Mengharukan Pemandu Itu Seorang Ayah Kepada Penghafal Al Quran
KELAB GREENBOCAdakalanya, tidaklah elok bila kita memandang dan menilai sesuatu secara mata kasar saja.
Perkara inilah yang berhasil aku renung-renungkan dari seorang pemandu kenderaan awam laluan olok-Padang yang kutumpangi beberapa ketika yang lalu.
Kala itu, Sabtu pagi 21 September 2013, aku bertolak dari rumah ke Padang dengan menumpang sebuah kenderaan pelancong, menuju perpustakaan kampus Pasca Sarjana IAIN Imam Bonjol Padang. Tujuanku ketika itu adalah untuk melakukan penyelidikan pustaka dan mengumpulkan data-data penunjang untuk menyiapkan thesis yang sedang aku garap di International Islamic University Malaysia (IIUM).
Kerana thesis yang sedang aku susun tersebut bertema ke-Indonesia-an, maka tentu referensi dan rujukannya lebih banyak berada di Indonesia. Sehingga keberadaanku di Indonesia pada musim cuti tahun ini betul-betul aku manfaatkan demi penulisan thesis.
Dan di pagi itu, setelah beberapa ketika menunggu di Simpang Empat Talang, akhirnya kenderaan yang aku tunggu-tunggu pun tiba. Masih sepi dan kosong. Hanya kelihatan seorang penumpang lelaki separuh umur yang duduk di samping si pemandunya. Sepertinya kenderaan ini sengaja tidak menunggu penumpang di sekitar kota Solok dan lebih memilih mencari di sepanjang jalan, fikirku saat itu. Akhirnya, aku dan tiga orang ibu yang membawa anak mereka masing-masing naik ke dalam kenderaan tersebut.
Sejatinya, kenderaan di daerahku adalah kenderaan-kenderaan bermuatan tujuh orang penumpang semacam kenderaan Avanza dan sejenisnya. Jika dilihat sekilas, nyaris tidak tampak perbezaan besar antara kenderaan-kenderaan peribadi dengan kenderaan yang kutumpangi ini, tidak memakai apa-apa tanda sebagai kenderaan awam. Hanya saja, ketika kenderaan tersebut melewati orang yang terlihat seperti akan pergi ke Padang, maka biasanya si pemandu akan menghentikan kenderaannya dan menyapa, “Padang, Uda? Padang, Uni?” Maka, saat itulah baru diketahui bahawa kenderaan tersebut adalah kenderaan awam. Sederhana sekali.
Sejurus kemudian, si pemandu mulai melarikan kenderaan tersebut secara perlahan, barangkali kerana penumpangnya belum penuh. Aku melemparkan pandangan ke arah di kerusi belakang. Masih ada dua kerusi yang belum terisi. Aku yang saat itu duduk persis di belakang si pemandu lalu memutuskan untuk membaca sebuah buku yang kubawa dalam tas. Perjalanan ke lokasi yang aku tuju memakan waktu lebih kurang satu setengah jam.
Di sela-sela membaca, aku mendengar si pemandu itu berbincang-bincang ringan dengan laki-laki separuh umur yang duduk di sampingnya tadi. Sesekali aku melemparkan pandangan ke luar jendela, untuk memastikan perjalanan sudah sampai di mana. Dari hasil laporan mata, aku menangkap bahwa si pemandu itu layaknya pemandu-pemandu angkutan publik lainnya yang selama ini aku lihat dan temui. Biasa saja. Ia berpenampilan sederhana dengan raut wajah yang menyiratkan sosok pekerja keras.
Memasuki gerbang kota Padang, ketiga ibu tadi turun. Mereka rupanya menuju sebuah gelanggang olahraga yang berada di kompleks Perusahaan Semen Indarung Padang. Kenderaan tumpanganku itu kemudian melanjutkan perjalanannya. Tiba-tiba aku teringat, bahawa hari Rabu depan aku akan bertolak ke Kuala Lumpur. Tentu saja aku harus memesan kenderaan yang akan menghantarkanku ke Bandar Antarabangsa Minangkabau. Pasalnya, jika aku pergi ke bandar dengan angkutan umum, maka setidak-tidaknya aku harus berganti tiga kali kendaraan. Tentu saja hal demikian sangat menjenuhkan dan tidak selesa. Maka, kebetulan saat itu aku sedang berada di dalam kenderaan travel, terus saja aku bertanya kepada pemandu itu dari belakang kerusinya:
“Uda, hari Rabu depan boleh tak hantarkan saya ke bandar?”
“Wah, sayang sekali tak dapat, Dik. Hari Rabu itu kenderaan ini sudah ada yang menyewa.”
“Oh gitu. Ya tak apalah.”
Ia lalu bertanya, “Adik sebenarnya mahu ke mana?”
“Saya mau ke Malaysia,” jawabku.
“Jadi pekerja asing di sana?” Laki-laki separuh baya di samping pemandu tersebut ikut bertanya.
“Oh, bukan, Saya masih belajar di sana.”
“Begini saja,” potong pemandu tadi. “Saya berikan saja nombor handphone kawan saya. Dia juga seorang pemandu travel seperti saya. Nanti adik hubungi saja dia.”
“Oh. Baiklah,” ujarku.
Ia lalu menghubungi rakannya tersebut, dan mengkhabarkan bahawa ada seorang penumpang yang memerlukan kenderaan ke bandar hari Rabu depan. Setelah dikonfirmasi, pemandu travel itu lalu menghulurkan kepadaku telefon bimbitnya yang menampilkan nobmor telefon kawannya tersebut. Aku lalu menyimpan nombor tersebut di handphone-ku.
“Sudah semester berapa?” Laki-laki separuh umut itu kembali bertanya.
“Semester empat. Saya sedang ambil S-2 di sana, di IIUM.”
“Ooohhh.”
“Dulu S-1-nya di mana?”
“Saya dulu S-1 di Mesir, di Universiti Al-Azhar Mesir,” terangku sambil tersenyum.
“Ooohh. Bagus.”
Pemandu travel itu lalu ikut menimpali. Ia yang dari tadi hanya diam dan fokus mengemudi sepertinya tertarik dengan topik pembicaraanku dengan lelaki separuh umur itu.
“Wah, adik graduan Universiti Al-Azhar ya? Anak saya juga bercita-cita ingin kuliah ke sana nanti,” ujarnya sambil tetap fokus memandu.
“Oh ya? Sekarang anaknya sekolah di mana?,” tanyaku ingin tahu.
“Sekarang dia baru kelas lima SD. Dia bersekolah di sebuah SDIT di Dharmasraya. Sekarang sudah hafal 3 juz Al-Quran dik,” ungkapnya bangga.
Laki-laki yang kukira-kira sudah berumur empat puluhan tahun itu kemudian menuturkan, bahawa puteranya itu bernama Shiddiq. Selaku orangtua, tak terperi bahagia jiwanya memiliki anak seperti dia. Di sekolahnya dia selalu juara kelas. Di rumah dia rajin menghafal Al-Quran. Ia sama sekali tak menyangka, dirinya yang selama ini jauh dari agama ternyata dianugerahi anak yang soleh dan dekat dengan Al-Quran.
Bahkan, baru-baru ini, anaknya tersebut memenangi pertandingan menghafal Juz ‘Amma tingkat SD se-Dharmasraya. Ia mampu mengalahkan rakan-rakannya dari sekolah-sekolah negeri. Hebatnya lagi, tuturnya, putera kebanggaannya itu kini sudah bolrh pula membetulkan bacaan Al-Quran siapapun yang menurutnya tidak tepat secara tajwid.
Sebelum tamat SD nanti, ia sudah mensasarkan hafal 5 juz Al-Quran.
Terang saja, aku terkagum-kagum menyimak penuturan sosok pemandu yang ternyata adalah ayah dari calon hafizh Al-Quran itu. Aku kemudian berkomentar, “Betapa beruntungnya abang memiliki anak seperti dia. Memiliki anak seperti Shiddiq tentu adalah impian setiap orangtua, apalagi di zaman seperti sekarang.”
“Betul, dik. Bahkan saya sendiri, mahu dibayar berapapun, saya yakin tidak akan mampu menghafal Al-Quran. Sementara dia, alhamdulillah boleh menghafal Al-Quran di usianya yang masih awal,” tambahnya lagi.
“Sejak melihat anugerah Allah pada anak saya itu, saya merenungkan diri sendiri, biarlah saya saja yang gagal hidup tidak berpendidikan. Ini juga kerana kelalaian saya pada masa muda dulu. Biarlah saya saja sebagai ayahnya yang hidup membanting tulang seperti ini, asalkan ia hidup dengan ilmu, dengan pendidikan. Prestasi dan kesolehannya telah menjadi pengubat jerih dan penguap penat bagi saya sebagai orangtuanya. Kelak, demi masa depannya, apapun akan saya lakukan, akan saya berhutang ke sana ke mari kalau perlu. Doakan ya, dik. Semoga anak saya itu kelak dapat mencapai cita-citanya untuk belajar di Mesir, ke Universiti Al-Azhar,” katanya.
Aku yang duduk di belakangnya tidak dapat menahan rasa terharu selepas mendengar kata-kata pemandu tersebut. Tanpa sadar, kedua mataku pun turut bergenang dengan airmata, dadaku bergemuruh. Entah kenapa, rasanya saat itulah aku boleh merasakan betul bagaimana psikologi menjadi orangtua dan seperti apa kasih sayang orangtua terhadap anaknya. Seketika aku jadi teringat dengan segala pengorbanan ayah dan ibuku sendiri terhadapku, semenjak aku bersekolah hingga kini aku melanjutkan S-2 di Malaysia. Apa yang tidak ada dapat diadakan, bahkan berhutang ke sana ke mari dulu bila perlu. Ya, persis seperti apa yang diungkapkan oleh pemandu itu. Semua jerih payah ayah dan ibu selama ini berkelibat di benakku. Ia kala itu membawaku pada satu titik sadar. Bahwa aku sekali-kali tidak boleh menghampakan harapan kedua orangtuaku. Aku tertegun lama dibuatnya. Lama sekali.
Benar, pemandu yang sepintas hanya biasa-biasa itu rupa-rupanya seorang ayah yang sangat luar biasa. Ia seorang ayah dari calon hafizh Al-Quran. Ia mungkin memang tidak memiliki pengetahuan agama yang memadai, tapi ia ingin sekali memiliki anak yang soleh. Anak yang akan menjadi penyejuk jiwa, pengubat jerih, dan penguap lelahnya hidup. Anak yang kelak tak akan putus-putus mengirimkan pundi-pundi amal dan bait-bait doa bagi kedua orangtuanya, sekalipun mereka telah berada dalam liang lahat.
Jemmy Hendiko/Islamedia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rizuwankini.blogspot.com/2013/10/mengharukan-pemandu-itu-seorang-ayah.html