Mengesan Memeriksa Dan Pengawasan Anai Anai



Anai-anai adalah salah satu haiwan perosak yang mampu menyebabkan kerugian ribuan ringgit tanpa kita sedari. Kebanyakan spesis anai-anai sukar untuk ditemui kerana ia adalah spesis haiwan perosak yang gemar menutup laluannya dengan tanah dan bekerja di belakang rekahan dan retakan. Malah, spesis ini juga jarang makan lapisan permukaan, sebaliknya menjadikan lapisan ini sebagai penutup atau pelindung ketika mereka bekerja. 1) Mengesan anai-anaiMengesan spesis anai-anai ini melibatkan pengecaman dan pencarian tanda-tanda di bahagian kawasan yang berpotensi tinggi seperti bingkai pintu, dinding, perabot dan bahan yang berasaskan kayu. Kehadirannya yang sukar untuk dilihat dengan jelas kecuali jika kerosakan telah berlaku menambahkan lagi risiko kerugian kepada anda. Berikut adalah antara tanda-tanda serangan anai-anai: 
1) Kesan kerosakan dilakukan anai-anai.
2) Ada gentelan tanah atau karton anai-anai

3) Bunyi lompong/kosong apabila diketuk dengan sesuatu objek/tangan
Ada juga dalam beberapa kes, spesis anai-anai itu sendiri akan membuat bunyi "kosak-kosek" atau seperti bunyi ketukan ke atas kayu dimana bunyi ini terhasil daripada aktiviti makan, pergerakan dan isyarat amaran anai-anai. 2) Memeriksa kawasan anai-anaiSemasa memeriksa anai-anai kayu kering, kerosakan mungkin setempat dan tanpa tanah atau karton. Sebaliknya, gentelan tahi kering seperti debu berbutir akan ditemui dalam galeri-galeri dan keluar melalui rekahan dan bukaan di dalam kayu. Kebiasaannya, debu anai-anai tidak bersifat serbuk dan lubang-lubangnya tidak begitu bulat sebagaimana dilakukan oleh kumbang pengorek. 

Spesis anai-anai kayu kering selalunya berlaku pada barang-barang perabot lama, parket dan rasuk kayu bagi bangunan-bangunan yang sangat lama ditinggalkan. Kerosakan berlaku perlahan-lahan dan memakan masa beberapa tahun. Manakala, kerosakan yang dilakukan oleh spesies anai-anai bawah tanah lebih cepat dan teruk, dengan ciri tanah dan karton yang menunjukkan kewujudannya. Tempat yang kebiasaannya memerlukan pemeriksaan ialah rangka-rangka pintu, tingkap, kambi kayu sekeliling lantai, lantai parket, soket-soket elektrik dan paip air/paip yang berada pada dinding. 
Contoh lantai parket diserang

Contoh rangka pintu diserang
Selain itu, kotak-kotak dan buku-buku mungkin nampak tidak rosak pada bahagian permukaan tetapi di bahagian dalam sebenarnya telah habis dimakan oleh anai-anai. Kadang-kadang landasan-landasan anai-anai ini boleh dilihat dengan jelas tertonjol di atas kayu atau permukaan dinding atau keluar dari dinding, soket-soket elektrik atau paip air/paip yang berada pada dinding. Dan landasan-landasan ini juga sukar untuk dilihat di antara dinding-dinding, rangka-rangka pintu dan tingkap kayu. Kayu yang rosak hanya boleh diketahui apabila dijolok dan ditekan untuk mendedahkan kewujudan karton di bawah lapisan tidak kukuh kayu tersebut. 3) Pengawasan anai-anaiSelepas serangan anai-anai telah berjaya sepenuhnya dirawat di dalam sesebuah bangunan, rumah dan lain-lain, serangan berkemungkinan akan berulang. Pengawasan bagi kemunculan anai-anai semula melibatkan proses yang sama digunakan dalam proses permulaan mengesan anai-anai. Dalam sistem kawalan menggunakan umpan, pengawasan selalunya dilakukan dengan tempat umpan diletakkan di dalam tempat-tempat utama anai-anai di dalam bangunan atau rumah itu. 
Contoh meletakkan tempat umpan
Harus diingatkan, anai-anai yang anda berjaya hapuskan hanyalah di permukaan kawasan tersebut sahaja, namun terdapat beribu lagi anai-anai di sarang mereka. Hari ini anda sembur dengan racun seperti ridsect, esok lusa dah naik laluan baru yang dibuat anai-anai. Oleh itu, elakkan untuk sembur jika anda ternampak anai-anai di kediaman anda. Ayuh! Sekat pembiakan anai-anai di kediaman dan pejabat anda! 
Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan anai-anai. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan perkhidmatan yang terbaik untuk menghapuskan anai-anai di kediaman anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah anai-anai mengganggu anda. Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. 

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mypestnews.com/2021/01/mengesan-memeriksa-dan-pengawasan-anai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Pulau Pinang Tingkat Pengawasan Tubuh Pasukan Khas Pantau Lorong Tikus

Polis Pulau Pinang Tingkat Pengawasan Tubuh Pasukan Khas Pantau Lorong Tikus

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 205 hits
Polis Pulau Pinang meningkatkan pengawasan di setiap laluan alternatif atau lorong tikus yang terdapat di sempadan negeri ini bagi memastikan larangan rentas negeri dipatuhi sepenuhnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Polis Pulau Pu...
Larut Lesap Mengesan Menggunakan Kaedah Keberintangan Geoelektrik

Larut Lesap Mengesan Menggunakan Kaedah Keberintangan Geoelektrik

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 182 hits
Oleh Ahmad Khairul Azmi Dr Mohd Hariri Arifin Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia Pengurusan sampah sering menjadi masalah serius di bandar bandar besar dan kawasan terpencil seiring dengan perkembangan pendud...
Polis Pahang Sedang Mengesan 1 226 Individu Untuk Bantu Siasatan Kes Jenayah Dan Trafik

Polis Pahang Sedang Mengesan 1 226 Individu Untuk Bantu Siasatan Kes Jenayah Dan Trafik

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 372 hits
KUANTAN Polis Pahang ingin mengesan 1 226 individu bagi membantu siasatan kes jenayah dan trafik yang berlaku sekitar negeri ini sejak 2000 sehingga kini Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya telah mengeluarkan war...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord

Nadia Rosli Hati Yang Tercemar Chord

Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat