Makam Al Quran


Terletak jauh di kawasan pergunungan gersang mengelilingi bandar Quetta di barat daya Pakistan, tersembunyi sebuah gua dipenuhi al-Quran yang melindungi kitab suci berkenaan. Gunung yang dikenali sebagai Jabal-e-Noor atau Gunung Cahaya itu dilawati ratusan ribu pengunjung sejak dua beradik, Abdul Sammad Lehri dan Abdul Rashid menjadikan ia sebuah ‘makam’ untuk kitab lama al-Quran. Beberapa salinan kitab suci yang disimpan di sebuah gua di gunung berkenaan dikatakan berusia lebih 600 tahun.

“Kami sudah menanam sekurang-kurangnya lima juta guni al-Quran lama di gua ini,” kata penjaga ­Jabal-e-Noor, Muzaffar Ali.


Bagaimanapun, gua berselirat di gunung berkenaan semakin hampir mencapai kapasiti maksimum. Beratus-ratus guni yang mengandungi salinan al-Quran lama kini terbiar di tepi gunung ketika pihak pengurusan berusaha membuat ruangan tambahan untuk menyimpannya.

Abdul Sammad berkata, keghairahannya untuk melindungi al-Quran bermula pada 1956 apabila dia menemui sehelai kertas surat khabar dengan gambar Kaabah yang besar di lantai kereta rakannya. Dia mengambil helaian akhbar berkenaan dan berikrar untuk melindungi ayat suci al-Quran dan imej yang melambangkan agama Islam. Ujarnya, pada 1992, dia dan adiknya, Abdul Rashid mengusahakan kilang memecah batu di satu kawasan yang disewa berhampiran gunung di luar Quetta.

“Kami hanya menggunakan sebahagian kecil kawasan yang disewa dan saya mendapat idea untuk menanam al-Quran lama di dalam gunung ini,” katanya.


Di Pakistan, sebarang tindakan yang dianggap tidak menghormati al-Quran boleh menyemarakkan dakwaan kekufuran dan boleh dihukum bunuh, sama ada oleh kerajaan atau di tangan perusuh sendiri. Orang Islam percaya al-Quran adalah pesanan Tuhan yang disampaikan melalui Nabi Muhammad SAW kepada manusia. Atas sebab itu, ayat yang terkandung dalam al-Quran dianggap suci dan salinan al-Quran lama perlu dilupuskan dengan penuh rasa hormat.
Ulama di Pakistan hanya meluluskan dua kaedah iaitu membalut kitab suci itu dengan kain sebelum ditanam di tanah atau meletakkan ia pada air mengalir sehingga dakwat hilang daripada halaman.


Bagaimanapun, Abdul Sammad, 77, yang juga se­orang ahli perniagaan berpengaruh, mempunyai satu idea yang dianggap satu pembaharuan dan pada masa yang sama sangat berisiko. Abdul Sammad merancang membina sebuah kilang kitar semula al-Quran pertama di negara itu.
Langkah itu mungkin menjadikan gua berkenaan sebagai satu sasaran.


Di negara jiran, Afghanistan pada 2011, kira-kira 1,000 penunjuk perasaan memusnahkan sebahagian kilang kertas yang didakwa mereka mengitar semula al-Quran menjadi tisu tandas.


Di Pakistan pula, sekumpulan perusuh membakar sebuah kilang di wilayah Punjab pada November 2015 selepas seorang pekerja dituduh membakar helaian al-Quran di dalam dandang. Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila ulama Pakistan bersetuju dengan cadangan Abdul Sammad itu.

“Ulama meluluskan kilang kitar semula al-Quran itu sekiranya kertas yang dihasilkan diguna untuk mencetak kitab berkenaan semula,” kata pengerusi Majlis Ulama Pakistan, Tahir Mehmood Ashrafi.
Mufti Muneeb-ur-Rehman pula memberitahu, al-Quran boleh dikitar semula sekiranya tulisan pada halaman dihilangkan dan cecair yang digunakan untuk menghilangkannya dilupuskan mengikut syariat Islam.


“Selepas itu kertas daripada al-Quran itu boleh dikitar semula untuk menghasilkan kadbod atau apa sahaja,” katanya.


Bagaimanapun, Abdul Sammad memberitahu, ketika ini idea itu masih lagi dalam peringkat cadangan.

Sumber: Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ulumquran.blogspot.com/2016/03/makam-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
What Should Be Muslim Response To Burn A Quran Day

What Should Be Muslim Response To Burn A Quran Day

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum dan salam Ramadhan Seperti yang diketahui ramai pada 11 September iaitu selepas beberapa hari kita menyambut hari raya akan berlakunya satu upacara terkutuk International Burn a Quran Day yang dikendalikan oleh sebuah gereja...
Lisa Surihani Mandi Bunga Khatam Al Quran Dan Berinai

Lisa Surihani Mandi Bunga Khatam Al Quran Dan Berinai

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 262 hits
Dah hampir waktu nikah Lisa Surihani mempersiapkan diri sebelum dinikahkan dengan Yusry KRU melalui acara mandi bunga khatam Al Quran dan berinai Semoga segalanya berjalan lancar dan kedua dua mempelai bahagia ke akhir hayat Lagi 2 gambar s...
Khatam Al Quran Vs Tadabbur Al Quran Di Bulan Ramadhan

Khatam Al Quran Vs Tadabbur Al Quran Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 408 hits
Assalamu alaikum Salam Ramadhan Kareem Sudah lama blog ini tidak to wan update kemaskini Dek pagi ini ada sedikit masa terluang maka to wan terasa nak nukilkan sesuatu Bila Ramadhan Ramai manusia berlumba lumba untuk jadi baik Aurat yang di...
Burung Bijak Sudah Hafal Beberapa Surah Al Quran Lancar Bila Membacanya Kembali

Burung Bijak Sudah Hafal Beberapa Surah Al Quran Lancar Bila Membacanya Kembali

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 233 hits
Seekor burung nuri berasal dari Jordan ini bukan saja mampu berkata kata malah mahir membaca Al Quran dengan baik Burung yang diberi nama Mudalal ini mahir membaca tiga surah daripada Al Quran selepas mempelajarinya selama enam tahun bersam...
Kekeliruan Kekeliruan Dalam Memahami Kafir Dalam Al Quran

Kekeliruan Kekeliruan Dalam Memahami Kafir Dalam Al Quran

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 148 hits
Pada pembukaan Kongres kelima Jam iyyatul Qurra wal Huffazh Nahdlatul Ulama Ketua Umum PBNU KH Said Aqil Siroj meminta para penghafal pembaca dan pengkaji Al Qur an di kalangan NU jangan sampai jatuh pada hadits Nabi yang artinya membaca Al...
Pakar Al Quran Jangan Kaitkan Gempa Dengan Dosa

Pakar Al Quran Jangan Kaitkan Gempa Dengan Dosa

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 145 hits
Jakarta NU Online Pakar Al Qur an KH Ahsin Sakho Muhammad mengajak untuk tidak mengaitkan penyebab gempa atau musibah dengan dosa seseorang atau sekelompok orang Dosa tidak bisa dijadikan alat ukur terjadi bencana sebab ada orang atau komun...
Niat Murni Mustafa

Niat Murni Mustafa

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 219 hits
Alor Gajah Kemakmuran negara ini menyebabkan semakin ramai dalam kalangan imam berasal dari Timur Tengah memilih Malaysia sebagai tempat untuk menyampaikan dakwah sekali gus terus menyemarakkan lagi penyebaran agama Islam Malah dengan bantu...
Hafal 30 Juzuk Quran Makan Free Selamanya

Hafal 30 Juzuk Quran Makan Free Selamanya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 156 hits
JAKARTA Seorang peniaga warung di bandar raya ini menggunakan kaedah tersendiri bagi menarik pelanggan berkunjung ke gerainya yang terletak di kawasan Harmoni Jakarta Pusat Lapor portal tempatan Detiknews Bu Ijah yang menjalankan perniagaan...
Jheat Diarah Siasat Sindiket Wakaf Al Quran

Jheat Diarah Siasat Sindiket Wakaf Al Quran

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 112 hits
KUALA TERENGGANU Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu diarah menyiasat dan mengambil tindakan terhadap satu sindiket disyaki mengendalikan wakaf al Quran dengan mengenakan bayaran tinggi Pengendali wakaf al Quran tanpa kebenaran itu dikatakan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator