Polis Pulau Pinang Tingkat Pengawasan Tubuh Pasukan Khas Pantau Lorong Tikus


 

Polis Pulau Pinang meningkatkan pengawasan di setiap laluan alternatif atau lorong tikus yang terdapat di sempadan negeri ini bagi memastikan larangan rentas negeri dipatuhi sepenuhnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Pulau Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata polis mewujudkan pasukan khas yang turut membabitkan anggota tidak berpakaian seragam bagi melakukan pemantauan dan rondaan secara bergilir-gilir di setiap lorong tikus yang dikenal pasti.
"Bagi lorong tikus di sempadan negeri, kami turut menjalankan sekatan jalan raya (SJR) secara bergerak selepas kelonggaran merentas negeri tamat tengah malam ini, tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang cuba berbuat demikian secara tidak sah sepanjang PKP dikuatkuasakan.

“Orang ramai termasuk yang tinggal di kawasan sempadan negeri dinasihatkan agar tidak merentas sempadan dengan cara tidak betul. Sekiranya ada kecemasan dan amat berkeperluan, saya minta mereka mohon surat kebenaran di mana-mana balai polis berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Beliau berkata terdapat sekurang-kurangnya 15 laluan tikus yang dikenal pasti polis di tiga daerah di sempadan negeri ini iaitu di daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).


Sahabudin berkata polis juga meningkatkan pemeriksaan di Stesen Keretapi Butterworth di sini bagi memastikan orang ramai turut mematuhi arahan merentas negeri dengan mendapatkan surat kebenaran dari balai polis berdekatan untuk ke negeri lain atau masuk ke Pulau Pinang.




Katanya berdasarkan pemantauan sejak pelaksanaan PKP, orang ramai terutama pengguna komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.


"Cuma bagi mereka yang bekerja di sini namun tinggal di negeri lain (selain Pulau Pinang), mereka hanya perlu tunjukkan pas kerja dan surat majikan untuk rentas negeri ke tempat kerja dan tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis," katanya.


Terdahulu Ketua Polis Daerah SPU ACP Noorzainy Mohd Noor membuat pemeriksaan mengejut di Stesen Keretapi Butterworth di sini bagi memastikan pengguna komuter dan ETS mempunyai surat kebenaran merentas negeri.


Tinjauan Bernama juga mendapati selain polis, pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) bersama polis bantuan KTM turut mengambil tindakan yang sewajarnya iaitu memastikan penumpang mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri sebelum membenarkan mereka membeli tiket bagi merentas negeri.


-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/01/polis-pulau-pinang-tingkat-pengwasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Airitam Anggota Polis Cedera Dilanggar Kereta Bekas Adun Pulau Pinang

Airitam Anggota Polis Cedera Dilanggar Kereta Bekas Adun Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 255 hits
Seorang anggota polis cedera selepas dilanggar sebuah kereta dipandu seorang pesara di lampu isyarat di hadapan sebuah pasaraya Jalan Thean Teik Air Itam Pulau Pinang Dalam kejadian jam 11 30 malam Isnin itu anggota berpangkat Lans Koperal ...
Mufti Pulau Pinang Minta Masjid Sediakan Ruang Khas Untuk Musafir

Mufti Pulau Pinang Minta Masjid Sediakan Ruang Khas Untuk Musafir

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 290 hits
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta pengurusan masjid dan surau di negeri itu agar menyediakan ruang khusus bagi memudahkan para musafir pemandu teksi dan penghantar makanan menunaikan solat fardu Wan Salim berk...
Pasukan Tni Al Dan Nelayan Temukan Beberapa Potongan Tubuh Di Pulau Lancang

Pasukan Tni Al Dan Nelayan Temukan Beberapa Potongan Tubuh Di Pulau Lancang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 415 hits
Petugas Basarnas menerima potongan tubuh manusia dari seorang nelayan di kawasan terjatuhnya pesawat Sriwijaya Air di Pulau Lancang Kepulauan Seribu Minggu Diduga potongan tubuh tersebut korban pesawat Sriwijaya Air yang jatuh pada Sabtu Se...
5230 Isu Daging Import Ppim Mahu Tubuh Pasukan Petugas Khas Berita Harian 31 12 2020

5230 Isu Daging Import Ppim Mahu Tubuh Pasukan Petugas Khas Berita Harian 31 12 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi membantu menyalurkan maklumat berhubung kegiatan penyeludupan daging import yang diragui status halal ke negara ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nad...
Tumpuan Awani 7 45 Npra Lulus Vaksin Pfizer Perkeso Tubuh Pasukan Khas

Tumpuan Awani 7 45 Npra Lulus Vaksin Pfizer Perkeso Tubuh Pasukan Khas

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 204 hits
Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan meluluskan vaksin Pfizer Ia disahkan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Perkeso tubuh badan bertindak khas untuk mempercepat tuntutan pekerja dijangkiti COVID ...
Timbalan Menteri Kkmm Datuk Zahidi Zainul Abidin Positif Covid 19 Selepas Pulang Dari Pulau Pinang

Timbalan Menteri Kkmm Datuk Zahidi Zainul Abidin Positif Covid 19 Selepas Pulang Dari Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 322 hits
93 total views 93 views today Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan dijangkiti Covid 19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pagi tadi Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan di Twitter r...
Tiada Penurunan Jumlah Kenderaan Di Pulau Pinang

Tiada Penurunan Jumlah Kenderaan Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 256 hits
Jumlah kenderaan di beberapa lokasi jalan raya di Pulau Pinang tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun negeri itu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu bermula Rabu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Ab...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok

Berhasrat Tamatkan Zaman Duda Jofliam Akui Belum Ada Calon Sesuai Saya Tak Confess Mana Mana Wanita Lagi

Umno Tidak Mampu Bertahan Sendiri Zahid Hamidi Bertaruh Nasib Dengan Pakatan Harapa

Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone