Mengejutkan Sprm Terus Berbohong Dakwa Tommy Thomas


Norlaile Abd Rahman
Tommy Thomas KUALA LUMPUR- Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau terlibat dalam keputusan melepaskan tanpa membebaskan Riza Abdul Aziz iaitu anak tiri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam satu kenyataan di sini, Tommy berkata, beliau telah membetulkan kenyataan bohong SPRM pada 14 Mei lalu, bagaimanapun badan pencegahan rasuah itu tetap mempertahankan pendirian mereka.
Beliau merujuk kepada para terakhir kenyataan media SPRM yang menyebut “persetujuan antara pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi di mahkamah ini adalah keputusan yang telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas,” yang menurut Tommy amat jelas tidak benar.
“Ini sangat mengejutkan kerana SPRM terus berbohong selepas kebenaran ditunjukkan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini.
Artikel berkaitan: Persetujuan lepas tanpa bebas Riza, kerajaan bakal terima semula aset RM465.3 juta
Jumaat lalu Tommy menafikan beliau terlibat dalam keputusan melepas tanpa membebaskan Riza Riza Shahriz Abdul Aziz yang berdepan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penafiannya itu menyusul selepas SPRM mengeluarkan satu kenyataan memberitahu bahawa Malaysia dijangka menerima semula aset-aset di luar negara yang dianggarkan berjumlah USD107.3 juta (RM465.3 juta) berikutan keputusan bersyarat oleh Mahkamah Sesyen.
Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mempertahankan kenyataan awal badan itu bahawa keputusan tersebut telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh Tommy.
Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad membuat keputusan sedemikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah perkara itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.
Dalam pada itu, menerusi kenyataan hari ini Tommy mengakui ada menerima sepucuk surat bertarikh 18 November 2019 daripada peguam-peguam Riza yang menghantar representasi bertulis kepada beliau bagi menyemak semula pertuduhan jenayah terhadap klien mereka.
Menurutnya, setiap hari Jabatan Peguam Negara menerima representasi bertulis daripada peguam-peguam yang mewakili anak guam mereka yang menghadapi pertuduhan jenayah dan memohon rayuan.
Artikel berkaitan: Anak tiri Najib lepas tanpa bebas
“Dengan itu, tiada apa yang pelik mengenai penghantaran representasi oleh peguam Riza.
“Sama ada saya secara peribadi bersetuju terhadap permintaan mereka supaya Riza dibebaskan adalah dua isu berbeza.
“Saya tidak pernah bersetuju untuk membebaskan Riza. Ringkas dan mudah,” tegasnya.
Tambah Tommy, surat tersebut diserahkan kepada Gopal Sri Ram untuk dikaji dan kemudiannya memberi cadangan kepada beliau.
Bagaimanapun, beliau tidak menerima sebarang nasihat daripada Gopal sehinggalah Tommy meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara pada 28 Februari lalu.- MalaysiaGazette
Artikel berkaitan:
* Reaksi Anak Tiri Najib Razak, Riza Aziz Hadir Mahkamah Kuala Lumpur
* Tun Mahathir keliru dan tertanya-tanya
* Jika ‘dia’ masih tak faham, panggil Gopal Sri Ram, Tommy Thomas jelaskan – Najib




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/mengejutkan-sprm-terus-berbohong-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bos Sprm Pertahan Kenyataan Berkait Penyelesaian Bagi Riza Selepas Tommy Thomas Nafi

Bos Sprm Pertahan Kenyataan Berkait Penyelesaian Bagi Riza Selepas Tommy Thomas Nafi

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 386 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mempertahankan penyelesaian terhadap penerbit Hollywood Riza Aziz adalah betul seperti dipersetujui bekas peguam negara Tommy Thomas kerana ia merupakan keputusan pasukan pendakwaan kes itu Ketua Pesur...
Kes Riza Aziz Sprm Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut

Kes Riza Aziz Sprm Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Bekas Peguam Negara Tommy Thomas pada setiap masa dimaklumkan dan dikemas kini tentang status permohonan representasi Riza Aziz berhubung 5 tuduhan pengubahan wang melibatkan kira kira RM250 juta kata beberapa pegawai kanan age...
Tommy Thomas Absolutely Shocked By Macc S Claim Of His Involvement In Riza Aziz Case Decision

Tommy Thomas Absolutely Shocked By Macc S Claim Of His Involvement In Riza Aziz Case Decision

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 338 hits
PETALING JAYA Former attorney general Tan Sri Tommy Thomas has detailed a timeline of events disputing the Malaysian Anti Corruption Commission s claim implicating him in the decision of the case involving Riza Abdul Aziz Riza Aziz the step...
Lepas Tanpa Bebas Rm1 25 Bilion Tommy Thomas Terbabit

Lepas Tanpa Bebas Rm1 25 Bilion Tommy Thomas Terbabit

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 267 hits
SPRM berbohong Tommy ThomasBEKAS peguam negara Tan Sri Tommy Thomas menafikan sekali lagi bahawa beliau terbabit dalam isu melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram AS 248 juta berkaitan penyelewengan ...
Did Tommy Thomas Resign Too Abruptly In Feb

Did Tommy Thomas Resign Too Abruptly In Feb

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 336 hits
Tommy Thomas has explained himself succinctly that he did not agree to a settlement with film producer Riza Abdul Aziz over money laundering charges related to 1MDB funds and that he agreed as a lie I can accept the former attorney general ...
I M Setting The Record Straight For The Second Time Tommy Thomas

I M Setting The Record Straight For The Second Time Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 307 hits
AS I have been mentioned on numerous occasions in the media release issued yesterday by my successor Tan Sri Idrus bin Harun I have to put the record straight a second time 2 I took into account the benefits of the AMLA Act 2001 when I deci...
One Of The Great Legal Mysteries That S Tommy Thomas

One Of The Great Legal Mysteries That S Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 331 hits
Malaysia May 18 Tommy Thomas is trying too hard to defend his integrity over the DNA deal that his handpicked lead prosecutor Gopal Sri Ram made last week with Riza Aziz The former AG says he Never Words are cheap The prominent lawyer Faisa...
Jika Dia Masih Tak Faham Panggil Gopal Sri Ram Tommy Thomas Jelaskan Najib

Jika Dia Masih Tak Faham Panggil Gopal Sri Ram Tommy Thomas Jelaskan Najib

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 288 hits
Riza Aziz KUALA LUMPUR Perbicaraan kes Riza Aziz tidak pernah berjalan satu hari pun sejak dia didakwa hampir setahun lalu malah pihak pendakwa yang menangguhkan kes tersebut kepada 25 Februari tahun ini Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Naj...
Tommy Thomas Kata Dia Sokong Mahathir Dan Pakatan Harapan

Tommy Thomas Kata Dia Sokong Mahathir Dan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 290 hits
Thomas berkata ia tidak akan mengkhianati kepercayaan perdana menteri dan kerajaan Pakatan Harapan yang diberi kepadanya dengan membenarkan perjanjian itu Bekas Peguam Negara Tommy Thomas menegaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju seca...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran