Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16


 MalaysiaNow
April 26, 2024 9:00 pagi

Masa depan parti yang pernah menguasai Malaysia selama lebih 6 dekad itu semakin suram, dengan pemerhati menjangkakan kejatuhannya tidak lagi dapat disekat.
Satu masa dulu dikenali sebagai 'abang besar' dalam kerajaan, Umno kini berdepan risiko dikuburkan pada PRU akan datang.
Projek terbaru PKR untuk memastikan presidennya Anwar Ibrahim kekal sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-16 mengundang pelbagai persoalan mengenai masa depan Umno, parti yang pernah menjadi platform utama semua perdana menteri Malaysia.

Pemerhati dan bekas pemimpin parti berkata, kempen PKR untuk menjadi dominan dalam kerajaan memberikan petanda buruk terhadap masa depan Umno.

Parti yang pernah diberi jolokan "abang besar" ketika di tampuk kuasa selama enam dekad itu, kini dilihat "menumpang" di bawah kerajaan diketuai Pakatan Harapan (PH), hasil 26 kerusi yang mampu dimenanginya pada PRU15 lalu.

Bekas setiausaha eksekutif Barisan Nasional Pulau Pinang, Azizi Safar berkata langkah PKR itu tidak mengejutkan, kerana parti itu ditubuhkan dengan matlamat utama "menenggelamkan".

"Itu fakta sejarah," Azizi, yang masih ahli Umno, memberitahu MalaysiaNow.

"Jika PKR mahu jadi parti politik utama negara, tiada ruang untuk Umno bangkit semula sebagai parti politik utama negara sekiranya Umno kekal jadi penumpang dalam 'kapal PH'."

"Kapal PH" yang dimaksudkan itu ialah "kerajaan perpaduan", kerjasama politik dijalinkan selepas PRU15 yang menyaksikan BN setuju menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri berikutan keputusan parlimen tergantung.

Langkah Pengerusi BN dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi itu dilihat sebagai talian hayat terakhir untuk Anwar selepas berdekad berjuang untuk jawatan tertinggi itu.

Pada konvensyen khas PKR Ahad lalu sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya, timbalan presidennya Rafizi Ramli mengumumkan gerak kerja parti yang mahu meneruskan kepimpinan Anwar sebagai perdana menteri sehingga PRU16.

"Keseluruhan kepimpinan dan kekuatan parti akan mula digerakkan untuk turun ke negeri-negeri secara berkala dan diperturunkan ke cabang-cabang menandakan persediaan untuk PRU-16 bermula pada hari ini dengan sasaran lengkap.

"Insya Allah persiapan yang bermula dua tahun lebih awal ini akan memastikan Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU yang akan datang," kata Rafizi.

Anwar pula berkata PKR mahu menjadi "gergasi'dalam sistem politik negara", walaupun parti itu hanya mempunyai 31 daripada 82 kerusi PH di Dewan Rakyat.

Sokongan terhadap Umno, parti yang memimpin BN ketika gabungan itu menguasai kerajaan dengan majoriti dua pertiga, mula merosot sejak 1999, walaupun dapat pulih seketika pada 2004 pada PRU pertama selepas Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, pada 2008, Umno menerima pukulan dari gabungan PAS-PKR-DAP dikenali sebagai Pakatan Rakyat, dan trend tersebut diteruskan pada 2013 sehingga akhirnya hilang kuasa pada 2018.

PRU15 pada November 2022, penolakan pengundi Melayu menyaksikan kekalahan paling memalukan bagi Umno, dengan hanya menang 26 kerusi di bawah BN.

Tahun lalu, pilihan raya negeri di Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan meninggalkan Umno dengan hanya 19 kerusi di enam negeri itu, daripada 108 yang ditandinginya. Isham JalilIsham Jalil, bekas jurucakap Umno yang semakin lantang bersuara sejak dipecat Disember lalu, meramalkan Umno akan hilang semua kerusi parlimennya di Semenanjung Malaysia jika kerjasama dengan PH diteruskan.

"Jika dan bila ini berlaku, Umno hanya akan menjadi parti satelit kepada PH dan DAP, serta hanya mampu bergantung kepada pengundi bukan Melayu untuk kekal sebagai sebuah parti politik.

"Akar umbi Umno tidak mahu mengikuti Umno Zahid," kata Isham, salah seorang penyokong setia bekas perdana menteri Najib Razak, kepada MalaysiaNow.

Sekiranya tidak bekerjasama dengan PH, apakah pilihan Umno?

"Umno kena bekerjasama dengan parti-parti yang sealiran dengannya seperti Perikatan Nasional. Untuk terus bersama PH, ini sukar kerana orang Melayu masih enggan menyokong DAP," kata Ahmad Atory Hussain, pemerhati veterab politik Melayu, merujuk kepada DAP yang mendominasi kerusi PH.

Azizi menjangkakan jumlah kerusi ditandingi Umno akan semakin mengecil sekiranya masih bersama PH.

"Ini mengecilkan lagi peluang Umno untuk menang lebih banyak kerusi."

Bagi Isham, tidak banyak yang boleh membantu parti tersebut selagi bekerjasama dengan PH.

"Ia tidak lagi menjadi parti yang berjuang untuk orang Melayu seperti tujuan asalnya, tetapi parti yang mengikut DAP dan PKR," kata Isham.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/04/selepas-menjadi-penumpang-umno-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Comeback Selepas Terpalit Kontroversi Han Sohee Jeon Jongseo Bakal Terajui Drama Noir Project Y

Comeback Selepas Terpalit Kontroversi Han Sohee Jeon Jongseo Bakal Terajui Drama Noir Project Y

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 175 hits
Nampaknya penonton akan dapat lihat gandingan Han So hee bersama Jeon Jong seo dalam sebuah projek Artikel Berkaitan Pada 29 April pasukan produksi telah mengumumkan bahawa Han So hee dan Jeon Jong seo akan terajui drama baru berjudul Proje...
Selepas 2 Tahun Debut Kep1er Dilapor Bakal Bubar Julai Ini

Selepas 2 Tahun Debut Kep1er Dilapor Bakal Bubar Julai Ini

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 125 hits
Selepas 2 tahun kumpulan KEP1ER akan dibubarkan tak lama lagi Artikel Berkaitan Menurut laporan media pada 25 April kumpulan yang ditubuhkan dari program survival Mnet Girls Planet 999 iaitu KEP1ER akan menamatkan kesemua aktiviti pada Jula...
Selepas Saya Tahu Menegenai Bakal Madu Saya Ni Tak Tahu Kenapa Perasaan Saya Jadi Relex Je

Selepas Saya Tahu Menegenai Bakal Madu Saya Ni Tak Tahu Kenapa Perasaan Saya Jadi Relex Je

papar berkaitan - pada 24/4/2024 - jumlah : 140 hits
Assalamualaikum semua Actually saya tak pandai nak karang ayat So memang saya straight forward je la ye Nak mintak pendapat dan nasihat adakah saya atau suami perlu berubah dalam masalah kami ini Saya membesar dengan ibu tunggal So memang d...
Did A Slip By Pkr Mp Confirm That Umno Is Calling The Shots In The Unity Government

Did A Slip By Pkr Mp Confirm That Umno Is Calling The Shots In The Unity Government

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 202 hits
WHICH party holds more sway in the current unity government has been a subject of intense speculation since Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim was sworn in as Prime Minister to helm the unity government in late 2022 Officially it could...
Umno Dan Ph Selangor Perlu Utuhkan Kerjasama

Umno Dan Ph Selangor Perlu Utuhkan Kerjasama

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 174 hits
KHUTBAH AWALPara pemimpin Umno dan PH semasa penamaan calon di Parlimen Gombak dan Dun Hulu Kelang KEGAGALAN menyelesaikan pembahagian pelbagai jawatan di peringkat bawahan di antara Umno dengan PH di Selangor nampaknya kian meruncing Kegag...
Umno Returns 75 Village Head Positions To Selangor Govt

Umno Returns 75 Village Head Positions To Selangor Govt

papar berkaitan - pada 12/4/2024 - jumlah : 128 hits
Party to appoint chairmen of every village in the state under the Rural and Regional Development Ministry SELANGOR Umno is handing back all 75 village head positions to the Pakatan Harapan state government State Umno chief Megat Zulkarnain ...
Umno Youth To File Report Over Pas Man S Posting On King

Umno Youth To File Report Over Pas Man S Posting On King

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 224 hits
Umno Youth chief Dr Akmal Saleh said the posting by Hezry Yasin made an excessive accusation PETALING JAYA Umno Youth will lodge a police report against a member of PAS Youth whose now deleted Facebook posting stated his attitude towards pr...
Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 1

Hilang Punca Umno Barangkali Akan Hilang Terus Di Pilihan Raya Akan Datang Siri 1

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 185 hits
Hilang punca Umno barangkali akan hilang terus di pilihan raya akan datang Sokongan kepada ahli politik Umno dari pengundi separa bandar semakin merudum sementara sokongan pengundi bandar sudah lama hilang Oleh Sarajun Hoda Abdul Hassan Umn...
Little Confidence In Zahid S Bid To Resurrect Selangor Umno Through Putrajaya S Appointments

Little Confidence In Zahid S Bid To Resurrect Selangor Umno Through Putrajaya S Appointments

papar berkaitan - pada 15/4/2024 - jumlah : 223 hits
Former party men say Umno cannot make a comeback whether in urban or rural areas Selangor Umno s move to vacate the posts of village chiefs and decline a role in town and city councils in the state has been seen as an admission of the reali...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord