Jika Dia Masih Tak Faham Panggil Gopal Sri Ram Tommy Thomas Jelaskan Najib


Wartawan MalaysiaGazette Riza Aziz KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Riza Aziz tidak pernah berjalan satu hari pun sejak dia didakwa hampir setahun lalu malah pihak pendakwa yang menangguhkan kes tersebut kepada 25 Februari tahun ini.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak pendakwa diketuai Gopal Sri Ram dan juga bekas Peguam Negara, Tommy Thomas – kedua-duanya dilantik oleh Pakatan Harapan semasa memerintah yang memulakan proses penyelesaian dengan Riza.
Riza merupakan anak tiri Najib.
Menjawab persoalan serta kekeliruan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keputusan Mahkamah Sesyen semalam yang melepas tanpa membebaskan Riza, Najib berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tidak mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka terkejut kes tersebut diselesaikan.
“Pihak SPRM pun tak keluarkan kenyataan rasmi bahawa mereka terkejut kerana kes Riza Aziz (yang tidak pernah masuk hari pertama perbicaraan) diselesaikan seperti mereka terkejut apabila kes Guan Eng rasuah digugurkan masa PH walaupun puluhan saksi dah dipanggil dan perbicaraan sudah berjalan hampir sebulan.
“Malah, pihak SPRM tiada masalah dengan penyelesaian kes Riza dan masih tegas ianya keputusan Tommy Thomas,” kata Najib dalam hantaran terbaharu di laman Facebook.
Terdahulu Dr Mahathir melahirkan rasa keliru dan tertanya-tanya terhadap keputusan hakim itu yang menurut beliau tidak terkandung dalam undang-undang jenayah.
Kata Ahli Parlimen Langkawi itu, jika pun peruntukan seperti itu ada dalam undang-undang maka ia perlu dipinda supaya kelak tidak menjadi asas kepada kes-kese seumpama itu kerana menurut Dr Mahathir di Malaysia masih ramai lagi pencuri.
Mengulas lanjut, Najib berkata, jika ‘dia’ (Dr Mahathir) tidak faham, beliau boleh memanggil Gopal Sri Ram atau Tommy Thomas untuk menjelaskan kekeliruan tersebut kepadanya.
“Harap dengan penjelasan cara mudah ini, “dia” akan faham dan kurang konpius,” kata Najib yang di awal hantarannya menyebut bahawa beliau menaip tulisannya itu perlahan-lahan dengan cara paling ringkas supaya ‘dia’ faham.
Najib menjelaskan panjang lebar tentang pembabitan Riza dalam projek filem yang menyaksikan penglibatan keluarga kerabat Abu Dhabi yang mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar melabur dalam projek filem anak tirinya itu
Kesemuanya itu, katanya, ada perjanjian pelaburan, mahkamah serta jabatan pendakwa raya
Filem-filem Riza, menurut Najib agak berjaya di mana yang pertama iaitu Wolf of Wall Street (2013) menjana penjualan tiket US$392 juta (RM1.7 bilion) berbanding kos US$100 juta (RM430 juta)
“Ini bukan bail-out Petronas untuk syarikat milik anak sulung tertentu ataupun Vincent Tan jual kumpulan hospital Pantai kepada anak kedua tertentu yang berumur 35 tahun masa itu.
“Ini juga bukan konsesi-konsesi FOMEMA atau kontrak membekal semua hospital kerajaan yang diberi kepada kumpulan Pantai selepas anak tertentu membelinya.
“Ini juga bukan melantik syarikat Petron sebagai syarikat rasmi untuk membekal minyak kepada kerajaan sebaik sahaja PH menang PRU14.
“Dan ini juga bukan syarikat Opcom Bhd milik anak bongsu tertentu yang terlibat dalam projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bernilai RM21.6b yang diwujudkan, diluluskan dan dilaksanakan oleh kerajaan PH dalam tempoh kurang setahun sehingga harga saham Opcom melonjak naik 50%,” tulis Najib. d…
Beliau juga mengimbau pendedahan rakaman audio oleh Latheefa Koya sambil berterima kasih kepada bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu kerana sudi mengeluarkan bukti untuk membantu beliau dan Riza membersihkan nama.
Katanya, menyelesaikan kes-kes di USA dan di Malaysia dengan cara membayar balik dana asal dan sebahagian keuntungan yang diperolehi.
Kesemua transaksi, akaun bank, penggunaan dana, keuntungan yang dijana dari dana, perjanjian dan saksi-saksi adalah di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat. Nak bicara di Malaysia pun susah.
“Pun begitu, DOJ Amerika Syarikat juga tak pernah mendakwa Riza atas kes jenayah. Cuma saman sivil yang sudahpun diselesaikan di sana tahun lepas.
“Tapi yang pelik ialah walaupun satu butir transaksi-transaksi Riza pun tak berlaku di Malaysia, didakwa dengan kes jenayah di Malaysia pulak. Tapi USA tak ada,” katanya.
Riza yang berdepan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilepas tanpa bebas.
Artikel berkaitan: Persetujuan lepas tanpa bebas Riza, kerajaan bakal terima semula aset RM465.3 juta
Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad membuat keputusan sedemikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah perkara itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.
Dengan keputusan itu kerajaan Malaysia dijangka menerima semula aset-aset di luar negara yang dianggarkan berjumlah USD107.3 juta (RM465.3 juta).
SPRM dalam kenyataannya berkata, pihak pendakwaan berhak mengembalikan pertuduhan dan mendakwa tertuduh sekiranya tidak berpuas hati dengan pelaksanaan persetujuan yang dicapai. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/jika-dia-masih-tak-faham-panggil-gopal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prosecutor Gopal Sri Ram Cleared Atuk S Confusion

Prosecutor Gopal Sri Ram Cleared Atuk S Confusion

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 227 hits
Controversy over decision to discharge Riza Aziz should end with AG s statement says Sri RamKUALA LUMPUR The controversy surrounding the decision to discharge film producer Riza Shahriz Abdul Aziz over money laundering charges should end wi...
Mengejutkan Sprm Terus Berbohong Dakwa Tommy Thomas

Mengejutkan Sprm Terus Berbohong Dakwa Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 431 hits
Tommy Thomas KUALA LUMPUR Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas menafikan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bahawa beliau terlibat dalam keputusan melepaskan tanpa membebaskan Riza Abdul Aziz iaitu anak tiri Datuk Seri Naj...
Did Tommy Thomas Resign Too Abruptly In Feb

Did Tommy Thomas Resign Too Abruptly In Feb

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 336 hits
Tommy Thomas has explained himself succinctly that he did not agree to a settlement with film producer Riza Abdul Aziz over money laundering charges related to 1MDB funds and that he agreed as a lie I can accept the former attorney general ...
One Of The Great Legal Mysteries That S Tommy Thomas

One Of The Great Legal Mysteries That S Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 330 hits
Malaysia May 18 Tommy Thomas is trying too hard to defend his integrity over the DNA deal that his handpicked lead prosecutor Gopal Sri Ram made last week with Riza Aziz The former AG says he Never Words are cheap The prominent lawyer Faisa...
Tommy Thomas Kata Dia Sokong Mahathir Dan Pakatan Harapan

Tommy Thomas Kata Dia Sokong Mahathir Dan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 289 hits
Thomas berkata ia tidak akan mengkhianati kepercayaan perdana menteri dan kerajaan Pakatan Harapan yang diberi kepadanya dengan membenarkan perjanjian itu Bekas Peguam Negara Tommy Thomas menegaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju seca...
I M Setting The Record Straight For The Second Time Tommy Thomas

I M Setting The Record Straight For The Second Time Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 306 hits
AS I have been mentioned on numerous occasions in the media release issued yesterday by my successor Tan Sri Idrus bin Harun I have to put the record straight a second time 2 I took into account the benefits of the AMLA Act 2001 when I deci...
Lepas Tanpa Bebas Rm1 25 Bilion Tommy Thomas Terbabit

Lepas Tanpa Bebas Rm1 25 Bilion Tommy Thomas Terbabit

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 267 hits
SPRM berbohong Tommy ThomasBEKAS peguam negara Tan Sri Tommy Thomas menafikan sekali lagi bahawa beliau terbabit dalam isu melepaskan tanpa membebaskan Riza Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram AS 248 juta berkaitan penyelewengan ...
Tommy Thomas Absolutely Shocked By Macc S Claim Of His Involvement In Riza Aziz Case Decision

Tommy Thomas Absolutely Shocked By Macc S Claim Of His Involvement In Riza Aziz Case Decision

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 337 hits
PETALING JAYA Former attorney general Tan Sri Tommy Thomas has detailed a timeline of events disputing the Malaysian Anti Corruption Commission s claim implicating him in the decision of the case involving Riza Abdul Aziz Riza Aziz the step...
Tun M Jelaskan Usul Undi Tak Percaya Kerana Muhyiddin Kerjasama Dengan Najib

Tun M Jelaskan Usul Undi Tak Percaya Kerana Muhyiddin Kerjasama Dengan Najib

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 292 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya foto HAZROL ZAINAL PUTRAJAYA Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri adalah kerana Tan Sri Muhyiddin Y...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Tips For Achieving Your Saving Goals



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects

Iltizam Anak Selangor Aka Anas Yawas Pengganti Tawas

Perkhidmatan Senarai Kiosk Kwsp

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls