Mengapakah Shahidan Yang Tidak Tinggal Di Lembah Kelang Dilantik Menteri Wilayah


 


Pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan meningkatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga kota di Lembah Kelang serta sekitarnya.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya 'lebih serius' dalam memikirkan hal-hal penting seperti lantikan menteri kabinet.
Menurut beliau, Shahidan Kassim yang tidak pernah menetap di Kuala Lumpur atau kawasan Lembah Kelang dan tidak faham dengan kehendak warga di sana maka tidak seharusnya menjawat Menteri Wilayah.
"Pengumuman kabinet PM, Datuk Seri Ismail Sabri lebih kepada proses 'rombakan kabinet' dengan majoriti menteri masih mengekalkan jawatan mereka.
"Namun apa yang mengejutkan, pelantikan Datuk Seri Shahidan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Ia adalah satu keputusan yang amat janggal dan langsung tidak pernah terlintas di fikiran rakyat tempatan. Menteri Wilayah seharusnya seorang yang tinggal dan bergaul dengan masyarakat setempat setiap hari.
"Keadaan masyarakat miskin di kota raya Kuala Lumpur dikhuatiri tidak dapat diselami oleh seseorang berlatar belakang seperti beliau," katanya.
Bagi Zahir, Shahidan yang hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri Perlis yang jauh berbeza latar sosial penduduknya akan sangat sukar untuk memberikan input idea baharu kepada masyarakat kosmopolitan seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan.
Zahir mengingatkan Shahidan bahawa terdapat rencam masalah yang dihadapi populasi bandar, yang seharusnya ditangani dengan cara yang berbeza berbanding di negeri yang penduduknya majoriti tinggal di kawasan luar bandar.
"PM dalam ucapannya telah memberikan satu jaminan dalam tempoh 100 hari yang pertama, kesemua Menteri perlu membuktikan pencapaian kementerian mereka. Suka saya ingatkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, ada beberapa isu yang sepatutnya diberikan tumpuan sepenuhnya.
"Perancangan jangka pendek dan panjang harus segera dirangka untuk isu kemiskinan bandar, keciciran pembelajaran kanak-kanak B40, kehilangan pendapatan harian penjaja bandar, dan isu kehilangan pekerjaan. Dalam tempoh 100 hari, beliau sepatutnya telah merangka perancangan tindakan untuk kesemua isu di atas," katanya lagi.
Justeru, Zahir berkata, masalah di Wilayah Persekutuan memerlukan tingkat kefahaman yang rumit dari menterinya dan tekad politik untuk melakukan perubahan.
Hal itu juga, kata Zahir, memerlukan tindakan yang mencabar status quo. Namun, melihatkan kepada pencapaian politik Shahidan selama ini, dikhuatiri rakyat Wilayah Persekutuan cuma boleh mengharapkan pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Untuk rekod, Menteri Wilayah sebelum ini Annuar Musa biar pun Ahli Parlimen dari Kelantan namun memiliki rumah dan sering tinggal di Kuala Lumpur.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/mengapakah-shahidan-yang-tidak-tinggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Orang Lainkah Selain Shahidan Jadi Menteri Wilayah

Tak Ada Orang Lainkah Selain Shahidan Jadi Menteri Wilayah

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 450 hits
Pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan meningkatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga kota di Lembah Kelang serta sekitarnya Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan Za...
Hiburan Annuar Musa Dilantik Menteri Komunikasi Ummi Nazeera Ucap Penghargaan Dan Tahniah

Hiburan Annuar Musa Dilantik Menteri Komunikasi Ummi Nazeera Ucap Penghargaan Dan Tahniah

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 220 hits
Beberapa hari yang lalu Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan barisan kabinet yang terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan 38 timbalan menteri ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAntara yang menda...
Menteri Pn Mengucapkan Selamat Tinggal Di Media Sosial

Menteri Pn Mengucapkan Selamat Tinggal Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 525 hits
Beberapa menteri Kabinet menggunakan media sosial untuk mengucapkan selamat tinggal tidak lama selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini ...
Terkini Tengku Zafrul Kembali Dilantik Menteri Kewangan Tuan Ibrahim Kekal Menteri Alam Sekitar

Terkini Tengku Zafrul Kembali Dilantik Menteri Kewangan Tuan Ibrahim Kekal Menteri Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 482 hits
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kembali dilantik semula menjadi Menteri Kewangan umum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 9

Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 9

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 459 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras dengan Perkara 40 dan Perkara 43 Perlembagaan Persek...
Mengapa Bekas Menteri Bawa Pelaburan Rm82 Bilion Dari Turki Tak Dilantik

Mengapa Bekas Menteri Bawa Pelaburan Rm82 Bilion Dari Turki Tak Dilantik

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 225 hits
BOB KELANANG Tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub tidak melantik semula Datuk Dr Khairudin Aman Razali sebagai menteri telah dipersoalkan Ini kerana semasa menjadi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dahulu beli...
Hamzah Tpm Zafrul Tidak Dilantik Menteri Ayaq Suam Digugurkan P Blah La Dok 500 Negara Mana Yang Suka

Hamzah Tpm Zafrul Tidak Dilantik Menteri Ayaq Suam Digugurkan P Blah La Dok 500 Negara Mana Yang Suka

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 317 hits
Terkini Media lapor Hamzah akan dilantik TPMAugust 25 2021 Ismail Sabri dilapor pegang menteri kewangan Hamzah TPM PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob akan berfungsi sebagai menteri kewangan dalam kabinet barunya yang dijangka akan diumumka...
Yb Dr Radzi Jidin Dilantik Sebagai Menteri Pendidikan

Yb Dr Radzi Jidin Dilantik Sebagai Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 412 hits
Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob telah mengumumkan senarai Barisan Kabinet yang akan membantu beliau dalam menerajui pentadbiran Senarai Menteri dan Timbalan Menteri telah pun mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagin...
6 Pemimpin Dari Sabah Dilantik Menteri Timbalan Menteri

6 Pemimpin Dari Sabah Dilantik Menteri Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 317 hits
6 pemimpin dari Sabah dilantik memenuhi 2 jawatan menteri penuh dan 4 timbalan menteri dalam kabinet Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 2 wajah baharu pemimpin Sabah jadi Timbalan Menteri KOTA KINAB...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

How Your Oral Health Affects Your Gut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Restoran Tiga Ikan Kl East Mall

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

When Giving Gets Tough

Nak Share Sini

Purrfect Plushies Mimi Tam Tam Kenangan Coffee