Tak Ada Orang Lainkah Selain Shahidan Jadi Menteri Wilayah



Pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan meningkatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga kota di Lembah Kelang serta sekitarnya.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepatutnya ‘lebih serius’ dalam memikirkan hal-hal penting seperti lantikan menteri kabinet.
Menurut beliau, Shahidan Kassim yang tidak pernah menetap di Kuala Lumpur atau kawasan Lembah Kelang dan tidak faham dengan kehendak warga di sana maka tidak seharusnya menjawat Menteri Wilayah.
“Pengumuman kabinet PM, Datuk Seri Ismail Sabri lebih kepada proses ‘rombakan kabinet’ dengan majoriti menteri masih mengekalkan jawatan mereka.
“Namun apa yang mengejutkan, pelantikan Datuk Seri Shahidan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. Ia adalah satu keputusan yang amat janggal dan langsung tidak pernah terlintas di fikiran rakyat tempatan. Menteri Wilayah seharusnya seorang yang tinggal dan bergaul dengan masyarakat setempat setiap hari.
“Keadaan masyarakat miskin di kota raya Kuala Lumpur dikhuatiri tidak dapat diselami oleh seseorang berlatar belakang seperti beliau,” katanya.
Bagi Zahir, Shahidan yang hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri Perlis yang jauh berbeza latar sosial penduduknya akan sangat sukar untuk memberikan input idea baharu kepada masyarakat kosmopolitan seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan.
Zahir mengingatkan Shahidan bahawa terdapat rencam masalah yang dihadapi populasi bandar, yang seharusnya ditangani dengan cara yang berbeza berbanding di negeri yang penduduknya majoriti tinggal di kawasan luar bandar.
“PM dalam ucapannya telah memberikan satu jaminan dalam tempoh 100 hari yang pertama, kesemua Menteri perlu membuktikan pencapaian kementerian mereka. Suka saya ingatkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, ada beberapa isu yang sepatutnya diberikan tumpuan sepenuhnya.
“Perancangan jangka pendek dan panjang harus segera dirangka untuk isu kemiskinan bandar, keciciran pembelajaran kanak-kanak B40, kehilangan pendapatan harian penjaja bandar, dan isu kehilangan pekerjaan. Dalam tempoh 100 hari, beliau sepatutnya telah merangka perancangan tindakan untuk kesemua isu di atas,” katanya lagi.
Justeru, Zahir berkata, masalah di Wilayah Persekutuan memerlukan tingkat kefahaman yang rumit dari menterinya dan tekad politik untuk melakukan perubahan.
Hal itu juga, kata Zahir, memerlukan tindakan yang mencabar status quo. Namun, melihatkan kepada pencapaian politik Shahidan selama ini, dikhuatiri rakyat Wilayah Persekutuan cuma boleh mengharapkan pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32939

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapakah Shahidan Yang Tidak Tinggal Di Lembah Kelang Dilantik Menteri Wilayah

Mengapakah Shahidan Yang Tidak Tinggal Di Lembah Kelang Dilantik Menteri Wilayah

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 323 hits
Pelantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah Persekutuan meningkatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warga kota di Lembah Kelang serta sekitarnya Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan Za...
Ismail Sabri Sah Sebagai Perdana Menteri Kesembilan

Ismail Sabri Sah Sebagai Perdana Menteri Kesembilan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 249 hits
malaysiakini comDiterbitkan 20 Aug 2021 5 05 pmDikemaskini 5 26 pmYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini memperkenan pelantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakub sebagai perdana menteri ba...
Lantik Najib Menteri Kewangan Dan Tugas Khas Membawa Jolo Pulang

Lantik Najib Menteri Kewangan Dan Tugas Khas Membawa Jolo Pulang

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 309 hits
Ini AKAN membantu kerajaan baru bukan setakat cakap pandai tetapi terbukti berkesan
Istana Negara Dijangka Buat Pengumuman Perdana Menteri Ke 9 Petang Ini

Istana Negara Dijangka Buat Pengumuman Perdana Menteri Ke 9 Petang Ini

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 205 hits
Istana Negara dijangka buat pengumuman Perdana Menteri ke 9 petang ini Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dijangka mengumumkan pelantikan perdana menteri baru selepas mengadakan satu pertemuan khas ...
Shafie Kecewa Gps Tidak Sokong Calon Perdana Menteri Dari Borneo

Shafie Kecewa Gps Tidak Sokong Calon Perdana Menteri Dari Borneo

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 422 hits
Presiden Warisan Shafie Apdal Presiden Warisan Shafie Apdal tidak lagi mencalonkan diri untuk menjadi calon perdana menteri Shafie nampaknya berharap dapat memperoleh sokongan dari GPS untuk menambah jumlah sokongan pembangkang tetapi gagal...
Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 9

Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 9

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 431 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selaras dengan Perkara 40 dan Perkara 43 Perlembagaan Persek...
Annuar Musa Jemaah Menteri Baharu Tak Banyak Berubah Wakil Rakyat Henti Ugutan

Annuar Musa Jemaah Menteri Baharu Tak Banyak Berubah Wakil Rakyat Henti Ugutan

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 289 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Semua pihak digesa berhenti daripada terus membuat ugutan kepada kerajaan selepas pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri baharu kerana ia boleh menganggu perjalanan perancangan dalam usaha mendepan...
Apa Nama Kerajaan Perdana Menteri Baru

Apa Nama Kerajaan Perdana Menteri Baru

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 471 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Kerajaan Perikatan Nasional sudah tumbang Bersama Tan Sri Mahiaddin Yassin Kerajaan Yang terbentuk hari ini Perdana Menteri nya Datuk Ismail Sabri bukan dari kelompok Perikatan Nasional Datuk Ismail Sabri adalah ahli U...
Teks Ucapan Amanat Terakhir Tan Sri Muhyiddin Yassin Kepada Pegawai Jabatan Perdana Menteri

Teks Ucapan Amanat Terakhir Tan Sri Muhyiddin Yassin Kepada Pegawai Jabatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 245 hits
Saya rasa lega Muhyiddin memberitahu isterinya di hari perletakan Jawatannya Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera selamat pagi Datuk Marzuki Ketua Setiausaha Sulit Rakan rakan pegawai pegawai di Jabatan Perdana Menteri...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025