Mengemis Jam Telefon






Baru-baru ini ketika saya sedang berjalan di kaki lima deretan kedai berdekatan rumah untuk pergi ke sebuah bank, seorang budak lelaki tiba-tiba berlari memintas saya dari belakang sambil menjerit-jerit kecil.


“Yeyyy, yeyyy…dapat 70 ringgit…dapat 70 ringgit,” katanya sambil menunjukkan wang dalam tangannya, lalu kemudian memberikan wang itu kepada seorang wanita dalam usia bawah 40-an yang ketika itu sedang duduk bersila di depan sebuah kedai serbaneka bersama tiga lagi kanak-kanak yang masih kecil


Saya dspati kemudian wanita tersebut adalah ibu kepada semua kanak-kanak itu.


Seorang anak yang paling kecil berada di pangkuan wanita berkenaan.


Budak lelaki berusia dalam lingkungan 11 atau 12 tahun yang berlari bersama wang 70 ringgit tadi adalah yang paling besar di antara kanak-kanak yang lain.


Di depan wanita itu duduk ada sebuah bekas yang didalamnya terdapat beberapa helai duit seringgit serta sejumlah bungkusan tisu di tepinya.


Melihat insiden itu, saya segera memperlahankan langkah dan pura-pura ingin singgah ke kedai serbaneka, tetapi sebenatnya untuk melihat apa yang terjadi seterusnya.


Apa yang paling menarik perhatian saya ialah jumlah 70 ringgit yang berjaya diperolehi budak lelaki itu yang pada fikiran saya amat besar jumlahnya dalam keadaan ekonomi tidak berapa baik, harga barang mahal dan nilai ringgit jatuh merudum ketika ini, meski saya tak pasti berapa lama masa diambil untuk budak lelaki itu memperolehi kutipan sebanyak itu.


Selepas budak lelaki tadi menghulurkan wang kepada ibunya, dia kemudian berkata – “mak, duit ni nak beli jam telefon.”


“Berapa harganya,” kata si ibu sambil wang itu disimpannya dalam beg kain yang ada di sebelahnya.


“120,” balas budak lelaki tadi dengan pantas.


Saya tak pernah mendengar istilah jam telefon sebelum ini, tetapi saya fikir yang dimaksudkan itu ialah jam pintar atau “smart watch” yang biasa dipakai kebanyakan orang, khususnya generasi muda sekarang ini.


Memandangkan harga yang disebut itu RM120, saya jangka ia pastilah buatan China yang tidak berapa berjenama.


Kalau yang ada jenama, tentulah hampir ribu riban harganya.


Saya ketika itu masih berdiri sambil pura-pura membaca pelbagai iklan dan poster di dinding kaca berhampiran pintu masuk kedai serbaneka tadi, tetapi mata dan telinga saya lebih terarah kepada mereka.


“Nanti esoklah kita beli,” kata si ibu kemudiannya.


Barangkali kerana gembira dengan jawapan ibunya, budak lelaki tadi berlari semula ke kawasan deretan kedai-kedai dengan di tangannya membawa sejumlah bungkusan tisu-tisu kecil untuk mencari lebih pendapatan lagi.


Kemudian sambil meneruskan langkah menuju ke bank yang hanya selang empat pintu dengan kedai serbaneka itu, fikiran saya jadi kacau dengan tiba-tiba.


Sebelum berurusan dengan bank, saya berfikir agak lama – rupa-rupanya ada orang sanggup duduk di kaki lima sambil mengharap ihsan orangramai dengan menjual tisu semata-mata kerana ingin membeli barang mewah, bukan disebabkan makan pun susah.


“Smart watch” bagi keluarga wanita berkenaan, bagi saya, pasti boleh dikategorikan sebagai barangan mewah kerana dengan ramai anak-anak yang masih kecil perlu diberi makan, membeli makanan jauh lebih penting lagi berbanding membeli jam telefon.


Tambah lagi jika sampai perlu meminta-minta sambil menjual tisu, sangat tak kena jika “smart watch” yang ingin dibeli.


Apakah mereka sanggup mengemis kerana siibu terlalu sayangkan anak lelakinya yang begitu teringin memakai jam telefon?


Selesai berurusan di bank, saya kemudian pergi membasahkan tekak di cafe bersebelahan, sambil ingin mencari tempat yang selesa untuk melayari internet dan membaca berita-berita semasa.


Tidak lama selepas saya duduk di cafe tersebut, seorang budak perempuan dalam usia lapan atau sembilan tahun datang dengan membawa sebungkus tisu kecil lalu berkata – Encik, nak beli makanan?


Saya memandang wajahnya dengan simpati, lalu menghulurkan beberapa helai duit seringgit kepadanya.


Saya perasan budak perempuan itu adalah antara yang bersama dengan ibunya di depan kedai serbaneka tadi.


Tidak sampai sepuluh minit kemudian, budak lelaki yang berjaya mengutip hasil 70 ringgit tadi pula datang ke meja saya, juga dengan membawa sebungkus tisu kecil di tangannya, lalu berkata – Encik, nak beli makanan?


Saya percaya budak lelaki ini adalah abang kepada budak perempuan yang saya baru bersedekah kepadanya sebentar tadi.


Saya selalu ada perasaan simpati kepada budak-budak dan orang tua, lalu saya memberi beberapa helai duit seringgit kepada budak lelaki itu, tetapi jumlahnya lebih kecil daripada apa yang saya beri kepada budak perempuan sebelum ini.


Dalam hati saya kemudian berfikir, cerdik budak-budak ini – mereka menjual tisu tapi memberi alasan untuk membeli makanan.


Saya pasti, apabila disebut untuk membeli makanan, tambahan lagi budak kecil yang mengucapkannya, ramai akan jatuh simpati.


Tidak mustahil ramai yang memberi sedekah dengan jumlah yang lebih sedikit, mungkin sepuluh ringgit atau lebih daripada itu.


Sebab itu, hati saya berkata, patut mudah saja budak lelaki tadi memperolehi 70 ringgit daripada orangramai yang ditemuinya.


Rupa-rupanya bukan makanan yang mereka beli, tapi jam telefon yang sangat diidami.


Bahkan saya yakin dengan dua tiga pusing lagi meronda di kawasan deretan kedai di kawasan itu, cukuplah 120 ringgit yang diperlukannya untuk membeli jam telefon itu.


Kaya rupanya negara kita ini dan patutlah juga golongan seperti itu ada di hampir di semua lokasi perniagaan atau kawasan tumpuan orangramai. – ShahbudinHusin 07/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/07/mengemis-jam-telefon.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/mengemis-jam-telefon_8.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solo Semarang Titik Puncak Kampanye Akbar Ganjar Mahfud Di Jateng Ini Jam Dan Lokasinya

Solo Semarang Titik Puncak Kampanye Akbar Ganjar Mahfud Di Jateng Ini Jam Dan Lokasinya

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 166 hits
TKD menyebut pada sepekan terakhir Ganjar Mahfud akan fokus kampanye secara door to door atau blusukan
Penduduk Pukul Penyamun Terkandas Traffic Jam

Penduduk Pukul Penyamun Terkandas Traffic Jam

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 227 hits
KOSMOKetiga tiga pencuri itu kemudian melarikan diri menggunakan kereta sambil dikejar penduduk setempat MPIJAKARTA nbsp Sekumpulan pencuri yang memecah masuk ke dalam sebuah rumah dibelasah penduduk tempatan selepas gagal melarikan diri di...
Nahas Tujuh Kenderaan Trafik Sesak Dan Kenderaan Tak Bergerak Hampir 5 Jam

Nahas Tujuh Kenderaan Trafik Sesak Dan Kenderaan Tak Bergerak Hampir 5 Jam

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 222 hits
nbsp Awal pagi ini kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 288 1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Kampung Tersusun Tekah mengakibatkan dua pemandu lori maut Dua mangsa yang maut merupakan pemandu lori muatan gula dan...
Khai Bahar Terlupa Ibu Sudah Tiada Mamai Bangun Tidur Telefon Nombor Arwah

Khai Bahar Terlupa Ibu Sudah Tiada Mamai Bangun Tidur Telefon Nombor Arwah

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 166 hits
Semoga Khai Bahar terus kuat ya yang pernah rasa je pasti tahu rasa kosong dan kehilangan tu macam mana
Anak Kakitangan Hospital Maut Tertinggal 4 Jam Dalam Kereta

Anak Kakitangan Hospital Maut Tertinggal 4 Jam Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 190 hits
SHAH ALAM 1 Feb Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di parkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam Selasa lepas Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mo...
Acne Aid Kecutkan Jerawat Secepat 24 Jam

Acne Aid Kecutkan Jerawat Secepat 24 Jam

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 209 hits
ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM Masalah jerawat ni kalau orang yang jenis memang kulit mudah berjerawat sampai menpous la gamaknya kena hadap Walau terkawal ada masa masa tertentu dia akan muncul juga sebiji dua masih ada dalam hid...
Ini Daftar Lokasi Tps Terjauh Di Jambi Ada Yang 16 Jam Perjalanan Dengan Perahu Motor

Ini Daftar Lokasi Tps Terjauh Di Jambi Ada Yang 16 Jam Perjalanan Dengan Perahu Motor

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 150 hits
Komisi Pemilihan Umum Provinsi Jambi telah melakukan pemetaan persiapan distribusi logistik untuk Pemilu 2024 ada sebanyak tujuh TPS
Eur Usd Carta 4 Jam Kesinambungan Trend Menurun

Eur Usd Carta 4 Jam Kesinambungan Trend Menurun

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 258 hits
EUR USD senario penurunan harga yang berpotensi ditunjukkan oleh tahap utama berikut Tahap Rintangan Tahap rintangan 1 pada 1 0803 dikenal pasti sebagai Overlap resistance menunjukkan halangan yang signifikan di mana tekanan penjualan cende...
Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian

Sesak Nafas Nak Tampung Pelanggan Pemilik Kafe Tak Jadi Gulung Tikar Selepas Zizan Razak Datang Makan Di Kedai