Isu Perintah Persetujuan Sarawak Report





Saman SR: Penyelesaian luar mahkamah

SETELAH YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang meneliti keseluruhan tindakan mahkamah yang telah difailkan oleh beliau terhadap Clare Rewcastle Brown (Defendan) dari semua aspek, dan juga setelah mempertimbangkan pandangan serta nasihat peguam beliau, adalah dimaklumkan bahawa YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat ketetapan untuk memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah (out of court settlement) melalui Perintah Persetujuan (Consent Order) bertarikh 1 Februari 2019 di Mahkamah Tinggi London (High Court of Justice, Queen’s Bench Division) seperti berikut:1. YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menarik balik Tuntutan (claim) terhadap Defendan;2. Clare Rewcastle Brown (Defendan) menarik balik Tuntutan Balas (counter claim) terhadap YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;3. Tiada perintah berkenaan kos (no order as to costs); dan4. Kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada persetujuan kerahsiaan mengenai terma-terma berkaitan penyelesaian ini.Seterusnya YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada barisan peguam, ahli-ahli PAS dan semua pihak yang telah memberikan sumbangan dan sokongan sepanjang perjalanan kes ini.SYAHIR SULAIMANSetiausaha Politik Presiden PASBertarikh: 2 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 2/2/2


Isu Perintah Persetujuan Sarawak Report
HARI ini hampir semua ahli PAS tergamam menerima berita kes Sarawak Report telah diselesaikan di luar Mahkamah melalui Perintah Persetujuan. Di saat ada ahli yang menjual barangan peribadi untuk menyumbang kos guaman kes ini, keputusan TGHH ini adalah sesuatu yang mengejutkan akal manusia rasional.Sebagai orang yang mempunyai latar belakang undang-undang dan mengikuti dengan dekat kes ini, saya juga pernah terdetik bahawa PAS patut menyelesaikan kes ini di luar mahkamah. Namun sebagai ahli PAS yang memahami keputusan Presiden pastinya akan melalui syura dan mendapat nasihat yang sewajarnya daripada orang yang lebih berkelayakan, saya diamkan sahaja.Apabila mendapat tahu keputusan TGHH hari ini, walaupun tertanya-tanya, tetap terselit perasaan gembira. Setakat pengetahuan saya mengenai perjalanan kes ini, terdapat beberapa sebab saya rasakan keputusan ini bukan sahaja mengambil kira kalah menang kes tetapi kepentingan PAS dan ahlinya untuk masa panjang.Pada pendapat saya, PAS sudah pun mencapai matlamat dengan kemenangan interlokutori April tahun lepas. PAS mendapat keputusan cemerlang dengan memenangi 4 permohonan dan menolak 1 permohonan Clare. Permohonan-permohonan tersebut bukan sahaja membabitkan persoalan teknikal tapi turut memberi kesan terhadap isu-isu subsantif. Sekalipun kes ini diteruskan, ianya tidak lagi mempunyai kesan yang diperlukan kepada Plaintiff melainkan lebih kepada perbincangan akademik.Sekiranya PAS menang, kuantum ganti rugi juga akan menjadi sangat sikit. Hal ini kerana kemenangan PAS dalam PRU lepas sehingga menguasai 2 negeri memberi gambaran kepada Mahkamah seolah-olah artikel itu tidak menjejaskan reputasi atau memberi kesan kepada PAS.Dari sudut implikasi kewangan, semua orang maklum PAS tidak mampu membayar sendiri dan bergelut untuk menjelaskan kos guaman. Kos yang berjuta-juta sebelum ini hanya melibatkan perbicaraan interlokutori dan persediaan perbicaraan penuh, kos yang berganda besar sudah pasti diperlukan untuk perbicaraan yang akan melibatkan ramai saksi dan memakan banyak hari.

Tambahan pula, semua ahli maklum TGHH tidak berada dalam kondisi kesihatan yang baik untuk diletakkan ke dalam kandang saksi dan melalui pemeriksaan balas yang intensif dan mungkin memakan masa banyak hari

Atas semua kemungkinan pertimbangan apa yang kita sudah dapat, apa yang kita akan tanggung dan apa yang kita akan dapat, saya rasa memang tidak berbaloi untuk kes ini diteruskan sehingga ke perbicaraan. Hakikatnya, PAS sudahpun dapat apa yang diperlukan ketika menang perbicaraan interlokutori.UMMU MARWA
2 Februari 2019 – HARAKAHDAILY 2/2/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/02/isu-perintah-persetujuan-sarawak-report.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Tuntut Kebenaran Isu Selesai Saman Sarawak Report Patriot

Rakyat Malaysia Tuntut Kebenaran Isu Selesai Saman Sarawak Report Patriot

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Patriot Kebangsaan menegaskan bahawa rakyat Malaysia menuntut kebenaran ke atas penyelesaian di luar mahkamah kes saman presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown Pre...
Sarawak Report Ini Jawapan Kepada Mereka Yang Masih Bahlol

Sarawak Report Ini Jawapan Kepada Mereka Yang Masih Bahlol

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 442 hits
Kes Sarawak Report Settle Luar Mahkamah Malu Apa Bossku Minda Rakyat Dua round SR kecundang dalam kes saman di London masih ada yang kurang malu claim PAS lost the fight SR lost Interlocutory tanpa sebarang basis yang diterima mahkamah 5 0 ...
Sarawak Report Siarkan Semula Artikel Tuduh Pemimpin Pas Terima Rm90 Juta

Sarawak Report Siarkan Semula Artikel Tuduh Pemimpin Pas Terima Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 562 hits
EDITOR Laman Web Sarawak Report Rewcastle Brown menyiarkan kembali artikel mendakwa pemimpin pemimpin PAS terima wang RM90 juta dari Najib sebelum pilihan raya umum ke 14 yang lalu Tindakan itu susulan Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awan...
Kes Saman Sarawak Report Raja Kamarul Tanya Apa Hadi Sorok

Kes Saman Sarawak Report Raja Kamarul Tanya Apa Hadi Sorok

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 314 hits
Oleh Aliff Fikri AzizDatuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata penyelesaian luar mahkamah kes saman PAS terhadap Sarawak Report menimbulkan pelbagai persoalan Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA TERENGGANU 3 Feb Pengerusi Parti Amanah Nega...
Selesai Luar Mahkamah Adakah Pas Akui Artikel Sarawak Report Soal Mp

Selesai Luar Mahkamah Adakah Pas Akui Artikel Sarawak Report Soal Mp

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 304 hits
Diterbitkan Hari ini 9 09 pagiAnggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada tindakan PAS tidak meneruskan saman terhadap Sarawak Report menunjukkan dakwaan laman itu bahawa ada pemimpinnya menerima dana RM90 juta sebagai usaha ...
Senang Cerita Pas Dikira Telah Tewas Kepada Sarawak Report

Senang Cerita Pas Dikira Telah Tewas Kepada Sarawak Report

papar berkaitan - pada 3/2/2019 - jumlah : 457 hits
Dalam satu tindakan mengejut dan tiba tiba Presiden Pas Hadi Awang dilapor menawarkan penyelesaian luar mahkamah dalam saman yang difailkannya terhadap Sarawak Report Penyelesaian luar mahkamah yang diterima dan disambut baik oleh Sarawak R...
Apa Sebenarnya Berlaku Disebalik Saman Sarawak Report

Apa Sebenarnya Berlaku Disebalik Saman Sarawak Report

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 254 hits
oleh Syed Ahmad Fadhli nbsp PADA tengah hari ini PAS secara rasminya mengeluarkan kenyataan media yang melaporkan perkembangan terkini kes saman Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap Clare Rewcastle Brown pemilik web Sarawak Re...
Terkini Hadi Awang Tarik Balik Saman Sarawak Report

Terkini Hadi Awang Tarik Balik Saman Sarawak Report

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 432 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di mahkamah di London Unied Kingdom Hal ini dimaklumkan Setiausaha Politik kepada presiden PAS Syahir Sulaiman Setel...
Hadi Selesai Kes Saman Editor Sarawak Report Di Luar Mahkamah

Hadi Selesai Kes Saman Editor Sarawak Report Di Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 306 hits
MALAYSIAKINI Presiden PAS Abdul Hadi Awang memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown di luar mahkamah di London United Kingdom Hal ini dimaklumkan Setiausaha Politik kepada presiden PAS Sy...
Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Absolute Power Corrupts Absolutely

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Udon Noodle Soup

Beli Hadiah Untuk Ibu Tanpa Rasa Terbeban Siap Dapat Diskaun Boleh Bayar Kemudian Guna Je Aplikasi Best Ni