah sampai licin pinggan Bahan rencah tu tumis sampai garing dan naik minyak baru menjadi kesedapannya Resipi dari Umi Watie yang memb...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage