Menghadap Sultan Johor Bincang Prn
SHAH ALAM – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung perkongsian gambar beliau menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada pagi Jumaat melalui laman Facebook.
Jelas bekas Menteri Besar Johor itu, pertemuan itu adalah perkara biasa dengan kali terakhir Mohamed Khaled menjunjung kasih diperkenankan menghadap baginda Tuanku Sultan Ibrahim adalah pada awal tahun baharu 2022 lalu.
Tegas beliau, pertemuan itu juga sekadar bertanya khabar di samping membincangkan isu semasa melibatkan negeri Johor seperti bencana banjir.
Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu turut menafikan pertemuan dengan Sultan Johor itu adalah bertujuan membincangkan cadangan kemungkinan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.
“(Menghadap Sultan Johor bincang PRN) Tiada…Jangan spekulasi banyak sangat.
“Saya dengan baginda Tuanku (Sultan) Ibrahim memang selalu berjumpa. Tiada kaitan dengan isu-isu lain, hanya sekadar bertanya khabar dan berbincang isu negeri seperti masalah banjir dan sebagainya,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.
Desas-desus pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRN hangat diperkatakan sejak bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Osman Sapian yang juga ADUN Kempas, meninggal dunia pada 21 Disember lalu.
Pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan seorang ADUN blok kerajaan bakal menjadi wakil rakyat Bebas bagi memberi laluan kepada PRN juga bertiup kencang.
Namun minggu lalu, ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang yang juga Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, menafikan khabar angin bahawa beliau individu yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut.
Khabar angin itu semakin diperkuatkan dengan pendedahan Exco Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambrose yang membayangkan tidak mustahil PRN Johor akan diadakan selepas masalah banjir di negeri itu reda.
Sementara itu, sumber Sinar Harian memberitahu, PRN Johor sememangnya tidak dapat dielakkan susulan kedudukan kerajaan yang tidak kukuh setelah bersandarkan majoriti tipis satu kerusi.
Dalam pada itu, pihak media turut difahamkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad telah menerima ‘mandat’ daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat Rabu lalu bagi menghadap Sultan Johor, seterusnya menyampaikan hasrat parti untuk membubarkan DUN sebaik sahaja urusan pengendalian banjir di negeri itu selesai.
Baca Artikel Menarik:
Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
Baby Shark catat 10 bilion tontonan
Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
Puteri Balqis didoakan mati cepat
Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupa-rupanya Kamal Adli
Resepi Crab Rangoon Viral Gila
Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’
The post Menghadap Sultan Johor bincang PRN? appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/15/menghadap-sultan-johor-bincang-prn/