Mengapa Sarawak Report Masih Panjangkan Isu Rm90 Juta



KOTA BHARU: PAS menyifatkan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown tidak jujur apabila masih lagi memanjangkan isu berkaitan penyaluran dana RM90 juta daripada Umno kepada parti itu.

Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Rewcastle-Brown tidak patut membangkitkan perkara itu kerana ia telah diselesaikan di luar mahkamah selepas persetujuan bersama dicapai oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan editor itu.

“Saya tidak faham kenapa Clare masih menulis dan terus menyerang PAS berkaitan isu ini. Sikap begitu tidak betul dan menunjukkan Clare tidak jujur kerana bagi kita kes itu sudah diselesaikan di luar mahkamah.

“Sepatutnya dia mengikat dirinya dengan persetujuan yang telah dicapai itu dan tidak lagi memanjangkan isu ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian sebuah kedai minuman hari ini.

Turut dihadiri Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Hadi pada 2 Februari lepas memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah berhubung kes saman terhadap editor Sarawak Report selepas meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang difailkan daripada semua aspek dan mempertimbang pandangan serta nasihat peguam.

Rewcastle-Brown selaku defenden juga menarik balik tuntutan balas terhadap Hadi.

Amar berkata tuduhan Rewcastle-Brown terhadap PAS berhubung penyaluran dana itu juga lebih kepada dakwaan tanpa asas dan bukti yang kukuh.

“Bagi kita bila dia bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah, ia salah satu tanda dia tiada bukti yang kukuh,” katanya.

Sementara itu, PAS mengesahkan rakaman audio perbualan seorang individu menyentuh isu parti itu menerima dana daripada Umno memang suara milik Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Takiyuddin berkata perkara itu diakui Nik Abduh sendiri namun konteks sebenar perbualan tersebut tidak diambil secara keseluruhan.

“Memang dia akui suara dia, tetapi tidak membawa konteks maksud sebenarnya, seperti PAS terima duit Umno, bukan itu sahaja…banyak huraian lain.

“Untuk memahami konteks ayat audio itu, kita perlu meneliti keseluruhan dari minit pertama sehingga akhir barulah dapat difahami sepenuhnya,” katanya.

Isu rakaman audio yang didakwa suara Nik Abduh timbul menjelang pilihan raya umum ke-14 namun beliau berkata perkara tersebut sebagai mengarut dan fitnah semata-mata.

Isu itu timbul semula selepas Hadi membuat keputusan menyelesaikan kes samannya terhadap Rewcastle-Brown.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata PAS tidak akan meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Semenyih bagi memberi laluan kepada parti pembangkang lain termasuk Barisan Nasional (BN).

“Justifikasinya kerana kita mahu wujudkan solidariti pembangkang dalam negara kita termasuk di Selangor,” katanya.

Katanya, kerjasama politik PAS dan Umno untuk kepentingan Islam, Melayu dan perpaduan ummah dijangka akan berterusan sehingga PRU-15. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/02/mengapakah-sarawak-report-masih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarawak Report Kata Rm90 Juta Husam Kata Lebih Dari Itu

Sarawak Report Kata Rm90 Juta Husam Kata Lebih Dari Itu

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 337 hits
Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa berkata beliau melihat sendiri bukti PAS menerima wang daripada Umno dan jumlahnya lebih daripada RM90 juta angka yang diberikan oleh portal Sarawak Report THE CORRIDORS OF POWER Raja Petra Kamarudin Hu...
Sarawak Report Siarkan Semula Artikel Tuduh Pemimpin Pas Terima Rm90 Juta

Sarawak Report Siarkan Semula Artikel Tuduh Pemimpin Pas Terima Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 620 hits
EDITOR Laman Web Sarawak Report Rewcastle Brown menyiarkan kembali artikel mendakwa pemimpin pemimpin PAS terima wang RM90 juta dari Najib sebelum pilihan raya umum ke 14 yang lalu Tindakan itu susulan Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awan...
Sarawak Report Ini Jawapan Kepada Mereka Yang Masih Bahlol

Sarawak Report Ini Jawapan Kepada Mereka Yang Masih Bahlol

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 573 hits
Kes Sarawak Report Settle Luar Mahkamah Malu Apa Bossku Minda Rakyat Dua round SR kecundang dalam kes saman di London masih ada yang kurang malu claim PAS lost the fight SR lost Interlocutory tanpa sebarang basis yang diterima mahkamah 5 0 ...
Kini Hanya Polis Sprm Mampu Rungkai Isu Rm90 Juta

Kini Hanya Polis Sprm Mampu Rungkai Isu Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 327 hits
Diterbitkan Hari ini 1 28 tengahariSetelah penyelesaian luar mahkamah antara PAS dan Sarawak Report satu satunya cara untuk mengetahui kebenaran berkenaan dakwaan sumbangan RM90 juta Umno kepada parti itu ialah melalui siasatan polis dan Su...
Laporan Sprm Belum Terima Aduan Rasmi Isu Rm90 Juta

Laporan Sprm Belum Terima Aduan Rasmi Isu Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 413 hits
Diterbitkan Hari ini 9 53 pagiSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan belum menerima laporan rasmi berkenaan dakwaan PAS menerima RM90 juta daripada Umno Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai tinggi SPRM yang dipetik The Malaysi...
Isu Perintah Persetujuan Sarawak Report

Isu Perintah Persetujuan Sarawak Report

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 574 hits
Saman SR Penyelesaian luar mahkamahSETELAH YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang telah difailkan oleh beliau terhadap Clare Rewcastle Brown dari semua aspek dan juga setelah mempertimbangka...
Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

Pas Bayar Sarawak Report Rm2 Juta Untuk Selesai Kes Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 431 hits
Saman SR Dedahkan Terma London1 Maafkan saya kerana memberikan ulasan lanjut terhadap fiasco penarikan saman fitnah Presiden Pas yang berakhir dengan kredibiliti Pas semakin dipersoalkan Bermakna persetujuan penyelesaian itu nampaknya terde...
Isu Dana Rm90 Juta Hadi Sedia Sprm Siasat Semua Dakwaan

Isu Dana Rm90 Juta Hadi Sedia Sprm Siasat Semua Dakwaan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 462 hits
MARANG Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan dana sebanyak RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu Beliau berkata terpulang kepada SPRM menyiasat mana...
Dana Asing Lebih Bahaya Dari Isu Rm90 Juta Kata Tuan Ibrahim

Dana Asing Lebih Bahaya Dari Isu Rm90 Juta Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 413 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu dana asing yang didakwa diterima DAP lebih bahaya berbanding isu RM90 juta yang dididakwa diterima PAS Ini kerana katanya dana asing tersebut disahkan sendiri oleh International Republ...
Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tumbuhan Parasit Yang Kelihatan Seperti Cendawan

Uk Real Estate Prices What S The Outlook For 2025

Parliamentary Services Council To Include 2 Opposition Reps

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Lawn Bowler Nor Farah Now World No 1