Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Ipt Flysiswa


Semakan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar IPT – Flysiswa (Fasa 2) Terkini
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengumumkan pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang bagi pelajar IPT bagi perjalanan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Ini bermakna, pelajar IPT Semenanjung yang melanjutkan pengajian di IPT Sabah/Sarawak dan pelajar IPT di Sabah/Sarawak boleh mendapatkan tiket penerbangan mereka pada harga yang lebih murah setelah ditolak dengan pemberian subsidi oleh kerajaan ini.
Pengenalan Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT (Subsidi Udara MOT @ Flysiswa) Kita sedia maklum bahawa tiket antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak ada kalanya terlalu mahal umpama pergi melancong ke luar negara.
Oleh itu, beliau berkata pemberian bantuan subsidi tiket kapal terbang ini walaupun hanya bernilai RM300 secara one-off, amat diperlukan oleh pelajar khususnya mereka yang berasal daripada keluarga B40.
Pemberian seperti ini baik secara one-off sedikit sebanyak meringankan beban pelajar dan keluarga mereka.
Ada pelajar IPTA yang terpaksa bekerja separuh masa semata-mata ingin mengumpul duit bagi membeli tiket kapal terbang memandangkan pinjaman PTPTN hanya mencukupi untuk perbelanjaan harian mereka.
Artikel berkaitan: Semakan Pinjaman PTPTN & Tarikh Bayaran Online
Jumlah Bantuan Subsidi Bantuan Tiket Kapal Terbang IPT 2023 Kerajaan bersetuju memberikan bantuan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak.
Pemberian bantuan subsidi ini bakal memanfaatkan 56,000 pelajar IPTA dengan kos yang dikeluarkan kerajaan sebanaya RM16.8 juta.
Pemberian bantuan subsidi ini dibuat setelah Jemaah Menteri telah bersetuju supaya kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar IPTA bagi laluan domestik Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Sumber: Jabatan Komunikasi Komuniti  Terma & Syarat Permohonan Flysiswa Antara terma dan syarat bagi bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:
Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut; berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia; berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan; berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan); Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline; Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan. Tarikh Semakan Kelayakan Seperti yang yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pemberian subsidi ini akan bermula pada 15 Ogos 2023 ini.
Tarikh Penebusan / Pembelian Tiket Kapal Terbang Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023.
Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Cara Semakan Kelayakan Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan, semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/) dan pelajar yang layak boleh memohon bantuan itu daripada mana-mana satu syarikat penerbangan.
Cara Pembelian Tiket Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan dariapda mana-mana satu syarikat penerbangan berikut:
Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan Firefly) AirAsia BatikAir MYAirline Pemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.
Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.
Rayuan Flysiswa Pelajar yang tidak layak menerima bantuan subsidi penerbangan Flysiswa ini boleh membuat rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui universiti masing-masing.
Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.
Sila rujuk kenyataan media terkini dalam lampiran di bawah:
SIARAN MEDIA – KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (15 OGOS 2023)
INISIATIF BANTUAN SUBSIDI PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI AWAM BAGI LALUAN DOMESTIK ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Susulan pengumuman berkaitan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibuat pada 12 Julai 2023, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif ini telah bermula pada hari ini (15 Ogos 2023).

Bantuan Flysiswa Fasa 2 (Terkini) Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar tinggi awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa) disambung semula, bermula hari ini.
Menurut MOT dalam satu kenyataan pada Khamis, “bagi pelajar baharu bagi sesi kemasukan 1 Jan sehingga 31 Mac ini, ia akan dilaksanakan dalam fasa kedua mulai Julai depan.”
“Selepas semakan, pelajar boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan iaitu MalaysiaAirlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia atau Batik Air melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut, “menurut kenyataan itu.
Anda boleh buat semakan terus ke laman sesawang https://subsidiudara.mot.gov.my/.
Bagi permohonan yang diterima, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.
Sebaliknya jika harga tiket yang dibeli kurang dari RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.
Tempoh Permohonan Baucar Tiket Fasa 2 Tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah dari 2 Mei 2024 hingga 30 November 2024.
Tarikh Akhir Rayuan Baucar Tiket Fasa 2 Tarikh akhir untuk pelajar membuat rayuan adalah pada 30 September 2024.
Tarikh Akhir Penebusan Baucar Tiket Fasa 2 Baucar boleh ditebus untuk pembelian tiket penerbangan sehingga 31 Disember 2024 nanti.
Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/flysiswa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=flysiswa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyanyi Tempatan Gagal Menaiki Penerbangan Ke Kelantan Walaupun Memiliki Tiket

Penyanyi Tempatan Gagal Menaiki Penerbangan Ke Kelantan Walaupun Memiliki Tiket

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 69 hits
Seorang lelaki baru baru ini terpaksa belajar dengan cara yang sukar bahawa membuat tempahan tiket kapal terbang tidak menjamin tempat duduk Penyanyi tempatan Jason Chua baru baru ini telah membuat tempahan penerbangan dengan syarikat pener...
Bimbang Kena Curi Pensyarah Suruh Pelajar Parking Basikal Dalam Kelas

Bimbang Kena Curi Pensyarah Suruh Pelajar Parking Basikal Dalam Kelas

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 58 hits
Seorang pensyarah dari sebuah universiti raih perhatian ramai apabila dia meminta pelajarnya untuk meletakkan basikal elektrik di dalam kelas bagi elakkan kecurian berlaku Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh pelajar tersebut di l...
Tawuran Maut Di Bogor Pelajar Tewas Karena Luka Tusukan Pisau

Tawuran Maut Di Bogor Pelajar Tewas Karena Luka Tusukan Pisau

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 45 hits
Seorang pelajar tewas usai terlibat tawuran di Jalan Raya Bogor Jakarta KM 39
Pendiri Jadi Tersangka Kasus Timah Sriwijaya Air Pastikan Penerbangan Tak Terganggu

Pendiri Jadi Tersangka Kasus Timah Sriwijaya Air Pastikan Penerbangan Tak Terganggu

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 59 hits
Zaidan menuturkan bahwa Sriwijaya Air Group tetap menjunjung tinggi profesionalisme
Penerbangan Sabah Dan Sarawak Batal Gunung Ruang Meletus Lagi

Penerbangan Sabah Dan Sarawak Batal Gunung Ruang Meletus Lagi

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 76 hits
PENERBANGAN sekali lagi dibatalkan dan yang lain dijadualkan semula di Sabah selepas satu lagi letusan di Gunung Ruang di Sulawesi Utara Indonesia AirAsia dilaporkan membatalkan 21 penerbangan dari Sabah dan Sarawak manakala Malaysia Airlin...
Pelajar Temui Wang Tunai Rm4 200 Tengah Jalan

Pelajar Temui Wang Tunai Rm4 200 Tengah Jalan

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 123 hits
KOSMO KAMERA sistem televisyen litar tertutup menunjukan seorang pelajar menemui wang kertas di Hadong Foto Saluran Polis YouTubeSEOUL Seorang pelajar sekolah menengah menjadi perhatian ramai selepas dia memulangkan wang tunai berjumlah 1 2...
Protes Pro Palestin Lautan Pelajar Banjiri Paris

Protes Pro Palestin Lautan Pelajar Banjiri Paris

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 67 hits
PARIS Protes pro Palestin terus merebak ke seluruh dunia termasuk dalam kalangan pelajar universiti di Perancis apabila lautan peserta membanjiri Institut Kajian Politik Sciences Po di Paris pada Jumaat Penunjuk perasaan memenuhi ruang bang...
Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons

Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution

Nandos Peberet Selamanya



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Lirik Lagu Sangkar Derita Oleh Haqiem Rusli

Rumah Maw Art Studio Seni Dan Kafe Moden Menarik Di Langkawi Kedah

Pelancaran Muzik Video Hening Rindu Marsha Milan

Kelantan Dua Penguat Kuasa Ambil Duit Rm23 000 Lepas Suspek Dadah

Wanita Masih Hidup Ada Kubur Sendiri

Bukan Melayu Tak Perlu Takut