Acne Aid Kecutkan Jerawat Secepat 24 Jam
ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM. Masalah jerawat ni kalau orang yang jenis memang kulit mudah berjerawat sampai menpous la gamaknya kena hadap. Walau terkawal ada masa masa tertentu dia akan muncul juga sebiji dua masih ada dalam hidup kita, Kan? entah sapa la suka nak berdamping dengan dia macam Qarin. Tak malu dok mai menempek kat kulit muka kita ni. Tapi tu la.. Kau hamun la secukup rasa sekalipun sampai masa dia datang juga. Betul betul spesis persona non grata.
Tapi sebenarnya tak ada perkara berlaku tanpa sebab. Mesti ada sebab munasabnya termasuklah kehadiran seketol jerawat di muka kita. Antara punca punca jerawat ni adalah..
👉Alahan Kepada Makanan. Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
👉Tidak cukup tidur
👉Salah guna Produk
👉Bakteria
👉Hormon Tidak Seimbang
👉Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan
👉Terdedah Dengan Persekitaran yang tidak bersihDi sebabkan itu juga la aku sentiasa la simpan acne gel (gel jerawat) tak kisah la apa brand yang aku rasa nak cuba. Aku biasa suka tukar tukar untuk merasai pengalaman tu. Boleh buat perbandingan yang mana lebih memberi kesan. Jadi baru baru ni aku cuba produk dari jenama yang memang aku tak berapa kenal sebelum ni. Tak pasti samada jenama baru di pasaran atau aku yang baru tahu pasal jenama ni. Sebab di jual di drugstore jadi aku tak rasa was was sangat nak mencuba tapi aku beli secara atas talian la. Dah lama rasanya tak menagih di kedai dadah. Semua beli online sahaja. Aku sekarang memang jarang keluar. Kalau keluar pun rasa macam dah tak ada apa nak di beli sebab kebanyakan aku beli online je.
Berbalik pada cerita gel jerawat tadi.. Baru baru ni aku mencuba gel jerawat dari produk Acne aid. Acne Aid ni ada lagi siri produk penjagaan kulit lain macam pembersih muka dan ada beberapa item lain. Tapi aku cuma beli gel jerawat sahaja. Aku main beli je tak ada search review ke apa. Bila dah beli tu tiba masa di perlukan mesti la kita guna. Aku ni ada makanan tertentu yang akan mencetuskan jerawat jadi kalau nak makan juga lepas tu kena hadap juga la kesan dari makanan tu. Bila tercetusnya gunung gunung jerawat kat muka aku yang sedia berpuaka ni maka aku pun melakukan ritual membunuh jerawat jerawat tersebut.
Makin teruja bila kita ada produk baru nak cuba kan. Testur dia macam biasa la gel yang putih sikit dan tak jernih. Tidak melekeit dan ada sedikit bau dari mungkin bahan yang di gunakan cuma tak kuat. Bila kita sapu cuma rasa sejuk gel. Tak ada rasa panas atau membahang di kulit. Cara penggunaan macam biasa sapu pada jerawat. Boleh di gunakan untuk jerawat yang jenis timbul tapi tidak bernanah, atau yang bernanah, jerawat jenis rata cuma timbul kesan kemerahan pada kulit.. Alah panjang pulak ceritanya. Pendekan asalkan namanya jerawat kau sapu je la enon Ooi.. Tak kira la apa spesis jerawat tu. Letih pulak aku nak menaip panjang panjang ni.
Kali pertama cuba jerawat yang manja manja ni dia akan surut seawal 24 jam.. Yang monster sikit dia ambil masa 2-3 hari. Kalau merah merah tu dalam 1-2 hari hilang la. Bagi aku kesan agak cepat berbanding gel jerawat yang pernah aku gunakan sebelum ni. Tak ada kesan iritasi atau apa apa kesan buruk yang berlaku kat muka aku bila guna gel jerawat ni. Muka hangpa tak tau la. Hangpa kena cuba dulu la. Bagi yang tak ada masalah dengan kandungan salicylic acid mungkin boleh cuba.
Harga dia tak la semahal rumah sewa pprt walaupun ppr singkatan dari projek perumahan rakyat termiskin tapi bila pemilik sewakan balik kat 3rd party harga dah jadi bukan harga orang miskin. Gitulah perumaan yang saja di buat bagi tujuan sindiran. Harga dia murah je. Penganggur pun mampu milik tapi kena la pepandai pow duit mak bapak nak beli.
Kandungan untuk 1 tube 10g. Tapi kalau jenis jerawat yang datang waktu waktu tertentu tu tak la sebulan tu habis guna satu tube. Melainkan kau buat mask guna gel jerawat tu bukan kata sebulan.. sekali pakai pun dah kerahmatullah. yang jenis tube ni sesuai untuk masalah jerawat yang tumbuh sebiji sebiji bukan jenis yang berjemaah satu muka. Yang tu mungkin kena rujuk pakar kulit untuk dapatkan rawatan dan ubat yang bersesuaian untuk mematikan jerawat.
Bagi yang nak cuba samada hangpa boleh walk in ke mana mana watsons, guardian atau farmasi. Atau malas boleh dapatkan secara atas talian kat sini
Shopee 👉 https://shope.ee/1fuBQ6w03t
Lazada 👉 https://s.lazada.com.my/s.i9mmM?cc
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lekatlekit.com/2024/02/acne-aid-kecutkan-jerawat-secepat-24-jam.html