Mengharapkan Annus Mirabilis 2021


 A Kadir Jasin 
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 Lapan puluh peratus rakyat  dijanjikan vaksin
1. Tidak syak lagi,  tahun 2020 yang baru tiga hari berlalu adalah "annus horribilis" dalam sejarah dunia pasca-Perang Dunia Kedua.
 
2. Dalam bahasa Latin is bermaksud tahun yang teruk atau celaka. Tidak ada yang lebih teruk dan tragis bagi tahun 2020 daripada wabak besar Covid-19.
 
3. Setelah lebih sedikit setahun dunia bertarung dengan pandemik ini barulah nampak cahaya di hujung terowong dengan penemuan penawar untuknya. Sehingga 31 Disember lalu, lebih 7.2 juta kes telah dilaporkan di seluruh dunia dengan 411,000 kematian. Maksudnya dalam 5 atau 6 orang mati bagi setiap 100 yang dijangkiti.
 
4. Sehingga 1 Januari 2021, negara kita telah mencatatkan 115,078 kes dengan 474 kematian atau 2.42 kematian dalam setiap 100 jangkitan. Syabas dan terima kasih tidak terhingga kepada setiap petugas barisan hadapan, khususnya kakitangan perubatan.
 
5. Maka dengan menadah tangan ke langit, kita memohon kepada Tuhan agar tahun baru 2021 ini akan menjadi tahun "annus mirabilis" - tahun sejahtera.
 
6. Insya Allah jika wabak rasuah tidak menjangkiti usaha mengawal dan seterusnya menyekat pandemik ini, 80 peratus rakyat Malaysia akan mendapat suntikan vaksin mencegah virus Corona baru tidak lama lagi. Ada laporan mengatakan seawal bulan depan.
 
7. Vaksin adalah ubat pencegah jangkitan yang mengandungi bahagian yang lemah atau tidak aktif sesuatu organisme (antigen). Fungsinya adalah menggerakkan sistem pertahanan badan apabila berlaku serangan.
 
8. Vaksin terbaru, termasuk untuk Covid-19, mengandungi "blueprint" bagi menggalakkan (atau mengajar) badan penerima menghasilkan antigen sendiri bagi melawan jangkitan. Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan antigen sebagai bahan (protein atau toksin) yang merangsang pembentukan atau pengeluaran antibodi. Antibodi adalah kemampuan badan mempertahankan diri daripada serangan penyakit. 
 
9. Maka sekali lagi kita menadah tangan ke langit memohon kepada Tuhan agar cakap-cakap mengenai rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pencarian keuntungan melampau dalam pembelian vaksin Covid-19 ini adalah khabar angin semata-mata.
 
10. Tetapi secara peribadi saya memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuka mata kerana belanja lebih RM2 bilion bagi membeli vaksin itu boleh menyebabkan ramai dewa, dewi dan manusia biasa gelap mata.
 
11. Pada 28 Disember, Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah, dilaporkan berkata Malaysia membayar RM2.05 bilion untuk membeli 26.5 juta dos vaksin Covid-19.
 
12. Tapi tugas dan tanggungjawab kita bukan sekadar menangani pandemik Covid-19 tetapi juga ekonomi dan politik yang juga dalam kegawatan. Ekonomi akan pulih seiring dengan kejayaan mengawal Covid-19 tetapi kemelut politik lebih sukar untuk diatasi.
 
Sekian. Terima kasih.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2021/01/mengharapkan-annus-mirabilis-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelas Tuisyen Online 2021 Guru Berpengalaman Dan Kelas Yang Interaktif

Kelas Tuisyen Online 2021 Guru Berpengalaman Dan Kelas Yang Interaktif

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 320 hits
Isu pandemik ini sedikit sebanyak menggganggu sistem pembelajaran anak anak Siapa setuju Saya walaupun dirumah dan belajar secara online tetapi masih tidak dapat pantau anak anak setiap malam atau setiap masa Tugas tersebut suami yang pikul...
Any Hope For 2021

Any Hope For 2021

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 377 hits
Salam to all readers Any hope for 2021 Dalam beberapa hari beberapa jam dan beberapa detik lagi kita bakal mennyambut tahun baru Tahun baru kali ini tidaklah seperti tahun lalu dimana kita boleh berkumpul beramai ramai bersuka ria dengan sa...
2021 Semoga Tiada Lagi Agamawan Munafik

2021 Semoga Tiada Lagi Agamawan Munafik

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 194 hits
KENA TIPUOleh December 31 2020ISU DAGING HARAM mengakhiri tahun 2020 dengan bermacam reaksi dari masyarakat Malaysia Ada yang buat TUDUHAN bahawa ianya telah berlaku selama 40 TAHUN ada yang kata sejak 2014 saja Apa pun bukan tarikh dan mas...
Filem Tamil Master Akan Siar Pada 13 Januari 2021 Trailer Sinopsis

Filem Tamil Master Akan Siar Pada 13 Januari 2021 Trailer Sinopsis

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 548 hits
Filem Tamil Master Akan Siar Pada 13 Januari 2021 Trailer Sinopsis Filem Tamil terbaru yang akan siar di pawagam mulai 13 Januari 2021 Menampilkan pelakon Vijay Vijay Sethupathi Arjun Das Shanthanu Bhagyaraj Andrea Jeremiah dan ramai lagi I...
10 Tips Tipu Bini Filem Komedi Pembuka Tirai 2021 Terbitan Dato Awie

10 Tips Tipu Bini Filem Komedi Pembuka Tirai 2021 Terbitan Dato Awie

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 631 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKepada peminat filem tempatan jangan lupa untuk saksikan sebuah filem terbaru bergenre komedi yang bakal di tayangkan di saluran Astro First 480 iaitu filem 10 Tips Tipu Bini Filem ini merupakan filem pert...
2021 Bakal Menjelang Rakyat Harap Kerajaan Lunaskan Lima Isu Utama

2021 Bakal Menjelang Rakyat Harap Kerajaan Lunaskan Lima Isu Utama

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 272 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Menjelang tahun baharu 2021 menjadi harapan rakyat agar Kerajaan Perikatan Nasional dapat segera melunaskan lima isu utama yang masih tertunggak berkepentingan nasional dan rakyat Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO...
Pas Man Predicts No Ge Until June 2021 But Bersatu Minister Says May Come As Late As 2023

Pas Man Predicts No Ge Until June 2021 But Bersatu Minister Says May Come As Late As 2023

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 216 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia s supreme leadership council member Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof reportedly said he expects the 15th general election will be held near 2023 when the terms of the current government expires Utusan Malaysia...
Mommy Will Stay Home With You Baby 2021 Diana Danielle Nak Perlahankan Karier Lakonan Demi Anak Anak

Mommy Will Stay Home With You Baby 2021 Diana Danielle Nak Perlahankan Karier Lakonan Demi Anak Anak

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 465 hits
Tempat anak anak adalah di sisi ibu dan ayah Tapi ada masanya ibu terlalu sibuk dengan kerja membuatkan anak anak rasa jauh dan rindukan ibu atau ayah kerana masa yang dapat diluangkan bersama semakin berkurangan Pelakon dan penyanyi Datin ...
Jo Insung Cha Taehyun Dikhabarkan Bakal Jadi Ahli Tetap Program Hiburan Tvn Pada 2021

Jo Insung Cha Taehyun Dikhabarkan Bakal Jadi Ahli Tetap Program Hiburan Tvn Pada 2021

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 221 hits
Terkejut apabila dengar bahawa pelakon Jo In sung akan muncul sebagai ahli tetap sebuah rancangan hiburan nanti Pada 30 Disember wakil tvN menyampaikan bahawa PD Yoo Ho jin sedang menyiapkan sebuah program hiburan baru di mana ia akan menam...
Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Apa Motif Majlis Peguam Kenapa Kerajaan Takut Bertindak

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Ipt Flysiswa

Rukun Islam Jangan Ditambahkurangi Itu Namanya Dholalah Finnar

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Mata Wang Kripto Doge Jumaat 3 Mei 2024