Mengapa Takbir Raya Sebut Perang Ahzab




1. Sedar atau tidak, dalam lafaz takbir raya kita sering diingatkan tentang peristiwa Perang Ahzab. Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz:

صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

“Allah telah membenarkan janjinya, membantu hambanya, dan mengalahkan pakatan al-Ahzab dengan sendirinya.” (HR Muslim)

2. Menurut al-Imam al-Nawawi, perkataan Ahzab di dalam lafaz takbir ini merujuk kepada Perang Khandaq atau dikenali juga dengan Perang Ahzab. Kata al-Nawawi:

والمراد بالأحزاب الذين اجتمعوا يوم الخندق وتحزبوا على رسول الله

“Dan yang dimaksudkan dengan al-Ahzab (di dalam lafaz ini) adalah mereka yang berpakat di dalam Perang Khandaq untuk memerangi Rasulullah.” (al-Nawawi, Sharh Muslim).

3. Jadi, mengapa Takbir Raya ini mengingatkan kita tentang Perang Ahzab ini?
Perang Ahzab berlaku ketika serangan orang kafir itu datang dari segenap pelusuk untuk menghapuskan perjuangan Islam. Firman Allah:

إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ

“Dan ketika mereka datang dari atas dan bawah kamu.” (al-Ahzab: 10)

4. Bererti Perang Ahzab ini mengingatkan kepada kita tentang situasi yang sangat genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah serta para pejuang Islam. Peringatan ini kekal sehingga hari ini.

Hari ini umat Islam ditekan dan di asak dari atas dan bawah. Tekanan berlaku dalam bentuk fizikal (seperti peperangan ke atas umat Islam) begitu juga tekanan mental dari aspek serangan ideologi seperti Liberalisme, pluralisme dan sekularisme.

5. Ketika asakan serta tekanan dikenakan ke atas kaum Muslim dalam Perang Ahzab, kumpulan Munafiq pula datang menimbulkan keraguan dari dalam. Perkara ini direkodkan oleh Allah dalam firmannya:

وَإِذْ قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا

Dan juga masa itulah golongan Munafiq antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". (al-Ahzab: 13)

6. Ayat ini mengingatkan kita bagaimana kumpulan Munafiq ini datang untuk meragukan kaum Muslimin tentang perjuangan mereka, malah menakutkan Muslim tentang ancaman serta risiko yang bakal dikenakan kepada mereka.

Begitulah juga yang berlaku hari ini, terdapat kumpulan Muslim yang meragukan kefahaman tentang Islam, mereka mencampur-adukkan fahaman Liberalisme dan pluralisme ke dalam pemikiran Muslim.

7. Bukan sahaja Takbir ini mengingatkan kita tentang kesusahan perjuangan Rasulullah membawa Tauhid, ia juga adalah ikrar kita untuk memerangi kekufuran sekalipun dibenci oleh orang kafir. Ia termaktub dalam lafaz:

وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اياه مُخْلِصِينَ له الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

“dan kami tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama (kami patuh ajaran agama), sekalipun dibenci oleh orang kafir.”

8. Anehnya hari ini, terdapat dikalangan kita yang lebih menjaga hati si kafir berbanding menjaga hak Allah. Mereka lebih lunak bersama orang kafir namun bersikap keras tehadap saudara Muslim.

Sedarlah kita bahawa inilah takbir yang kita ikrarkan setiap hari perayaan. Orang beriman tidak bimbang dibenci kafir ketika berjuang meletakkan Islam yang tertinggi.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/mengapa-takbir-raya-sebut-perang-ahzab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Takbir Hari Raya Aidilfitri

Panduan Takbir Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 3986 hits
Panduan Takbir Hari Raya Aidilfitri Salam aidilfitri kepada semua umat islam di seluruh dunia amnya dan kepada seluruh umat islam di Malaysia khasnya Tahun ini 2020 adalah perayaan aidilfitri yang berlainan dari norma kebiasaan kita beraya ...
Muhyiddin Pimpin Takbir Raya Bersama Jemaah Menteri

Muhyiddin Pimpin Takbir Raya Bersama Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 421 hits
Istimewanya pada tahun ini rakyat Malaysia disajikan sebuah video rakaman bacaan takbir raya secara berjemaah yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Video sepanjang 4 minit 52 saat itu disiarkan menerusi laman Facebook Muhyiddin Yas...
Pm Pertama Ketuai Alunan Takbir Raya Tsmy Buat Seluruh Rakyat Malaysia Sebak

Pm Pertama Ketuai Alunan Takbir Raya Tsmy Buat Seluruh Rakyat Malaysia Sebak

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 471 hits
Gembira bercampur sebak itulah rata rata perasaan seluruh umat Islam yang menyambut hari raya puasa pada tahun ini apabila ramai dalam kalangan tidak dapat berhari raya di kampung halaman masing masing Lebih mengharukan pada tahun Perdana M...
Lafaz Takbir Raya Aidilfitri Dan Aidiladha

Lafaz Takbir Raya Aidilfitri Dan Aidiladha

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 3772 hits
Panduan lafaz Takbir Raya dalam teks Arab dan transliterasi Rumi berserta maksud Takbir adalah mengagungkan Allah dengan menyebut kalimah Allahu Akbar yang bermaksud Allah Maha Besar dengan suara yang kuat dan bersemangat Takbir raya versin...
Panduan Takbir Raya Aidifitri

Panduan Takbir Raya Aidifitri

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 549 hits
Ini adalalah panduan takbir raya Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda bertakbir di pagi raya di rumah masing masing Bantuan audio dan ejaan dalam rumi juga turut disertakan dalam doa tersebut bagi membant...
Perang Ahzab Melakar Sejarah Dan Cerminan Hari Ini

Perang Ahzab Melakar Sejarah Dan Cerminan Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 283 hits
MENYAMBUT hari lebaran bukanlah sekadar pesta pora riuh geger menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan Laungan takbir hari lebaran sebenarnya mengingatkan kita akan tugasan memenangkan agama Allah di atas muka bumi ini Perlawanan antara i...
Air Mata Banduan Iringi Takbir Raya

Air Mata Banduan Iringi Takbir Raya

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 452 hits
MARANG 26 MEI Walau tabah dan kental jiwa seseorang banduan air mata mereka tetap tumpah tatkala mendengar takbir Hari Raya Aidilfitri saban tahun Pengalaman itu dikongsi Penguasa Penjara Marang Ahmad Nazri Mohamad kepada Bernama baru baru ...
Video Pertama Kali Perdana Menteri Pimpin Takbir Raya Undang Sebak Netizen

Video Pertama Kali Perdana Menteri Pimpin Takbir Raya Undang Sebak Netizen

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 536 hits
Seumur hidup kita inilah kali pertama dapat melihat seorang Perdana Menteri memimpin Jemaah Menteri sama sama bertakbir raya Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama barisan kabinet dan wakil barisan hadapan bersama bertakbir raya telah mengundang r...
Telemovie Raya Perang Jozylyn Balik Raya

Telemovie Raya Perang Jozylyn Balik Raya

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 1009 hits
tayangan raya pertama 10 pagiSinopsis Johan dan Jozylyn adalah Pasangan selebriti yang baru berkahwin Mereka mempunyai undang undang aneh iaitu tidak boleh bergaduh di dalam rumah tapi berperang di luar rumah Pergaduhan yang paling besar ad...
Levels Of Investments

Berita Basi Di Ayer Kuning

Sle Autoimmune Disease

China Dah Mula Guna 10g Tapi Ini Bukan 10g Yang Ramai Fikirkan

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri

Dituduh Jadi Pembelot Bangsa Syahredzan Amp Rara Akan Saman Adun Kuala Sentul

Insurance For Young Drivers Navigating The Road To Affordable Coverage

678 Mario678 Info 9 September 678 30 678 Top 87 By Margery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Secret Language Of Whistles How Shepherds Communicate Across Mountains

Perlancaran Berani Gagal

Capitalist System Not On Our Side Over 60 Groups Issue 51 Demands

Heartwarming Video Goes Viral Celebrating The Contribution Of Foreign Workers

Workers Are In Greater Jeopardy Now Due To Speedy Technological Changes

Impact Of New Domain Extensions