Mengeluarkan Zakat Secara Persendirian Tanpa Melalui Baitulmal



Soalan:
Bolehkah saya memberikan zakat kepada sekolah tahfiz tanpa melalui Baitulmal?

Jawapan:
Allah SWT telah mensyariatkan zakat sebagai salah satu ibadah utama daripada lima rukun Islam. Daripada Abdullah Ibn ‘Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَحَجِّ الْبَيْتِ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
“Islam itu dibangunkan di atas lima perkara iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan bahawa Nabi Muhammad SAW itu hamba-Nya dan pesuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji di Mekah dan berpuasa di bulan Ramadhan.” [Hadith riwayat Muslim (1/21)]

Zakat merupakan satu ibadah yang istimewa dalam syariat Islam kerana ia memangkin pertumbuhan ekonomi dan menjaga kebajikan golongan yang kurang bernasib baik. Terdapat begitu banyak hikmah pensyariatan zakat. Antaranya ialah mengagihkan kekayaan daripada golongan yang kaya kepada golongan yang memerlukan bantuan supaya harta tidak kaku atau berlegar dalam kalangan golongan tertentu sahaja serta membersihkan harta bagi pembayar zakat. Firman Allah SWT:

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ
“..(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.” [Surah al-Hasyr: 7]

Zakat pula hendaklah diberikan kepada asnaf yang berhak untuk menerimanya seperti firman Allah SWT dalam al-Quran al-Karim:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” [Surah al-Taubah: 60]

Hukum menunaikan zakat bagi orang Islam yang mencukupi syaratnya adalah wajib secara nas dan ijma’ sepertimana yang termaktub dalam surat yang ditulis oleh Sayyidina Abu Bakar RA:

هَذِهِ فَرِيضَةُ الصَّدَقَةِ الَّتِي فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى المُسْلِمِينَ
“Kefarduan sedekah (yakni zakat) ini ialah seperti mana yang difardukan oleh Rasulullah SAW ke atas kaum Muslimin.” [Hadith riwayat Bukhari: 1454]




Para fuqaha’ bersepakat bahawa pemerintah mempunyai hak untuk mengutip dan mengagihkan zakat, serta pemerintah hendaklah mengurusnya secara sistematik dan tersusun. Ini supaya zakat tersebut dapat diuruskan dengan efisyen serta memastikan ia disalurkan kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan. (Rujuk Fiqh al-Zakat al-Qaradawi, 2/208)

Justeru, pemerintah wajib untuk melantik amil untuk memungut zakat. Rasulullah SAW dan para khalifah selepas Baginda telah menghantar wakil-wakil untuk memungut zakat. Ini kerana dalam kalangan masyarakat ada yang tidak mengetahui kewajiban untuk mengeluarkan zakat atau bakhil, maka wajib atas pemimpin untuk melantik wakil bagi memungutnya. (Rujuk Kitab Al-Majmu’ Syarh Muhazzab 6/168)

Mengikut undang-undang di Malaysia, kuasa memungut dan mengagihkan zakat diletakkan di bawah kuasa negeri. Tugas tersebut dijalankan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Justeru, tindakan mengagihkan sendiri zakat tanpa melalui wakil yang dilantik pemerintah adalah melanggar undang-undang di bawah Seksyen 16(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) dan boleh dikenakan hukuman jika sabit kesalahan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-76 yang berlangsung pada tahun 2006 telah menetapkan bahawa mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui Baitulmal adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak. Walaubagaimanapun, perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang dalam perkara kebaikan seperti ini adalah berdosa. Ini kerana Islam mewajibkan umatnya untuk patuh dan taat kepada pemerintah (ulil amri) pada perkara kebaikan.

Kesimpulan

Berdasarkan hujah dan perbincangan di atas, kami berpandangan bahawa sebaiknya zakat tersebut diserahkan kepada pihak berwajib yang telah dilantik oleh pemerintah (ulil amri) seperti di Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri atau pihak-pihak yang dilantik oleh pemerintah. Ini kerana mentaati pemerintah (ulil amri) dalam perkara kebaikan merupakan kewajipan seorang Muslim.

Manakala jika ingin memberikan bantuan persendirian kepada pihak yang memerlukan seperti sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan sebagainya, maka kami berpandangan perkara tersebut sangat dialu-alukan dihulurkan sebagai sedekah atau sumbangan peribadi, dan bukan zakat.

Semoga Allah SWT sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk terus melaksanakan amal soleh dan ketaatan kepada-Nya. Amin. Wallahu a’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/mengeluarkan-zakat-secara-persendirian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apple Kini Membolehkan Anda Mendengar Kandungan Apple Podcasts Terus Melalui Web

Apple Kini Membolehkan Anda Mendengar Kandungan Apple Podcasts Terus Melalui Web

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 315 hits
Baru baru ini Google telah memperkenalkan kemudahan untuk pengguna mengikuti kandungan audio atau lebih dikenali sebagai podcast terus melalui web Kini selain Google Apple turut melakukan perkara sama untuk kandungan yang diterbitkan di App...
Kisah Blogger Yang Menjana 17 Juta Setahun Melalui Blog

Kisah Blogger Yang Menjana 17 Juta Setahun Melalui Blog

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 297 hits
Sesetengah orang masih meragui peluang untuk buat duit secara talian online akibat daripada banyak kes penipuan yang dipaparkan di media elektronik manakala segelintir masyarakat kita masih ragu ragu sama ada mereka boleh membuat duit secar...
Kafa Lunaskan Tunggakan Gaji Gonzales Melalui Geran Fam

Kafa Lunaskan Tunggakan Gaji Gonzales Melalui Geran Fam

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 288 hits
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan memutuskan melunaskan tunggakan gaji bekas Pengarah Teknikal The Red Warriors Alfredo Carlos Gonzales menerusi potongan geran Persatuan Bola Sepak Malaysia Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata langka
Punca Sebenar Ecrl Tidak Melalui Bentong Gombak

Punca Sebenar Ecrl Tidak Melalui Bentong Gombak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 999 hits
Punca Sebenar ECRL Tidak Melalui Bentong Gombak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan keputusan kerajaan untuk menjajarkan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur adalah atas alasan perhubungan dan alam sekitar Punca Sebena...
Datangnya Ujian Melalui Syahwat Dan Hawa Nafsu 9348

Datangnya Ujian Melalui Syahwat Dan Hawa Nafsu 9348

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 428 hits
Abu Umair Terhibur dengan Kedatangan Rasulullah by ABU Umair nama yang mungkin terdengar bahwasanya ia adalah seorang pemuda Padahal ia adalah anak kecil yang masih tergantung kebutuhannya kepada kedua orang tuanya Ummu Sulaim dan Abu Thalh...
Tm Mengatakan Berjaya Memperlihatkan Keupayaan Untuk Mencapai Kelajuan Sehingga 5gbps Melalui Rangkaian 5g

Tm Mengatakan Berjaya Memperlihatkan Keupayaan Untuk Mencapai Kelajuan Sehingga 5gbps Melalui Rangkaian 5g

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 268 hits
Di Putrajaya pelbagai syarikat telekomunikasi dalam persiapan untuk mempertontonkan penawaran dan kebolehan masing masing dalam arena rangkaian 5G Telekom Malaysia turut tidak ketinggalan dan kini mereka berkongsi yang mana hari ini mereka ...
Google Menguji Kemaskini Sistem Android Melalui Play Store

Google Menguji Kemaskini Sistem Android Melalui Play Store

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 255 hits
Sejak Project Treble diperkenalkan Google berhasrat untuk semua pengeluar mengedarkan kemaskini sistem operasi Android dengan lebih pantas Walau bagaimanapun kemaskini yang pantas dilihat hanya diedarkan oleh pengeluar peranti yang mengguna...
Mengenal Toxic Parent Melalui Blogger Annisast Di Bully Orang Tua Sendiri Kebayang Nggak Sedihnya

Mengenal Toxic Parent Melalui Blogger Annisast Di Bully Orang Tua Sendiri Kebayang Nggak Sedihnya

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 404 hits
Bikin miris parenting blogger Annisa Steviani bagikan pengalaman nyata orang di sekitarnya yang jadi korban bullying orang tua Pahit banget rasanya
Jana Pendapatan Pasif Melalui Program Affiliate

Jana Pendapatan Pasif Melalui Program Affiliate

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 448 hits
Apa yang anda faham dengan istilah pendapatan pasif Saya merujuk kepada laman web wikipedia maksud bagi pendapatan pasif Pendapatan Pasif ini adalah satu bentuk pendapatan yang anda akan terima untuk kerja kerja yang telah anda lakukan sebe...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya