Mengenali Tradisi Kampung Parit 2 Haji Doraini Sungai Besar Part 1



 

Peribahasa today ~  Masuk Kandang Kambing Mengembek                                   Masuk Kandang Kerbau Menguak
Maksudnya  ~ Bila kita berada di tempat orang atau negara orang, kita harus ikut adab atau aturan tempat itu. 
Dah lama Seri Wangi berperibahasa, kalau time sekolah dulu-dulu memanglah rajin berperibahasa. Apa kaitannya dengan peribahasa ni dalam entry Seri Wangi kali ni? Saja....nak cerita kalau kita masuk ke tempat orang, jadi kita pun kenalah ikut cara adab di tempat orang. Macam Seri Wangi jugaklah kali ni Seri Wangi mengikut trip ke kampung orang, jadi kita pun kenalah ikut adab kampung orang. Setiap tempat, setiap negara...tidak sama cara kehidupan mereka, adat mereka, makanan mereka, budaya dan tradisi mereka. Jadi kali ini Seri Wangi bawak korang menyelami kehidupan kampung.
Kita ke Kampung 2.0

Day 1 - Kita ke Kampung pada 11-14 September 2020 Seri Wangi bersama rakan-rakan media pergi ke Kampung Parit 2, Sungai Haji Doraini, Sungai Besar, Sabak Bernam. Selama 4 hari 3 malam kami bermalam di A+Boutique Hotel, Sabak Bernam. Dah lama Seri Wangi jalan-jalan masuk kampung, seronok jugak bila kata hendak melihat suasana kampung yang ada sawah padi, melihat kehidupan petani di sini yang mata pencarian mereka adalah bersawah


Kedatangan disambut dengan paluan kompang Kg Parit 2 dan meninjau sekitar kawasan bendang yang luas menghinjau dengan suasana nyaman.




Sambal Taun kalau kita dengar pun memang takut... haaaa! Pelikkan nama masakan jawa ni..demo masakan Sambal Taun oleh Wak Yatim, rupa-rupanya senang jer nak sediakan, sedap pun sedap tapi korang tentu ongat sambal taun ini macam sambal tumis, dikatakan sambal taun boleh tahan Setahun dan bersantan. 




Seri Wangi dah pun rasa Sambal Taun masakan jawa ni...memang sedap terasa kalau Seri Wangi namakan masakan gulai sebab berkuah dan putih. Ramuan utamanya ialah kulit lembu, campur hati, perut, bolih jugak ganti dengan daging/daging tetel/ayam, bawang besar, udang kepin, lengkuas, cili api, asam keping dan santan. Senang jer nak masaknya nanti boleh tray.
Dinner time makan masakan kampung dengan hidangan dalam dulang memang best. Ada daun pucuk ubi, sambal taun, masakan daging kicap, telur masin, memang sedap sangat. 


Permainan Trompet jangan ingat kami main trompet pulak yer...lepas dinner kami diberi peluang belajar sendiri buat trompet dengan daun kelapa, lebih kurang macam serunai. Kalau tengok orang buat memang macam mudah jer..tapi susah gak tau kalau tak kena gaya tak menjadi trompet korang, tak kuar bunyi haaaa....!!Jenuh gak Seri Wangi nak menggulungnya last minta tunjuk kat cikgu yang apakar buat trompet daun kelapa tu, barulah kuar bunyinya. Kalau ramai-ramai tiup boleh dengar macam-macam bunyi, geli hati pulak dibuatnya.



Day 2 - Kita Ke Kampung kali ini aktiviti menarik jom ikut Seri Wangi kita petik jagung kat Parit 10, Kg Sungai Panjang. Walaupun dah biasa tenguk ladang jagung dari jauh tapi kali ni kita tengok sendiri dari dekat tanaman jagung manis yang menghijau, memang cantik bila berselfie. 


Ladang jagung yang terdapat di Parit 10, Kg Pasir Panjang ialah jenis jagung manis yang ditanam seluas 100 hektar dan setiap petani mengerjakan tanama jagung seluas 1-3 ekar serta ditanam secara berperingkat-peringkat untuk stragek pemasaran agar bekalan jagung tidak putus dan berterusan. Tanaman jagung dah bolih tuai antara 60/70 hari dan dibekalkan sekitar selangor dan lembah klang. Antara makanan yang dibuat dari jagung manis ialah cekodok jagung, lepat jagung dan air jagung dan juga jagung rebus memang manis isinya and kalu korang rajin bolih bakar jagung mentah kemudian sapu dengan mentega masa panas-panas...fuuhh..memang sedap.




Rewang kalau kat kampung time nak kenduri ataupun ada kenduri kawin, belah siangnya orang kampung akan berkumpul ramai-ramai rewang untuk sama-sama bergotong-royong memasak sebelum majlis kenduri/kenduri kahwin. Dan pastinya masakan di sini kebanyakkannya masakan jawa dan berlainan dari tempat-tempat lain. Jom kita rewang tengok masakan kali ini yang akan ditunjukkan oleh Wak Yatim yang memang pakar masak memasak masakan jawa.
Kali ni kita belajar masakan Sambal Cili Hijau dan Pecel Lele, sebelum tu kita dah belajar masakan Sambal Taun. Kalau korang nak tau Sambal Cili Hijau memang pedas sebab bahan dia cili api, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, halia, asam keping. Memanh kaw..kaw pedas gitu...jangan lupa lawan dia pucuk ubi rebus memang tak tinggal. 


Satu lagi masakan tradisi jawa iaitu Pecel Lele ni guna santan makan dengan pucuk ubi rebus memang sedap, bahan-bahan lain rahsia...haaa!!


Siang tadi kita dah rewangkan?jadi sebelah malamnya kita kendurilah. Pakaian pun mestilah pakaian tradisonal pakai baju kurung, kebaya, baju melayu dan makan pun atas tikar, duduk bersila...seronok kan? Dah lama tak pergi kenduri di kampung, dengan cara begini dapat mengeratkan lagi silaratulrahim antara penduduk-penduduk kampung. Majlis kenduri pula dihadiri oleh YB Pan Hajah Rodziah binti Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Negeri Selangor.




Sekali sekala makan ramai-ramai sambil bersila memang seronok dengan suasana yang meriah penuh tradisi kampung dan di samping dihiburkan dengan persembahan silat, jugak yang paling best persembahan Kuda Kepang (Barongan) dari Kumpulan Kepang Parut 5, Sg Panjang. Memang hebat persembahan mereka tapi kalau yang tak biasa tengok memang takut sikit bila penari kudang kepang mula nampak lain sikit tapi dapat dikawal oleh ketua kumpulan mereka.




 Okaylah dah selesai dah acara dan aktivit Seri Wangi sertai jelajah Kg Parit 2 dan sekitarnya dan banyak pengalaman tentang tradisi kehidupan kampung yang Seri Wangi dapat kongsikan bersama akan tradisi mereka, sumber pendapatan mereka.makanan, adat dan budaya mereka.
Belum habis lagi nanti ikuti sambungan Part 2 Mengenali Tradisi Kampung Parit 2.
@gayatravel @nuargtm @nazmirazali#KitaKeKampung #KitakanSekampung #travellocal #travelsafe #GayaTravel#BudayaSelangor #PusingSelangorDulu #KitaKeKampung #KitakanSekampung#travellocal #travelsafe #GayaTravel #BudayaSelangor #PusingSelangorDulu#travelblogger


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.keunggulanwanita.com/2020/09/mengenali-tradisi-kampung-parit-2-haji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
My Place At Kunci Air Di Sungai Besar Di Selangor Di Malaysia

My Place At Kunci Air Di Sungai Besar Di Selangor Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 628 hits
PrologSemuanya bermula apabila Master berjaya install aplikasi Google Map dalam kereta Subaru XV STI kami sebelum kami pergi ke rumah Mak Long di Sungai Besar Bermulalah ekspedisi kami menjelajah tiap lorong yang kelihatan menuju ke laut ke...
Anwar Lakukan Kesilapan Besar

Anwar Lakukan Kesilapan Besar

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 393 hits
ALOR SETAR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan kesilapan besar dalam karier politiknya apabila mengumumkan sudah memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan baharu Pen...
Untung Besar

Untung Besar

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 428 hits
Assalammualaikum wbtUNTUNG BESARTidak menampakkan segenap apa yang kita mampu dan miliki itu mungkin menjadi satu kerugian bagi sesetengah manusia Untung besar bagi seseorang yang sentiasa menutupi keinginan dan kesempatan yang dia ada sema...
Bila Marah Menguasai Diri Akibatnya Besar

Bila Marah Menguasai Diri Akibatnya Besar

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 523 hits
Bila Marah Menguasai Diri Akibatnya Besar Bila marah menguasai diri disebabkan terdapat perasaan yang negatif tidak puas hati terhadap sesuatu perkara atau benda malah ada juga kemarahan itu diluah dengan tidak sedarkan diri tidak boleh kaw...
Puja Puji Fahri Hamzah Bobby Adalah Avatar Aang Perakit Kekuatan Besar

Puja Puji Fahri Hamzah Bobby Adalah Avatar Aang Perakit Kekuatan Besar

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 235 hits
Wakil Ketua Umum Partai Gelora Fahri Hamzah puja puji pasangan pasangan calon wali kota dan wakil wali kota Medan Bobby Nasution Aulia Rahman Fahri Hamzah sampai menyebut Bobby Aulia sebagai Avatar Aang pasangan muda yang bisa mengolaborasi...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Di Bawah Tekanan Besar Besaran

Pasangan Mata Wang Eur Usd Di Bawah Tekanan Besar Besaran

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 290 hits
Lantunan semula pasangan mata wang EUR USD pertumbuhan sementara nampaknya berakhir apabila Indeks Dolar AS meningkat lagi Kami mempunyai korelasi negatif yang kuat antara USDX dan pasangan mata wang EUR USD Apabila indeks meningkat pasanga...
Polisi Didesak Usut Tuntas Dugaan Rencana Provokasi Besar Di Balik Aksi Saya Kafir

Polisi Didesak Usut Tuntas Dugaan Rencana Provokasi Besar Di Balik Aksi Saya Kafir

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 231 hits
Oknum yang mencoret coret dinding dan merusak Alquran di Musala Darussalam Pasar Kemis Tangerang Banten Selasa sore sudah ditangkap polisi Namanya Satrio Katon Nugroho Dia seorang mahasiswa usianya 18 tahun Satrio tinggal di Perumahan Villa...
Aseania Beach Resort Resort Terbaik Di Pulau Besar Mersing Johor

Aseania Beach Resort Resort Terbaik Di Pulau Besar Mersing Johor

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 562 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAseania Beach Resort Resort Terbaik di Pulau Besar Mersing Johor Apa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua resort terbaik yang ada di Pulau Besa...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord