Menggunakan Gincu Bibir Ketika Berpuasa



Soalan:
Adakah batal puasa apabila saya mengenakan lipstick (gincu bibir) pada siang hari Ramadhan?

Jawapan:
Berdasarkan persoalan yang diajukan, hukum penggunaan lipstick pada siang hari Ramadhan adalah tidak membatalkan puasa selagi mana ia tidak menelan masuk ke dalam rongga. Sekadar terdapat ‘rasa’ di bibir maka ianya tidak membatalkan puasa.

Ini berdasarkan fatwa Ibn ‘Abbas R.Anhuma mengenai merasa makanan yang mana menyebutkan:

لَا بَأْسَ أَنْ يَذُوقَ الْخَلَّ أَوِ الشَّيْءَ، مَا لَمْ يَدْخُلْ حَلْقَهُ وَهُوَ صَائِمٌ
“Tidak mengapa untuk merasa cuka atau yang lainnya, selagi tidak memasuki tekaknya dan dia sedang berpuasa”. [Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (9277)]

Tatkala seseorang merasa makanan, sudah pasti ianya akan memberikan kesan rasa kepada yang merasanya (pada lidah) dan selagi mana dia tidak menelannya maka tidak batal puasanya. Begitu juga keadaannya bagi lipstick. Sekadar terdapat rasa sahaja, ianya belum membatalkan puasa melainkan dia menelannya, maka batallah puasanya.

Kebanyakan kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafi’e juga menyebutkan mengenai isu merasa makanan ini, dan kebanyakannya mengatakan perbuatan itu makruh tidak membatalkan puasa kerana dibimbangi boleh tertelan dan membatalkan puasa. Ini boleh di lihat di dalam kitab Mughni al-Muhtaj (2/168) oleh al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah, kitab Nihayah al-Muhtaj (3/183) oleh al-Imam al-Ramli Rahimahullah dan ianya juga terdapat di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji.


Begitu juga telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah: “Merasa makanan adalah makruh sekiranya tiada hajat tetapi ianya tidak membatalkan puasa. Sekiranya terdapat hajat (untuk merasanya) maka ianya seperti al-Madhmadhoh (berkumur).” [Lihat: Majmu’ al-Fatawa, 25/266]

Adapun berkumur[1], jika diperhatikan masih terdapat baki-baki air yang sedikit di dalam mulut dan jika tertelan bersamanya air liur maka ianya tidak membatalkan puasa kerana ianya amat payah untuk dielakkan. [Lihat: Rad al-Muhtar, 2/98]

Seperti juga bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa, telah sepakat para fuqaha’ akan keharusannya. Begitu juga penggunaan ubat gigi. Jika kita perhatikan, semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat ‘rasa’ pada lidah namun jika tidak ditelan, ianya tidak membatalkan puasa.

Kesimpulan

Penggunaan gincu di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa namun sekiranya ditelan (memasuki rongga) rasa yang terdapat pada gincu tersebut maka ianya membatalkan puasa.

Adapun semata-mata terdapat ‘rasa’ daripada bibir yang digincu itu maka ianya tidaklah membatalkan puasa kecuali dia menelannya selepas itu.

Di dalam kitab Sabil al-Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari Rahimahullah ada menyebutkan: “Tiada batal puasa sebab merasai makanan dengan lidah dan jika sampai rasa makanan itu kepada rukungan (kerongkong) sekalipun dari kerana rasa makanan itu athar’ jua bukan ‘ain.”

Jika seseorang merasa makanan ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya tetapi masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana ‘ain makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya athar (kesan) sahaja yang berbaki.

Kami juga ingin tegaskan di sini bahawa memakai gincu untuk memperlihatkan pada yang lain dalam keadaan berlebih-lebihan (tabarruj) adalah amat tidak digalakkan di dalam Islam. Tetapi untuk suami, ianya dibenarkan sebagai berhias diri.

Wallahu a’lam.

[1] Berkumur yang dimaksudkan di sini adalah dengan tidak berlebih-lebihan kerana sedang berpuasa. Ini sepertimana mafhum hadith Nabi ﷺ yang menyuruh agar mubalaghah (berlebih-lebihan) dalam berkumur bagi mereka yang tidak berpuasa.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/menggunakan-gincu-bibir-ketika-berpuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Menu Makan Sahur Yang Penting Untuk Menjaga Tubuh Tetap Sehat Ketika Berpuasa

Ini Menu Makan Sahur Yang Penting Untuk Menjaga Tubuh Tetap Sehat Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 316 hits
Ketika memilih apa yang dimakan selama Ramadan ingat bahwa buka dan sahur membantu menjaga puasamu selama seharian sehingga mengonsumsi makanan yang tepat sangat penting ungkap Departement of Dietetics Singapore General Hospital dilansir da...
Sunnah Nabi Saw Berpuasa Dan Tidak Berpuasa Ketika Musafir

Sunnah Nabi Saw Berpuasa Dan Tidak Berpuasa Ketika Musafir

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 334 hits
Soalan Benarkah sunnah Nabi untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ketika bermusafir Jawapan Seseorang yang bermusafir di bulan Ramadhan dengan musafir yang jauh kira kira 85 kilometer atau lebih maka harus baginya untuk berbuka puasa dan k...
Panggilan Video Kepada Pasangan Yang Berjauhan Ketika Berpuasa

Panggilan Video Kepada Pasangan Yang Berjauhan Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 359 hits
Soalan Saya bermusafir ke luar negara pada bulan Ramadhan Bila sudah berjauhan dengan isteri mesti ada rasa rindu Jadinya pada setiap hari saya akan bersembang dengan isteri saya melalui video call Tiba tiba saya terfikir adakah boleh saya ...
Elak Pedih Perut Ketika Berpuasa Dengan Lazz Susu Kambing

Elak Pedih Perut Ketika Berpuasa Dengan Lazz Susu Kambing

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 384 hits
Salam dears Mama ni jenis yang mesti makan on time dan perut tak boleh kosong kalau tak nanti pedih perut dan gastrik Tapi Mama juga sejenis yang malas masak atau makan heavy masa bersahur Malas nak berkecah kat dapur buat itu ini pagi pagi...
Elfira Loy Akui Dalam Dilema Sukar Untuk Berpuasa Ketika Hamil

Elfira Loy Akui Dalam Dilema Sukar Untuk Berpuasa Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 331 hits
Walaupun sedang hamil pelakon Elfira Loy tetap berusaha gigih untuk berpuasa dan dia memberitahu pada hari pertama Ramadan dia diuji apabila badannya kurang selesa cepat loya dan kembung perut Menurut portal Elfira berjaya berpuasa penuh pa...
6 Cara Menjaga Kadar Cairan Tubuh Ketika Berpuasa Ramadan

6 Cara Menjaga Kadar Cairan Tubuh Ketika Berpuasa Ramadan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 316 hits
Munculnya rasa haus serta kurangnya asupan air ini merupakan tanda tanda dari dehidrasi dan bisa memengaruhi fungsi tubuh kita Ketika seseorang mengalami dehidrasi mungkin muncul berbagai efek seperti konstipasi pusing kelelahan serta kulit...
5 Manfaat Sahur Bagi Kesihatan Tubuh Ketika Berpuasa

5 Manfaat Sahur Bagi Kesihatan Tubuh Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 351 hits
1 Menyediakan tenaga untuk tetap beraktiviti ketika puasaSahur merupakan kesempatan untuk makan sebagai sumber tenaga utama Ini kerana tidak makan dan minum seharian selama puasa tentu memerlukan persiapan sumber tenaga yang cukup agar puas...
Begini Cara Mudah Cegah Kurangnya Nutrisi Ketika Tengah Berpuasa

Begini Cara Mudah Cegah Kurangnya Nutrisi Ketika Tengah Berpuasa

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 310 hits
Mikronutrien seperti vitamin dan mineral dibutuhkan Penurunan asupan saat puasa terjadi karena tubuh bekerja dua kali lebih keras saat puasa kata Medical Advisor Bayer Indonesia Dr Suci Sutinah Diah Suksmasari
Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Tips Kekal Cergas Bertenaga Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 438 hits
Pejam celik pejam celik tinggal berapa hari je lagi nak puasa kan Inilah bulan yang ditunggu tunggu untuk tingkatkan amal ibadat kita Jadi kita haruslah kekal cergas bertenaga ketika berpuasa di bulan Ramadhan Ini supaya kita dapat berpuasa...
Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Nikmati Sajian Eratkan Jalinan At Hilton Garden Inn Puchong Ramadan Buffet 2025

Mat Sabu Menteri Gagal

Ole Ole Dari Dubai

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Braces Friendly Delights A Mouthwatering Guide To Enjoying Food With Braces

Memorial Day Feast Celebrate With Delicious Food And Meaningful Remembrance

Polis Siasat Vijayan Savarinathan Didakwa Hina Agama Islam

Menu Khairul Aming Telur Bungkus

Wujud Usaha Jahat Tanam Persepsi K Jaan Diam Islam Dihina Pmo

How To Conduct A Reliable Bank Employee Background Check In Malaysia