Kes Riza Aziz Sprm Bingung Bila Tommy Thomas Terkejut




KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara Tommy Thomas pada setiap masa dimaklumkan dan dikemas kini tentang status permohonan representasi Riza Aziz berhubung 5 tuduhan pengubahan wang melibatkan kira-kira RM250 juta, kata beberapa pegawai kanan agensi anti-rasuah.
Mereka juga mengesahkan urutan peristiwa yang membawa kepada pelepasan bersyarat yang diberikan kepada anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak itu, seperti yang diberitahu Peguam Negara Idrus Harun.
“Setiap surat-menyurat oleh peguam Riza kepada Thomas juga disalin kepada kami. Semuanya secara hitam putih, jadi membingungkan bila beliau (Tommy Thomas) kata terkejut dengan keputusan mahkamah minggu lepas,” kata sumber di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kepada sebuah portal.
Ia menjawab reaksi Thomas yang marah dengan keputusan Mahkamah Sesyen memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNNA) kepada Riza.
Tahun lepas, Riza dituduh dengan 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta yang dibayar kepada syarikat penerbitan Red Granite Pictures di Hollywood antara 2011 dan 2012.
Dalam penyelesaian yang diumumkan Mahkamah Sesyen pada 14 Mei, Riza akan menyerahkan hak ke atas 3 hartanah yang dirampas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan membolehkan kerajaan melucutkan haknya ke atas wang yang dirampas daripadanya.
Riza juga akan membayar kompaun RM500,000 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).
Thomas, yang meletakkan jawatan peguam negara selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada Februari, cuba menjauhkan diri daripada urus janji itu, dengan berkata, beliau tidak pernah bersetuju dengan representasi oleh Riza.
Bagaimanapun portal FMT mengesahkan, berdasarkan dokumen dan perbualan dengan pihak yang terlibat dalam mendapatkan kembali aset 1MDB yang didakwa dilencongkan kepada Riza, bahawa surat representasi daripada peguamnya diterima Thomas secara positif.
Surat representasi itu pertama kali dikirim oleh peguam Riza, Scivetti & Associates kepada Thomas pada 18 Nov tahun lepas dengan menyenaraikan cadangan penyelesaian itu.
Merujuk kepada surat itu, Thomas kemudiannya menulis kepada timbalan pendakwa raya kanan, Gopal Sri Ram:
“Berdasarkan kenyataan di perenggan 5.10, 5.14, 5.15, 5.18 dan 5.19, saya sedia mempertimbangkan rundingan ini. Perenggan 5.20 mengandungi syarat penyelesaian yang dicadangkan. Saya tunggu nasihat anda,” katanya.
Thomas bagaimanapun menambah beliau tidak yakin Riza akan menjadi seorang “saksi pendakwaan yang baik terhadap bapanya”.
Semalam, Sri Ram memberi isyarat bahawa Riza mungkin memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB melibatkan bapa tirinya, Najib Razak.
Pada Isnin, Thomas mengesahkan notanya kepada Sri Ram yang menyambut baik cadangan Riza, tetapi enggan mengulas lanjut kerana menurutnya tiada akses kepada nota tulisan tangan yang asal.
Peguam Riza mengirim surat susulan berhubung permintaan untuk representasi yang pertama pada Januari tahun ini.
Dalam surat yang dilihat FMT, Thomas dimaklumkan seorang pendakwa raya SPRM memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa representasi Riza sudah diterima oleh Pejabat Peguam Negara untuk pertimbangan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/05/kes-riza-aziz-sprm-bingung-bila-tommy.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Riza Aziz Lepas Peguam Negara Perlu Jelas Penafian Tommy Thomas

Riza Aziz Lepas Peguam Negara Perlu Jelas Penafian Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 540 hits
Kredit Haniff Khatri Pada sebelah pagi hari ini 14 05 2020 telah terular berita berkaitan PERINTAH PELEPASAN yang dianugerahkan oleh MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR kepada RIZA SHAHRIZ AZIZ daripada pertuduhan Jenayah AMLA berkaitan pertuduhan...
Bos Sprm Pertahan Kenyataan Berkait Penyelesaian Bagi Riza Selepas Tommy Thomas Nafi

Bos Sprm Pertahan Kenyataan Berkait Penyelesaian Bagi Riza Selepas Tommy Thomas Nafi

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 477 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mempertahankan penyelesaian terhadap penerbit Hollywood Riza Aziz adalah betul seperti dipersetujui bekas peguam negara Tommy Thomas kerana ia merupakan keputusan pasukan pendakwaan kes itu Ketua Pesur...
Anwar Selar Sprm Berhubung Penyelesaian Kes Riza Aziz

Anwar Selar Sprm Berhubung Penyelesaian Kes Riza Aziz

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 418 hits
May 20 2020 2 52 PMPresiden PKR Anwar IbrahimPETALING JAYA Anwar Ibrahim hari ini menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung keputusan memberikan memberikan pelepasan tanpa dibebaskan kepada Riza Aziz anak tiri bekas perdana ...
Tommy Thomas Absolutely Shocked By Macc S Claim Of His Involvement In Riza Aziz Case Decision

Tommy Thomas Absolutely Shocked By Macc S Claim Of His Involvement In Riza Aziz Case Decision

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 386 hits
PETALING JAYA Former attorney general Tan Sri Tommy Thomas has detailed a timeline of events disputing the Malaysian Anti Corruption Commission s claim implicating him in the decision of the case involving Riza Abdul Aziz Riza Aziz the step...
Tommy Thomas Didn T Agree To Plea Bargain With Riza Report

Tommy Thomas Didn T Agree To Plea Bargain With Riza Report

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 307 hits
Former attorney general Tommy Thomas has reportedly disputed MACC s claim that he had agreed to the plea bargain between the prosecution and movie producer Riza Abdul Aziz According to The Malaysian Insight today Thomas said he was aware th...
Thomas Sanctioning Riza Aziz Deal Would Ve Betrayed Pm Harapan S Trust

Thomas Sanctioning Riza Aziz Deal Would Ve Betrayed Pm Harapan S Trust

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 318 hits
Former attorney general Tommy Thomas has reiterated that he never sanctioned the settlement deal with film producer Riza Aziz as he would have betrayed the trust of the prime minister and the Pakatan Harapan government by doing so This was ...
Pohon Semak Kes Riza Aziz Adalah Tindakan Semberono Peguam

Pohon Semak Kes Riza Aziz Adalah Tindakan Semberono Peguam

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 321 hits
TINDAKAN seorang peguam Shaharuddin Ali menghantar surat kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menyemak semula keputusan kes Riza Aziz yang dilepaskan tetapi tidak dibebaskan adalah perbuatan tidak masuk akal dan bersifat semb...
Riza Aziz Dilepas Malaysia Dijangka Terima Semula Rm465 3 Juta Sprm

Riza Aziz Dilepas Malaysia Dijangka Terima Semula Rm465 3 Juta Sprm

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 376 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini memaklumkan kerajaan dijangka akan menerima semula aset aset di luar negara berjumlah RM465 3 juta ekoran keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Az...
Kes Riza Aziz Takiyuddin Minta Tun M Tak Bersikap Hipokrit

Kes Riza Aziz Takiyuddin Minta Tun M Tak Bersikap Hipokrit

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 346 hits
PUTRAJAYA Kegusaran Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keputusan Mahkamah Sesyen memberi pelepasan tanpa pembebasan kepada penerbit Hollywood Riza Aziz dianggap sebagai tidak munasabah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassa...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi